Wednesday, September 25, 2013

WW: Ini adalah gambar lama

Dari kiri: Cik Ct dukung Fatim, Jaliza, Rohaizah, Lin, Amy, Ju & Cik liza

*ermmmm sama je dulu ngan sekarang tapi skrg lg bambam....

Friday, September 20, 2013

Monday, September 16, 2013

Monday blues...

TENGOK GAMBAR DAK TECIK NI JER LA...




Friday, September 13, 2013

Food Feeder

Dah lama sebenarnya dok mencari food feeder ni. Eh jap nak google gamabr food feeder ni.

Ha camtu la food feeder tu. Leh letak buah, sayur ke bagi baby gigit-gigit. Since Auni dah suka menggigit ni saya memang tercari-cari la benda alah ni. Selama ni saya bagi dia gigit puting jer. Auni kan tak suka sangat ngan puting. Kejap je la dia gigit pun. Suka sangat nak gigit jari saya. agaknya nak tumbuh gigi kot.

Saya try gugel cari benda ni sebab kawan saya kata susah nak dapat. Tak sure plak kat anakku ada ke tak tapi cam tak penah nampak pun. Kat OneBabyWorld pun takde. So kita beli online saje la cara terbaik. Ada 1 kedai kat seksyen 19 tapi kuasa nak drive pergi s.alam semata nak cari benda ni. Dah la zaman bila nak sampai kesana. Kat Puchong pun ada tapi en suami bukannya kaki jalan. So kita guna hujung jari je la.

Cari punya cari ada la jumpa satu website ni ada jual. Murah daripada yang lain so saya pun beli la. Pendekkan cerita (sakit hati nak cerita) saya dah kena tipu kot. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai barangnya. Eeee...sakit hati sampai sekarang. Walaupun tak sampai RM50 tapi kalau dah 10 orang yang kena dah RM500 kan. Bila contact takde respon plak. Bagi saya RM50 tu banyak ok! Duit minyak saya seminggu tau!

Entah macam mana last week masuk kedai world of baby kat kuala selangor saje la tanya ada rupanya. Kalau tahu lama dah saya beli. Dia ada yang kecik ngan yang besar. Yang kecik tu sesuai untuk 6-12 bulan. yang besar tu untuk 12-24 bulan. Suke...suke..suke...terus beli. Harga kalau tak silap RM14 je kot. Tak pun dalam belas-belas jer...kalau kat kidsmebaby.com harga dalam RM30. Nak tahu selanjutnya gugelyer.

Food feeder ni sesuai untuk baby 6bulan keatas. 6 bulan kan baby dah boleh makan so boleh la nak bagi dia rasa-rasa buah-buah. Setakat ni saya bagi Auni kurma je. Suka sangat dia gigit benda tu. Jom layan gambar

Auni dan food feedernya

Amboi bukan main suke yer sampai bulat biji mata

Kakak Zati yang rajin melayan karenah Auni






Thursday, September 12, 2013

Apa dalam beg mummy

Ha!!!!!!!!! nampak tak tu????nampak tak???? mainan gigit-gigit si auni. boleh plak mummy p angkut mainan ni sekali p kerja. Kadang-kadang tu ngan pampers, wipe tissue dia pun mummy angkut sekali. ye la beg besar ni senang kalau jalan-jalan kita sumbat je 1 beg. kuasa nak usung 2 3 beg.

Setakat nak window shoping tu mummy guna je handbeg mummy ni. sumbat la segala mak nenek dalam tu. Baju, towel kecik, diapers, travel toilettories, botol susu kecik dia, mainan...senang kan. Pastu kalau dah kelam kabut esoknya nak pergi kerja mummy angkut jer beg tu tak kuarkan isi perutnya hahaha...sapa ada anak memang camni kan...

Wednesday, September 11, 2013

Tuesday, September 10, 2013

Bila WSL masuk klinik

Kamis lepas saya el sebab auni buang-buang air. Mungkin sebab beralih bulan kot, nak ringankan badan merangkak rasanya. So en suami hantar la WSL ke bengkel. Dah lama kereta tu ada masalah. Cuma tak dapat detect apa dia. Dari pagi sampai la ke malam baru settle.

Ni masa petang dalam kul 6. Ingat kan dah siap, sampai-sampai jer dorang kata lom settle lagi. Cuak gak sebab kalau tak siap camne saya nak g keje esoknya. Rasanya ni la paling lama WSL kat bengkel. 

Bila dah settle sume rupanya timing belt salah pasang. Jenuh gak dorang cari puncanya. Memang sejak tukar timing belt ni ada je masalahnya. Kitorang bukan tukar kat bengkel ni. Masa tu saja la gi survey bengkel baru tu nak tukar tayar. Tengok tayar memang murah so kitorang tukar la 4 4 tayar sekali sebab memang dah botak sangat. Pastu teringat timing belt tak tukar lagi. So buat la sekali kat bengkel ni. Lepas daripada tu 3 4 kali gak la gi bengkel tu sebab ada je yang tak kena.

Last-last kitorang decide g bengkel kat pic tu. Baru settle masalah. kalau tak risau jer nak bawa kete. WSL jangan majuk-majuk lagi tau! mummy sayang WSL sangat-sangat. Orang kata kalau kita sebut-sebut nak tukar kete, kete lama merajuk. En suami selalu jer beranga-angan nak naik kete besar-besar. Kete ni tak cukup besar ke??? Mummy tetap dengan WSL.

Monday, September 9, 2013

Weekend datang lagi

Hujung minggu yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua orang melainkan korang yang memang jenis kena keje hujung minggu kan. Kawan saya weekend dia ahad ngan isnin. selasa sampai sabtu adalah hari bekerja. Pantai timur lain la kan. memang dorang cuti jumaat sabtu. 

Minggu ni dapat jumpa mak...hiphip hooreyyyy.........manyak ksyok oooo. Jumaat malam tu anta mak mertua umah alang. alang ada kursus 3 hari. So weekend mak mertua adalah di rumah alang. Saya ke rumah ros adik saya. kan dia baru pindah kuater. So kita tido 1 malam kat rumah dia. En suami cuti plak malam tu. 

Sabtu pagi kitorang gerak balik tanjong bawa mak sekali. Ye la mak dah seminggu kat shah alam. Adik ngan siti ada la lawat mak kat shah alam. OTW balik tu kawan en suami call nak datang rumah beraya. Raya dah habis la tapi tak kisah la kan. Tetamu tu kan pembawa rezeki. Lagipun wife dia baru habis pantang. So aci la kan datang beraya walaupun raya dah habis. tapi kuih raya banyak lagi ok!

Diskas-diskas dalam kete so singgah kedai jap beli mee kita buat mee goreng sajor. Nanti umah kitorang dah siap kita makan sedap-sedap yer. Yang tu confirm bukan saya la yang masak. Mak or mak mertua la jadi chefnya hikhikhik...

Tetamu datang dalam 12.30 t.hari. Borak-borak...makan-makan...sembang-sembang...ni kira bff en suami la. Anak dah dua. dua-dua lelaki. Yang 1st tu handsome. yg baby tak tahu lagi sebab baby kan muka berubah-rubah. Sekali tetamu dah balik en suami terus tanya saya. 

En suami: yang....masak tadi awak tak rasa ke?

Pn isteri: tak, nape?

En suami: awak ni cuba la rasa dulu...mee awakk tu masin...(hamboi kemain lagi komplen kan...dulu ok jer. masin pun telan jer...)

Pn isteri: oh yer ke???saya tengok bini tapek makan ok jer siap bertambah-tambah lagi. (baru nak kembang-kembang vontot tengok si dewi tu makan bertambah)

En suami: ermmm...entah la kot dia terpaksa telan sebab lapor (kuangjak cakap camtu kan!!!!!!)

hahahah....saya memang kalau masak saya jarang nak makan masakkan saya sendiri. tapi mak saya makan takde pun dia kata apa-apa. ke sajer jer en suami ni kan. Mungkin la masin sikit sebab saya tak perasan saya letak kicap masin or manis. Dah la letak sos tiram lagi..ngan garam lagi. agak masin la kot tapi malam  tu saya balik umah mak mertua tengok bekas mee tu licin jer...

Ahad kat mah mak bangun lambat ok hahahaha...mak dah siap kemas umah yang ditinggalkan seminggu itu. Mak pun dah siap beli nasi lemak lagi hehhehe...tak larat agaknya nak masak sebab tengok rumah cam hapa jer. Padahal abang ada je kat mah. Adik saya pun balik gak. so pas breakfast (tu pun dah kul 10) tu dia masak mee bandung plak. last week dia baru balik dari johor so ada la beli perencah mee bandung muar. 

tengahari cam kenyang jer. Hujan turun plak. Lebat plak tu. elok kul 2 lebih reda sikit. mak ada marhaban. mak kalau hujung minggu jer mesti sibuk ngan persatuan marhaban dia. Malas nak masak. so kita buat lempeng cicah sambal ikan bilis jer. Makan plak ngan kopi o time ujan-ujan....perghhhhhh...terangkat ooooo....

Tapi proses membuat lempeng yang super senang tu menjadi sangat mencabar bila si auni ni tak nak duduk ngan orang lain. nak berkepit ngan mummy jer. Tension tol!!!!!time saya nak klung tang klung tang kat dapur la dia sibuk nak berkepit. Seb baik la mak ada dapur kat bawah. Duduk bersila sambil pangku anak sambil buat lempeng. giler terrooorrrrr mummy auni ni. 

Lempeng cicah sambal bilis
Lempeng belum siap en suami request nasi goreng plak. hoiiiiii ko ingat aku tangan sotong ke hapa???? ayat tu dalam ati jer hehehehe...untuk suami tercinta gigih la buat nasi goreng campak-campak jer...terasa diri dah cam supermummy plak. 

En suami tak reti makan lempeng-lempeng ni. tahapahapa kan???lantak la...dia makan la dia nasi goreng tu sorang-sorang. Pastu adik ipar pun join makan nasi goreng gak. eh lempeng pun dia makan tau! Saya suka adik ipar ni. senang...ko bagi apa pun dia telan. sonok tengok dia makan...

En suami: selera si wan tu makan. bertambah nasi goreng...

Pn isteri: yer ke? ok la tu. Wan tu senang sume dia makan bukan macam awak memilih jer....

En suami: ye la tapi nasi goreng awak tu masin (choiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!)

*punya banyak xtvt gambar lempeng tu jer sekeping yg saya snap

Friday, September 6, 2013

LAPAR

Korang penah tak rasa lapar tahap gigil-gigil cam tak makan 3 hari (over nau kan...). Saya la tu...padahal baru berapa jam kot.

Alkisah.....tersebutla kisah....(ok jgn mengarut) camni ceritanya...Last week kan saya ngan famili mertua pergi rumah abang ipar kat ipoh. Plan sabtu pergi ahad balik. Nak tido 1 malam kat rumah abang. Saya ni semangat la pagi-pagi bangun nak bersiap kan. Macam-macam ni plan ngan en suami. Nak pergi cameroon la, tambun la sekali haprak...

Abang dah pesan jangan makan kat jalan. maksudnya jangan lunch la masa pergi tu sebab dia ada buat makan-makan untuk member-member opis dia. So tak  pe la. Pagi tu saya breakfast roti telur ngan nasi lemak. Request kat en suami nak roti telur, nak nasi lemak, nak kuih *see perut sapa la cam tong sampah ni

Roti Telur





Nasi lemak ayam rendang favourite en suami




Ni antara kuih-muih yang en suami beli
Ketayap




Kasturi




Cucur badak
*pic cilok en gugel

Memula saya makan roti telur. Pastu kacau nasi lemak en suami. Last sekali makan kuih kasturi. Orang kalau dasar kuat makan memang camni. Sume nk sumbat hahaha... 

Pas bekpes lepak-lepat tidokan auni dulu. Kitorang gerak dalam kul 12 sebab adik ipar g weeding kawan dia dulu kat klang. Ingat sblm kuar tu nk mentekedarah sekali lgi tapi saya kan pemalu. Maka terkubur la hasrat tu disitu...

Masa nk gerak tu auni baru je tido dlm 1/2 jam so mood dia kurang sikit la. Bancuh susu+nestum standby dlm kete. Tapi dia hisap sikit jer. Tetek mak dia gak yang dia nk. Saya ok jer. Senang tak payah nk bancuh-bancuh susu. Dah dalam kete pun auni takmo tido. Jenuh la mak dia dok sua-sua nenen tapi mata tak pejam-pejam. Saya ni perut dah lapar. Auni plak sedap je dia menghisap. Nak tunggu R&R Tapah tu saya rasa cam nk g perlis jauhnya. Saya dok merengek kat en suami lapar...lapar...Badan dah menggeletar gigil-gigil. Tak tahu macam mana saya nk cerita. Tangan sumer dah menggeletar. 

Saya naik kereta adik ipar so segan la nk bawa jajan-jajan sume kan. Kalo kete saya mmg penuh ngan makanan je la. Sudahnye sampai R&R kul 2. Saya bagitau en suami saya nk air milo pastu beli la apa-apa yang boleh dimakan. En suami beli air milo 2 tin, roti sosej 2, ngan roti apa tah. Saya tinggalkan 1 jer roti untuk en suami. Air milo dia sempat minum suku jer. Yang lain saya telan semuanya. Nak wat camne kan...kita ni bf baby memang la cepat jer lapar. Nak-nak plak sejam sekali auni tu nk nenen. Air pun tak minum. Pasni g mana-mana memang kena bawak bekal air dari rumah. Dalam kete saya memangg sentiasa ada air untuk minum. Takmo dah rasa gigil-gigil camni.


Thursday, September 5, 2013

Rindu mak huhuhuhu

Minggu lepas tak balik umah mak. Balik sebenarnya tapi kejap jer. Balik ambik baju jer sebab last week kitorang pergi rumah abang ipar kat ipoh. 

Selalu memang tiap-tiap minggu balik umah mak. Tak pun jalan-jalan ngan mak. Jalan la sangat kan padahal pergi umah makcik ke umah adik badik ke...tak kisah la janji dapat jumpa mak. Ni dah tak sabar nak tunggu weekend. Tapi mak seminggu kat mah adik kat s.alam. Tak tahu la balik ari apa

Hari biasa mak saya duduk dengan abang. Weekend abang pergi jumpa wife dia kat s.alam. PJJ la katakan. So weekend memang saya dah buat perjanjian sejak "aku terima nikahnya" dengan en suami nak balik umah mak. Memandangkan saya duduk dengan mak mertua sekarang ni so perjanjian itu diterima pakai. Sejak kawen camni la life kami. Mak sorang. mak mertua pun sorang. Itulah pun rutin saya tiap-tiap minggu. Kalau tak petang jumaat pagi sabtu saya balik umah mak. Kalau en suami keje sabtu, tengahari or sabtu petang baru sampai rumah mak. 

Nak berjalan-jalan tu jarang la. Nak kuar-kuar tengok wayang ke, main boling ke, jumpa kawan-kawan ke memang dah jarang sangat la. Masa banyak dihabiskan dengan mak or mak mertua. Memandangkan saya jer yang dekat dengan mak selain abang. Sementara mak kita ada kan, apa salahnya. Tak mau la menyesal kalau terjadi apa-apa nanti. Walaupun sekarang ni nampak mak sihat lagi, tapi dalaman mana kita tau kan. Mak-mak kan suka nak tipu kita bab-bab kesihatan ni. Bila kita tanya mesti mak akan jawab sihat kan??? padahal time tu dia demam. Dah sah-sah la kita tau kan kalau orang demam

Tu belum  lagi bab dia sakit kaki ke...lenguh-lenguh tulang ke...terseliuh ke...jatuh bilik air ke...tau-tau jer kita balik kaki dah berbalut. Tak pun malam-malam sapu minyak angin. Mana nak bagitau kat anak-anak. Kita pun camtu la agaknyer bila dah tua nanti kan...

Mak mertua pun duk sorang. Lagipun en suami ada kerja kat area sini. Kerja tetap kat s.alam. Dia sanggup ulang alik tiap-tiap hari. Dia lagi besar tanggungjawab sebab anak lelaki kan. Kitorang masuk mula-mula nak beli umah pun banyak kali berfikir. Cari umah yang dekat ngan mah mak mertua. Senang nak tengok-tengok. Mak mertua pun tak la kuat sangat. Selalu gak sakit-sakit lutut. Tapi tetap gak nak panjat-panjat kerusi simpana barang tempat tinggi-tinggi.

Agak-agak apa yang best nak buat weekend ni. Selalu balik lepak-lepak kat umah jer. Mak pun kalau weekend banyak jer aktiviti dia. Kenduri kawen banyak kan tiap-tiap minggu. Nak merewang lagi, jemputan kawen lagi. Dengan kumpulan marhaban lagi. Tak kisah la janji saya dapat tengok mak depan mata & tau mak baik-baik aje & happy dengan apa yang dia lakukan...

Wednesday, September 4, 2013

Kraker enak dan menceriakan

Ni lagi satu kudapan saya di pejabat. Maklong la saya ni kan sentiasa kelaparan kalau kat opis tu. So kudapan-kudapan camni la saya selalu makan. Yang ni perisa strawberry & blackcurrant. Sedap sangat! Makan sebungkus nak lagi. Dasar perut buncit kan!!


Alamak gambar blur plak. Ambik pakai tepon jer. Happy je dapat makan biskut ni. Memang betul la kraker ni enak lagi menceriakan...Ni simpan dalam handbeg sebungkus pun aci gak. Time-time terdesak ke darurat ke lapor tahap tak makan apa-apa 5 jam  ke ( saya la tu...terus gigil-gigil kelaparan *ada citer best bab gigil-gigil lapor ni hehhehe next entry yer...) senang kan. Dah la dia pack kecik-kecik senang nak bawak g mana-mana.. eh kalau saya bagi 1 kotak pun boleh habis. Kalau dah gigil sebungkus tak cukup!

Eh nanti nak cari yang lain plak. Ada banyak jenis. korang cari je kat tesco ke giant ke dia ada macam-macam. Nyesal tak beli yang dark coklat sekali!

Tuesday, September 3, 2013

Adakah faktor usia

Arini tah kenapa boleh terlupa bawak kunci opis. Nasib baik memang ada spare. Kalo tak kita kopak je pintu bilik itu. Masa nk kuar bilik pagi tadi cam dah dapat rasa knp beg ni cam ringan semacam jer. Padahal pg td dah bukak pun beg. Bleh plk tak perasan kunci takde. Banyak kot kunci bilik tu. Bukan je kunci yang tertinggal, pencil case pun tinggal gak. Dah la dalam tu segala pendrive, hd, cardreader ada. Careless betul. Malam tadi saya masukkan pen dalam pencil case tu. Baru minta pen baru dari en suami. Nama je pun pencil case tapi sebatang pen pun takde.

Ralat betul la, camne la saya boleh terlupa 2 benda tu. Itu je pun yang saya selalu bawa pergi opis. Benda penting camtu pun boleh lupa. Dah tua sangat ke saya ni??? terasa cam baru 27 tahun...

Monday, September 2, 2013

Tiger Biskuat Choc

Hui korang kalau makan biskut ni boleh lari laju-laju pastu bolleh lompat-lompat cam tiger tu...ayat cam nak pujuk budak kecik makan kan...nampak no terpengaruh ngan iklan dalam tibi kan. Biskut  ni dah lama kot. Zaman saya sekolah-sekolah lagi kan. Suka sebab rasa dia sedap. Lagi-lagi yang coklat tu. Eh saya kalau coklat sume saya sukerrr....yang susu pun sedap. yang biasa pun sedap gak la. 

Tiger Biskuat Choc ni ada mengandungi enermaxx- 9 vitamin & 6 zat galian, kombinansi B1 & B2 membantu pengeluaran tenaga. So inilah makanan saya petang-petang. Lapar kot nak tunggu time balik keje tu. Dah la saya ni mengepam susu memang cepat je rasa lapar. Lantak la kalau orang kata saya gemuk ke hapa ke yang penting anak saya mendapat susu yang terbaik dari saya...

Actually ada lagi makanan-makanan lain. Saya ni cepat jemu.Takde la hari-hari saya makan biskuat ni. Kadang-kadang kalau tak sempat saya minum milo ke nestum ke or oat. Mana yang sempat la. Yang penting mengenyangkan. Takde la balik keje saya menggelupor kelaparan sampai rumah terus buka tudung saji khennn...burok betul perangai menantu hantu ni hehehe...