Tuesday, December 7, 2010

Sahabat lama

Alhamdulillah di tahun baru ni, aku dapat berhubung semula dengan sahabat lama aku. Tak pernah terfikir aku dan dia akan berhubung semula. Terima kasih ya Allah...

Hampir 6 atau 7 tahun tak dengar kabar berita dari dia. Hanya berkirim salam melalui kakak dan adiknya sahaja. Aku pun tak tahu mengapa dia berdiam diri selama ini. Mungkin ada sebab yang tak dapat dia nyatakan dengan jelas.

Kami rapat dari sekolah lagi. Kalau tak silap aku masa kami sama-sama ditingkatan 3. Aku pun dah jarang nampak dia dirumah mak dia. Mungkin masa aku balik kampung dia tak balik. Anak-anak dia pun dah besar. Mungkin yang sulung dah pun bersekolah. Aku gembira sangat hari ni walaupun hanya sms saja dengannya...Mungkin ini rahmat tahun baru.

Semoga persahabatan ini kekal selamanya...

No comments: