Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Special For You

12 Januari 2015

Buat Sayang yang tercinta...Selamat menyambut ulangtahun kelahiran.

Alhamdulillah diberikan kesihatan lagi untuk tahun yang ke 33 ni. Semoga Sayang sentiasa dirahmati Allah sentiasa. Juga dilindungi Allah dari segala keburukkan.

Harapan saya semoga sayang akan terus tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang dengan hati yang tabah. 

Walaupun tiada apa-apa untuk sambutan birthday sayang tahun ni tapi sama-samalah kita menanti sesuatu yang lagi special dariNya. Harap penantian ini memberikan seribu kebahagiaan dalam hidup kita. 

Semoga segala impian sayang akan tercapai. Dan semoga sayang terus menjadi suami dan ayah yang penyayang buat keluarga kita.

 

Friday, October 10, 2014

Birthday Celebration 2014

Dah lama entry saya tak bergambar kan. Ok kali ni entry bergambar. Banyak sangat gambar. Ada lagi yang tak edit. Malas dh menguasai. tapi gambar yang ada ni pun dh cukup menggambarkan kemeriahan suasana tersebut.

Khamis lepas 9/10/2014 office saya buat sambutan hari lahir untuk semua staf. Senang buat sekali harung jer. Sebelum-sebelum ni kitorang buat 4 bulan sekali. Tapi sejak 2 tahun ni tak dapat nak buat camtu dah sebab ramai yang sudah beranak kecil. 

Sebelum-sebelum ni kami buat kat hotel or luar dari office. Kalau dah masing-masing berkeluarga dan ada anak kecil memang agak leceh sikit la. Mana nak layan anak mana nak makan lagi. Kalau anak-anak yang dah berjalan berlari tu kesian jugak la pada mak ayah yang terkejar-kejar tu kan. Tak dapat nak menikmati makanan yang sedap-sedap tu kan.

So AJK pelaksana mencadangkan supaya celebration kali ni dibuat di office je. So takde la rasa bersalah sangat nak tinggal anak/suami/isteri kat rumah sedangkan kitorang makan sedap-sedap kat hotel kan..lagipun kami buat waktu kerja. 

Jom la layan gambar...

Sebahagian preparation yang mereka lakukan. Saya tukang makan je...
Door gift. Kat bawah shower foam tu ada tertulis nombor bertuah. Alhamdulillah saya dapat beg
Photo booth
Suasana sebelum. kreatif betul ajk yang melaksanakan event ni. Tahniah!!!

Ni apa ke namanya. Terlupa sudah...hehehehe...

Tahun ni takde kek. Kita ganti dengan pulut kuning

Macam-macam makanan ada. Nasi beriani, soto, roti jala, kuih muih, sate, rojak buah, buah-buah celup coklat pun ada.

Ni kalau ambik gambar dengan coklat fountain tu mau terliur banyak kali ni
Ketibaan VVVVVVVVIIIIPPPP la sangat kan hehehehe...

kami mulakan majlis dengan bacaan yasin yang diketuai oleh ustaz yang dijemput khas dari Pusat Islam.

Doa dipohon semoga semuanya sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & sentiasa dirahmati olehNYA...amin....

Acara memotong pulut kuning



Team baby girl plak
Masa yang ditunggu-tunggu...
Disusuli dengan acara membuka hadiah. Hadiah ni wajib dibawa oleh semua orang untuk dibuka pada hari tersebut. Hasil kutipan bulanan oleh setiap staff.


Ni baby of March
Terselit sorang baby Feb sebab dia sorang-sorang je lahir bulan Feb tu
Sambil makan sambil bergosip...biasa la tu kan
Acara bebas apa lagi...lepas makan bergosip pastu bergambar la plak
Bergambar sampai pengsan...bukan kena bayar pun kan...
Lagi dan lagi....
Ni kembar nama dengan saya ni. kebetulan kitorang pakai baju kaler sama plakk hari tu. Si kembar pun tak pakai kaler sama-sama tau!
Makan sampai perut kembong. Tak senonoh betul mak budak ni kan..
Diakhiri dengan pic kami berdua. Adik ni tengah tunggu hari je nak bersalin. Sempat la dia makan puas-puas sebelum berpantang
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun big boss tak dapat datang sebab sibuk dengan meeting tapi kami memahami. Yang penting semua orang happy sebab dapat makan dengan kenyang sekali. Semua makanan sedap-sedap. Siap boleh tapau bawak balik lagi.

Terima kasih kepada ajak pelaksana yang bertungkus lumus mengadakan event ni. Mereka ni kalau buat event memang best. Sentiasa buat yang terbaik untuk kitorang. Semoga terus suksesss!!!


Monday, March 17, 2014

Happy Birthday To Me...(luv u mak)

Happy birthday to me....happy birthday to me....happy birthday to me...happy birthday to me....

Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur, diberi nikmat hidup lagi oleh Allah. Yer hari ni bertambah lagi umur saya. Dan masih lagi diberi kesihatan yang berpanjangan. Juga dikelilingi orang-orang yang menyayangi saya. Syukur sangat-sangat.

Apa yang saya harapkan dihari lahir saya ni??? Saya harap dan akan terus berdoa semoga emak saya diberikan kesihatan yang berpanjangan. Dan semoga mak dipanjangkan umur untuk saya terus membalas segala jasa mak. Saya akan menggembirakan mak, saya akan terus buat mak gembira tak mahu mak sedih-sedih. Nak sentiasa berada disisi mak ketika mak susah ataupun senang. Ketika mak gembira ataupun sedih. Nak sentiasa tengok mak bahagia selalu. 

Sepatutnya dihari lahir kita, kita kena celebrate mak kan...ye la mak yang susah senang menjaga kita sejak kita wujud dalam rahim mak kita lagi. 9 bulan membawa kita kemana saja kita pergi. Menahan setiap alahan demi kesihatan kita didalam kandungannya. Bertarung nyawa untuk melahirkan kita. Bersabar dengan setiap kerenah kita dari kecil hingga besar. Memang patut pun kita celebrate mak. Mak yang bersusah payah demi seorang anak.

Sejak bergelar ibu ni, perasaan dalam diri saya pun dah lain. Rasa terlalu banyak dah menyusahkan mak. Terlalu banyak pengorbanan mak. Semoga mak terus dirahmati Allah.

Saya harap juga semoga saya terus diberikan kebahagiaan yang berpanjangan. Saya bersyukur mendapat seorang suami yang sangat mengambil berat dan menyayangi saya sepenuh hati. Menerima saya seadanya. Melayani saya seprti saya ni seorang budak kecil yang mengada-ngada. Sangat-sangat memahami situasi saya. Alhamdulillah.....dilengkapi pula dengan seorang puteri yang comel. Yang menyinari lagi rumahtanggan kami. 

Tak ada apa lagi yang saya mahukan. Rahmat & nikmat dari Allah, keluarga yang bahagia, kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat & menyayangi saya. Walaupun masa saya terlalu sedikit dengan mereka saya syukur sebab mereka sangat memahami situasi saya. Saya akui sekarang memang saya lebihkan keluarga. Keluarga lah segala-galanya sekarang ni. 

Ok tak mau emo-emo dihari bahagia saya ni. Nak saya belanja kek. Jemput jamu mata yer...


Thursday, March 13, 2014

365 days of Auni

Video ni mummy buat sempena birthday anak mummy yang pertama. Saat kelahirannya sehingga la Auni berumur 365 hari @ 1 tahun. Sekejap je masa berlalu. Semoga anak mummy menjadi insan yang berguna.


Monday, March 10, 2014

Kenduri Kesyukuran @ 3in1 Celebration

Alhamdulillah 8hb Mac bersamaan hari sabtu yang lepas, selesai sudah majlis kenduri kesyukuran dan juga kenduri tahlil arwah di rumah mak saya di Tg Karang. Actually adik saya yang nak buat kenduri tahlil untuk anak dia. So sekalikan la dengan semua arwah. 

Tetiba termuncul plak idea saya untuk buat kenduri doa selamat sempena birthday Cik Auni, birthday saya dan juga anniversary saya yang jatuh pada bulan 3 jugak. So dah alang-alang kita celebrated la sekali. Sekali harung jer. Jadi pas ni takde la nak sambut-sambut dah. Senang kan kalau semua dalam bulan yang sama. Cumanya ada 1 je lagi berita yang belum pasti. Ingat lagi entry menghitung hari saya aritu. Harap-harap bulan mac jugak la. Seperti yang dijanjikan kalau dah confirm saya bagitau yer...

Ok berbalik pada cerita kenduri tadi. Majlis bermula pukul 3 petang. Ni 1st time mak buat kenduri tahlil siang. Selalunya malam. Ni kumpulan marhaban mak jugak. Sayangnya tak sempat ambik gambar sebab sibuk nak tidurkan Cik Auni sebab lepas kenduri tu ada acara potong-potong kek sikit.

Gambar pun masa potong kek tu jer. Ada 2 biji kek. 1 icecream kek untuk birthday & 1 kek lagi red velvet untuk anniversary.

Birthday cake
Anniversary cake
Ice-cream kek coklat tu saya beli kat kedai kek Kuala Selangor. Angel Cake kalau tak silap. Anniversary kek tu plak saya tempah dengan K.Meen Saya suka kek K.Meen ni sebab kek dia tak manis sangat. Dah lama sangat saya tak order kek dari dia. Dulu duduk S.Alam ada jer kek yang saya order. Memang tak jemu la. Kalau tak kek, cistat ke, durian crepe ke. Pavlova pun K.Meen ada buat. Terbaru dia buat biskut lidah kucing yang warna warni tu. Tengok la ada masa nanti nak order gak. Dah duduk kg ni susah la sikit nak pergi ambik.

Kek Cik Auni aritu pun order dari dia jugak. Haritu order rainbow kek. Kek tu potong kat rumah kakak ipar saya kat Pelabuhan Klang. MIL saya ada kat sana masa tu so saya pun bawa je la kek tu potong kat sana. Meriah sikit ada anak buah yang lain.

Rainbow kek
Rasanya tiap-tiap tahun nak buat camni la. 1st Mac potong kek Cik Auni dengan MIL dulu. Pastu baru buat 3in1 celebration kat kampung. Buat doa selamat Insya Allah....Bukan tak nak buat doa selamat kat rumah MIL, sebab MIL duduk kat taman. Biasanya MIL kalau buat kenduri diorang tempah jer. Tau-tau je la kalau tempah tu banyak jugak la belanjanya. Pastu nak kena plak jemput orang masjid. Kejiran MIL ramai bangsa lain. So nak selamat & memudahkan majlis kitorang buat jer kat rumah mak saya kat kampung. Jemput makcik-makcik untuk masak makan-makan famili jer. Untuk kenduri plak mak tempah jer nasi ambeng. Selesai masalah...

Majlis tahlil & doa selamat selesai dalam pukul 4.30 petang camtu. Pastu kami teruskan dengan majlis potong kek & makan-makan keluarga. Adik saya ada la beli sate. Jom la tengok gambar. Gambar pun gambar  potong kek je pun.

Time ni ok lagi

Si kembar Rayyan & Auni. Next year boleh potong kek sama-sama lagi

Dah start melalak

Tak sabar nak makan kek dah tu

Semoga kekal hingga ke syurga
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cumanya Cik Auni tu mengamuk sikit sebab tak cukup tidur. Dia kan memang susah sikit nak tidur kalau ramai-ramai. Nak kena masuk buai sunyi sepi baru la tidur dengan aman. 

Mummy doakan semoga Auni & Rayyan membesar dengan sihat, cerdas, cergas & jadi anak yang soleh & solehah. Mummy sayang sangat kat Auni & Rayyan. Dah besar nanti jangan gaduh-gaduh tau! mmmmmuuuuaaaahhhhhhh........


Tuesday, March 4, 2014

1314

Happy Birthday buat satu-satunya anak mummy yang mummy sayangi (sbb br sorang anak). Sekejap je masa berlalu. Dah setahun rupanya anak mummy ni. Bermacam karenah bermacam perangai yang mencuitkan hati mummy. Menggeramkan pun ada. Kadang-kadang rasa nak marah pun ada. Stress pun ada tapi tu semua sangat mengbahagiakan mummy. 

Alhamdulillah setahun Auni bersama mummy. Dapat melihat Auni membesar depan mata mummy walaupun mummy kerja. Ayah pun kerja siang malam, tapi kami cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa bersama-sama Auni. Melihat Auni senyum setiap hari amat menggembirakan hati kami. Mendengar tangisan Auni setiap hari sudah cukup meredakan hati kami. 

Sedikit sambutan untuk si kecik Auni. Hanya potong kek bersama wan jer. Takde buat makan-makan pun. Tu pun wan kat rumah maklang. Ada la gak sepupu Auni yang lain. Mummy plan nak buat kenduri kesyukuran kat rumah nenenk nanti. Tapi nak jugak potong kek masa 1hb. Jadi ni jer la dulu yer. 8hb nanti kita potong kek lagi dengan kembar Auni.

Pic crdt to pak usu Auni
Dear Auni,

Selamat Hari Lahir sayang...semoga Auni menjadi anak yang solehah dan kebanggaan keluarga. Dengar cakap mummy & ayah, hormat orang tua, sentiasa sayang menyayangi sesama makhluk, rendah diri, sopan santun, jaga tingkah laku & semoga sentiasa beroleh kesihatan yang berpanjangan...Mummy & ayah sentiiasa sayangkan Auni.

Tuesday, February 4, 2014

02022014

Anak-anak yang terlebih excited. Mak rileks jer...
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT MAK TERSAYANG. SEMOGA MAK TERUS DIBERIKAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN. SAYANG MAK SELALU...MMMUUUUAAAAHHHHH....



Thursday, January 23, 2014

12012014

HAPPY BIRTHDAY BUAT EN. SUAMI TERSAYANG
 Birthday en. suami pada hari ahad yang lepas lepas lepas...tiada sebarang celebration pun. Last year ada gak wat surprised delivery cupcake ngan bunga kat opis dia. This year cam malas plak hahaha...kejam sungguh puan isteri ni kan..

 Bukan tak nak buat apa-apa cuma nanti en suami kata membazir. So biar dia yang request nak apa. Hadiah memang takde. Sebab aritu dah belanja dia sandal yang boleh tahan gak harganya bagi saya. Kalau orang lain mungkin biasa-biasa jer kot. Tapi bagi saya yang kurang ada-ada ni agak mahal la gak kan. Tapi takpe sebab dia tahan lama. Sandal yang lama pun jenama yang sama leh tahan lebih kurang 3 tahun. Sangat berbaloi kan...

 En suami request kek ice-cream. Mulanya nak belikan kek secret recepi jer tapi dia yang nak kek ice-cream tu ok  kita turutkan saja permintaan besday boy yer...

 Potong kek pun dah malam. Cik Auni pun dah nak tido. Yang ada cuma kami bertiga, MIL & adik ipar jer. Puan isteri tukang ambik gambo jer. Malas nak join bergambo sebab keadaan pakaian yang kurang manis untuk tontonan umum. 

cer tengok mata cik auni tu. tengah tahan ngantuk tu sebenarnya
 Gambor pun ulang gambor yang sama gak. Ambik gambar dari tempat yang sama so memang camtu jer la kan. Modelyang sama gak

 Layan jer la gambao dua beranak ni yer...



 Doa dan harapan mummy semoga ayah sentiasa dimurahkan rezeki, tabah menghadapi semua ujian & tercapai apa jua impian yang ayah impikan. Terima kasih atas kasih sayang ayah yang tak berbelah bagi buat mummy & auni. Semoga ayah terus diberikan kesihatan yang berpanjangan....

MUMMY & AUNI SAYANG AYAH KETAT-KETAT