Dah lama entry saya tak bergambar kan. Ok kali ni entry bergambar. Banyak sangat gambar. Ada lagi yang tak edit. Malas dh menguasai. tapi gambar yang ada ni pun dh cukup menggambarkan kemeriahan suasana tersebut.
Khamis lepas 9/10/2014 office saya buat sambutan hari lahir untuk semua staf. Senang buat sekali harung jer. Sebelum-sebelum ni kitorang buat 4 bulan sekali. Tapi sejak 2 tahun ni tak dapat nak buat camtu dah sebab ramai yang sudah beranak kecil.
Sebelum-sebelum ni kami buat kat hotel or luar dari office. Kalau dah masing-masing berkeluarga dan ada anak kecil memang agak leceh sikit la. Mana nak layan anak mana nak makan lagi. Kalau anak-anak yang dah berjalan berlari tu kesian jugak la pada mak ayah yang terkejar-kejar tu kan. Tak dapat nak menikmati makanan yang sedap-sedap tu kan.
So AJK pelaksana mencadangkan supaya celebration kali ni dibuat di office je. So takde la rasa bersalah sangat nak tinggal anak/suami/isteri kat rumah sedangkan kitorang makan sedap-sedap kat hotel kan..lagipun kami buat waktu kerja.
Jom la layan gambar...
Sebahagian preparation yang mereka lakukan. Saya tukang makan je... |
Door gift. Kat bawah shower foam tu ada tertulis nombor bertuah. Alhamdulillah saya dapat beg |
Photo booth |
Suasana sebelum. kreatif betul ajk yang melaksanakan event ni. Tahniah!!! |
Ni apa ke namanya. Terlupa sudah...hehehehe... |
Tahun ni takde kek. Kita ganti dengan pulut kuning |
Macam-macam makanan ada. Nasi beriani, soto, roti jala, kuih muih, sate, rojak buah, buah-buah celup coklat pun ada. |
Ni kalau ambik gambar dengan coklat fountain tu mau terliur banyak kali ni |
Ketibaan VVVVVVVVIIIIPPPP la sangat kan hehehehe... |
kami mulakan majlis dengan bacaan yasin yang diketuai oleh ustaz yang dijemput khas dari Pusat Islam. |
Doa dipohon semoga semuanya sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & sentiasa dirahmati olehNYA...amin.... |
Acara memotong pulut kuning |
Team baby girl plak |
Masa yang ditunggu-tunggu... |
Disusuli dengan acara membuka hadiah. Hadiah ni wajib dibawa oleh semua orang untuk dibuka pada hari tersebut. Hasil kutipan bulanan oleh setiap staff. |
Ni baby of March |
Terselit sorang baby Feb sebab dia sorang-sorang je lahir bulan Feb tu |
Sambil makan sambil bergosip...biasa la tu kan |
Acara bebas apa lagi...lepas makan bergosip pastu bergambar la plak |
Bergambar sampai pengsan...bukan kena bayar pun kan... |
Lagi dan lagi.... |
Ni kembar nama dengan saya ni. kebetulan kitorang pakai baju kaler sama plakk hari tu. Si kembar pun tak pakai kaler sama-sama tau! |
Makan sampai perut kembong. Tak senonoh betul mak budak ni kan.. |
Diakhiri dengan pic kami berdua. Adik ni tengah tunggu hari je nak bersalin. Sempat la dia makan puas-puas sebelum berpantang |
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun big boss tak dapat datang sebab sibuk dengan meeting tapi kami memahami. Yang penting semua orang happy sebab dapat makan dengan kenyang sekali. Semua makanan sedap-sedap. Siap boleh tapau bawak balik lagi.
Terima kasih kepada ajak pelaksana yang bertungkus lumus mengadakan event ni. Mereka ni kalau buat event memang best. Sentiasa buat yang terbaik untuk kitorang. Semoga terus suksesss!!!
No comments:
Post a Comment