Pagi tadi bangun je Cik Auni dah bersin bersin. Pastu dengar dia batuk plak. Ingatkan dia mengajuk saya batuk. Dia ni kalau bab mengajuk batuk orang memang terrer. Masa bersin tu meleleh leleh hingus kuar. Oh my sayang busuk masam pun dh berjangkit.
Try bagi dia makan madu tapi tak nak plak dia. Bagi dia rasa sikit pun pastu terus dia taknak. Kalau boleh tak nak la bagi dia ubat. Nak guna bahan bahan semula jadi je dulu. Batuk ngan selsema saya pun belum ok lagi. Ari tu konon konon nak buat wap la. Tapi guna water heater kat bilik air je. Berkesan la jugak walaupun5% je...hehehehe...ye la air dia bukannya panas sangat pun. Lagipun tingkap dalam bilik air tu dah melopong. Keluar la segala wap-wap air tu.
Malam bila tah saya batuk tak berhenti. Gatal je tekak ni. Sambil terkencing dalam seluar. Sudahnya terpaksa la pakai pad. Pastu terus ke dapur makan madu. Alhamdulillah dapat la tidur dengan selesa. Kalau tak memang tak tidur la jawabnya.
Tengok balik kerja nanti kalau Cik Auni masih berhingus & batuk lagi kena la buat garlic oil. Harap tak lama la Cik Auni selsema ni...
No comments:
Post a Comment