Friday, September 28, 2012

Saya










Adoi kenapa hidungku kembang semacam jer ni *taknak ngaku lettew hidung dh sedia kembang. Ok ni pic terbaru saya. Agak sememeh sikit. Sebelum ni lagi sememeh, selemoih & seangkatan dgnnya.. ni dh ada tepek bedak sikit-sikit. Kalau idak, kuasa pagi-pagi nak mencium bau wangi-wangi. Dah 2 bulan berjimat tak mengunjungi watson's. Kalau tak pantang nmpk watson's tu ada je benda nak dibeli. Syampu, shower foam, pencuci muka, deodorant masih ada lagi. Pakai sikit-sikit jer, itupun kalau boleh tahan. Kadang-kadang eh selalunya la x cuci muka pun. Tu yang boleh bertahan sampai 2 bln. Jimat kan???

Deodorant memang dah tak pakai. Tak jumpa lagi bau yang sesuai dengan hidung saya ni. Nasib la badan I wangi hehehehe...rahsianya....nk tahu ke???? makan limau kasturi dengan kulit dia sekali. Ni pakcik saya la gi tau. Dulu-dulu zaman budak-budak kan memang suka makan masam-masam. Nak-nak lagi dapat limau kasturi ngan asam boi perhgghhhhghghhhhh....meleleh air liur. Cer sekarang memang tidak la nak makan masam-masam. Kadang-kadang jer kalau tekak betul-betul loya.

Bila la blh kembali kepada sedia kala. Rindu nak mandi lama-lama. Syampu rambut lama-lama. Sekarang seminggu 2 kali jer cuci rambut. Kalau dulu 2 hari sekali. Ada tak syampu, shower foam ngan pencuci muka yang xde bau. Rindu nak manja-manjakan diri huhuhuhu....


Tuesday, September 25, 2012

Doa seorang isteri












Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah Ya Tuhanku,

Sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku ke Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yg terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah,Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu

Ya Allah
sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku
juga ibu contoh buat zuriatku nanti..

Makbulkan lah doaku Ya Allah!
Peliharalah rumahtangga kami & berikanlah keberkatan kepada kami.
Murahkanlah & janganlah Engkau putuskan rezeki kami.
Jauhilah kami dari apa jua bahaya & kemudaratan di dunia & di akhirat.
Kurniakanlah kami zuriat yang baik dari sisimu.
Sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar Doa.
Amin, amin Ya Rabbal Alamin..

sumber:google

Friday, September 21, 2012

SHOPPING

Perempuan memang cair kan kalau dengar perkataan SHOPPING. Tak kisah la shopping apa pun. Sekadar shopping barang dapur pun dah rasa cam apa jer....kenapa yer???? 

 Kalau tanya saya senang jer....Shopping itu terapi. Kalau g shopping cam pegi terapi jer. Hilang segala stress. Walaupun sekadar window shopping. Zaman bujang selalu gak la window shopping. Selain tu leh excercise kan. Jalan-jalan cuci mata. Lepas kawen ni nak window pun susah. window online jer. En suami bukan suka sangat shopping2 ni. Tapi kalau dia kata nak beli baju ke seluar ke kasut ke kalah orang perempuan ni. Sume kedai dia masuk last2  kedai yang 1st tu jugak dia berkenan. Padahal memang itulah kedai peberet dia. 
Masa kawen aritu pun segala persiapan saya cari sendiri. Leceh la bawa orang lelaki ni. Saya ok jer...pilih2 barang mms gambar @ video call dia pastu decide. Senang kan????

Dah kawen ni susah sikit. Nak g sorang2 memang en suami tak bagi la. Nak tunggu dia memang susah sikit la. Lagi pun en suami tengah bz sekarang ni. Selalu pergi ngan adik2. Tapi disebabkan adik saya yg sornag tu tengah sarat menunggu hari jer, yg sorang lagi sibuk persiapan kawen dia memang la tak boleh kacau kan,  makannya saya cuci mata online jer la. Tapi rasa geram jer kalau tengok online ni. 

Pagi tadi ada la mengadu kat en suami. Ye la sekarang ni kalau pakai baju kurung kain dah kena naik atas perut. Memang bermasalah dengan kain. Baju ok je....Tak selesa ok bila pakai kain atas perut. Kain memang panjang xde masalah. Yang masalahnyer rasa susah nak bernafas. Macam terjerut jer. Pastu en suami kata ahad ni kita pergi shopping cari baju baru 2 3 helai. Kalau 2 3 helai tu maknanyer 5 la kan hikhikhik......

Tapi minggu ni mak ajak g umah adik. Mak risau kalau-kalau dia nak bersalin dah...Nak suruh dia balik last week baru balik. Takut penat plak. Lagipun ada 3 minggu lagi dari tarikh due dia. Tapi buatnya baby tu nak keluar awal kan camne.....semoga dipermudahkan.....

Actually saya plak yang tak sabar nak tunggu baby kuar. Saya plak yang cuak memikirkan adik saya yang nak bersalin tu. Camne la perasaan dia sekarang ni yer. Mesti lagi cuak dari saya kan....Sama-sama lah kita berdoa yer....


Thursday, September 20, 2012

Suka lelaki romantik

Dulu saya selalu berangan-angan nak dapat lelaki yang romantik. Jalan berpimpin tangan. Makan ais krim, coklat, dapat bunga hari-hari walaupun sekuntum. Cam sweet sangat. Lagi-lagi  kalau si lelaki bawa tempat-tempat yang romantik pastu terus melamar saya huh...time tu tak dapaty nak bayangkan camne la perasaan & muka saya. Mesti tersipu-sipu malu cam kucing kan....muka kemerah-merahan.... hahahaha...tu angan-angan je la....hakikatnyer sendiri tentukan la...

En suami memang dari awal lagi dia buka jenis yang camtu. Stress gak la masa bertunang dulu. Nak g dating pun susah. Tapi sekarang saya tahu kat mana romantiknya dia. Lagi pun benda tu tak boleh dipaksa-paksa. Biar datang dari dalam hati dia sendiri. Dengan kerelaan dia sendiri.Baru la betul-betul ikhlas. Dan saya akui memang saya tak pernah dapat sekuntum bunga pun dari dia. Coklat pun tak pernah. Walhal semua oarang tau bunga dan coklat itu memang kesukaan perempuan kan....

Sapa yang tak cair kalau dapat bunga & coklat camni. Saya sendiri memang suka makan coklat. Coklat ni boleh hilangkan stress. Hakikatnya saya yang selalu belikan En Suami coklat. Rupanya dia memang suka sangat kat coklat. 

Ok kat sini saya ada tips lelaki romantik. Ni pun google jer. Mana la tau leh jadikan panduan...& paling sesuai bagi mereka yang dah berkahwin la...

1. Ungkapkan Ucapan Sayang.
Jangan pernah bosan untuk ungkapkan kata-kata sayang, cinta atau rindu pada pasangan. Kalau tak dapat ungkapkan face to face pon tak apa, masih boleh sms, atau paling manis tulis saja di atas kertas atau tisu dan letakkan saja di atas meja solek, tepi katil atau atas bantal ke…itu laa romantik namanya. (Alhamdulillah tak pernah lagi bosan & berharap akan kekal untuk selamanya. Terpulang pada individu tersebut bagaimana untuk melaksanakannya)

2. Beri Bunga.
Biasakan memberi bunga pada pasangan, tak perlu tunggu hari lahir, atau ulangtahun perkahwinan, beri pada hari-hari biasa pun tak apa. Janganlah bagi sampai sejambak, bagi sekuntum pun dah boleh membuatkan pasangan anda terasa di awang-awangan. Confirm senyum sepanjang hari.(yang ni boleh berangan jer la...berangan pun boleh senyum apa....)

3. Pandang Mata Pasangan.
Jika sedang berbual atau bercakap dengan pasangan, pandanglah tepat ke anak matanya. Tapi janganlah pandang macam nak makan pula, pandanglah dengan penuh kasih sayang dan cinta. (jeling-jeling manje boleh tak? ahakkkssss)

4. Bicara Dengan Lembut.
Berbicaralah dengan pasangan dengan kata-kata dan bahasa yang lembut dan dengan nada yang rendah. Jangan mentang-mentang anda lelaki, sekali cakap satu kampung boleh dengar atau anda main lepas jer nak cakap apa. Control emosi ketika berbicara.(setuju sangat!)

5. Sentiasa senyum.
Sentiasalah mengukir senyum kepada pasangan. Berilah senyuman seikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pun sure tak jadi bila tengok senyuman anda yang manis memikat.(kadang-kadang emosi menguasai kita kan...penat, stress dll tapi kalau boleh kontrol lagi elok kan...)

6. Berpimpin Tangan.
Pimpinlah tangan pasangan semasa jalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika jalan bersama. (Kadang-kadang ada suami yang biar je isteri jalan sorang-sorang kat belakang kan?? )

7. Kunjungi Tempat Yang Romantik.
Sesekali  bawa pasangan pergi ke tempat-tempat peranginan. Seperti di tepi pantai, atau ke Cameron Highland bila tiba anniversary. Apa salahnya anda membawa pasangan bercuti untuk honeymoon sekali lagi. (nak paln g mana yer ;-) )

8. Memujuk.
Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk. Janganlah bila pasangan merajuk, anda buat tak endah jer, tak patut macam tu. Pujuklah dengan kata-kata yang lembut. Insya Allah pasangan anda cair dibuatnya. ( orang perempuan memang suka dipujuk, dibelai, dimanja... )

9. Memberi Kejutan.
Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulangtahun perkahwinan. Misalnya anda telah menempah satu tempat makan ekslusif untuk pasangan manakala dia tidak tahu menahu tentang hal itu. Tiba-tiba anda membawanya ke situ dan di atas meja telah tersedia hadiah istimewa untuknya. Mesti menangis terharu pasangan anda kerana tidak menyangka yang anda begitu romantik. (oh romantiknyer...)

10. Pakaian sedondon.
Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Biasanya pakaian sedondon  seperti t-shirt, tapi ada pasangan yang tak gemar memakai t-shirt, jadi anda boleh memakai pakaian yang warnanya seakan sama dengan warna pakaian pasangan anda. Contoh, jika pasangan anda memakai warna biru, anda juga mengenakan t-shirt biru. Jika ada anak, pakaikanlah anak juga baju warna biru. Sweetkan? (terpulang pada pasangan tersebut. Kadang-kadang ada yang tak suka)

11. Cuba memahami lebih dalam sisi wanita.
Tidak selamanya lelaki boleh memahami dengan jelas apa yang diinginkan seorang wanita. Oleh itu, belajarlah memperlakukannya semanis mungkin, terutama saat si dia sedang datang bulan. Automatik dengan hal seperti itu, pasangan semakin mengerti bahawa anda memerhatikanya.

12. Tahan emosi anda dan gantilah dengan sikap pengertian.
Kaum Adam cenderung tak cukup pintar dalam urusan menahan emosi. Tapi jika anda benar-benar menyayangi pasangan, sudah tiba masanya menukar sifat itu dan menggantinya dengan sikap pengertian. Lakukanlah dengan sepenuh hati, nescaya pasangan semakin jatuh hati pada anda.(bila keikhlasan datang dari dalam hati maka pasangan akan lebih menghargai apa yang kita lakukan)

13. Candle light dinner di kafe kegemaran.
Kejutan manis boleh membuat anda kelihatan seperti lelaki romantis. Atur waktu yang tepat dan berikan setangkai mawar merah sebelum memulakan candle light dinner. Hal itu menjadi sesuatu yang sangat romantik di mata kekasih. Apalagi jika anda menikmatiya di bawah cahaya rembulan.(ni pun salah satu angan-angan saya la hikhikhik...)

14. Ungkapkan perasaan melalui puisi-puisi cinta.
Anda mungkin tak perlu melakukan hal ini setiap hari. Tapi anda boleh mendedahkan isi hati apabila merindukan kekasih atau semasa momen tertentu melalui sebuah puisi. Ini menjadi pengalaman menyenangkan baginya, sekaligus mempermanis kisah cinta kamu berdua.( yang ni pun kalau rasa boleh buat, buat la...kalau tak tak perlu ok! jadi diri sendiri lagi baik)

15. Peluk dan sentuhlah dia.
Sentuhan dan pelukan sering menorehkan kenangan yang tak terlupa dalam kisah asmara. Jika anda ingin meraih perhatian si dia, tak ada salahnya memberikan sebuah pelukan hangat dan menyentuh jemari tangannya dengan lembut. Buat pasangan senyaman mungkin dengan perlakuan anda yang istimewa. (masa kursus kawen aritu ada ustaz tu bagtau tips kebahagiaan rumahtangga. Katanya peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Tapi bagi pasangan PJJ sabar yer...ada hikmahnyer)

Tu semua tips jer. Kalau rasa boleh guna cuba la. Tak salah kan. Rasullullah pun ada cara dia tersendiri untuk berlaku romantik bersama isteri-isterinya. Apa pun yang kita lakukan biarlah dengan keikhlasan hati kita dan bukannya terikut-ikut. Saya percaya kalau dah suami kita tak romantik bukannya boleh dipaksa-paksa, tapi ada benada lain yang kadang-kadang kita boleh rasanya yang dianya romantik. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri.....


Wednesday, September 19, 2012

Cuti yang bz















































Hari tu g print kat tpt PA bos. Pc sy buat hal x boleh nak direct print(tension sgt!!) maka terpaksa la saya naik ke atas berjumpa PA bos. (naik lif jer pun...) Kebetulan PA bos saya tengah up date cuti staf. Maka saya pun sesajer la wat2 lama-lama kat situ. Nak tau cuti saya tinggal berapa hari lagi. Bila dah sampai turn saya dia pun bagitau la. Terkejut saya. Baki ada lagi 35 hari....mula la kepala ni plan macam-macam (agak2 leh ke nak bercuti cik liza oiiiii) Saya ada 10 hari untuk dihabiskan pada tahun ni. Yang selebihnya boleh bawa tahun depan. Ye la tahun depan kan dah ada baby (hui...hui....) mesti banyak nak kena cuti kan. Nak bawa baby g klinik, tu belum baby tak sihat lagi. Harap-harap baby mummy ni kuat yer...membesar dengan sihat yer....

Saya dah plan cuti 10 hari tu nak guna masa bila. Kenapa cuti saya banyak lagi. Ye memang saya jarang cuti. Dari dulu lagi. Tu pun sebenarnya baki-baki cuti yang saya forward ke depan. Kalau sebelum ni memang saya ada cuti ganti. Sebab Sabtu Ahad saya bekerja. So kalau nak cuti ambik jer cuti ganti. Sekarang dah tak kerja  Sabtu Ahad lagi. Tapi kenapa cuti masih banyak???? jeng...jeng...jeng....Saya memang susah nak bercuti. Kalau cuti pun sehari dua jer...bukan tak nak tapi selalunya cuti saya ditolak( sob...sob...sob...) saya punn tak tahu la kenapa bos sayang sangat kat saya (hikhikhik...)

Sebelum kawen dulu saya wajib ambik cuti pada birthday saya dah akhir tahun. Selalunya start krismas sampai new year. Bawa famili jalan-jalan....Rasayna itu jela kot cuti yang paling lama saya penah apply. Cuti kawen hari tu pun saya apply 6 hari jer. Plus ngan cuti company bagi 3 hari plus ngan sabtu ahad. Saya nak apply 12 hari tapi bos tak bagi. (saya kan staf kesayangan bos hahahhaha) bukan apa sebab kat sini saya sorang jer. Tak de yang boleh ganti nak wat kerja-kerja saya. Kalau sikit-sikit tu boleh la....kalau dah lama-lama saya gak yang pening nanti...tahun ni saya plan nak cuti raya haji ngan akhir tahun. Cuma tahun ni tak de kot nak berjalan-jalan. Tapi tengok la dulu camne....

Actually nak cerita cuti 3 hari yang lepas. Cuti hari Malaysai. Korang buat apa ha??? Saya??? sangat la bz... tiga-tiga hari sibuk memasak. Bukan la saya yang masak. Entah bila la saya boleh masak. Sibuk ngan kenduri. Sabtu adik saya buat kenduri lenggang perut. Ahad plak atok buat kenduri kesyukuran sempena dia dah keluar hospital & bertambah sihat( smg atok akan sentiasa sihat seperti dulu) dan Isnin plak famili tunang adik saya datang untuk hantar belanja. Memang sangat penat. Walaupun saya tak masak tapi saya tolong la buat apa-apa yang patut. Gambar memang tak ada langsung. Sekarang cam dah malas nak ambik gambar. Kenapa yer????

Semalam seharian di opis perut saya asyik krem jer...pinggang pun sakit-sakit. Dah 2 malam tido cam tak selesa jer...kenapa yer? Adakah disebabkan perut semakin membesar. Oh hari ni dah 15 minggu....sonok...sonok....jap jer kan. minggu depan dah masuk 4 bulan...Pakai baju kurung pun kain dah kena letak atas perut. Cam nak kena soping baju baru jer ni hikhikhik....bila tido nak menggeliat adoii la tegang je perut. Kadang-kadang lupa dalam perut ni ada baby...suke-suke jer menggeliat kanan kiri hehehehe....nanti kalau perut dah besar mesti susah nak tidur mengereng kan. Saya dah la tak reti nak tidur telentang...apa-apa pun semoga dipermudahkan segalanya & semoga anak mummy ni sihat sentiasa...






Wednesday, September 12, 2012

Check up lagi....

Salam semua....esok saya akan pergi check up lagi. Orang lain sebulan sekali tapi saya tiap-tiap minggu kena pergi. Harap-harap esok result BP saya akan ok. Pagi tadi check BP 150/80. Dah cuak sgt bila doktor pegang pen merah (pen merah pen biru, u marah i love u.....) seingan yer.... sekali dia kata kalau yang atas ni ok lagi. Jangan yang bawah naik sudah la...dia tgk gak result sebelum ni. Terkejut gak doktor tu tgk, knp boleh sampai 100. Panjang lebar la penerangan dia...biasa la swasta kan...kalau tak penal kuasa nak pergi swasta...entah-entah ambik bp camtu jer dah 20-30 hengget agaknye....

So malam ni kena cukup rehat...Tido kena awal. sume keje dah settle. Ingat nak basuh kain memandangkan hampir terkeluar kain baju dalam bakul, tapi memandangkan lambat kot nak siap so kita pendamkan hasrat murni tu jer....so moh ler kita tido yer kawan-kawan....

Gudnite.......



Friday, September 7, 2012

Sakit kepala & 2nd checkup








Tiap kali nk checkup ada jer yg tak kena. 1st aritu selsema 2nd ni plak sakit kepala. 2 hari sebelum checkup memang saya sakit kepala. Lepas siap-siap nak pergi kerja mesti baring dulu. Ikutkan hati malas je nak pergi kerja. 

Hasil 2nd ckeckup ni sgt2 tak memberangsangkan. Bp saya naik. Memang 2 3 hari ni saya agak stress. Ditambah dengan sakit kepala. Keadaan cuaca yang tidak berapa best sejak akhir-akhir ni pun penyumbang utama gak. Tido pun agak lewat lately ni. Dari segi pemakanan, akhir2 ni suka makan kari ngan kicap. Mak kata kicap memang tak elok untuk mereka yang ada darah tinggi. Saya tak ada la darah tinggi cuma arwah abah dulu memang ada. So memang saya berisiko la...

Bacaan pertama 140/90...dah g ambik darah ngan air kencing check lagi sekali 140/100. Dah kena ulang lagi. Hari ni alhamdulillah 114/74. Semalam lagi dah set dalam kepala takmo stress2. Cuma kepala masih sakit sikit-sikit. Apa yang saya stress pun saya tak pasti. Rasanya ada la 1 sebab ni...biarlah saya sendiri yang tahu...ari Isnin kena ambik bp lgi. Next week jumpa doktor lagi.

Kawan-kawan ada suggest makan belimbing. Masalahnyer susah bebenor nak cari belimbing kat sini. Kat tesco kalau ada pun dah x selera nak tengok. Sudahnya saya makan epal hijau jer...harap-harap dapat la membantu...lagi apa yer makanan yang boleh menurunkan darah???


    






Wednesday, September 5, 2012

Teman Setia

Orang kata teman waktu senang banyak, teman waktu susah mmg susah la nak cari kan...apa lagi nak cari teman setia or teman sejati.

korang ada teman yang sanggup tido depan pintu camni????ni la peneman saya tiap-tiap malam...selalunya dia tido depan bilik mak mertua saya. Entah kenapa lately ni suka plak dia tido depan bilik saya. Dia memang tak kan masuk bilik. kalau masuk pun sekejap-sekejap jer...nak lepak lama-lama tu takde la. memang tak pernah ajar dia masuk bilik pun. Saya perasan sekarang ni dia asyik nak manja-manja je ngan saya. kalau duduk kat kerusi tu mula la gesel-gesel kat kaki saya. Sebelum ni panggil nama pun buat tak tahu jer..agaknyer dah kena penangan saya kot. saya jer asyik mandikan dia...ataupun sebab saya tukar makanan dia. nanti-nanti saya cerita lain yer.....


Saturday, September 1, 2012

Salam Kemerdekaan ke 55

Selamat hari kemerdekaan. Saya selalu lambat kan???? Cuti 3 hari pergi mana???Saya????Melantak jer kejenyer. Sekarang ni asyik nak makan jer. Mulut tak boleh nak berhenti. Lepas makan mesti nk kena kunyah2 kalau tak mau terkeluar balik apa yang di makan.

Meh nak cerita pasal hari merdeka semalam. Malam tu tidur lambat bukan sebab celebrate ke hapa. Nak kata tgk bunga api pun tak. Cuma masa nak tidur tu dengar la gak bunyi mercun ke bunga api tah. Kuasa nak pergi tengok kat luar. Ada keje sikit malam tu. So tidur agak lambat maka bangun pun lambat la kan hahahaha. Buruk betul perangai menantu mak bilal ni. Penat ok. Cuti2 adalah masa untuk rehat.... Mak mertua pagi2 nak keluar pergi bejalan umah anak dia (tak sanggup agaknyer nunggu menantu anak hantu dia ni bangun. mau kelaparan hahahahahaha) Bangun pun dah lewat so xde maknenya nka breakfast bagai. Tapi perut saya memang dh nyanyi lagu rock. Buka periuk makan la nasi sejuk ngan telur goreng sajor....maka saya pun menjalankan la tugas isteri mithali iaitu memasak untuk suami tersayang ewahhhhh....siap masak kul 12.30 cun2 sebelum org pergi solat jumaat..

Masak xde la byk pun tuk 2 org jer. Goreng ikan, msk sayur, sambal sikit...itupun saya dah mabuk....sampai ke petang tak hilang-hilang. Nak balik umah mak pun cm dah takde mood tapi disebabkan bakal besan mak datng nak tetapkan tarikh untuk majlis adik perempuan bongsu saya, maka gagahkan diri gak la...Nanti saya jemput yer kawan-kawan....

Adik saya masak mee kari. Sampai2 terus melantak mee kari. Pastu makcik dtg bagi pengat pisang plak hu terbaik la...Perut dah kembung kitorang gerak ke meru untuk settlekan beberapa perkara. Singgah mak makcik makan-makan lagi....Kul 7 gerak ke bukit raja plak. Plan asal nak tgk wayang. Dah lama tak dating ngan en suami. Sekali en suami ajak g johnys plak. Heran plak saya, tak kan tak penuh2 lagi perut en suami ni. Dah la kat meru melantak nasi lemak ni nak makan steamboat plak. Saya ok jer, mmg sy pun teringin nak mkan johnnys ni...

Perut dah membuncit masing-masing dh tak larat nak jalan. Sudahnyer kitorang terus pulang ke rumah jer...kalau dah sampai rumah ermmmm nak wat pe lagi. Tidor jer la....kain yang seminggu tak basuh pun sempat asing-asingkan jer...tertangguh lagi nak mendobi. Bilik dah macam tongkah pecah. Seb baik mak mertua takde kalau ada mesti dia pengsan kan hahahahaha.....

K la mak mertua ajak g kenduri ni...nnti kita sambung lagi yer....