Thursday, May 28, 2009

MC

Ubat2 yg pelu dihabiskan

Semalam pegi opis gigi masih berdenyut2...ingatkan blh la tahan. Tapi gagahkan jua dek kerana tugasan yg melampau. Lagi pun next week mmg dh apply cuti. Last week pun dh mc gak. Rasa malu pd diri sendiri bila cuti byk2...
Mmg plan nk g klinik pun. Kad pun dh bw sekali. Klinik kat sebelah opis je so masuk la keje dulu. Dalam kul 10 pegi. Xde orang pun so masuk2 terus jumpa doktor. Cek sume gigi pastu doktor tu cam tau2 je aku sakit gigi.

Doktor: gigi sakit ke?
Aku: Haah...(xbyk ckp sbb dh x tahan)
Doktor: Yang mana sakit?
Aku: Atas belah kanan
Doktor: Ok sy cuci sume la...
Aku:?????? (redha ja doktor nk wat apa, sbb mmg nk gigi ni cepat sembuh.)

Selesai cuci sambil dia mbebel apa tah kat pembantu dia (aku malas nk ambik pot...)sbnrnya dok pikir apa la doktor nk wat kat gigi aku ni sbb dia x sentuh pun gigi aku yg sakit tu. Rupa2nya dia wat last sekali. habis dia gerudi gigi aku tu. Aku pun pejam2 mata tahan sakit. Doktor kata dh tahap sampai saraf dah ni...dia buh ubat pastu next week kalo sakit lg kena gerudi sampai saraf. Sbb nk kena inject bahagian saraf tu.

Ngeri plak aku dengor...Yg dia buat ni pun dh sakit apatah lagi tang saraf tu. TAKUTnya......
Doktor kata dia buh ubat kat gigi yg dh berlubang tu. Mmg sakit sbb ubat nk bertindak balas ngan bakteria tu. Dorang nk berperang kot. Pas kumur2 mmg dh terasa sakit sngt. Lebih berdenyut2. Sudahnya doktor bg MC....


Wednesday, May 27, 2009

Cik gigi...Cik gigi...

Huhuhu...berdenyut2 gigi I ni. Tu la mkn lagi coklat byk2...Tapi coklat blh hilangkan stress tau! Nak wat camne benda dh nk jadi. (Eleh kalo beringat x la jadi cenggini kan????)
1 malam xleh tido. Rasa cam nk ambik sepanar cabut sendidri jer..cam la terrer sgt nk cabut gigi sendiri., Ni kalo p klinik pun bkn blh cabut pun mesti doktor suh dtg lain kali.
Dah x tahan ni....

Saturday, May 23, 2009

Hakikat Kehidupan...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah,
Sebelum menemui insan yang betul,
Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian & hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
Yang lain akan terbuka
Tapi, lazimnya kita akan memandang,
Pintu yang telah tertutup itu terlalu lama,
Hinggakan kita tidak nampak,
Pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah,
Seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian
Dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun
Dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan
Bahawa itulah perbualan yang paling Herat
Yang pernah dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa
yang telah kita punyai,
Sehinggalah kita kehilangannya,
Dan juga benar bahawa kita tidak tahu,
Apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda,
Bukanlah satu kepastian yang mereka,
Akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan,
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka,
Tapi, sekiranya ia tidak,
Pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati pada seseorang,
Satu jam untuk menyukai seseorang,
Satu hari untuk menyintai seseorang,
Tetapi,Ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan,
Kerana boleh jadi ianya palsu,
Jangan kejar kemewahan,
Kerana ianya akan susut,
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum,
Kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman,
Untuk mencerahkan hari yang suram.
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda,
Teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin,
Menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
Pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui,
Dan jadilah apa yang anda inginkan,
Kerana anda hanya memiliki satu kehidupan,
Dan satu peluang,
Untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup,
Untuk membuatkan diri anda menarik,
Percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
Kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan
Dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. S
elalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,
Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
Fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia,
Tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik,
Mereka hanya membuat yang terbaik,
Dalam hampir apa saja yang datang,
Di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
Mereka yang terluka,
Mereka yang telah mencari,
Dan mereka yang telah mencuba,
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia,
Yang telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman,
mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan,
Kehidupan yang lalu yang telah dilupakan,
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna,
Sehingga anda melupakan kegagalan,
Dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis,
Dan orang di sekeliling anda tersenyum,
Teruskanlah hidup anda supaya apabila,
Anda mati nanti,
Andalah yang akan tersenyum
Dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Jadikanlah keredhaan Allah itu sebagai matlamat,
Jalannya penuh ranjau, n
amun tetapkanlah hati,
Sedikit kesabaran, s
ecawan kepahitan,
setinggi harapan,
Dan doa yang tak putus,
InsyAllah akan datangnya kemanisan..
Jangan hanya tahu berkata-kata,
Tapi rasailah kesakitanyya,
Baru kita kan jadi orang yang bersyukur...
Bersama kesusahan itu datangnya kesenangan..
Dan bersama kesenangan itu datangnya kesusahan...
Semoga redha Allah bersama kita.....

Friday, May 22, 2009

Lemah Wanita Lembut Wanita

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut... ..besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak re la mengakuinya
Telah ditakdirkan ... kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam.....
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani... di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .
Celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah... bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah... terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita... .
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakanLelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI"


credit to:GE2U

Wednesday, May 20, 2009

Demam

Musim demamkah sekarang ini?
Housemate aku 2 orang dh demam. Aku pun kdg2 lain macam jer rasa.
Cuaca pun sekarang ni aku tgk dh x panas macam 2 mggu lepas.
Mgkn perubahan cuaca kot, ye la dari panas terik tapi sekarang dh ada ujan sikit2. Langit pun dh x panas terik lagi dah...suam2 jer..tu yg boleh sakit tu

Aku Alhamdulillah masih sihat lagi. Antibodi aku kuat lagi. Syukur atas nikmatMu tuhan...

Wednesday, May 13, 2009

panas...panas..panas

Cuaca sgt la panas skrg ni. Malam2 pun panas. tiap kali nk tido mesti kena mandi dulu. wawawa...tension nyer..

Kat Opis ekon plak wat hal. Buku dh la byk nk susun. Ekon plak problm, cuaca panas. Pegi mana2 kena standby kipas tangan. Masuk toilet pun ke bawak!!

Hadoi la bila la ekon ni nk ok.

Kat luar cuaca mendung, harap2 ujan la...sejuk sikit kan....
PAgi td dh ujan sikit tp kejap jer la. Tu yg blh terlajak tido tu.
Ha...tu nk ngata aku la tu...elo...I dh bgn tau cuma terlelap dlm kul 6.30 tu pun sbb tggu turn masuk bilik air tau!!! jgn berprasangka buruk x baik!! sudahnyer 7.45 baru tersedar. Seb bek la mggu ni pakai santai2 jer, klo idak maunyer aku cari baju yg x payah iron.

Aku dh dengar guruh kat luar tu. Hopefully ujan la ptg ni....

Sunday, May 10, 2009

Bunga Vs CC

Alakah seronoknyer kalo tetiba dpt delivery cenggini kan.???Ni alkisahnyer ada la 1 mggu tu aku xtau la pasal apa 'budak tu' tetiba jer nk marah2. Lain mcm plak marahnyer.Aku plak kecik ati la la kan. Siap nangis2 lagi. Yer la aku tanya elok2 kena marah plak. Apa hal?!
Ni kiranya nk pujuk la tu. I like!!!!Aku rembat jer apa org nk bagi...hehehe. Emosi kacau betul time tu...Orang lain pun keje gak kan...masing2 pun blh tension ngan keje. nk wat camne kan dh namanya keje...
Tapi dia dh minta maaf la..nnti lain kali bg kek lagi yer....Tp kek ni manis sgt la. G oder ngan K.Meen yer...nnti sy bg alamat..hikhikhik...












Saturday, May 9, 2009

Roti Jala

Entyah mimpi apa tah tiba2 jer nk wat roti jala. Housemate aku la beria2 kata dh lama x mkn gulai daging. So planning minggu tu mmg nk mkn gulai daging. Jemu plak asyik mkn ikan ngan ayam jer...so aku ngan tiba2 rajin plk nk wat roti jala. Lagipun dh lama x mkn roti jala. Last buat pun masa bulan pose aritu...

Resepi nk letak ke???xpayah la malu la plak nk tempek kat sini. Korang search jer la yer kat tenet tu mesti jumpa nyer la...

Friday, May 8, 2009

Hari yg bosan

Hadoi la arini K.zai EL plak...bosan tol la. Keje bertimbun2 ni. xtau mana nk mula. Meja aku pun dh cam apa tah. Bila mau kemas ni. Sori la mood mengemas xde lagi.
Eleh nk tggu mood konon, blah la ko...
Dasar pemalas!!!
Ha hambik ko!
Ni apa merapu ni...

Wednesday, May 6, 2009

TV ku berseri2...

Ni apahal ni tv berseri2...pakai NV ke???xpenah lagi kudengar tv berseri2...

OOOO ....ini rupa-rupanya..Flip flower ni sebenarnya untuk diletak dlm kete. Ciwi dh sgt nk tgk. Buka2 jer terus letak atas tv. daun ngan bunga tu blh gerak2. Tp dh letak atas tv apa kekdahnyer dia nk gerak gak. Dh benda tu statik jer..Nnti aku letak dlm kete aku snap gmbr yer...

Bunga2 matahari, anggun mekar di taman sari...ewah cam maya plak yer nyanyi2 bagai. Gumbira sungguh hati beta. Bunga2 ni la yg menyebabkan hati beta gumbira. Haruman2 yg segar seolah2 ku berada di taman bunga. Eceh....Segar2 bunga ni kan???Suka plak aku tengok hasil keras tangan aku ni. Eleh takat cucuk humban dlm botol tu blh la..Kalo la bilik aku sentiasa dihiasi bunga2 segar cenggini alangkah bestnya...(beranagan jap)
Tara...itulah dia penghias2 tv aku. Walaupun tv lama tetapi tetap ku tatap hari2. nak2 lagi dh berhias cantik ngan bunga2 segar tu...

Warna Pakaian Lambang Personaliti

#MERAH
Mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan.

#KUNING
Suka menyenangkan orang lain, humor dan membuat orang ketawa, mengambil risiko.

#HIJAU
Mereka ini mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik.

#BIRU
Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-rahu dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini.

#UNGU
Mereka ini suka bersahabat dan mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius dalam sesuatu perkara.

Sumber: Mingguan Malaysia, 3 Mei 2009

Tuesday, May 5, 2009

Hari malas

Ya Allah, malasnya bangun tido pagi td. Rasa cam malas plak nk pegi keje. Dh la gigi sakit. Apasal tah gigi ni tiba2 plak sakit dr malam td lagi. Seb bek lepas mkn dia sakit. Kalo x ilang nikmat nk mkn...ingat mkn jer hikhikhik...

Nak x nk kena bgn gak. Dlm 7.30 ujan plak turun. Kalo ujan turun kul 5.30 td kompom aku x keje hahaha...nk cengkelat la tu...

Bila dh ngantok2 cam ni mula la malas nk wat keje. xpe student dh nk hbs exam. xde la byk sgt keje. cuma nk tggu projek wktu cuti ni jer...pasni kompom byk keje. sure x sempat la nk update blog ni. tapi sbb nk jadi blogger tegar kan kena la curik2 masa gak ahakssss...

Monday, May 4, 2009

Selamat Bekerja

Salam semua,
Apa kabar hari ni? Camne cuti last weekend??? Ada pegi mana2...sure ada kan...
Just drop kejap kat sini, to say hello utk kwn...dan nak ucapkan selamat bekerja semula setelah cuti hari pekerja aritu..sure ramai yg malas nk start keje semula kan. Maklumla cuti lama. K la nnti kita citer pnjg yer....

Sunday, May 3, 2009

Katak Kuda...Kuda Katak...

















Apa yg korang nmpak? Katak or Kuda?

Saturday, May 2, 2009

Kreatifnya dia ni...





















































Kalo aku jumpa org ni aku nk suh dia ukir gambar aku plak kat kayu tu!!