Monday, November 4, 2013

Salam Muharram

Ramai ke yang keje arini??? Saya datang opis tadi pun jalan lengang jer. Syok jer (cam la g keje jalan jem padahall jalan kampung jer kot) yer saya bersyukur sebab saya bekerja di kawasaan kampung. Tak mengadap jem yang kadang-kadang 2 3 jam baru nak sampai opis/rumah.

Kawasan opis pun sunyi jer. So saje ambik kesempatan bebel kat sini kejap. Kejap jer tau! Selalu tu wat auto publish jer. Sok dah cuti lagi. Ramai yang ambik cuti direct. So kawan-kawan apa plan cuti esok. Sempena tahun baru ni. mana la tau nak usha-usha tempat pelansingan sempena azam baru nak melangsingkan lagii badan. *haku jer tak langsing-langsing huhuhu... ke nak berehat bersama keluarga. Saya ok jer kalau berehat bersama keluarga. Saya plan memang nak cuti arini tapi memandangkan bulan 12 nanti banyak plak nak bercuti so kita simpan jer la cuti tu ke bulan depan. 

Sekarang ni pun dah banyak kenduri kendara kan...bulan 12 nanti 2 orang sepupu saya nak kahwen. so simpin cuti untuk rewang dirumah mereka jer la. kalau ada lebih-lebih baki cuti tu baru la kita berjalan-jalan yer...

So dikesempatan ini saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru  1 Muharram 1435H. Semoga kita akan menjadi umat yang lebih baik ditahun baru nnti. errr...azam baru biarlah rahsia *poyo kan hehehe

No comments: