Tuesday, September 30, 2014

Running Nose

Semalam bukan main happy lagi yer...takde monday blues la...rehat-rehat kat rumah la...hari ni hambek ko!!! Berjujuran air hidung turun macam air terjun. Pakej dengan batuk sekali. Sekotak tisu dah habis. Nasib la tadi tergerak nak bawa tisu yang kat dalam kete...

Nak buat keje pun tak selesa ni. Semalam tekak memang terasa perit. Malam tadi la start selsemanya. Tido pun tak lena. Asik la on off ekon. Cik Auni tu bukan boleh panas-panas. Gelisah jer tidonya. Saya jugak la kena bertahan. Sampai tempat keje memang tak boleh nak buat apa dah. Ni dh masuk kotak tisu kedua. Risau bberjangkit kat Cik Auni je. Selalu tu saya yang berjangkit dengan Cik Auni...harap-harap kuat la antibodi dia...

Monday, September 29, 2014

Monday blues???

Hari ni saya xde monday blues...sebab arini cuti. Saya ambik cuti ganti. Kan last week sy ada keje ari ahad. Sepatutnya sy cuti ari jumaat lps. Tp sbb arini ada kerja yg perlu sy bereskn maka sy gnti la pd arini..

Urusan tu dh selesai pun pg td. Ni xtau nk buat apa. CikAuni tdo plak. Jap g kalo dia bgn nk ajk g tesco. Tu pun kalo cuca mengizinkn. Kat luar mcm nk ujan je. Redup je.

Td dh terlelap jap. Nk tdokn auni sbnrnya tp mummy yg tdo. Ala tdo2 ayam je. Auni kuar masuk bilik. Ni dia tdo mummy dh bosan. Kain baju byk x kemas lg. Bila en M ada mmg xboleh buat apa dah...

Meh la kita rehatkn badan dipetang hari isnin ni.....  :))



Tuesday, September 23, 2014

Tolong la jangan pisahkan kasih sayang mereka

Benda ni jadi disekeliling saya juga. Orang orang terdekat juga. Kesian pada anak anak. Kesian pada ayah or ibu yang tak dapat berjumpa dengan anak. Sedih saya tengok. Nak mengalir air mata. Tak dapat saya bayangkan. Harap dijauhkan dari saya sekeluarga.

Jodoh pertemuan ditangan tuhan. Kita hanyalah merancang & Allah la sebaik baik perancangan. Dia lebih tau apa yang baik dan buruk buat kita. Bila mana berlaku perpisahan dalam perkahwinan akibat perceraian saya harap sangat pihak yang mendapat hak penjagaan anak tu bertolak ansur la sikit. Toleransi la dengan bekas suami/isteri. Ye korang dah takde apa-apa hubungan tapi kena la ingat hubungan anak dengan ibu/ayah tak kan pernah terputus. Anak-anak berhak mendapat kasih sayang dari keduanya walaupun ibu & ayah mereka dah bercerai.

Walaupun ibu/ayah sudah mempunyai pasangan baru tapi kasih mereka pada anak kandung Insya Allah sampai bila-bila. Agak mustahil kalau mereka melupakannya begitu saja.

Sakit sebenarnya menanggung rindu ni. Sedangkan masa bercinta pun rasa nak mati inikan pula pada darah daging sendiri. Apatah lagi anak tu rapat dengan kita. Dan satu lagi jangan lah di buruk burukan ibu/ayah mereka. Seburuk-buruk mereka tetap ibu/ayah kandung anak tersebut.

Demi anak anak please la buang sikit ego tu. Kalau betul sayangkan anak berikan hak mereka. Kasih sayang yang sejati dari ibu/ayah kandung mereka. Walaupun mereka boleh dapat kasih sayang tu dari pasangan anda yang baru tapi tak kan sama dengan kasih sayang ibu/ayah kandung mereka sendiri.

Saya sedih bila mengenangkan orang sekeliling saya menerima nasib begini. Rindu pada anak sendiri. Berusaha untuk berjumpa anak sendiri. Berilah sedikit ruang pada anak anak. Mereka masih kecil dan tak tahu apa apa. 

Semoga mereka mereka ini tabah menghadapi ujian Allah yang berat ni. Semoga menjadi ihtibar buat kita semua...

Sunday, September 21, 2014

Weekend di office

Bosannya la dah lama tak bekerja dihari minggu...start bulan dpn dh mula dengan duti roaster malam plak. Kena set mind ni nk keje mlm. Dekat setahun agaknya tak duti malam. Bukan la masuk keje di malam hari. Biasanya kul 12 or 1 ptg baru masuk keje. Tengok pada waktu operasi. Kalau tutup kol 10 masuk kul 1 la...

Selalunya kerja weken ni santai sikit. Tapi tu la mAcam tak best sebabnya dah lama tak kerja kan. Biasa weken duk umah bermalas malasan.

Errrmmmm tak perlu la merungut. Dh ini punca rezeki kita kan..saya syukur sebab punya kerja tetap. Suasana tempat kerja pun ok. Kawan kawan pun semua xde masalah. Alhamdulillah...alhamdulillah...




Friday, September 19, 2014

Hari-hari menghitung hari

Semalam petang dapat berita yang saya tak tahu nak kata best ke, suke ke...kadang-kadang dah macam takpe la...Rasanya dah terlalu lama. Nak follow up hari-hari pun dah tak larat. Berita tu mungkin la menaikkan sedikit semangat saya. Cuma tak nak la terlalu mengharap. Takut jadi macam yang sebelum ni.

Apa pun semoga dipermudahkan segala-galanya. Dah tak larat nak menghitung hari.

2 kerja

Saya sekarang ni jadi pengganti kawan yang sedang cuti bersalin. Insya Allah bulan 11 nanti dia masuk la semula. So kerja-kerja dia memang saya la yang kena siapkn. Kebetulan sebelum dia bersalin haritu dia baru dapat projek yang kena siapkan bulan 11. So saya la yang kena sambung.

Saya buat 2 kerja la sekarang ni. Nasib la kerja saya tak la banyak & urgent sangat. So boleh la nak concentrate pada kerja kawan saya tu. Actually tak la susah mana pun. Sebab kerja-kerja tu pun saya pernah buat gak dulu. Cuma bila dah lama tinggalkan jadi macam slow la sikit. Lama-lama dah ok la. Harap-harap cepat la siap projek ni.

Friday, September 12, 2014

Sakit mata

Agaknya sekarang ni musim kot. Minggu lepas Cik Auni ngan saya kena sakit mata ni. Bermula dengan anak buah suami. Dia dapat cuti & balik kat rumah mak mertua saya. Sebab sekolah dengan rumah mak mertua memang dekat. 4 hari dapat MC. Saya risaukan Cik Auni.

Sangkaan saya tepat. Lepas 4 hari Cik Auni dah nampak tanda-tanda jangkitan. Malam tu jugak saya bawa dia pergi klinik. Alhamdulillah tak teruk sangat & lepas 2 hari sembuh. Lagipun hanya sebelah mata dia yang merah. Ahad tu saya pula yang berjangkit. Sakit mata ni cepat betul dia berjangkit. Malam tu saya dah rasa lain macam. Nak tidur pun susah. Bangun pagi memang tak boleh buka mata. Terpaksa la en suami pimpin saya masuk toilet.

Tengahari saya terus ke klinik memandangkan kedua-dua mata saya dah merah. Gatal toksah cakap la. Berair je mata ni. So doktor bagi saya MC 2 hari Isnin & Selasa. Saya pun terus balik kg rumah mak saya. Ala 15minit je dari rumah mertua. Apa ada hal. Saya tak nak berjangkit kat suami saya plak. Lagi pun budak yang transit kat rumah mak mertua saya tu cuti sebab UPSR. Risau berjangkit kat dia plak.

Kat rumah mak saya takde sapa-sapa. Lagipun mak saya kerja. So kebarangkalian nak berjangkit kat orang lain tu kurang la sikit kan. Lepas 2 hari saya rasa dah ok. Cuma kadang kadang bila saya lama-lama tengok pc rasa macam gatal semacam jer...

Ni kali kedua saya kena sakit mata. 1st dulu masa kecik. Saya ingat lagi masa tu abang la yang kena paling teruk. Dekat 2 minggu dia cuti sekolah. Kesian kan sapa yang kena sakit mata ni. Itulah pentingnya kesihatan. Bila dah sakit baru nak rasa nikmatnya kesihatan tu kan....

Bloggeroid

Salam semua...

Saya  3 4 kali try update guna bloggeriod tapi tak lepas-lepas bila nak publish. Kenapa ha??? Konon-kononnya dah install bloggeroid kat tepon senang la nak update kan. Nak tido pun boleh update. (cam blogger tegar sangat la kan hehehehe...) tapinya ntah knp time nak publish tu failed memanjang. Stress ok.

Ni ada kesempatan sikit kat opis ni boleh la soksek sikit. Alhamdulillah saya semakin sihat. Dan saya rasa saya boleh dah nak mengarang membebel bergosip sorang-sorang kat blog yang dah lama saya tinggalkan ni. Kesian blog ni. Dah lama sangat diabaikan. Ada gak rasa macam nak tutup je blog ni tapi macam sayang plak. Banyak kenangan dengan blog ni.

Macam mana pun saya akan teruskan juga blog ni. Sebab kat sini la satu-satunya tempat saya luahkan segalanya. Dulu ada gak 2 3 medium yang lain tapi semua saya dahh tutup. Biar la blog ni satu je. Yang ada ni pun kadang-kadang diabaikan. Semoga saya akan terus berkongsi segalanya disini....