Friday, February 25, 2011
Nescafe itu...
Nescafe itu sangat sedap. Aromanyer saje boleh boleh menaikkan nafsu untuk menikmatinya. Tak kira la panas ke sejuk ke biasa ke nescafe 'o' ke. Pagi atau petang kalau dapat menikmatinya memang terbaik la....
Tapi disebabkan nescafe itu kepala saya jadi tingtong harini huhuhu...saya pun tak tahu sejak bila saya tak boleh minum nescafe ni...sangat rugi rasanya. Banyak sangat ke kafein dalam nescafe ni. Dulu ok jer tak ada pun sakit kepala. Sekarang kalau minum sikit pun dah boleh sakit kepala. Minum kopi ok plak. Bukan nescafe ngan kopi tu sama je ke???
Disebabkan nescafe itu hari ini saya telah menumpahkan sebotol air mineral dan secawan milo huhuhu...sangat sedih. Milo tu baru minum 2 teguk jer...Saya sangat suka minum milo. Sedih la plak huhuhu...
Camne nak hilangkan sakit kepala ni. Saya tak suka nk makan2 ubat kalau sakit2 kepala ni melainkan kalau saya dah tak tahan sangat. Nak tido pun tak boleh...dah kata minum nescafe kan harus la segar bugar...
Saya memang dah lama tak minum nescafe. Saje nak mencuba. Teringin plak bila dah lama tak minum. Sendiri cari pasal kan so sendiri la tanggung...
Monday, February 21, 2011
Membebel dan berleter
Sejak bertukar tempat kerja ni seolah2 tak ada masa langsung nak update blog. Kadang-kadang berbulan blog ni terbiar begitu saja. Bukan disebabkan kebizian yang tahap dewa tetapi mood untuk berkarya (ceh cam penulis novel plak) seakan sudah pudar dalam diri ini. Entahlah kenapa jadi begini. Kalau dulu tak sabar rasanya nak berkongsi cerita disini. Tapi kini cerita itu hanya tinggal dalam memori kepala jer...
Bosan???kenapa pulak nak bosan kan???sedangkan disinilah saya akan meluahkan segala-galanya. Berkongsi segala cerita dan peristiwa yang terjadi dalam hidup saya. Bukannya tak ada aktiviti yang dilakukan, boleh ditakan setiap minggu ada jer benda yang dilakukan sampaikan tak cukup masa. Pagi petang siang malam padat dengan aktiviti yang kadang-kadang tak dirancang langsung. Gambar memang dah terlalu banyak. Sampaikan telefon ni dh berat dengan gambar-gambar.
Mungkin disebabkan perubahan suasana tempat kerja. Dari segi skop kerja sama jer rasanya. Entahla...mungkin disebabkan penyakit M kot hehehe...Kalau M tu dah datang memang x boleh nak buat apa kan....sabar je la
Saturday, February 12, 2011
Kenapa pasangan suami isteri tidak serasi?
Friday, February 11, 2011
Bahasa isteri yang perlu difahami suami
Tanpa komunikasi yang betul keserasian rumah tangga sukar diwujudkan. Sikap isteri dalam keadaan tertentu sukar difahami suami. Dia akan terus berteka-teki dalam perkara itu namun tidak mahu berterus terang. Apabila isteri melakukan sesuatu perkara selalu disalahtafsirkan.
Mereka ini walaupun berkahwin setelah melalui proses perkenalan yang panjang, namun peluang yang ada itu tidak digunakan untuk saling mengenali hati budi masing-masing. Mereka terlupa untuk mempelajari kaedah komunikasi yang berkesan sebagai suami isteri.
Walaupun mereka bertunang bertahun-tahun, namun mereka tidak sempat untuk menilai apakah antara mereka ada perbezaan yang boleh saling lengkap melangkapi. Mereka terlupa untuk melihat keserasian pasangan secara lebih jelas.
Biasanya waktu berkawan mereka terlalu enjoy, hendak seronok sahaja. Semua yang ada pada kekasih masing-masing dilihat indah walaupun buruk. Pada waktu bertunang pula mereka asyik berbincang soal persiapan fizikal sahaja. Padahal jika mereka mengambil puluang itu untuk mengenali peribadi, perwatakan, dan isi budi masing-masing adalah lebih bermanfaat.
Sebenarnya, sewaktu berkawan dan bertunang adalah waktu terbaik untuk mereka mengenali semua itu. Mereka harus mengenali cara pasangannya bercakap, cara dia bertindak dan sebagainya. Semua yang dilakukan itu melambangkan sikapnya sebenar. Jika mereka benar-benar faham, banyak yang boleh diatasi semasa berkahwin.
Kesan daripada tidak faham kaedah komunikasi yang berkesan itu, banyak pasangan yang berkahwin mengalami krisis. Sikap isteri tidak difahami oleh suami hingga kadang-kadang perkara kecil menjadi besar. Dalam ruang ini saya cuba paparkan sikap isteri yang seharusnya suami tahu dan bertindak bagi mengatasinya.
1. Waktu merajuk
Bil | Sikap | Maksudnya | Mengatasinya |
1 | Tiba-tiba tak mahu bercakap | Dia tidak suka dengan tindakan suami sebelum itu | Berterus terang maksud tindakan, jika perlu minta maaf |
2 | Tiba-tiba marahkan suami | Dia cemburu dengan tindakan suami | Perlu selidek puncanya, mungkin salah sangka. Jika pasti, berterus terang, bukan menipu |
3 | Tiba-tiba menangis | Dia sakit hati dengan tindakan suami | Beri penjelasan isu yang ditimbulkan. Beri keyakinan tentang kasih sayang. |
4 | Tidak mahu memberi khidmat | Dia sungguh kecewa dengan sikap suami | Nilai semua kesilapan suami, dan betulkan semula apa yang tidak disenangi. Jika masih tidak mahu menerima, tinggalkan dia di rumah untuk memberi ruang dia berfikir |
Suami yang tidak memahahami sikap isteri di atas akan bersangka buruk terhadap isterinya malah ada yang menuduh isteri curang.
2. Waktu gembira
Bil | Sikap | Maksudnya | Mengatasinya |
1 | Dia sudah rajin masak | Tindakan suami sebelum itu menyenangkan hatinya | Teruskan sikap itu, jika perlu puji kerajinannya |
2 | Dia tidak banyak soal waktu kepulangan suami | Dia puas hati dengan tindakan suami | Ucapkan terima kasih kepada isterinya dan menten keadaan itu |
3 | Dia siap untuk tidur awal | Dia sudah akur dengan kehendak suami | Belajari sikap dan pengalaman manis itu untuk tidak mengulangi kebencian isteri |
4 | Dia bercakap dengan nada manja | Dia mahu suaminya bersikap seperti itu juga | Hargai sikap isteri dan jauhi dari sikap kontra |
Suami yang tidak faham dengan tindakan isteri akan terus menyangka isterinya ada udang di sebalik batu. Akhirnya suami tidak bertindak yang sewajarnya.
3. Waktu benci
Bil | Sikap | Maksudnya | Mengatasinya |
1 | Kehendak suami tidak dilayan | Dia mahu suami mengubah sikap yang buruk | Baiki kesilapan bukan mempertahankannya |
2 | Tidak mahu bercakap apabila ditanya walaupun dengan baik | Dia memprotes sikap suami yang tidak istiqamah berbuat baik | Menilai sikap diri mana yang buruk dibuang dan yang baik diperbanyakkan |
3 | Makan tidak selera | Dia mahu simpati daripada suaminya | Suami perlu melihat masalah isteri dan cuba selamatkan. Tetapi jangan sampai melanggar syariat |
4 | Tidur seorang diri | Dia mahu suaminya bertanggungjawab kepada dirinya | Suami perlu menilai kelemahan diri dan cuba membaiki kekurangan itu demi kasih sayang |
Oleh sebab tidak faham tindakan isteri suami terus marah kepada isteri. Dan atas sikapnya yang tidak sabar itu mereka bergaduh.
4. Waktu mengharap
Bil | Sikap | Maksudnya | Mengatasinya |
1 | Muka masam | Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan | Bertanya sebab dan cuba atasi kehendaknya |
2 | Meminta maaf sambil menangis | Dia benar-benar insaf | Terimalah seadanya dia, dan selepas memaafkannya, nasihatkan berdasarkan kehendak Islam dan apa yang anda mahu |
3 | Melihat sesuatu barangan dalam tempoh yang lama dan memujinya | Dia hendak meminta suami membelinya | Suami perlu memberi pertimbangan sewajarnya sama ada untuk membelikannya atau tidak |
Contoh sikap isteri yang dipaparkan ini mungkin tidak bermaksud begitu, tetapi sebagai suami, tindakan isteri perlu dikaji dengan teliti. Kadang-kadang yang tersurat tidak sama dengan yang tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh menilai dengan tepat. Tetapi yang paling penting semua yang berlaku harus disangka baik. Nanti yang negatif akan menjadi positif.
SAya nak Ice-Cream!!!!!!!
Thursday, February 10, 2011
Nasihat dan Panduan Akad Nikah di Masjid
Pilihan tempat berlangsungnya majlis akad nikah juga penting dalam menentukan keberkatan dalam kehidupan suami isteri. Kita bersyukur kerana sudah menjadi tren pada hari ini, upacara perkahwinan dilakukan di dalam masjid. Tujuannya sudah tentu untuk keberkatan. Memang masjid tempat yang paling sesuai untuk upacara pernikahan kerana setidak-tidaknya di masjid tidak ada orang yang berniat jahat. Maka upacara akad nikah berlaku dalam keadaan tiada seorang pun yang menanggung dosa. Itulah erti keberkatan.
Tetapi dalam keghairahan mereka menggunakan kemudahan rumah Allah ini, mereka lupa beberapa pantang larang. Ada beberapa perkara yang jarang diberi perhatian. Mereka lupa dalam masjid terdapat adab sopan yang perlu dipatuhi oleh orang yang berada dalam majlis itu. Antara yang penting ialah:
1. Berpakaian menutup aurat dengan sempurna khususnya kepada wanita.
2. Niat iktikaf di Masjid.
3. Menghormati jemaah lain yang sedang beribadah di dalam masjid.
4. Mulakan dengan solat Tahiyatul Masjid dan solat sunat yang berkaitan.
5. Tidak bercampur dan bergaul terlalu bebas antara lelaki dan perempuan.
6. Jika pengantin perempuan didatangi haid dan tidak dapat hadir ke masjid, maka wali boleh menjemput jurunikah datang ke rumah terlebih dahulu untuk proses wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.
7. Pengantin perempuan yang haid boleh juga hadir ke masjid pada hari akad nikah tetapi dinasihati agar tidak masuk ke dalam Dewan Solat masjid.
8. Barang-barang hantaran diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan.
9. Jika boleh, hanya mas kahwin sahaja yang dibawa ke masjid. Majlis penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dilakukan di masjid, tetapi upacara menyarungkan cincin hendaklah dilakukan di rumah pengantin perempuan.
10. Jangan bergambar atau berposing untuk bergambar secara melampau di dalam masjid atau di sekitar kawasan masjid.
Panduan ini tidaklah susah untuk dipatuhi, namun masih terdapat lelaki atau perempuan yang sering mengabaikannya. Masih terdapat perempuan yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan suasana masjid. Ada yang mempamerkan wajah mekap yang mempesonakan, bahagian dada yang masih tidak ditutup sepenuhnya meskipun sudah mengenakan kain tudung.
Manakala lelaki pula ada yang memakai rantai dan gelang. Semua itu adalah haram bagi lelaki walaupun bukan dibuat daripada emas. Perhiasan perempuan itu tidak layak untuk lelaki kecuali gelang yang disahkan untuk perubatan. Kita tidak pasti sama ada mereka ini degil atau tidak tahu tentang hukum tersebut.
Semoga kita tak terlepas pandang perkara-perkara sebegini
Perkhabaran terkejut
Pagi ni dapat tahu dia jatuh terentak kepala. Mengalami sedikit kehilangan ingatan. Ya Allah saya macam tak boleh terima kenyataan ini. Nurul memang seorang yang ceria dan tabah. Dalam proses recovery kat rumah. Saya tak dapat bayangkan keadaan dia sekarang ini. Semoga Allah menyembuhkan dia dan semoga Allah memberi ketabahan kepada suaminya.
Saya baru nak khabarkan berita gembira pada dia, tapi saya yang dapat berita sedih dari dia. Ya Allah Kau sembuhkanlah sahabatku ini....
Wednesday, February 9, 2011
Perkara penting untuk pengetahuan pengantin
Kali ni nak share
Perkara penting untuk pengetahuan pengantin
Pasangan yang hendak berkahwin harus mengetahui perkara yang dipandang remeh, tetapi amat besar maknanya. Perkara di bawah adalah berdasarkan pengalaman bagi membantu membina rumah tangga bahagia.1. Tujuan berkahwin, apa yang kamu niatkan?
- Bagi lelaki, untuk mendapatkan sesuatu yang tidak boleh diperoleh di luar perkahwinan.
- Kasih sayang dan belaian manja dari seorang perempuan.
- Bagi wanita, untuk mendapat perlindungan dari seorang yang bergelar lelaki atau suami.
2. Apakah kewajipan suami?
- Memberi nafkah – makan – pakaian – tempat tinggal
- Mendidik isteri – sejak awal perkahwinan.
3. Apakah hak isteri?
- Taat suami kecuali perkara yang bertentangan dengan syarak
- Hormati suami dan keluarga suami.
4. Apakah isteri wajib masak dan membasuh?
Pada dasarnya bukan kewajipan isteri tetapi kalau suami minta masuk atau membasuh dia wajib taat.
Kalaulah suami tidak suruh masak dan tidak suruh membasuh, dia seharusnya memasak kerana menghormati suami yang baru balik kerja. Dia juga seharusnya membasuh baju suami kerana menghormati suami yang pakaiannya kotor.
Sebenarnya isteri yang baik dia tidak mempertikaikan tentang urusan basuh dan masak itu kerana kedua-dua kerja itu adalah fitrah bagi seorang wanita.
5. Apakah persiapan awal suami isteri sebelum dan selepas kahwin?
- Kuatkan iman, taqwa dan ilmu agama
- Mengenali hati budi pasangan
- Mengetahui kesukaan dan kebencian pasangan
- Hindari kebencian pasangan
Formula menyelesaikan masalah rumah tangga
Bil | Masalah | Penyelesaian |
1 | Bila banyak urusan tidak menjadi, walaupun sudah diusahakan masih gagal. | Nilai hubungan kita dengan Allah, solat dan ibadah lain mungkin tidak diterima Allah. |
2 | Suami isteri mula renggang, suka bergaduh | Nilai semula solat suami dan solat isteri mungkin ada yang cuai atau tidak melakukan solat. |
3 | Suami isteri dilihat tidak mesra dengan anak-anak. | Lihatlah, mungkin suami dan isteri tidak mesra di atas katil. |
4 | Isteri rasa tak senang hati terhadap suami | Lihatlah mungkin suami buat dosa di luar rumah, buat maksiat. Perlulah bertaubat segera. |
5 | Suami rasa kurang selesa dengan isteri | Lihatlah mungkin isteri melakukan dosa di luar rumah. Bertaubatlah segera. |
6 | Bila anak tidak taat kepada ibu bapa | Lihatlah mungkin suami isteri ada masalah yang tidak diselesaikan, apatah lagi dosa dengan Allah. |
7 | Bila anak buat dosa di luar rumah | Ibu bapa/suami isteri tidak mendidik anak cara yang betul. |
Boleh dijadikan panduan untuk saya ni hehehe...
Tuesday, February 8, 2011
Petua Tambah Rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
2. Memperbanyak istighfar
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)3.Tinggalkan perbuatan dosa
4.Sentiasa ingat Allah
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)8.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.9.Buat kebajikan banyak-banyak
10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.1.Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)12.Melazimi kekal berwuduk
13.Bersedekah
14.Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah15.Melazimi solat Dhuha
16.Bersyukur kepada Allah
17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “
Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.19.Berikhtiar sehabisnya
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.20.Bertawakal
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Wednesday, February 2, 2011
Sayang Mak
Happy Birthday to Mak. Hari ni 02/02/2011 genap la umur mak 57 tahun...semoga mak diberikan kesihatan yang berpanjangan, sentiasa dimurahkan rezeki, dirahmati Allah sentiasa. I LOVE U mak...
Insya Allah esok kami akan buat majlis makan-makan sikit. Kebetulan cuti Chinese New Year. Esok baru boleh berkumpul ramai-ramai. Ngah plan nak masak apa esok ni...any idea???