Thursday, July 25, 2013

Pengalaman berpantang

Tetiba plak dibulan puasa ni cerita pasal pengalaman berpantang plak yer. Bukannya bersalin dalam bulan ramadhan kan??? Saje je jer...Sebab saya rasa seronok plak masa dalam pantang. Penjagaan diri, penjagaan baby, makan dan sebagainya la.

Hari ke2 bersalin saya dah boleh balik rumah. Saya bersalin jumaat malam, sabtu dah discharge. Ambik masa jugak la kan nak settle bil, ambik ubat bagai kan. Pagi tu sebelum breakfast doktor scan perut saya nak tengok kot-kot ada benda yang tertinggal dalam rahim. Cebisan uri ke...Alhamdulillah semuanya ok. En suami sampai pun lambat gak la. Sempat lunch kat wad lagi. Menu lunch saya masa tu ayam masak lemak cili api ngan sayur apa tah saya pun tak ingat. Tapi masak lemak tu takde la pedas pun.

Pagi tu saya terskip breakfast sebenarnya. Tu yang bila time lunch saya makan macam kebulur je. Last makan masa lunch ari jumaat dalam kul 1 cam tu. Hampir 24jam la saya tak makan. Tengah-tengah makan baru saya terperasan yang saya ni baru bersalin. Maknanya saya dalam proses berpantang la kan..Boleh ke makan ayam. Tapi saya habiskan jugak sebab dah lapar sangat kan. hehehehe...pastu saya teringat sapa tah bagitau kalau kat spital makan jer makanan yang dorang bagi sebab dorang dah bubuh ubat dalam tu sebenarnya. Saya pun ok jer.
takde la begini menyelerakan ayam tu
Settle semua dalam kul 2 kot kami bertolak dari hospital sg buluh. Singgah KS rumah mertua nak tunjuk baby. Jalan terkepit-kepit risau jahitan terkoyak. Dekat kul 4 camtu baru balik umah mak. Mak saya kan takde time ni tengah tengok adik saya yang jugak bersalin sama tarikh ngan saya kat hospital kajang. Baby dia ada masalah sikit so kena tahan wad lagi. Mak dah suruh makcik saya tunggu kat rumah. Dari pagi dok call saya billa nak sampai. Masing-masing dah tak sabar nak tengok baby. Saya pun pagi tu bila doktor cakap dah boleh balik terus la bagitau mak kan. Tak mahu la mak risau kalau saya kat wad lama-lama. Dah berbelah bagi plak orang tua tu nanti. So mak pun pagi-pagi dah inform makcik suh tunggu kat mah. Sian gak tunggu saya dari pagi. Nak buat macam mana dah urusan kat hospital tu lama. banyak kali gak mak pesan jangan lupa pakai stokin. Saya ikut jer...walaupun tak tahu apa sebenarnya fungsi stokin tu hehehe...

Dah sampai rumah maka bermula la fasa berpantang saya. Makcik dah siap sedia dengan segala macam daun-daun & rempah-rempah untuk mandi. Saya suka mandi air daun-daun ni sebab bau wangi jer. Rasa segar je badan ni. Petang tu saya dah start mandi air daun ni. Lepas siap mandi terus makcik saya tungkukan saya. Makcik bukannya bidan tapi bab penjagaan lepas bersalin ni memang tiptop la kalau dia yang jaga. Pastu makan nasi panas-panas. Satu pinggan penuh ok. Sayur rebus dengan tempe  bakar. Saya ok jer makan makanan tu tapi dalam portion yang besar. Siap kena habiskan lagi, terkejut perut saya ok. Malam tu badan dah rasa sengal-sengal rasa lain macam jer.

Kebersihan Ibu
Pagi-pagi bangun mandi air daun lagi. Sepanjang berpantang memang mandi air daun ni 2 kali sehari la. Pagi ngan petang. Seminggu sekali makcik saya akan tukar ramuan. Air tu takde la 100% air rebusan. Campur la kan... Antara daun yang boleh dimasukkan yang saya tau je yer...daun serai wangi, daun lengkuas, daun pandan, daun inai, pucuk jambu muda, yang lain saya tak kenal pun hehehe..Bertungku pun kena buat 2 kali sehari. Pagi ngan petang. Mak saya kul 6.30 dia dah anta batu tungku kat dalam bilik saya. Tungku la jugak walaupun mata ni berat. Kadang-kadang terlelap gak tapi bila rasa batu tu lama kat perut ha hambik ko kan...
Kalau kat bandar beli siap yang ni je senang
 Makan
Minggu pertama breakfast saya hanya makan roti ngan susu or milo jer. Saya xmau makan nasi. sebab tak biasa ambik heavy breakfast. Ikutkan mak memang nasi panas-panas la kan..Minggu kedua dan seterusnya mak masakkan nasi goreng or bihun goreng. Seapkan dalam pantang makan nasi goreng ngan bihun goreng. Takde la ko letak udang, ayam bagaikan. Yang basic-basic jer, bawang ngan ikan bilis jer. Minyak pun letak la sikit jer. Pastu ada la kuih-kuih yang dah boleh makan. actually boleh jer kalau nak makan roti jer. Tapi jemu kot 44 hari berpantang makan roti jer.

ikan haruan baik untuk mempercepatkan luka bersalin
Untuk lunch ngan dinner biasa la...nasi panas, sayur air, ikan goreng/bakar. Mak selalu masak lobak putih sebab nak banyakkan susu. Lauk plak selalunya ikan gelama, ikan cencaru, tempe, ikan haruan. Kadang-kadang ikan ni mak masak sup. Macam ikan haruan, ikan merah ataupun masak rebus halia. So far makan saya takde masalah sangat. Boleh lagi menahan tekak nii makan makanan sume tu. Lagi-lagi lobak putih tu sedap jer. Setengah orang tak suka makan lobak putih kan...

manjakani
Yang saya tak boleh blah kena makan buah manjakani ngan pucuk betik. Pahitttttttttttt woiiii.........Pucuk betik tu boleh la lagi. Tang manjakani tu......perggghhhhh........seb baik la benda tu susah nak dapat. Mak kata dapat makan sikit pun jadi la. 2 biji pun hazap wei nak makan. Nak tau camne saya makan. Saya bungkus-bungkus ngan nasi pastu saya telan. Itupun terasa lagi pahitnya....

Jamu
Untuk jamu plak saya beli set Mak Bidan. Dalam tu ada pati herba, pilis & param, krim panas, kapsul jamu, minyak telon, tungku herba, perawan herbal wash free mandian herba.

 Jamu ngan pati herba tu habis saya makan. Jamu sekarang semua dah dikapsulkan so senang nak makan. Pati herba tu sedap tak pahit manis-manis gitu. Nak dibandingkan dengan pati herba traditional yang mak saya beli. Saya makan separuh botol jer yang lain mak saya habiskan hehehehe. Param ngan pilis tu dia cam bedak sejuk senang nak guna. Minyak telon ofkos saya guna untuk baby. Sapu kat perut, belakang ngan tapak kaki dia. Tungku herba saya guna untuk tungku tangan, badan sikit-sikit jer sebab saya lagi suka guna batu tungku traditional yang berat tu. Tungku herba ni dia just kukus jer pastu cepat sejuk. Krim panas saya tak guna. Saya guna krim panas jenama lain. Perawan herba wash plak ada la saya guna 2 3 kali jer sebab saya rasa tak sesuai dengan saya. Jamu saya makan lepas baby saya sihat daripada jaundis sebab nurse pesan jangan makan jamu dulu. Tu pun kadang-kadang saya skip gak hahahahaha.

Bertungku
Bab bertungku untuk minggu pertama makcik saya yang tungkukan. Guna batu sungai jer. Panaskan atas dapur gas jer. Pastu bungkus dengan daun menkudu baru bungkus guna kain. Dia akan tungkukan dari perut sampai hujung kaki. Lepas 2 minggu saya dah pandai tungku sendiri. Saya tak ada buat bertangas. Saya just duduk atas batu tungku tu jer untukk mengeringkan luka bersalin tu. Caranya duduk cam duduk antara 2 sujud pastu letakkan batu tu kat b**t*t. Itu jer...
Urut
Mak dah tempah tukang urut untuk saya ngan adik. Mak suh dia datang bila adik saya dah balik rumah. Senang boleh urut sekali. So pagi ahad tu nenek yang urut saya. Sebab saya bagitau badan saya ada sakit-sakit malam tu. Nenek dulu memang urut orang bersalin. Sekarng ni jer dah tak larat. Boleh jer kalau nak suruh nenek urut tapi mak kesiankan nenek. Lepas urut baru la saya rasa lega.Urut saya ambik untuk 7 hari, urut satu badan. Sedap makcik tu urut. Dia sengkak pun tak sakit sangat. Makcik tu siap tanya lagi dah buang air besar ke belum. Ye la 1st dia urut dah masuk 4 hari saya bersalin tapi saya masih belum buang air besar lagi. Ngeri kot nak g b*r*k. Kang tak pasal-pasal terkoyak balik jahitan bersalin tu, dh kena jahit semula. Tidak la.....saya rasa semua orang yang bersalin normal memang takut nak buang air besar. Tu yang jadi sembelit tu. Sebab tu dinasihatkan cepat-cepat buang air besar & minum air banyak-banyak untuk melawaskan sistem penghadaman kita. Tapi tak pe sebab sekarang ni dah ada ubat melembutkan najis kat farmasi. Cakap je nak ubat lembutkan najis. Ni pun makcik urut tu yang bagi tau.
baby pun nenek saya urutkan juga tapi xde la kuat-kuat
Penjagaan Baby
Penjagaan baby semua mak saya uruskan. Baby saya kena jaundis tapi tak teruk. Saya just pergi klinik kesihatan untuk ambik darah jer. Kerap bagi baby susu. Kalau dapat breastfeed lagi bagus. Macam saya susu malu-malu  nak keluar so saya terpaksa campur dengan FM. Baby yang kena juandis memang kerap tidur. Sekurang-kurangnya 2jam sekali kena susukan baby. Kalau baby tak bangun jentik tapak kaki dia. Ni nurse kat KK tu yang ajar. Tak payah nak jemur-jemur baby. Kerapkan susu je. 1st week mak mandikan pakai air suam jer, takde syampu takde sabun apa-apa pun. Bedak pun kadang-kadang jer pakai. Tapi baby tetap wangikan. Sebab bau baby adalah bau disyurga(saya pernah baca kat mana tah...)sebab tu sume orang suka cium baby kan...Minyak telon kena sapu takut baby kembung. Baby saya alhamdulillah takde kembung. Sebab dia suka kentot. Dah la kentot besar cam orang besar jer. Kalau saya makan jamu lagi berderet-deret dia kentot. Tido pun leh kentot hahahaha...tali pusat kena jaga rapi sebab dia belum kering lagi. Hospital akan bekalkan ubat cuci tali pusat. Baby saya dalam 2minggu jugak la nak tanggal tali pusat.
Tidur
Apa yang saya suka masa berpantang ni ialah saya boleh tido hehehe. Baby tido saya pun tido tak kira la bila-bila pun. Ada kawan saya mak dia tak bagi dia tido siang masa dalam pantang. Mak saya ok jer. Siap suruh tido lagi. Mak kata kalau baby tido, saya pun kena tido. Sebab kan ada baby yang tak tido malam. menangis malam-malam. Dah kalau ibu tak tido siang, malam baby nangis nak kena jaga plak bila masa kita nak rehat kan. Bukan ke masa berpantang tu kita kena rehat secukupnya. Baby saya memang kerap nangis malam-malam. Kadang-kadang stress jugak. Sebab tu kita perlukan tidur yang cukup. Mak saya yang tak cukup tidur. Sian mak...ye la kalau baby saya tak nak tidur nangis-nangis mak yang dodoikan sampai baby tertidur. Besar betul pengorbanan mak kan...
Bengkung
Saya menggunakan bengkung traditional yang panjang berjela-jela. Bengkung moden pun saya pakai jugak. Tamak betul kan saya ni. Tapi ibukan saya beli pun. Sume tu mak mertua ngan kakak ipar saya yang punya. Saya lagi suka pakai bengkung traditional. Sebab bila ikat tu memang betul-betul ketat. Nak jalan laju-laju pun tak kisah. Tapi selalu la kena marah sebab jalan laju-laju. Serius tak risau kalau nak berlari pun boleh (melampau sangat) Rasa selesa sangat. Bengkung moden saya pakai bila saya nak ke klinik jer.

Pakaian
Sepanjang berpantang saya hanya pakai t-shirt ngan kain batik saje. oh ya stokin ngan bengkung juga. Tak panas ke pakai stokin siang-siang???? Panas memang la panas. Dah nama pun berpantang kan. Bukan la lama pun 44 hari jer. Kadan-kadang buka juga waktu tengahari tu. Tapi malam wajib la pakai yer takut masuk angin plak.

Itulah sedikit sebanyak pengalaman berpantang saya. Saya tak rasa pun benda ni menyusahkan malah saya seronok melakukannya. Bukan lama pun. Ini untuk kesihatan kita jugak. Time ni la kita nak rehat sepuas-puasnya. So wanita-wanita diluar sana gunakanlah masa berpantang ni sebaiknya yer. Tak rugi kalau kita ikut betul-betul sebab hasilnya sangat memuaskan. Kita akan rasa happy sebab badan kita cantik, lemak dah takde, stress pun hilang, lagi-lagi ada baby. Lepas pantang kita nak kena back to normal. Jaga baby, jaga suami, nak kerja lagi, uruskan rumahtangga lagi. So encik2 suami sila la faham yer. Bagi masa kat puan-puan isteri ni berehat yer. Inilah masa yang paling sesuai untuk isteri berehat.

Tuesday, July 23, 2013

Gigih masak untuk suami tercinta

Al-kisah........al-kisah tersebut la satu cerita seorang suami mencari roti jala di bazar ramadhan pada hari pertama berpuasa. Setelah berjalan sepanjang bazar tersebut maka penat juga la yang didapatnya kerana sebiji roti jala pun tidak dijumpainya....kesian.....

Kesian plak saya tengok muka en suami time tu hehehehe. Maka weekend yang lepas saya pun gigih la buat roti jala untuk en suami. Kata isteri mithali kan...(insha allah) senang jer nak buat roti jala ni. Yang malasnya time nak menjala tu. Leceh sikit.

Resepi main campak-campak jer (cam terrer sgt jer campak-campak kan) eh...memang betul la. Takde nak sukat-sukat bagai. Resepi sukahati sesedap tekak saya jer. Tepung gandum, telur, serbuk kunyit, garam & air. Blender je semuanya. Pastu agak-agak la kepekatannya. Sume pun main agak-agak jer. Pastu jala je la dalam kuali.





Makan dengan kari daging @ ayam pun boleh. Kari pun campak-campak. Saya buat kari daging. Tapi saya tak makan pun roti jala ni. Kari pun saya tak rasa. Sebab saya telah mengubah kari tersebut ikut sukahati mata saya jer. Nak rasa tiem puasa kan...so sampai la berbuka memang saya tak makan pun roti jalan ni. Ada bawa balik umah mak mertua saya. Ada kakak ipar saya makan. Komen dorang ok la cuma kari tu kena pekat sikit huhuhu. Kalau tanya en suami memang dia kata ok jer. Dia tu takde perasaan kot. Ni saya bagi resepi kari daging yang saya gugel


BAHAN-BAHAN :

500 grm daging batang pinang
6 biji ubi kentang - potong atau 4
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari daging
2 sudu cili kisar
3 cm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang ( 3 cm) kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
Garam secukup rasa

Tak perlu guna cili kisar kalau tak mau kari pedas sikit


CARA MEMASAK :

Bersihkan daging dan potong kecil-kecil , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Kupas semua bawang , halia dan dimayang halus-halus.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , halia , kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sampai bawang layu . Kemudian bancuh rempah kari dengan sedikit air dan masukkan kedalam periuk . Masukkan juga cili giling dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan daging , biarkan kuah mendidih baru la dimasukkan ubi kentang dan garam . Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la di tutup api dapur. 
 
Selamat mencuba yer...

Monday, July 22, 2013

TH







Alhamdulillah Auni dah ada simpanan dalam Tabung Haji. Asyik la bertangguh jer nak buat tabung haji ni. Dekat 4 bulan jugak la tertangguhnya. En suami dah bising-bising. Risau duit tu simpan kat rumah jer. Last-last en suami yang buat akaun tabung haji ni. 

Nanti duit raya Auni pun nak masuk dalam ni. Sekarang penyimpan dan pengeluaran dah boleh dilakukan di mesin ATM melalui Bank Rakyat, Bank Islam dan Maybank. Just register & link kan tabung haji dengan bank yang disebut tadi. Senang kan...

Ini untuk masa depan Auni jugak. Esok-esok nak belajar dah ada simpanan sendiri. Insya Allah ada rezeki nak masukkan tiap-tiap bulan. Masuk melalui atm jer. Kalau dulu nak kena ke kaunter. Sekarang tidak lagi...


Wednesday, July 17, 2013

kelaut

Bukan saya yang nak kelaut. Mood saya yang kelaut. Tak tahu la kenapa minggu ni lemau sangat. Banyak je benda nak cerita. Baru taip 2 3 ayat dah blank...Last week kemain semangat kan. Beria gugel resepi kuih raya bagai. Masuk minggu ke 2 puasa ni dah lemau. Pesal tah....bersepah entry dalam draf tu. Sok-sok la kalau rajin edit balik.

Saturday, July 13, 2013

Jom main bisik-bisik

Dulu kecik-kecik suka main bisik-bisik ngan kawan-kawan. Pada hal apa yang dibisikkannya tuu xde la rahsia sangat. Kadang-kadang sajer jer bisik-bisik sebab nk sakitkan ati kawan lagi satu. pastu mula la nk bergaduh hahaha...lawak la zaman budak-budak dulu...


Agaknya ada x lagi budak-budak sekarang main bisik-bisik...sekarang kan zaman gajet. Ipad, ipod, tab, telefon macam-macam lg la...sebab kalau dorang takde kawan pun tak kisah. cer kita dulu kalau kawan kita xmo kawan ngan kita mati kutu la jawabnyer...

Saya tiap-tiap malam main bisik-bisik ngan Auni. Sebelum dia tido tu tengah mamai-mamai saya akan bisikkan kata-kata positif. Ini pun salah satu teknik mengajar anak. Ada terbaca kat satu artikel ni cara mendidik anak. So sy try la praktikkan. Alhamdullillah hasilnya tak mengecewakan. Walaupun Auni kecil lagi tapi nampaknya dia boleh ikut.

Apa yang saya bisikkan??? Saya akan bacakan doa tido, ayat 3 kul, ayat kursi pastu baru saya bisik cami la lebih kurang "auni, Auni Firzanah binti Mohd Firdaus...auni anak yang baik. Mummy nak auni jadi anak yang berbudi bahasa, bijak, pandai, penyayang, rajin, lemah lembut....." apa-apalah yang positif. Lagi satu kalau saya tengok auni cam susah jer nk tido, kadang-kadang nangis-nangis baru nk lelap mata saya bgtau la saya tak nk dia nangis-nangis. Nak elok-elok jer...camtu la lebih kurangnya. Last sekali saya bagitau yang saya sayangkan dia & bangga dapat anka macam dia. Pastu saya akan cium dia...

Setakat ni alhamdulillah kalau dia nk tido saya bagi susu masuk buai tak lama tu dia lena la. Tiap-tiap malam saya buat camtu. Insha Allah saya akan teruskan sampai bila-bila

Friday, July 12, 2013

Kuih raya angananku...

Assalam....
Alhamdulillah dah 3 hari kita berpuasa. Sekejap jer rasa kan...nanti tuptup dah raya. Persiapan raya dah buat ke? Sibuk tnya orang kan padahal diri sendiri pun apa punxde lagi. Sibuk menggugel resepi raya. Camtu ler tiap kali pose. Semangat ok cari resepi raya. Mampu ke nak buat???? 

Dengan si kecik yang tido sekejap-sekejap ada hati kekononnya nak buat kuih raya sendiri. Beli sudah....eh..eh..saya baru order 1 jenis kuih raya tau! niat dihati nak buat sendiri tu yg order 1  jenis je hehehehe. Berdoa la banyak-banyak yer supaya menjadi kuih raya saya nanti.

Sebelum-sebelum ni pun gigih gak menggugel resepi kuih raya. Buatnyer idak!! Tahun ni tak tahu la kenapa beriya sangat (itupun tah jadi tah tidak hehehehe...) dengan budak kecik sorang tu. Boleh ke nak buat dengan sebelah tangan jer... (bajet supermummy sgt la khennn...) kalau x jadi kita simpan jer bahan-bahan tu untuk raya tahun depan muahahahaha (acila yer...)

Jom la tengok hasil gugelanku yang bertajuk kuih raya angananku...moga dapat la direalisasikan angan-angan saya ni yer. 


ok yg pertama ialah biskut jejari oat. kenapa??? sebsb sekarang ni sy dalam usaha makan oat untuk memperbanyakkan susu. so kuih raya pun kena la berasaskan oat jugak (gittewww)



Yang ni plak nestum coklat. Tengok pun cam sedapkan...eh apa-apa kalau ada cekelat memang sedap kan


Haaa..yn ni coklat chip rangup. Dah la cekelat, rangup plak tu. Walaupun rupamu hodoh tetapi rasamu tetap menjadi pojaan tetamu ku nanti....

Kira sume yg cekelat-cekelat je la sy nk buat. Budak-budak kan suke cekelat. Mak budak pun suke. Nenek budak jer kurang suke. Untuk nenek budak nanti saya buat kerepek pisang yer. Tak la keras sangat kan bagi nenek yang takde gigi nak makan. Eh..tapi nenek-nenek sekarang dah pakai gigi palsu la.

Last sekali teringin nak buat kuih sarang semut. Sedap wei kuih ni. Lama dah teringin nk buat tapi itulah ada je halangannyer ecehhhh...

So kawan-kawan berdoa la semoga Auni dapat tido dengan nyenyaknya agar mummy dia boleh sinsing lengan masuk dapur yer...


Thursday, July 11, 2013

Geram tengok baju baby

Ni hasil selama 1 jam saya di mom & baby expo kat Stadium Melawati Shah Alam. Hari Jumaat lepas saya bertugas di Shah Alam. Rindu wei ngan shah alam...Bila dapat kesempatan camni memang tak lepaskan peluang la kan. Rehat ari jumaat kan panjang. Koling-koling adik badik tepat kul 12.15 pm je terus laju-laju g kat kete. Singgah SUK ambik adik pastu singgah 13 ambik lagi sorang. Sampai-sampai jer dahpukul 1. Masuk-masuk jer dah rambang mata. Seb baik la bawa duit sikit jer. Kalau idak mau setiap booth tu kutip selai baju hehehe...Yang saya ambik ni selai rm5 jer. Mau tak menggila mak-mak yang pergi saya. Jadi la kan pakai kat rumah. nak wat jalan-jalan pun aci jer kan....Selain baju saya ada beli icepack seketul sebab icepack saya dah bocor. Pastu beli breastmilk storage bag. Ingat nak pergi lagi ngan en. suami tapi en suami tak sihat plak..(ayah saje wat-wat tak sihat kan bila mummy ajak g soping kan...)

Wednesday, July 10, 2013

Kepek Pisang

Assalam semua....Camne puasa arini??? Ok ke??Nampaknyer mood memasak saya masih tebal lagi. Kali ni saya buat kepek pisang plak. Tak plan pun nak buat kepek pisang ni. Last week kan balik umah mak sambil-sambil borak-borak dengan mak duduk belakang rumah menikmati angin sepoi-sepoi (eh tak sepoi sgt sbnrnya, kuat sikit la). Pastu mak kata nak tebang pisang tanduk belakang bilik air. Setandan  tu ada 4 biji jer. Kan pisang tandunk ni besar-besar. Sebiji dah masak pun. Saya goreng hari sabtu wat minum petang. Pastu tetiba rasa cam nak buat kepek la... terus la tanya mak sagat pisang....senang jer buat kepek pisang ni...

Bahan-bahan
Pisang
Minyak
Air
Garam

Cara-cara
1.Panaskan minyak
2.Bancuh air garam
3.Minyak dah panas sagatkan pisan kedalam minyak tadi.
4.Masukkan air garam secukup rasa.
5.Goreng sampai kuning

Pisang tanduk yang telah dikupas kulitnya



Proses menggoreng



Ni mak saya sambung buat guna pisang abu plak
Tara...

Dapat la 3 balang kerepek pisang tanduk saya.2 saya bawa balik umah MIL 1 saya tinggal umah mak. Pastu bawa 1 balang kerepek pisang yang mak saya buat. Saya lagi suka pisang tanduk berbanding pisang lain. Jemput tengok semua...


Tuesday, July 9, 2013

Kecik

Arini takde apa nak cerita. Just nak tayang gambar budak kecik ni. Makin hari makin geram dengan dia. Bila dia senyum lagi la geram. Kadang-kadang dah nak tido masuk buai, kita beria dodoikan dia sekali boleh plak dia senyum-senyum kat kita. Mana tak cair mummy tengok hissshhhhh.........

Ni masa on the way balik K.Selangor. Snow cap tu dah ketat. Kena beli baru. Sekarang ni kena pakai bib. Air liur kemain lagi banyak. Dah pandai main air liur. Kumpul-kumpul pastu kuarkan. Pas minum susu pun camtu gak. Geram jer nengoknya. Ayah pun makin geram ngan si kecik ni. Kalau ayah cium pipi dia berdecit-decit bunyinya. Habis merah-merah pipi anak mummy  ni. Sian dia kan...

Monday, July 8, 2013

Projek Hujung Minggu

Salam satu Malaysia (dh macam pembaca berita RTM1 jer kan...) Sari berita penting (sambung lagi...) ok2 jom kita ke tajuk utama....

Apa projek last week korang. Dah nak puasa ni mesti ramai yang balik kampung buat kenduri kan...tak pun ziarah kubur. Alhamdulillah......Last week saya balik lewat sikit. Selalu kalau en suami tak kerja dalam tengahari camtu dah sampai rumah mak. Tapi last week en suami tak berapa sihat tapi memandang perjanjian yang sudah termaktub sejak "aku terima nikahnya....." maka dengan berat kakinya en suami pun melangkah meninggalkan rumahnya. Sampai-sampai umah mak, kosong jer. Call mak tak berangkat plak. Mana plak mak pergi. X kan dah soping-soping raya kot ;-p

Rupanya mak g bengkel motor repair motor mak entah apa problemnya..On the way balik umah mak tu singgah 99 speedmart. En suami ngengada nak coctail plak. Dah alang alang tu makanya ambik kesempatan cari barang-barang untuk buat kek coklat kukus. Kek ni pun dah lama tak buat. Memang dok berkira-kira je nak mencuri masa membuatnya. Maklum la kan ai ada anak kecik. Tapi sejak 2 menjak ni mood memasak macam berkobar-kobar jer...

Lepas tidokan Auni maka bermulalah agenda selerakkan dapur mak. mak kan takde maka habis sume kabinet saya buka nak mencari barang. Kalau mak ada jerit je dari dapur. "mak....senduk kat mana??" "mak...mana tepung???" jap-jap mak...jap-jap mak kan....

Udah siap sedia bahan & barangnya mulala saya membuatnya. Ate....baru teman memasak adunan coklatnyer bangun la pulok si Auni ni. Udoh takmaunyer dengan sesapa...(dh ngape teman berslang perok plak ni...) Budak biasala la kalau maknya ada manjanya lebih... Sudahnya hangit la adunan coklat saya tadi. Actually boleh diselamatkan. Ada bau hangit sikit la tapi saya buat adunan baru. Katenya 1st time nak jamu en suami kek coklat hasil tangan isteri mithalli dia ni kan...haruslah buat yang terbaik. Yang hangit tu kita simpan dulu....Gambar lupa nak ambik sebabnya dah sebelah tangan mendukung anak sebelah mengacau kek apa pun x sempat. Len kali kalau saya buat lagi saya akan pastikan saya ambik gambar yer. tak kira la gambar tu nampak Auni bertepung gomak ke...beruli bersama Auni ke...janji ada gambar. Mana tau sok besar kalau dia xmo tlg mummy masak kita leh tunjuk gambar tu kan...tapi kena piat tinge dulu la yer..Ok la jom tengok resepi. Saya ikut respi kat sini minta halal yer...

Kek Coklat Kukus

Credit to PakarCinta.com atas gambar ni

Bahan-Bahan: 
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur 

Cara-cara : 
1.Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api
kecil sehingga semua larut.Ketepikan.Biar suhunya turun. 
2.Tepung, soda dan baking powder di ayak menjadi satu. 
3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. 
4.Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. 
5.Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan
biarkan sejuk
Senang jer kan...Saya suka resepi yang menggunakan sukatan cawan. Senang sikit...kek kukus ni saya suka makan panas-panas. Kalau sejuk tu kureng sikit. Selamat mencuba yer kawan-kawan

Sunday, July 7, 2013

Jeles!!!

Apa yang saya jeleskan???? Jeles kat mommies kat luar sana yang BF baby mereka pastu boleh wat stok ebm banyak-banyak. Mula la terfikir camne la dorang boleh buat stok camtu punya banyak kan. Siap beli deep frezer lagi.

Saya ni...alahai sedih sangat. Macam-macam dah saya buat. Makan supplement la...ikut petua orang tua2 la...teknik pengepam pun saya dah ubah tapi still tak boleh wat stok. Saya pam arini esok dah habis. Siap kena top up ngan susu formula lagi. Sian baby saya. Mummy dah cuba yang terbaik untuk sayang...

Camne pun saya akan cuba jugak untuk memberi yang terbaik buat baby saya. Biarlah walaupun setitik susu yang keluar tetap saya akan bagi padanya. Nampaknya saya kena berusaha dengan lebih lagi. Doa banyak-banyak then baru tawakal. Jika dah ditakdirkan begitu & sebanyak itu sahaja susu saya maka saya redha. Sekurang-kurangnya saya dah pun buat yang terbaik buat anak saya.

Actually setiap kali saya baca blog mama2 yg bf ni kadang-kadang memberi semangat pada saya. Kadang-kadang saya rasa down sangat. Kenapa saya tak boleh buat sebagaimana mereka...itu yang menjadikan saya sedih. Tapi cepat-cepat saya buang perasaan tu sebab saya tau kalau saya sedih camne susu saya nak kuar kan....

Mulai sekarang saya kena lebih positif!!!!! Chayok mummy!!!!

Friday, July 5, 2013

6 PESANAN UNTUK WANITA

Salam Jumaat penghulu segala hari. Semoga dihari yang mulia ni kita dapat sama-sama bermuhasabah diri. Saya jumpa ni kat sini. Minta halal yer kak. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua juga sebagai peringatan buat saya yang sentiasa lalai. Insha Allah.....

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat. (selalu lewat jugak...insya allah lepas ni nak berubah)

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat. (nak buat dari sekarang la harap-harap sampai bila-bila)

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini." ( kadang-kadang jer dapat baca...lepas ni kena curik masa untuk baca gak!)

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya.(Alhamdulillah dah mula praktikan waktu tidurkan Auni. Sama macam mak saya didik kami kecik-kecik dulu)

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut. (Insha Allah saya akan cuba yang terbaik)

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. (ok pas ni kena paksa en suami ni. Liat betul kalau suh ke masjid berjemaah)

Sama-samalah kita berubah dari sekarang. Jom kita buat sikit-sikit


Thursday, July 4, 2013

Dating ngan anak CikPiah

Gambar banyak kat phone. Phone plak rosak. X blh on huhuhu...tengok la saya kaya sikit nanti 10 telefon saya beli. Rosak jer beli baru hahahaha.....(dlm mimpi jer la) Kamera ada tapi sikit jer la gambar dalam tu. xpe la janji ada kan.

Last week sms cik puan ct ada free ke? Sekali dia memang free. Set masa sume (eh tipu mana ada set masa) ok la set tarikh jer...sebab saya sendiri pun macam confirm tak confirm jer. Tu pun siap bagitau lagi kalau ada apa2 saya call. Maklum la dedua orng ni bini orang

Tiba masanyer saya pun sms la dia pagi2. sekali dia tak balas la. Saya dah siap-siap ni. Call jer la mana tau dia tak perasan. Kot-kot la dia tengah kemas-kemas rumah ke hapa kan. Pun tak angkat jugak. Gamble je la pergi je. On the way nanti leh call lagi. Kalau anak cik piah tak boleh pergi selamba badak la saya jalan sorang-sorang. bukan tak biasa buat kan. Tapi sebab dah lama sangat tak jumpa anak cik piah ni so perasaan tu berkobar-kobar je la.

Sekali baru beberapa meter tengok phone eh ada miscal la. Sekali sms dari cik ct kita. Katanya tak sedar bunyi phone bangun lambat. hoi pompuan sampai hati lupakan janji-janji kita yer kata saya dalam hati. eh tak-tak....tak kata apa-apa pun. cik ct jgn  ambik hati yer...so janji-janji la nak jumpa dia kat shell meru. memang niat saya nak naik 1 kete jer. Saya ambik dia kat rumah, senang sikit. Setakat saya ngan dia jer. Kata dating kan xkan la nak bawa 2 biji kete, x syok la nak bergosip kan hahhaha...

Ko mampu sambil drive sambil ambik gambo. Sila jangan tiru perangai saya ni yer...

Tunggu puunya tunggu kat shell tu x datang-datang jugak anak cik piah ni. Dah la saya tak tahu rumah dia. kalau tahu senang la terjah jer rumah dia. xpe la tunggu je la. Mesti dia kelam kabut nak mandi wajib kan. Tak lama tu dia muncul katanya call saya tak dapat. Saya check phone saya ok jer. kekadang phone saya ni suka wat hal. Kena on off dulu baru ok. Nak kena tukar gak camni ni...

Sempat potong kuku sementara tunggu anak cik piah
Terus pergi umah dia tggu dia siap-siap. Boleh dia tinggal anak dara dia sorang-sorang kat rumah dengan tak kunci pintu...cik ct.... cik ct....

Destinasi pertama adalah KWSP. Saya nak tukar penama. Anda semua dah buat penamaan????Sila la buat segera yer, kot2 terjadi apa2 nanti senang. Bab duit ni adik beradik pun boleh bergaduh kan. So bila dah buat penamaan tak de la gaduh-gaduh ni kan. Lagipun tak la menyusahkan mereka-mereka yang akan uruskan hal kita ni bila kita dah takde nanti. Ajal maut semua ditangan tuhan kan tapi apa salahnya kalau kita buat persediaan awal. Walaupun duit tak la banyak mana tapi kadang-kadang boleh putus silaturrahim.

Dah saya nak ke Shah Alam maka saya terus ke Seksyen 11. Alhamdulillah sekejap jer urusan kat sana. Isi borang ambik no giliran tunggu pun tak lama terus ke kaunter & dorang pun proses borang saya tu. Sapa-sapa yang nak buat penamaan tu korang kena ada saksi tau. Bawa la sapa-sapa janji bukan orang yang anda letak namanya sebagai penama. Pastu saksi tu kena tengok korang cap jari atas borang tersebut. Dah cik ct ada, saya pun jadikan la dia sebagai saksi saya. Maka sah la penamaan saya tu. Service sangat ok! Thump up!!!!!

Dari KWSP kami ke One Baby World. Saya dah cerita kat sini. Kendian kami terus ke tesco. Shopping barang-barang rumah. Lagipun dah tengahari. So kami lunch kat JM Beriani. 

tak payah buat muka sedey-sedey k!
Sori la cik ct sebab paksa ko makan nasi. Ko lupakan la kejap ko punya diet tu. Bukannya selalu kita dapat berdating datingan cenggini kan...

ni menu lunch kami

cik fatem!!!!

Sian si fatem ni. Dah la kena paksa bangunn tido sebab nak jalan. Pastu skip breakfast plak tu. Len kali cik n x bawak dah yer...hehehehe...eh cik ct bila kita nak berdating ber2 plak. Mesti lagi syok kan....

peaceeeeeeeeeeee
errrr....ko ambik gambar aku ke? nnti upload yang comel2 jer tau...Pas makan baru la kitorang naik atas membeli barang keperluan rumah. Lama giler tak ke tesco Shah Alam ni. Tak banyak berubah tapi sedikit sebanyak menggagau jugak la kitorang cari barang. Saya dok compare ngan tesco KS yang cik ct ni dok compare ngan tesco ke giant tah kat tmpt dia. Masing-masing tak puas hati bila barang yang dicari tak jumpa.

Actually nak ke Nagoya nak cuci-cuci mata dulu kat saya. Kot berkenan nak la sambar selai 2 kan. Kata dah nak dekat raya. harus la cuci-cuci mata dulu kan. Ada berkenan kalau tak cukup duit kita ajak la en suami datang. Kan senang kalau kita dah usha-usha dulu. tak de la penat en suami nak tunggu. Kan orang laki ni tak suka teman isteri-isteri bershopping. Memandangkan masa tidak mengizinkan & sangat mencemburui kami yang sedang berdating ni maka kami terus la ke Setia City Mall. 

Orang lain dah berpuluh kai pergi tapi saya ni la 1st time ok! Asyik la nampak dari tepi highway tu. Tiap kali lalu tiap kali tu la dok ajak en suami tapi tak dilayannyer kerenah bini dia ni. Maka inilah masanya. 


Ni la pemandangan dari luar. Gambar ni saya gugel jer. Kami pergi weekdays kan so parking pun ok. Senang & tak ramai orang. Cik ct katat kalau weekend memang sangat crowded. Setia City Mall ni terletak di Setia Alam tapi kalau tengok alamat kat Shah Alam. Kat sini pun kami tak lama. Sampai pun dalam kul 3. Terus pergi surau solat & saya pun nak mengepam. Hangkuut la pam saya tu...seb baik la dah beli beg kan. so nampak la comel bila cik liza jalan sambil bawa beg yang comel itu ( tak habis-habis....)

Selesai semua kami terus ke Tony Roma's. Kali ni cik ct banjerrrr (sukerrrrrrr!!!!!) Biasa la saya kan orang kampung. Mana la reti nak masuk restoren-restoren orang putih ni. Order pun cik ct gak yang order kan. Saya cuma duduk, main dam ular ngan cik fatem then menu sampai makan la....meh tgk gambar je la yer...

Muka gembira dapat makan walaupun hanya roi jer





Air tu sangat besar, saya minum tak habis pun eh ke habis entah la tak ingat plak


Comel kan main ngan budak-budak sementara tunggu makanan sampai





Cik fatem tak boleh terima hakikat saya menang 2 kali hahaha




Kitorang order ni jer. Fish & fries. Portion dia besar leh makan untuk 2 orang. Tapi saya makan sorang (dasar tong besar hahaha)




Mama & doter




Len kali kita dating lagi yer...


Dah kenyang apa lagi balik la. Takdenya nak tawaf-tawaf kat situ. Actually teringin je nak tengok-tengok apa yang ada kat situ tapi nanti la. Kita ajak en suami plak. Kat situ ada roti boy kan. Mesti en suami nak sebab dah lama dia tak makan rotiboy hehehehe...

Apa lagi yang ada kat Setia City Mall ni. Macam-macam la....Sushi, TGIF, Subway, Full House, Padini, Mango, Guess (bateri jam saya dah habis so ada point ajak en suami ke sini. Dah 2 point dah hehehehe...)Uniqlo, Esprit, Memory Lane, MPH, MyNews, Bata, Primavera ( i loike!) Croc, Timberland, GSC,Fitness Concept, Ogawa, Gintell, Harvey Norman, Habib, Tomei, Parkson, Focus Point, Watsons, Maxis, Digi, Celcom banyak lagi la...