Friday, November 8, 2013

Napsu makan yang melampau-lampau

Sekarang ni kalau makan rasa macam makan 4 5 orang. Nafsu makan yang tak boleh nak kawal. Pastu sibuk la nak berdiet bagai. Beli la produk pelansingan bagai...merengek-rengek cam budak kecik kat en suami nak pergi slim world bagai. Dasar tengok iklan pelansingan mula la semangat berkorbar-korbar nak turunkan berat badan. Hakikatnya kalau nampak makanan pantang.............semua pun nak sumbat dalam mulut. Pastu merengek-rengek lagi kat en suami nak makan itu nak makan ini. sampai kan  en suami malas dah nak layan. Pastu mula nak kecik hati bagai. Dasar betul ini fomfuan!!!!!!

Semalam saya ada meeting kat S.Alam. Lunch tu makan kat cafe bawah je. Walaupun opismate kata makanan kat situ tak berapa sedap ditekak dia tetap la paksa-paksa dia makan gak. Kebetulan student-student ada wat jualan-jualan sempena apa tah. Menjeling menjeling jer tengok baju-baju yang sangat gojer canti menarik itu. Nasib baik sedar diri badan kembang semangkuk eh bukan semangkuk lagi dah ni dah sebesen. 

Dah ambik nasi+ayam masak kicap+sayur petola pastu jalan dari gerai ke gerai jual makanan terbeli plak twister. Elok pas makan nasi konon-kononnya nak rasa je la twister tu sekali terhabis plak. Dasar sungguh perut ku ini huhuhuhu..........Arini lunch nasi+pajeri terung+ikan keli goreng. Pastu ambik la pisang goreng untuk kudap-kudap petang nanti. Pastu ambik betik sepotong. Masuk bilik semuanya licin huhuhuhu...ni tengah melayan mata ngan perut yang dah macam hapa dah ni. 

Entah la ada apa dalam perut ni. Anak gajah kot...ke anak orang hikhikhikkkkkk...kalau ada anak orang saya suke!!!!!!!!aippppp...apakah itu?????????????

Pelaburan yang berbaloi

Perempuan dan shoping memang tak boleh dipisahkan kan....Itu saya la tu. Kalau orang lain memang tak kot. Ada je perempuan yang tak suka shopping. Bertuah la sesiapa yang beristerikan mereka yang tidak suka bershopping.

Saya dari dulu lagi memang suka bershopping. Sebenarnya lebih kepada window shopping. Ye la sedar diri bukan anak orang berharta yang 7 keturunan pun makan tak habis kan. Sedar jugak yang duit den tidak ler bertingket-tingket. Kalau cenggitu baik duk umah main ngan Auni jer.

Nasib la jenis yang cepat sedar. Kalau idak maunyer kurus kering laki den  keje siang malam duit habis bagi isteri shopping jer. Tidak la saya sekejam itu. Lagipun saya suka beli barang pakai duit saya sendiri. Lagi puas hati. Takde la rasa bersalah sebab guna duit suami yang  tahu dia lagi banyak tanggungjawab na dilaksanakan.

Sejak adaa anak ni eh....sejak kawen benornyer dah jarang dah berwindow shopping. Saya suka window shopping sebenarnya. Terapi orang kata. Takde la tiap kali kuar tu window jer ada la gak terbeli sebarang dua tapi masih ditahap yang dibenarkan. Suami plak bukan jenis yang suka keluar jalan-jalan shopping kompleks ni. Dia kalau nak beli sesuatu barang tu terus je tuju kedai yang dia maksudkan. Kita orang perempuan ni (saya la tu) kalau pergi mall tu kalau ada 10 kedai kasut semua masuk. Nampakk berkenan try dulu...pastu kedai kedua cuba-cuba jer...kedai ketiga eh nak tengok jer la heehehehe betul tak??? saya la tu

Memang sejak Auni lahir ni dah takde buat pun sesi terapi tu. Ye la mana nak dukung anak lagi. Kang anak nak menyusu lagi. Jap-jap dia merengek tak tentu pasal. Kira-kira hampir setahun la tak buat sesi terapi ni. Kalau beli barang kat tesco ke, giant ke (itupun balik keje singgap jap) mesti nak cepat-cepat balik. Rasa bersalah plak tinggal kan anak 9-10 jam sehari.

Disebabkan itu, dan hati dah meronta-ronta gedik-gedik dah tak boleh tidak...mesti kena pergi juga buat sesi terapi tu maka cuti awal muharram hari tu saya telah berjaya memujuk en suami untuk menjayakan misi terapi itu hehehehe

Mulanya dia macam tak nak tapi isteri dia pancing ayat baik punya dengan menjanjikan untuk membelanja beliau sandal maka berjaya la jugak. Maka berterapi la kitorang kat Aeon Rawang pada hari tersebut. Itupun dengan bantuan adik ipar & MIL. Ajak dorang sekali sebab macam kesian plak MIL duk rumah tak kemana-mana. So ajak la berjalan. MIL kalau ajak berjalan memang suka. Itu je la modal nak ajak en suami sekali.

Tak lama pun. Niat dihati memang nak tawaf 1 mall tu. Tempat tu besar kan. Kitorang pergi G  1st floor  jer. G cari sandal en suami kat POLO pastu gi cari barang saya sikit kat 1st floor. Tu pun lalu kedai-kedai tu jeling-jeling jer. Dah la tengah sale. Pendam je la perasaan tu. Primavera, Nose, Summit, Bata aduh....selalu tu mesti masuk. Walau tak beli sekadar try pun jadi la. Kata terapi kan....

Dah ada anak ni takde la nak terapi lama-lama. Kitorang kat situ pun 2 jam jer. Lepas makan terus ke Rawang umah kakak ipar sebab Auni nak berenang...Ayah dia yang lebih-lebih sebenarnya...

Rasa puas sangat dapat melakukan sesi terapi pada hari tersebut. Walaupun sekejap & terpaksa melabur belanja en suami punya sandal janji hati gembira dapat keluar bersama famili tersayang.

Thursday, November 7, 2013

Entah bilanya dapat bercuti :-((

Plan saya untuk bercuti pada bulan Nov ni terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Sedikit kecewa. Tapi tak pe...pasti plan cuti-cuti seterusnya akan lebih bermakna cewahhh...#pujukdirisendiri...

Ok gak la tak dapat pergi bercuti sebab tempat yang saya nak pergi tu macam tak sesuai je tuk budak kecik. auni belum pun setahun lagi. Lagipun Auni ni jenis tido dalam buai, so agak terbatas plak kan. Kalau jenis yang pangku dia boleh tido lena talpe la jugak. Ni jenis kalau tak buai ko kena ngempengkan dia. Dah ngempeng harus la ngan mummy dia tido sekali kan. Aktiviti kat sana pun agak terbatas la kalau bawa budak kecik ni. Tak syok la kan kita dah plan cantik-cantik pastu satu aktiviti pun tak boleh buat. Tak pun tengah syok-syok tetiba Auni merengek-rengek sebab tak cukup tidur.

Auni kalau tak cukup tidur memang dia akan merengek jer la. Semua serba tak kena. Saya rasa semua baby camtu gak. Auni kat dalam kereta pun dia tak duduk diam. Kalau dalam car seat dia kejap jer dia leh main-main. Tu pun kalao mood dia ok. Kalau tak memang jap-jap ekkk...ekkk...la.

Rasanya tahun depan kot masa yang paling sesuai. Tapi saya ni dah gedik sangat. Dah gigil-gil kaki dah nak berjalan jer. Bosan kot duk mah jer cuti-cuti...

Tengokla simpanan pun dah penuh...ni kena tambah lagi ni nak menyimpan untuk tahun depan plak..harap-harap leh g jauh sikit

Wednesday, November 6, 2013

WW: suke tgk bby tido

Tidurlah sayang...semoga lenamu dipenuhi mimpi-mimpi indah...

Monday, November 4, 2013

Salam Muharram

Ramai ke yang keje arini??? Saya datang opis tadi pun jalan lengang jer. Syok jer (cam la g keje jalan jem padahall jalan kampung jer kot) yer saya bersyukur sebab saya bekerja di kawasaan kampung. Tak mengadap jem yang kadang-kadang 2 3 jam baru nak sampai opis/rumah.

Kawasan opis pun sunyi jer. So saje ambik kesempatan bebel kat sini kejap. Kejap jer tau! Selalu tu wat auto publish jer. Sok dah cuti lagi. Ramai yang ambik cuti direct. So kawan-kawan apa plan cuti esok. Sempena tahun baru ni. mana la tau nak usha-usha tempat pelansingan sempena azam baru nak melangsingkan lagii badan. *haku jer tak langsing-langsing huhuhu... ke nak berehat bersama keluarga. Saya ok jer kalau berehat bersama keluarga. Saya plan memang nak cuti arini tapi memandangkan bulan 12 nanti banyak plak nak bercuti so kita simpan jer la cuti tu ke bulan depan. 

Sekarang ni pun dah banyak kenduri kendara kan...bulan 12 nanti 2 orang sepupu saya nak kahwen. so simpin cuti untuk rewang dirumah mereka jer la. kalau ada lebih-lebih baki cuti tu baru la kita berjalan-jalan yer...

So dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru  1 Muharram 1435H. Semoga kita akan menjadi umat yang lebih baik ditahun baru nnti. errr...azam baru biarlah rahsia *poyo kan hehehe