Sekarang ni kalau makan rasa macam makan 4 5 orang. Nafsu makan yang tak boleh nak kawal. Pastu sibuk la nak berdiet bagai. Beli la produk pelansingan bagai...merengek-rengek cam budak kecik kat en suami nak pergi slim world bagai. Dasar tengok iklan pelansingan mula la semangat berkorbar-korbar nak turunkan berat badan. Hakikatnya kalau nampak makanan pantang.............semua pun nak sumbat dalam mulut. Pastu merengek-rengek lagi kat en suami nak makan itu nak makan ini. sampai kan en suami malas dah nak layan. Pastu mula nak kecik hati bagai. Dasar betul ini fomfuan!!!!!!
Semalam saya ada meeting kat S.Alam. Lunch tu makan kat cafe bawah je. Walaupun opismate kata makanan kat situ tak berapa sedap ditekak dia tetap la paksa-paksa dia makan gak. Kebetulan student-student ada wat jualan-jualan sempena apa tah. Menjeling menjeling jer tengok baju-baju yang sangat gojer canti menarik itu. Nasib baik sedar diri badan kembang semangkuk eh bukan semangkuk lagi dah ni dah sebesen.
Dah ambik nasi+ayam masak kicap+sayur petola pastu jalan dari gerai ke gerai jual makanan terbeli plak twister. Elok pas makan nasi konon-kononnya nak rasa je la twister tu sekali terhabis plak. Dasar sungguh perut ku ini huhuhuhu..........Arini lunch nasi+pajeri terung+ikan keli goreng. Pastu ambik la pisang goreng untuk kudap-kudap petang nanti. Pastu ambik betik sepotong. Masuk bilik semuanya licin huhuhuhu...ni tengah melayan mata ngan perut yang dah macam hapa dah ni.
Entah la ada apa dalam perut ni. Anak gajah kot...ke anak orang hikhikhikkkkkk...kalau ada anak orang saya suke!!!!!!!!aippppp...apakah itu?????????????
No comments:
Post a Comment