Tuesday, July 23, 2013

Gigih masak untuk suami tercinta

Al-kisah........al-kisah tersebut la satu cerita seorang suami mencari roti jala di bazar ramadhan pada hari pertama berpuasa. Setelah berjalan sepanjang bazar tersebut maka penat juga la yang didapatnya kerana sebiji roti jala pun tidak dijumpainya....kesian.....

Kesian plak saya tengok muka en suami time tu hehehehe. Maka weekend yang lepas saya pun gigih la buat roti jala untuk en suami. Kata isteri mithali kan...(insha allah) senang jer nak buat roti jala ni. Yang malasnya time nak menjala tu. Leceh sikit.

Resepi main campak-campak jer (cam terrer sgt jer campak-campak kan) eh...memang betul la. Takde nak sukat-sukat bagai. Resepi sukahati sesedap tekak saya jer. Tepung gandum, telur, serbuk kunyit, garam & air. Blender je semuanya. Pastu agak-agak la kepekatannya. Sume pun main agak-agak jer. Pastu jala je la dalam kuali.





Makan dengan kari daging @ ayam pun boleh. Kari pun campak-campak. Saya buat kari daging. Tapi saya tak makan pun roti jala ni. Kari pun saya tak rasa. Sebab saya telah mengubah kari tersebut ikut sukahati mata saya jer. Nak rasa tiem puasa kan...so sampai la berbuka memang saya tak makan pun roti jalan ni. Ada bawa balik umah mak mertua saya. Ada kakak ipar saya makan. Komen dorang ok la cuma kari tu kena pekat sikit huhuhu. Kalau tanya en suami memang dia kata ok jer. Dia tu takde perasaan kot. Ni saya bagi resepi kari daging yang saya gugel


BAHAN-BAHAN :

500 grm daging batang pinang
6 biji ubi kentang - potong atau 4
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari daging
2 sudu cili kisar
3 cm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang ( 3 cm) kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
Garam secukup rasa

Tak perlu guna cili kisar kalau tak mau kari pedas sikit


CARA MEMASAK :

Bersihkan daging dan potong kecil-kecil , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus-halus.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , halia , kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sampai bawang layu . Kemudian bancuh rempah kari dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk . Masukkan juga cili giling dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan daging , biarkan kuah mendidih baru la dimasukkan ubi kentang dan garam . Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la di tutup api dapur. 
 
Selamat mencuba yer...

3 comments:

fateem fatima said...

sedapp hoiii!!

L.E.E.Z.D.Z.A said...

air tangan sendiri mesti la sedap, tp knp aku x rasa kan????

fateem fatima said...

biase laa..kita dah try test ejas rs ms kt dapur muehehe