Thursday, October 31, 2013

Tetamu tak diundang

Tengahari semalam adik saya wassap bagitau rumah dimasuki ular. Tak pasti ular apa. Tapi ular tu panjang & kecil je. Ular tu duduk kat dalam bilik mak. memang bilik mak kat dapur. Dah lama rasanya tak ada haiwan tu masuk dalam rumah. Adik saya dah cuak. Ye la dia kan dalam pantang lagi. Dah la dia memang tido kat bilik mak. 

Siang tak de la dia lepak dalam bilik mak. Actually boleh jer nak duk kat bilik mak tu sebab saya dah masukkan tv dalam bilik tu. Mak duk kata nak beli tv kecik nak letak dalam bilik mak jer. Kebetulan kakak ipar saya nak jual tv lama dia so apa lagi saya pun rembat la. Tv lama saya letak dalam bilik mak. Ada problem ngan remote sebenarnya. Ye la tv lama. Pusing satu Tg karang tu cari remote semua tak ada. Tokey kedai cina tu siap suh ambik tv baru lagi sebab tv tu dah lama sangat. Dah takde stock. Memang lama pun tapi masih ok lagi. Tapi akhirnya dapat juga remote tu kat kedai Toshiba. Bukan brand yg sama ngan tv tapi remote tu leh guna untuk semua brand tv.

Berbalik pada cerita utama kita...Adik saya kata mak yang perasan ular tu. Nasib baik mak tak pegang sebab corak dia mak kata cam tali beg. Tak tahu la kat mana ular tu duduk sebenarnya. Saya pun tak bertanya secara detail. Selalunya mak letak beg dia dekat rak baju yang sebelah tingkap tu. Mungkin la kot sebab tingkap pun kadang tak tertutup rapat. Mungkin jugak ular tu kekenyangan & tertidur kat situ. Bilik mak  memang gelap sikit & agak sejuk. sekarang kan musin ujan so maybe dia nak panaskan badan disebalik baju-baju mak tu.

Ular tu dah selamat ditangkap oleh pakcik & abang saya. Dulu kerap gak la ular masuk umah saya sebab umah saya ni kawasan sawah padi. Memang dah lama dia tak muncul. Mujur tak ada apa-apa yang berlaku. Semoga keluarga saya sentiasa dilindungi Allah...


Wednesday, October 30, 2013

Rezeki kita

Nak membebel kejap. Dah lama tak bebel sorang-sorang. Luahan perasaan je. Tak tahu nak luah kat mana. Bila sebut pasal rezeki ni banyak sebenarnya (dh cam ustajah-ustajah plak hehehe) Rezeki kaya, rezeki pangkat, rezeki makan, rezeki senang, rezeki jodoh, rezeki anak macam-macam la...

Ada orang jodoh dia lambat. Macam saya 30 lebih baru bertemu jodoh. Alhamdulullah rezeki anak tu cepat. Anak dara bila dah masuk 3 series memang sangat merisaukan ibubapa & kaum keluarga. Tapi parent saya ok. Masa tu abah ada lagi. Saya ingat lagi masa saya habis diploma dulu. Abah kata terpulang pada saya samada nak futher study or keje or kawen. Masa tu takde langsung pikir nak kawen. Dalam kepala ni nak cari kerja je. Ye la adik-badik sume sekolah lagi. Time tu fikir nak tolong mak abah jer. Sama-sama nak sekolahkan adik adik. Tapi rezeki kerja tu belum ada lagi.

So saya sambung belajar. Alhamdullillah habis belajar saya dapat kerja tempat saya praktikal iaitu tempat saya bekerja sekarang ni. Bila dah ada kerja semua sibuk dok tnya bila nak kawen kan. Sapa yg tak nak kawen. Tapi belum ada rezeki. Sampailah adik-adik saya habis belajar kat universiti kecuali adik bongsu saya.

Alhamdulillah saya dapat meringankan sikit beban orang tua saya. Sempat la saya bawa abah naik kereta saya & bawa dia bercuti. Cuma tak de rezeki abah nak tengok saya berkahwin. Abah sempat tengok saya bertunang jer. Sedih sangat rasanya...tapi saya rasa abah gembira sekarang ni bila anak-anak dia dah berjaya mendapatkan ilmu seperti mana yang dia inginkan. Dia nak sangat anak-anak dia terus belajar setinggi mana yang mampu. Al-fatihah untuk abah.....

Segalanya dah ditentukan olehNYA. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Janganlah sebab kawen lambat dah kita menuduh yang bukan-bukan. Tak pandai bergaul la...memilih la...kita tau ke masalah empunya diri. Kita tahu ke usaha mereka macam mana??? Bab anak satu lagi. Siapa yang kawen tak nak anak kan (ada la kot kes-kes tertentu) tak payah nak banding-bandingkan orang tu ngan orang ni. Jangan plak kita pandai-pandai nak mengata mereka bukan-bukan. Merancang la...takut sakit la...nnti dah ada anak takut tak cantik la tu...please la....dan ada yang lebih teruk lagi siap membabitkan keturunan...contoh la kan...keturunan kita semua elok-elok...takde masalah. kawen jer terus dapat anak...siap bunting pelamin lagi. ntahntah belah dia kot ada yang mandul. tak pun ala...dia takut nak pergi berubat la tu takut doktor kata dia mandul. tolong la yer.. apa perasaan kita kalau berada di tempat mereka

Ada orang kawen lambat, dapat anak cepat. Ada yang takde anak tapi diberi kemewahan. Tak pun diberi kesenangan walaupun tak mewah. Ada yang cepat naik pangkat.Ada yang rezekinya murah sentiasa. Ada yang diberi kesihatan yang berpanjangan itupun dikira rezeki jugak. Benda ni kalau fikir sampai ke sudah pun tak habis kan. Tapi kesian la kat mereka-mereka yang terlibat.

**tak tahu kenapa hari ni nak membebel plak

Monday, October 28, 2013

Happy Anniversary

Takde apa nak borak sebenarnya...just nak wish happy anniversary yang pertama buat adik saya Siti Zaharah Binti Mohd Mailan & Syazwan Bin Junidin.




Semoga kalian bahagia hingga akhir hayat!
 

Tuesday, October 22, 2013

Taip padam..taip padam...

Sebenarnya banyak cerita nak cerita. Tapi tu la...dah taip padam taip padam camne nak jadi ceritanya...udah gitu ghopernyer tersimpan jer la dalam sanubari...

Tak tahu la kenapa mood kelaut je sejak dua menjak ni. Cerita Auni demam, kena campak semua terbuku jer...

Kadang-kadang nak text kat suami pun dok taip padam taip padam...cam nak buat karangan plak ayatnyer... tu time nak minta sesuatu la...

Sebenarnya ada benda nak minta ngan en suami. tapi tak tahu camne ayat yang paling sesuai sekali. nak cakap cam malu hikhikhik...ingat nak mesej je. tapi nak kena buat ayat plak. Kalau boleh ayat yang dia paham tapi nak berkias supaya dia terus setuju untuk belikan barang tersebut. tapi saya kan tak reti ayat jiwang-jiwang karat ni. Ayat sentap tau la....nampak sangat selalu sentap ngan laki sendiri hehehehe... ala sentap manje2 jer...

Actually nak minta breastpump baru. Yang ada ni bukan la tak boleh guna. Cuma bunyi dia cam kuat jer. Dah 2 3 orng kata pam saya ni bunyi kuat. padahal dorang pakai jenama yang sama gak. 25-27 October ni ada baby expo kat shah alam. Ingat nak pergi. Tapi tau jer la en suami tu bukan suka tempat-tempat camtu. Aritu lagi dah bagitau kat dia. Dah senaraikan pun barang yang nak beli tapi tak termasuk la pam tu kan. Alih-alih dia boleh tanya "kenapa nak kena beli kat expo tu???"

Seeeeeeeee..........cam tau-tau jer agenda binik dia ni kan....biasa la pompuan kan walaupun dh listkan brg tetap jua akan terlebih 3 4 barang hehehehe...

K la nak pikir ayat paling sesuai ni....stress cam nak jawab spm plak rasanya...

Thursday, October 10, 2013

Yeaaaaaaaaaaa lagi hehehehe

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa. Hamtam saja la labu...

Semalam birthday adik saya kan... hari ni birthday makcik saya plak. Bulan october ni byk ramai plak yg nyambut birthday yer....next year leh celebrate sama yer. 

Ok jom wish birthday kat makcik saya dulu yer...

HaPpY bIrThDaY Mama....
Semoga panjang umur sentiasa murah rezeki yer...

ok kita pergi ke cerita seterusnya...
Hari ni juga merupakan anniversery adik saya ros yang sambut birthday semalam...

Happy Anniversary yang ke 4
Semoga terus tabah menghadapi apa jua dugaan dalam berumah tangga & semoga bahagia hingga ke jannah... 

Actually ada 2 orang lagi yang celebrate birhtday dalam bulan October ni. Sorang anak si rose ni Muhammad Nurluqman Hakim yang lahir pada 5/10/2012.
Bagus budak ni lahir dekat-dekat birthday mama & aniversary mama&papa
mata ngantuk tapi camm tau-tau je besday dia
 Selamat Ulangtahun yang pertama sayang...mummy sentiasa doakan yang terbaik buat Hakim. Jadilah anak kebanggaan keluarga yer...
mummy sayang hakim!

Seperti yang semua sedia maklum (ayat kemain lagi kan..) saya baru je menerima anak buat baru pada 3/10/2013 yang diberi nama Nurkhairina Amani
Nurkhairina Amani
  Welcome to our family. Semoga Amani menjadi anak yang solehah. Nanti dah besar boleh main dengan Auni yer...

So bulan ni penuh dengan bunga-bunga cinta ;-))