Dah seminggu rupanya blog ni dibiarkan sendirian...eceh, cam hari-hari je update blog. Apa perkembangan seminggu ni? Saya??? ofkos la makin kembang. Cik Auni masih batuk & selsema lagi. Saya masih buat teknik steam kat rumah. Ubat pun bagi jugak. Kita cuba dua-dua kaedah. mana yang sesuai kita ikut. Eh tapi saya ada terbaca, yang baby bawah setahun tak elok bagi ubat sangat. Lagipun baby dalam proses membina dia punya antibodi. tak tahu la betul ke tidak.
Setakat ni cik Auni ok jer. Batuk & selsema sejak Selasa lepas semakin ok. Kahak pun macam dah takde sangat. Tapi ayah dia risau terlebih. Asyik la suruh gii klinik. Pada saya as long dia menyusu & makan dengan ok, so ok la. Tak perlu la nak bertukar-tukar ubat. Lagipun ubat dia pun tak habis lagi. Setengah pun tak habis lagi. Ye la makan pun 2x sehari jer. Bukannya makan ubat macam kita yang dewasa ni 3x sehari 15ml. Cik Auni punya ubat cuma 1.8 ml jer. Cer kira berapa lama dia nak habiskan ubat tu. Tapi kalau dah ok xde la saya bagi dia makan. Cuma ubat antibiotik jer la yang saya habiskan. Lagipun sepamjang cuti saya hanya bagi susu badan jer kat Cik Auni. Dia pun aktif macam biasa jer. So tak perlu la nak risau lelebih kan...tapi yer la sapa yang tak sayang anak kan.
Habis cerita pasal anak. Ni ayah cik Auni plak yang demam selsema batuk. Saya pun dah start batuk-batuk. Dah berapa hari en suami balik keje kena hujan. Tu yang terus demam. Actually mak mertua saya pun tak sihat. So untuk seminggu ni cik Auni berada di kampung duduk dengan mak saya. En suami start demam hari jumaat. Sabtu tu dia keje jugak. So saya balik umah mak berdua jer ngan Cik Auni. Petang semalam saya balik rumah mak mertua tengok mak mertua pun tak sihat. So saya patah balik rumah mak. Ye la cik Auni baru nak sihat nanti berjangkit lagi. Lagipun kesian mak mertua nanti dia penat. So biar dia rehat dulu. En suami pun ikut saya balik rumah mak semula. Memang nampak sangat yang dia tak sihat. Sakit-sakit badan. Saya rasa badan dia pun panas. Lepas makan ubat suruh dia tidur jer.
Cik Auni plak malam tadi muntah-muntah. Mungkin salah makan kot. Saya ada suap dia kek secret resepi sikit. Saya just colek jer kek tu then suap dalam mulut dia. maybe dia tak boleh terima lagi. Kul 11 camtu dia dah tidur sampai ke pagi. En suami plak tak lena tido dok soksek soksek. Dengan saya sekali tak lena nak tidur. Lepas subuh camtu baru saya nampak dia dapat tidur dengan nyenyak.
Elok saya nak bersiap gi kerja cik auni bangun. menangis-nangis. Cam tau je nak kena tinggal. Dia kan jarang kena tinggal dengan nenek dia. Hopefully dia ok la ni.
Pagi tadi hantar en suami balik rumah mak dia tengok dia macam dah ok. Badan dah tak panas. Selsema ngan batuk jer memang degil sikit nak hilang. Semoga kesayangan-kesayangan saya cepat sembuh. Dan semoga saya juga bertabah supaya dapat menjaga mereka.
No comments:
Post a Comment