Thursday, May 10, 2012

Pucuk dicita ulam mendatang

Xde kaitan pun peribahasa tersebut dengan entry yang saya akan ceritakan ni. Saya sedih bila mengenangkan kasut saya yang hilang. Kasut tu jarang-jarang saya guna. Ye saya tahu saya memang banyak kasut (eh xde la byk sangat pun) Adat la tu kan orang perempuan memang banyak kasut. Tapi saya bukan jjenis yang simpann kasut dalam kereta yer. Rimas kalau kasut banyak-banyak dalam kereta. Saya rasa tak selesa bila orang naik pastu tengok kasut sepah-sepah dalam kereta. Saya kalau boleh biar la kereta tu kosong jer. Pada saya keselesaan tu penting. Saya gembira bila orang naik kereta saya rasa selesa walaupun kereta saya ni tak la besar sangat. Ye la saya ni selalu bawa famili. Mak saya, mak mertua saya kadang-kadang makcik saya. Saya tak mahu la bila dorang naik kereta saya jer dorang rasa takut-takut nak letak kaki. Ye la kalau kalau kasut penuh kat seat belakang camne dorang nak letak kaki kan???? Mesti dorang tak selesa nak kuis-kuis kasut tu kan...tapi kalau mak saya dia tak kisah pun hehehehe...ye la famili sendiri kan??? Cer mak mertua, tak ke dia rasa serba salah....

Ok2 berbalik pada cerita saya tadi. Saya tak tahu mana perginya kasut saya yang cantik tu :-)). Bukan la saya salah letak. Bukan la kasut tu kena curi. Sebenarnya kasut tu saya tertinggal dalam kereta En Suami. Masa tu kitorang belum kawen lagi. Saya pun terlupa nak ambik sebab jarang sangat pakai kasut tu kan. Pastu abang En Suami pinjam kereta sebab kereta dia accident. Lama la jugak kereta tu dia pinjam. Ada la dalam 2 bulan. Bila kereta tu dapat balik tengok-tengok kasut tu dah takde. Tanya En Suami ada tak dia simpan kasut tu sebelum abang ipar pinjam kereta dia, dia kata dia takk perasan plak ada kasut dalam kereta dia. Ye la dia pergi kerja pun naik moto. Kadang-kadang jer naik kereta. Mana la dia nak tinjau-tinjau bawah seat tu. Sudahnyer sampai sekarang tak tahu mana perginya kasut saya tu. Memang la tak mahal tapi itulah titik peluh kita kan. 

Aritu balik umah mak, cam biasa cek la surat-surat hutang (nampak sangat banyak utang kan kihkihkih...) zaman sekarang hidup mesti berhutang kan....ada la dapat satu surat ni. Buka-buka jer tersenyum lebar saya....nak tahu apa dia....jeng...jeng...jeng......


V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
 

Dapat voucher dari Vern's sempena besday saya (dah lama kot besday saya hahahaha) Syukur alhamdulillah. Boleh la saya ganti kasut saya yang menghilangkan dirinya tanpa khabar berita. 30% ok la tu kan...selama ni cuci mata jer lalu Vern's ni. Saya selesa pakai jenama Vern's ni. Saya ni jenis tak kisah jenama apa pun janji kaki saya ni selesa pakai. Tak kira la harga RM10 kalau kaki saya rasa tak sakit saya akan beli. En Suami nanti temankan Puan Isteri ni beli kasut yer... Tak sabar dah ni. Terima kasih yer Vern's sebab bagi voucher ni kat saya. Lenkali bagi lagi yer....Oh yer selain kasut beg pun ada kat Vern's ni. Saya pun penah beli handbag Vern's ni. Cantik menarik tertarik la jugak.....errrrrr En Vern's sila bagi saya diskaun melampau-lampau yer sebab saya dah tolong promote kat sini hikhikhik.....






No comments: