Friday, October 24, 2014

Sepetang di kampung


Aktiviti kat kampung biasanya sama je tiap kali balik pun. Lagipun kampung bukan jauh sangat. 15-20 minit je dah sampai. Tapi tiap-tiap minggu nak kena balik jugak. Ye la sementara mak ada lagi kena la jenguk selalu kan...

Selalunya petang-petang kalau kat kampung bawa si kecik ni jalan-jalan je. Biar dia berlari-lari ikut suka dia. Kat rumah mak mertua terkongkong sikit. Sebab rumah taman. Lagipun jalan depan rumah mak mertua tu sibuk sikit. Banyak kenderaan lalu lalang. Pastu dengan motor yang laju-laju. Gate memang sentiasa tutup.

So bila balik kampung inilah peluangnya untuk sikecik tu explore. Main tanah, pasir, air lecak...seronok je. Yang tak seronoknya bila semua benda pun nak masuk dalam mulut dia. 

This week tak dapat balik kot. Sebab En suami kerja. pastu banyak plak undangan perkahwinan. Tak pe la Deepavali hari tu pun dah balik tengok mak. Kita balik minggu depan plak la cari ikan. Musim menuai dah habis ni. Banyak la boleh dapat ikan....

No comments: