Salam semua...
Apa aktiviti kalian hujung minggu ni??? bercuti? jalan-jalan cari makan? tengok wayang? piknik? atau duk umah sajer...tak kan duduk umah je...tapi kadang-kadang seronok jugak duduk rumah ni. bermalas-malas sambil layan cerita kat tv ke layang vcd ke kan....
Aktiviti saya minggu ni....ermmm agak padat gak jadual...(baru plan jer). Ada member dari selatan nak turun sini. tapi masih dalam perancangan lagi...katanya nak pergi CatShow kat putrajaya. Dia ni memang minat sangat ngan kucing. Tengok la nanti kalo dia jadi datang leh la jumpa dia kat catshow nanti. Kebetulan ada lagi sorang member yang baru berjinak-jinak membela kucing. Tu yang xcited lebih bila bagitau ada catshow tu...
Dalam planning saya nak pergi tengok wayang. Dah lama rasanya tak tengok wayang. Dapat jugak realease tension. Agak-agak cerita apa nak tengok ni??? Adakah herry potter? Rapunzel? ngangkung??? kita tunggu dan lihat yer...
No comments:
Post a Comment