Showing posts with label Anak Ayah. Show all posts
Showing posts with label Anak Ayah. Show all posts

Tuesday, November 18, 2014

Besar dah dia

Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar Cik Auni dah 1y8m dah pun. Banyak yang dia dah tau. Asik mengikut je apa yang orang buat. Dah banyak cakap sekarang ni. Tapi bahasa dia la. Banyak mulut sumgguh dia ni. 

Ada la 2 3 perkataan yang boleh difahami. Kalau dulu yang dia tau nenen, mam, nak...sekarang ada peningkatan macam duduk, sus (susu) ma...ma...(mummy yer sayang) kadang-kadang dia panggil mamak (ma+mak) sebab dia dengar kita panggil wan dia mak. So dia gabungkan jadi la mamak. 

Cukup susah nak tidur siang. Asal tnya nak tidur tak???jawapan dia mesti taknak (sambil geleng-geleng kepala) Dah pandai buat suara miow...auk..auk...(anjing) cip..cip...(burung) tapi kalau meow tu slow je bunyinya. Suwet sangat mummy dengar.

Ni salah satu aktiviti yang dia tiru. Kadang-kadang dia selongkar bakul baju kotor nk gosok baju. Tiap-tiap hari tengok mummy dia gosok baju. Lagi satu kalau nampak ayah dia bersiap depan cermin dia pun sibuk ambik sikat, deodorant, perfume. Nasib la pagi-pagi mummy siap dia tak bangun lagi. Kalau tak mesti dia pun tiru aksi pakai lipstik gak. 

Time tidur kalau tengok dia mesti terdetik dalam hati alahai anak mummy dah besar rupanya. Jap lagi nak sekolah dah. Pastu masuk u kerja & kawen. Mummy rasa macam tak buas lagi nak peluk gomol dia. Walaupun kadang-kadang geram dengan perangai dia yang dah pandai macam-macam sekaran ni. Camni la kehidupan kan....

Friday, March 28, 2014

Sehari tak jumpa dah rindu-rinduan....

Hari Selasa En Suami pergi repair bas. Memang dah lama En Suami nak repair bas tu, cuma asyik la tertangguh. Bumbung dah rosak. Bila hujan ada la air masuk. Sian kat budak-budak. Sian gak la kat bas tu. So Selasa tu En Suami keluar rumah dalam pukul 9.00 pagi. Tempat repair tu kat Klang. Pastu En Suami malas nak balik rumah. Katanya nak rehat kat tempat kerja je. So dia bawa la baju kerja siap-siap. Boleh la rehat & tidur kat tempat kerja. Office dorang memang ada tempat tidur untuk driver-driver.

Malam tu En Suami call. Tapi saya tak angkat sebab Cik Auni baru jer terlelap. Kalau dia dengar saya bercakap memang susah la dia nak tidur balik. Pastu nak mengamuk jer. Saya biarkan phone tu sampai berhenti. Pastu saya text En Suami.

Pn Isteri: Auni baru tidur

En Suami: Ayah rindu kat Auni...(kat mummyy tak rindu pun sob...sob...sob....)

Pn Isteri: Auni pun tadi cari-cari ayah gak

En Suami: Sedih tak jumpa Auni harini...

Pn Isteri: Alololo....tengok la gambar Auni

En Suami: Tak sama...lagi rindu tengok gambar

Pn Isteri: Camne nak bercuti berdua nanti??/

En Suami: Kena bawa Auni gak la...tunggu dia pandai jalan baru kita pergi

Pn Isteri: Ala...mummy nak g berdua je ngan ayah (ayat gedik)

En Suami: Ye la...tapi tak boleh lama-lama... (erkkkkkk....)

Seeeeee.......sayang giler En Suami kat anak dia. Tu baru sehari tak jumpa. Mengalahkan saya yang mummy dia jer...harapan nak berhoney moon lagi nampaknya akan tinggal harapan jer...