Tajuk bukan main panjang lagi kan. Tetiba plak buat entry ala-ala cam nak bagi tips or petua kan. Bukan apa terpanggil plak untuk buat entry ni. Sebabnya geram. Geram dengan seseorang ni yang sangat malas. Ko yang nak kerja mak plak yang sibuk-sibuk tanyakan orang itu orang ini. Tanya sana tanya sini ada tak kerja kosong. Helllooooo dik awak yang nak bekerja kan. Bukan mak awak. Lagipun awak tu lepasan universiti or kolej or apa-apa lah. So maknanya ada pelajaran. Tak kan itu pun nak harap mak jugak kot.
Meh sini nak bagi panduan sikit. Sikit je la. Pada saya apa yang penting adalah resume. Lengkapkan resume dulu. Tak kan nak buat resume pun tak tahu. Saya dulu lagi sebulan nak grad dah sibuk buat resume. Pastu fotostat banyak-banyak. Fotostat sekali dengan segala sijil yang ada.
Sesetengah universiti or kolej akan mewajibkan studentnya untuk menjalani latihan praktikal selama beberapa bulan. Ada yang 1 sem. Ada yang 2 3 bulan. Terpulang pada korang punya silibus. Masa ni ambik peluang untuk fotostat korang punya resume. Ni tips dari saya punya lecturer yer. Tapi jangan la mula-mula korang masuk praktikal korang dah buat kerja ni. Dah nak habis praktikal la. Kertas A4 masa study dulu kan banyak lagi. Guna la kertas tu kalau tak nak kena maki dengan staf lain. Cakap la nak pinjam fotostat tapi guna kertas sendiri. Kan dah jimat tu.
Lagi satu ambik peluang ni untuk mencari maklumat-maklumat organisasi yang korang nak hantar resume tu. Ambik masa lepas office hour ke, time rehat ke. Korang punya henfon kan guna untuk media sosial jer. Sekarang semua boleh dicari kat internet. Tak payah susah-susah. Nak ngan tak nak je. Rajin ngan malas jer.
Oh sekarang kan dah maju. Semuanya online. Lagi senang kan tak payah nak fotostat resume banyak-banyak cam saya dulu. Apply online jer. Tapi tu la kalau dah malas tahap cipan tak tahu la nak kata apa lagi. Semuanya dihujung jari sekarang ni. Sekarang nii orang berlumba-lumba nak cari kerja. Dalam sesaat berapa ramai yang duduk melayari internet nak cari kerja. So kena la cepat yer.
Sebenarnya entry ni saya rasa lebih kepada luahan perasaan marah jer ni. Geram tak habis lagi ni. Mak beriya-riya yang nak kerjenya elok je duk santai-santai. Tah-tah kat rumah tu terbongkang je kerjenye. Tak kesian langsung kat mak. Dah la orang tua tu bekerja cari duit nak hantar awak belajar sampai peringkat yang tinggi. Nak cari kerja pun nak mengharap pada mak lagi. Tak faham betul saya. Ni kalau adik saya nak lama saya tojol-tojol kepala dia. Saya dulu sebulan nak habis praktikal dah susah hati. Dah sibuk cari kerja. Alhamdulillah tempat praktikal saya ambik saya bekerja. Tu pun saya masih lagi mencari & terus mencari. Kalau ada peluang lagi bagus boleh la cuba kan. Satu bonus kalau tempat korang praktikal nak ambik korang bekerja. Tapi jangan terlalu selesa dengan keadaan tu.
So adik-adik yang dah grad, or nak grad lagi berap bulan ni buat la persiapan awal. Tak payah la rehat-rehat dulu kat rumah. Terus je cari kerja. Lain la kalau korang anak orang berada. Duit berjuta-juta dalam bank. Makan tujuh keturunan pun tak habis. Boleh la korang nak menghabiskann beras mak bapak korang. Eh tapi kalau kaya tak makan kat rumah la kot. So beras kat rumah tu orang gaji yang habiskan hehehehe...
Dah la edisi bebelan saya. Lama tak bebel mengarut ntahhapahapatah kat dalam blog....
No comments:
Post a Comment