Thursday, December 2, 2010

Penantian itu akhirnya....

Akhirnya berakhir jua penantian itu. Memang sangat menyiksakan jiwa dan ragaku...Tapi alhamdulillah selamat sampai jua. Walaupun mengambil masa lebih kurang 12jam perjlanan namun keceriaan jelas terpancar di wajah mereka apabila bertentang mata. Syukur pada mu Ya Allah kerana kau permudahkan perjalanan mereka...

Walaupun masa yang ada amat-amat terhad namun peluang itu digunakan dengan sebaik mungkin.. Kegembiraan jelas terpancar dengan gelak tawa masing-masing. Terlepaslah jua kerinduan yang sekian lama terpendam...

Kepada yang tidak dapat berjumpa tu, Insya Allah mungkin dilain masa kita akan bersua juga...
Mungkin kita akan berjumpa di Taman Cinta bulan 3 nanti. Harap2 semua boleh hadir...


No comments: