Wednesday, July 10, 2013

Kepek Pisang

Assalam semua....Camne puasa arini??? Ok ke??Nampaknyer mood memasak saya masih tebal lagi. Kali ni saya buat kepek pisang plak. Tak plan pun nak buat kepek pisang ni. Last week kan balik umah mak sambil-sambil borak-borak dengan mak duduk belakang rumah menikmati angin sepoi-sepoi (eh tak sepoi sgt sbnrnya, kuat sikit la). Pastu mak kata nak tebang pisang tanduk belakang bilik air. Setandan  tu ada 4 biji jer. Kan pisang tandunk ni besar-besar. Sebiji dah masak pun. Saya goreng hari sabtu wat minum petang. Pastu tetiba rasa cam nak buat kepek la... terus la tanya mak sagat pisang....senang jer buat kepek pisang ni...

Bahan-bahan
Pisang
Minyak
Air
Garam

Cara-cara
1.Panaskan minyak
2.Bancuh air garam
3.Minyak dah panas sagatkan pisan kedalam minyak tadi.
4.Masukkan air garam secukup rasa.
5.Goreng sampai kuning

Pisang tanduk yang telah dikupas kulitnya



Proses menggoreng



Ni mak saya sambung buat guna pisang abu plak
Tara...

Dapat la 3 balang kerepek pisang tanduk saya.2 saya bawa balik umah MIL 1 saya tinggal umah mak. Pastu bawa 1 balang kerepek pisang yang mak saya buat. Saya lagi suka pisang tanduk berbanding pisang lain. Jemput tengok semua...


2 comments:

fateem fatima said...

suka kepek pisang!! tp paling peberet kepek ubi pergh!! krupkrapkrupkrap!

L.E.E.Z.D.Z.A said...

beli je ngan hajar senang!!!!!