Thursday, July 4, 2013

Dating ngan anak CikPiah

Gambar banyak kat phone. Phone plak rosak. X blh on huhuhu...tengok la saya kaya sikit nanti 10 telefon saya beli. Rosak jer beli baru hahahaha.....(dlm mimpi jer la) Kamera ada tapi sikit jer la gambar dalam tu. xpe la janji ada kan.

Last week sms cik puan ct ada free ke? Sekali dia memang free. Set masa sume (eh tipu mana ada set masa) ok la set tarikh jer...sebab saya sendiri pun macam confirm tak confirm jer. Tu pun siap bagitau lagi kalau ada apa2 saya call. Maklum la dedua orng ni bini orang

Tiba masanyer saya pun sms la dia pagi2. sekali dia tak balas la. Saya dah siap-siap ni. Call jer la mana tau dia tak perasan. Kot-kot la dia tengah kemas-kemas rumah ke hapa kan. Pun tak angkat jugak. Gamble je la pergi je. On the way nanti leh call lagi. Kalau anak cik piah tak boleh pergi selamba badak la saya jalan sorang-sorang. bukan tak biasa buat kan. Tapi sebab dah lama sangat tak jumpa anak cik piah ni so perasaan tu berkobar-kobar je la.

Sekali baru beberapa meter tengok phone eh ada miscal la. Sekali sms dari cik ct kita. Katanya tak sedar bunyi phone bangun lambat. hoi pompuan sampai hati lupakan janji-janji kita yer kata saya dalam hati. eh tak-tak....tak kata apa-apa pun. cik ct jgn  ambik hati yer...so janji-janji la nak jumpa dia kat shell meru. memang niat saya nak naik 1 kete jer. Saya ambik dia kat rumah, senang sikit. Setakat saya ngan dia jer. Kata dating kan xkan la nak bawa 2 biji kete, x syok la nak bergosip kan hahhaha...

Ko mampu sambil drive sambil ambik gambo. Sila jangan tiru perangai saya ni yer...

Tunggu puunya tunggu kat shell tu x datang-datang jugak anak cik piah ni. Dah la saya tak tahu rumah dia. kalau tahu senang la terjah jer rumah dia. xpe la tunggu je la. Mesti dia kelam kabut nak mandi wajib kan. Tak lama tu dia muncul katanya call saya tak dapat. Saya check phone saya ok jer. kekadang phone saya ni suka wat hal. Kena on off dulu baru ok. Nak kena tukar gak camni ni...

Sempat potong kuku sementara tunggu anak cik piah
Terus pergi umah dia tggu dia siap-siap. Boleh dia tinggal anak dara dia sorang-sorang kat rumah dengan tak kunci pintu...cik ct.... cik ct....

Destinasi pertama adalah KWSP. Saya nak tukar penama. Anda semua dah buat penamaan????Sila la buat segera yer, kot2 terjadi apa2 nanti senang. Bab duit ni adik beradik pun boleh bergaduh kan. So bila dah buat penamaan tak de la gaduh-gaduh ni kan. Lagipun tak la menyusahkan mereka-mereka yang akan uruskan hal kita ni bila kita dah takde nanti. Ajal maut semua ditangan tuhan kan tapi apa salahnya kalau kita buat persediaan awal. Walaupun duit tak la banyak mana tapi kadang-kadang boleh putus silaturrahim.

Dah saya nak ke Shah Alam maka saya terus ke Seksyen 11. Alhamdulillah sekejap jer urusan kat sana. Isi borang ambik no giliran tunggu pun tak lama terus ke kaunter & dorang pun proses borang saya tu. Sapa-sapa yang nak buat penamaan tu korang kena ada saksi tau. Bawa la sapa-sapa janji bukan orang yang anda letak namanya sebagai penama. Pastu saksi tu kena tengok korang cap jari atas borang tersebut. Dah cik ct ada, saya pun jadikan la dia sebagai saksi saya. Maka sah la penamaan saya tu. Service sangat ok! Thump up!!!!!

Dari KWSP kami ke One Baby World. Saya dah cerita kat sini. Kendian kami terus ke tesco. Shopping barang-barang rumah. Lagipun dah tengahari. So kami lunch kat JM Beriani. 

tak payah buat muka sedey-sedey k!
Sori la cik ct sebab paksa ko makan nasi. Ko lupakan la kejap ko punya diet tu. Bukannya selalu kita dapat berdating datingan cenggini kan...

ni menu lunch kami

cik fatem!!!!

Sian si fatem ni. Dah la kena paksa bangunn tido sebab nak jalan. Pastu skip breakfast plak tu. Len kali cik n x bawak dah yer...hehehehe...eh cik ct bila kita nak berdating ber2 plak. Mesti lagi syok kan....

peaceeeeeeeeeeee
errrr....ko ambik gambar aku ke? nnti upload yang comel2 jer tau...Pas makan baru la kitorang naik atas membeli barang keperluan rumah. Lama giler tak ke tesco Shah Alam ni. Tak banyak berubah tapi sedikit sebanyak menggagau jugak la kitorang cari barang. Saya dok compare ngan tesco KS yang cik ct ni dok compare ngan tesco ke giant tah kat tmpt dia. Masing-masing tak puas hati bila barang yang dicari tak jumpa.

Actually nak ke Nagoya nak cuci-cuci mata dulu kat saya. Kot berkenan nak la sambar selai 2 kan. Kata dah nak dekat raya. harus la cuci-cuci mata dulu kan. Ada berkenan kalau tak cukup duit kita ajak la en suami datang. Kan senang kalau kita dah usha-usha dulu. tak de la penat en suami nak tunggu. Kan orang laki ni tak suka teman isteri-isteri bershopping. Memandangkan masa tidak mengizinkan & sangat mencemburui kami yang sedang berdating ni maka kami terus la ke Setia City Mall. 

Orang lain dah berpuluh kai pergi tapi saya ni la 1st time ok! Asyik la nampak dari tepi highway tu. Tiap kali lalu tiap kali tu la dok ajak en suami tapi tak dilayannyer kerenah bini dia ni. Maka inilah masanya. 


Ni la pemandangan dari luar. Gambar ni saya gugel jer. Kami pergi weekdays kan so parking pun ok. Senang & tak ramai orang. Cik ct katat kalau weekend memang sangat crowded. Setia City Mall ni terletak di Setia Alam tapi kalau tengok alamat kat Shah Alam. Kat sini pun kami tak lama. Sampai pun dalam kul 3. Terus pergi surau solat & saya pun nak mengepam. Hangkuut la pam saya tu...seb baik la dah beli beg kan. so nampak la comel bila cik liza jalan sambil bawa beg yang comel itu ( tak habis-habis....)

Selesai semua kami terus ke Tony Roma's. Kali ni cik ct banjerrrr (sukerrrrrrr!!!!!) Biasa la saya kan orang kampung. Mana la reti nak masuk restoren-restoren orang putih ni. Order pun cik ct gak yang order kan. Saya cuma duduk, main dam ular ngan cik fatem then menu sampai makan la....meh tgk gambar je la yer...

Muka gembira dapat makan walaupun hanya roi jer





Air tu sangat besar, saya minum tak habis pun eh ke habis entah la tak ingat plak


Comel kan main ngan budak-budak sementara tunggu makanan sampai





Cik fatem tak boleh terima hakikat saya menang 2 kali hahaha




Kitorang order ni jer. Fish & fries. Portion dia besar leh makan untuk 2 orang. Tapi saya makan sorang (dasar tong besar hahaha)




Mama & doter




Len kali kita dating lagi yer...


Dah kenyang apa lagi balik la. Takdenya nak tawaf-tawaf kat situ. Actually teringin je nak tengok-tengok apa yang ada kat situ tapi nanti la. Kita ajak en suami plak. Kat situ ada roti boy kan. Mesti en suami nak sebab dah lama dia tak makan rotiboy hehehehe...

Apa lagi yang ada kat Setia City Mall ni. Macam-macam la....Sushi, TGIF, Subway, Full House, Padini, Mango, Guess (bateri jam saya dah habis so ada point ajak en suami ke sini. Dah 2 point dah hehehehe...)Uniqlo, Esprit, Memory Lane, MPH, MyNews, Bata, Primavera ( i loike!) Croc, Timberland, GSC,Fitness Concept, Ogawa, Gintell, Harvey Norman, Habib, Tomei, Parkson, Focus Point, Watsons, Maxis, Digi, Celcom banyak lagi la...

4 comments:

fateem fatima said...

hoihh da hapdet dahh aku lom hapdet g mana ntah usb phone aku adeihhh...hahahaha! ngeng kannn bgtau satu donia aku bgn lambat... tu ahh mlm tu tgk cte "abe weeyyyy" pastu sukati je lupa nak dating khenn..nt ada ms kita jalan lg k!Aku pon kalau munir tak ajo, tak reti ahhh nak mkn western2 ittew..tc! miss ya!muahhsss kat Auni:)

fateem fatima said...

Ehh mana tauu aku mandi wajib bhahahahahaa!!Benggsssss:D anyway dah hapdet jugakk kat blog aku...jumpa da wayar usb ittew dalam bekas pensil bolehh??? haha

L.E.E.Z.D.Z.A said...

muahahahahhaa...satu dunia tau ko mandi wajib...amboi xmo kalah nk hapdet jugak...jap g aku jengok yer...

fateem fatima said...

kahkahkah!matilaaaa:D