Thursday, November 7, 2013

Entah bilanya dapat bercuti :-((

Plan saya untuk bercuti pada bulan Nov ni terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Sedikit kecewa. Tapi tak pe...pasti plan cuti-cuti seterusnya akan lebih bermakna cewahhh...#pujukdirisendiri...

Ok gak la tak dapat pergi bercuti sebab tempat yang saya nak pergi tu macam tak sesuai je tuk budak kecik. auni belum pun setahun lagi. Lagipun Auni ni jenis tido dalam buai, so agak terbatas plak kan. Kalau jenis yang pangku dia boleh tido lena talpe la jugak. Ni jenis kalau tak buai ko kena ngempengkan dia. Dah ngempeng harus la ngan mummy dia tido sekali kan. Aktiviti kat sana pun agak terbatas la kalau bawa budak kecik ni. Tak syok la kan kita dah plan cantik-cantik pastu satu aktiviti pun tak boleh buat. Tak pun tengah syok-syok tetiba Auni merengek-rengek sebab tak cukup tidur.

Auni kalau tak cukup tidur memang dia akan merengek jer la. Semua serba tak kena. Saya rasa semua baby camtu gak. Auni kat dalam kereta pun dia tak duduk diam. Kalau dalam car seat dia kejap jer dia leh main-main. Tu pun kalao mood dia ok. Kalau tak memang jap-jap ekkk...ekkk...la.

Rasanya tahun depan kot masa yang paling sesuai. Tapi saya ni dah gedik sangat. Dah gigil-gil kaki dah nak berjalan jer. Bosan kot duk mah jer cuti-cuti...

Tengokla simpanan pun dah penuh...ni kena tambah lagi ni nak menyimpan untuk tahun depan plak..harap-harap leh g jauh sikit

No comments: