Showing posts with label Rindu. Show all posts
Showing posts with label Rindu. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

Merinduimu

Tak tahu macam mana nak mulakn bicara. Saat dirinya hadir terasa begitu seronok sekali. Saat dirinya pergi menghilangkan diri terasa ingin sekali mengekorinya. Tapi semua tu hanya mainan tidur sahaja.

Seandainya masa boleh dikembalikan semula, pastinya saya akan berkepit saje dengannya. Lebih-lebih lagi disaat akhir usianya. Tapi itulah kekesalan yang saya rasa tak mungkin saya maafkan. Terasa diri begitu berdosa. 

Syukur saya masih bertemunya di dalam mimpi. Adakah dia juga merindui saya sepertimana saya merinduinya. Perasaan ini tak dapat dibendung lagi. Segalanya akan terluah juga disini. Tapi kadang-kadang saya begitu lemah. Nak luahkan disini pun tak terdaya. Tapi saya tak boleh biarkan ianya bersarang terus di dalam hati saya. 

Sememangnya saya belum cukup kuat lagi. Saat rindu ini menerpa lagi la saya lemah. Hanya doa yang dipohonkan agar saya dapat bertemu dengannya lagi suatu masa nanti.

Al-Fataihah untuk arwah abah....

Friday, March 28, 2014

Sehari tak jumpa dah rindu-rinduan....

Hari Selasa En Suami pergi repair bas. Memang dah lama En Suami nak repair bas tu, cuma asyik la tertangguh. Bumbung dah rosak. Bila hujan ada la air masuk. Sian kat budak-budak. Sian gak la kat bas tu. So Selasa tu En Suami keluar rumah dalam pukul 9.00 pagi. Tempat repair tu kat Klang. Pastu En Suami malas nak balik rumah. Katanya nak rehat kat tempat kerja je. So dia bawa la baju kerja siap-siap. Boleh la rehat & tidur kat tempat kerja. Office dorang memang ada tempat tidur untuk driver-driver.

Malam tu En Suami call. Tapi saya tak angkat sebab Cik Auni baru jer terlelap. Kalau dia dengar saya bercakap memang susah la dia nak tidur balik. Pastu nak mengamuk jer. Saya biarkan phone tu sampai berhenti. Pastu saya text En Suami.

Pn Isteri: Auni baru tidur

En Suami: Ayah rindu kat Auni...(kat mummyy tak rindu pun sob...sob...sob....)

Pn Isteri: Auni pun tadi cari-cari ayah gak

En Suami: Sedih tak jumpa Auni harini...

Pn Isteri: Alololo....tengok la gambar Auni

En Suami: Tak sama...lagi rindu tengok gambar

Pn Isteri: Camne nak bercuti berdua nanti??/

En Suami: Kena bawa Auni gak la...tunggu dia pandai jalan baru kita pergi

Pn Isteri: Ala...mummy nak g berdua je ngan ayah (ayat gedik)

En Suami: Ye la...tapi tak boleh lama-lama... (erkkkkkk....)

Seeeeee.......sayang giler En Suami kat anak dia. Tu baru sehari tak jumpa. Mengalahkan saya yang mummy dia jer...harapan nak berhoney moon lagi nampaknya akan tinggal harapan jer...

Wednesday, June 19, 2013

Tuesday, May 22, 2012

BFF...rindu kamu!

2 bulan tanpa mereka sangat-sangat rasa lain. Saat dan ketika ini memang saya sangat merindui mereka. Tak berhubung tak bermakna lupa. Mereka sentiasa dalam ingatan saya. Sentiasa dalam doa-doa saya. Berharap mereka tidak melupakan saya sebagaimana saya tidak melupakan mereka.

Rindu nak bersama...rindu nak berborak-borak....rindu nak bergelak ketawa...rindu nak keluar jalan-jalan dengan mereka...rindu nak makan bersama....Ya Allah tak tahu macam mana nak saya luahkan perasaan rindu ini. Sekian lama ianya terpendam didada ini. Hanya dengan cara ini saja dapat saya luahkan segalanya yang tersirat di hati. Terasa begitu jauh tapi mereka sentiasa saya ingati.

Mungkin mereka marah dengan saya...mungkin juga mereka sudah melupai saya. Apa yang perlu saya lakukan sekarang...semuanya diluar batasan saya. Cuma satu yang saya nak mereka tahu yang mereka tidak pernah saya lupakan. Susah senang bersama suatu masa dahulu....susah payah...suka duka...ya Allah kenapa malam ni laju jer airmata ni mengalir. Sesungguhnyer saya sayang mereka dan amat-amat merindui mereka. Ya Allah kau jagalah mereka ini dan janganlah kau biarkan mereka melupaiku.....





Friday, April 20, 2012

saya RINDU dia

Mode gatal jap hehehehe...lepas-lepas kawen ni rasa macam tak boleh nak jauh lama-lama sikit. Asyik rindu-rinduan jer...camne la yer mereka-mereka yang mengalami PJJ tu. Mesti rindu dendam membara bagai kan. Saya yang 1 hari tak jumpa pun tak tahu macam mana nak cakap rindu tu hehehehe...

Masa bertunang & bercinta dulu perasaan rindu tu lain dengan bila dah kawen ni. Tak tahu la macam mana nak cakap. Semoga saya akan terus merinduinya seperti sekarang ni...

I LOVE U sayang....



Wednesday, December 1, 2010

PENANTIAN

PeNaNtIaN iTu SaTu PeNyIkSaAn
sangat menguji kesabaran
pasti menggamit kegembiran
apabila bersua dalam kegirangan


Sangat tak sabar ingin berjumapa orang dirindui...semoga dirinya selamat sampai untuk bertemu mereka-mereka yang dah lama tak ditemui.

Mood sangat happy hari ni. Sangat bersemagat buat kerja. Walaupun keadaan kesihatan agak kurang menyenangkan sikit. Tapi disebabkan dah lama tak berjumpa tu yang jadi berkobar-kobar jer. Sengih memanjang jer ni...terasa masa begitu lambat sekali. Macam nak pusingkan jer jam tu suh cepat balik hehehe...boleh ke wat camtu...Agaknya orang lain ada tak perasaan camni hihihi...

Kenangan bersama terlalu banyak. Bila disisinya terasa sangat manja. Tak ingin berpisah rasanya. Gurau senda, gelak tawa bersama...

Semuanya bermula di No. 6...