Saturday, September 1, 2012

Salam Kemerdekaan ke 55

Selamat hari kemerdekaan. Saya selalu lambat kan???? Cuti 3 hari pergi mana???Saya????Melantak jer kejenyer. Sekarang ni asyik nak makan jer. Mulut tak boleh nak berhenti. Lepas makan mesti nk kena kunyah2 kalau tak mau terkeluar balik apa yang di makan.

Meh nak cerita pasal hari merdeka semalam. Malam tu tidur lambat bukan sebab celebrate ke hapa. Nak kata tgk bunga api pun tak. Cuma masa nak tidur tu dengar la gak bunyi mercun ke bunga api tah. Kuasa nak pergi tengok kat luar. Ada keje sikit malam tu. So tidur agak lambat maka bangun pun lambat la kan hahahaha. Buruk betul perangai menantu mak bilal ni. Penat ok. Cuti2 adalah masa untuk rehat.... Mak mertua pagi2 nak keluar pergi bejalan umah anak dia (tak sanggup agaknyer nunggu menantu anak hantu dia ni bangun. mau kelaparan hahahahahaha) Bangun pun dah lewat so xde maknenya nka breakfast bagai. Tapi perut saya memang dh nyanyi lagu rock. Buka periuk makan la nasi sejuk ngan telur goreng sajor....maka saya pun menjalankan la tugas isteri mithali iaitu memasak untuk suami tersayang ewahhhhh....siap masak kul 12.30 cun2 sebelum org pergi solat jumaat..

Masak xde la byk pun tuk 2 org jer. Goreng ikan, msk sayur, sambal sikit...itupun saya dah mabuk....sampai ke petang tak hilang-hilang. Nak balik umah mak pun cm dah takde mood tapi disebabkan bakal besan mak datng nak tetapkan tarikh untuk majlis adik perempuan bongsu saya, maka gagahkan diri gak la...Nanti saya jemput yer kawan-kawan....

Adik saya masak mee kari. Sampai2 terus melantak mee kari. Pastu makcik dtg bagi pengat pisang plak hu terbaik la...Perut dah kembung kitorang gerak ke meru untuk settlekan beberapa perkara. Singgah mak makcik makan-makan lagi....Kul 7 gerak ke bukit raja plak. Plan asal nak tgk wayang. Dah lama tak dating ngan en suami. Sekali en suami ajak g johnys plak. Heran plak saya, tak kan tak penuh2 lagi perut en suami ni. Dah la kat meru melantak nasi lemak ni nak makan steamboat plak. Saya ok jer, mmg sy pun teringin nak mkan johnnys ni...

Perut dah membuncit masing-masing dh tak larat nak jalan. Sudahnyer kitorang terus pulang ke rumah jer...kalau dah sampai rumah ermmmm nak wat pe lagi. Tidor jer la....kain yang seminggu tak basuh pun sempat asing-asingkan jer...tertangguh lagi nak mendobi. Bilik dah macam tongkah pecah. Seb baik mak mertua takde kalau ada mesti dia pengsan kan hahahahaha.....

K la mak mertua ajak g kenduri ni...nnti kita sambung lagi yer....




3 comments:

fateem fatima said...

samalaaaa...laki aku pon suke mkn steamboat kat johny tuh..arituu adik ipar aku banje..apelagi!!sekali berubah adik ipar aku tgk bil! syaiithonn kannn kakak ipar dia???haha:D

L.E.E.Z.D.Z.A said...

muahahahhahahaha...ala bukan slalu pun kan.

fateem fatima said...

aku da bg clue kat blog aku hik!sumpaahhh aku pon xhengat pasal card tuhh hahahaha!