Showing posts with label MAK. Show all posts
Showing posts with label MAK. Show all posts

Saturday, October 25, 2014

Kesian mak

Kejadian ni berlaku lebih seminggu yang lalu. Masa tu saya kat klinik. Tetiba dapat wasap dari adik beradik. Katanya mak kat spital. Dah kenapa mak kat spital plak. Mak takde sakit kronik. Alhamdulillah umur mak dah 60 tahun tapi mak takde masalah kesihatan. Setakat demam biasa & sakit-sakit urat letih tu je..Itu yang jadi cuak bila adik bagitau mak kat spital

Rupa-rupanya tangan mak lupa sebab kena kaca gelas masa nak basuh gelas dalam singki. mak saya kerja kat kanti sekolah. Kebetulan masa tu tak cukup pekerja. jadi agak kelam kabut sikit la mak buat kerja. May be dia tak tengok dengan betul gelas tu. Tak perasan agaknya masa ambik gelas tu..

Kata mak dalam jugak lukanya. Kena dalam 10 jahitan. Abang saya lagi la ada ke mak kena 30 jahitan. Saya kat klinik ni tak tentu arah duduknya. Last-last ambik EL terus balik kampung tengik mak. Gambar ni tak clear sangat. Kalau tengok betul-betul ngeri je rasa. Luka tu dah kena urat so darah memang banyak la.

Nasib ada adik saya yang tak kerja. So dia balik tolong jaga mak sekejap. Walaupun nampak sikit je tapi kalau bergerak-gerak darah tu boleh keluar lagi. Mak kena hari Rabu, hari Isnin adik saya bagitau masih ada darah keluar. Saya balik hari tu tengok dah kering. Cuma luka dalaman tu la lambat sikit nak baik. 

Dah la mak kena tangan kanan. So bila buat kerja sikit-sikit pun terasa jugak la. Mak-mak kita kan mana boleh duduk diam. Sakit-sakit pun ada je benda nak buat. Bukan boleh rehat lama-lama. Esok-esok kita pun camtu agaknya. Tak puas hati kalau tak buat sendiri. lagipun mak malas nak susahkan anak-anak. Tu satu perangai mak-mak kita kan. Semoga mak-mak kita sentiasa dilindungi dari segala mala petaka dan dirahmati Allah selalu....

Friday, October 24, 2014

Sepetang di kampung


Aktiviti kat kampung biasanya sama je tiap kali balik pun. Lagipun kampung bukan jauh sangat. 15-20 minit je dah sampai. Tapi tiap-tiap minggu nak kena balik jugak. Ye la sementara mak ada lagi kena la jenguk selalu kan...

Selalunya petang-petang kalau kat kampung bawa si kecik ni jalan-jalan je. Biar dia berlari-lari ikut suka dia. Kat rumah mak mertua terkongkong sikit. Sebab rumah taman. Lagipun jalan depan rumah mak mertua tu sibuk sikit. Banyak kenderaan lalu lalang. Pastu dengan motor yang laju-laju. Gate memang sentiasa tutup.

So bila balik kampung inilah peluangnya untuk sikecik tu explore. Main tanah, pasir, air lecak...seronok je. Yang tak seronoknya bila semua benda pun nak masuk dalam mulut dia. 

This week tak dapat balik kot. Sebab En suami kerja. pastu banyak plak undangan perkahwinan. Tak pe la Deepavali hari tu pun dah balik tengok mak. Kita balik minggu depan plak la cari ikan. Musim menuai dah habis ni. Banyak la boleh dapat ikan....

Monday, May 12, 2014

Lepak-lepak di rumah saja

Semalam kan harii ibu. So memang dah plan nak balik umah mak...*eh bukan weken mmg balik umah mak ke??? ye...ye... mmg btl. Kebetulan en suami pun cuti minggu ni. So balik Jumaat malam. 2 orang adik memang dah ada kat rumah mak. Yang kat S.alam je tak balik sebab minggu lepas dah balik.

Tiada apa-apa celebrationn pun. Just plan dengan adik-adik nak buat nasi ayam. Memandangkan semua dah ada anak kecik so kita sama-sama la memasak. Say pun bukan pandai memasak pun. Tiap kali nak masak je mesti nak tanya encik gugel. hehehehe....

Abang plak belikan pizza. Ok la tu kan. Makan-makan lepak-lepak & rehat-rehat. Itupun dh cukup membahagiakan bila berada dengan orang yang tersayang. Siapa lagi kalau bukan keluarga kita kan. Petang tu kami jalan-jalan ke pekan. 

Seronokk la jugak walaupun hujan. Asalkan dapat keluar rumah dengan mak. Tetiba rindu zaman sebelum kawin. Kami semua keluar bawa mak jalan-jalan. Arwah abah memang jarang nak ikut. So kami yang perempuan ni apa lagi. Perempuan dapat masuk kedai kain cuci-cuci mata pun dah ok hehehehe...

Luv U mak...

***Ayah....mummy nak hadiah!!!!!! (tetiba kan...)

Friday, February 7, 2014

Taman Botani Negara Shah Alam@Bukit Cahaya Seri Alam@Bukit Cherakah

Cuti-cuti hujung minggu ni korang g mana? Saya duk mah jer sebab last week dah berjalan ke Pahang. Apa kata korang pergi Taman Botani Negara Shah Alam. Taman Botani Negara Shah Alam dulunya dikenali sebagai Bukit Cahaya Seri Alam ataupun Bukit Cherakah.Ianya terletak di Seksyen 8 Shah Alam.

Bayaran masuk adalah RM3 bagi dewasa & RM1 bagi kanak-kanak dan warga emas. Parkir pula RM3 yer.Antara tarikan taman botani ni ialah taman haiwan, taman hiasan, rumah iklim sederhana empat musim, taman rempah ratus, taman kaktus, taman buah-buhan tropika.

Selain tu kat sini korang boleh gak membuat aktiviti perkhemahan, berbasikal mengelilingi taman, dan bagi yang sukakan aktiviti lasak boleh la try skytrek. Bayaran dikenakan bagi setiap aktiviti ni yer.

Untuk maklumat lanjut boleh la korang terjah website dorang

Aritu saje saje jer bawa mak g sini sebab masa tu nk tengok salji jer hehehe. Pergi pun dah tengahari. So layan gambar je yer

Pergi sini semata-mata nk masuk rumah 4 musim ni jer. Padahal banyak lagi aktiviti boleh buat, cumanya Cik Auni kecik lagi so agak terbatas la. Tak pe lain kali leh pergi lagi kita round-round naik basikal plk.


Thursday, February 6, 2014

Jalan-jalan ke Pahang (ii)

Kami bermalam di Rumah Tamu Impian 1 malam je. Pagi tu sebelum check out kami potong kek birthday mak dulu. Happy birthday mak! Sayang mak selamanya

Masa mula-mula plan nak g Pahang ni tak teringat pun birthday mak. ye la plan bukan main lama lagi. Dari tahun lepas. Tu pun bulan 12. cam lama sangat nak sebut-sebut tahun lepas kan...Pastu tengok-tengokk tarikh eh..eh...kena plak ngan besday mak. cantik la tu. So saya pun memulakan planning muahahahaha (eh ni plan baik xmo gelak jahat-jahat)

Plan punya plan maka jadi la jalan-jalan Bukit Tinggi. Dah kitorang stay kat Bentong so ke Bukit Tinggi je la. Nak ke Genting tak syok plak sebab bawa baby ngan mak kan. Nak santai santai jer. 

Nak masuk ke Colmar Tropicale tu dikenakan bayaran masuk sebanyak RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Waktu kitorang pergi tu CNY kan so ramai la. Cuaca pun tak berapa nak sejuk sangat. Kami sampai atas tu pun dalam pukul 12 t.hari. Lepak-lepak depan. Tak de apa aktiviti pun just ambik-ambik gambar kat bangunan-bangunan tu jer. Feeling-feeling kat ober c la...Bayaran ni termasuk la Colmar Tropicale, Japanese Village & Botanic Garden. 

Makanan kat sini agak mahal yer. So kami memang dari awal lagi nak membawa bekal untuk dimakan kat atas sana. Ala bawa sandwic yang bekpes pagi tu je ngan jajan-jajan jer. Dah jalan-jalan tu mesti la lapar kan. Tapi kalau keadaan poket korang memang tebal so xde masalah la nak makan-makan kat sana kan. Sesekali apa salahnya. Cam kitorang memang dah niat nak bawa bekal (ecececece  cover nampak hahahaha)

Aduh cam malas plak nak taip. Layan gambar jer la yer...

Mak & cucu barunya Amani
Auni plak yang lebih-lebih
Auni jeles mummy duk sebelah ayah
Auni muka penat
Excited kanmain
Dengan nenek juga
Duck tu plak yang lebih-lebih...Auni time ni dah kelaparan
Nanti minta ngan ayah yer
Budak yang tak takut pun ngan angsa tu

Dah malas nak letak caption. Semoga mak berpuas hati dengan cuti-cuti ni.Mak tak tahu pun kitorang nak bawa mak jalan-jalan. Surprise katanya. Kebetulan mak pun free so ok la kan. Lepas ni tak tahu bila lagi nak jalan-jalan camni. time tu mesti Auni dah pandai jalan. Tak la penat sangat nak mendukung dia. baru la best kan...