Wednesday, May 14, 2014

Hari cuti bersama keluarga

Semalam kan cuti...Uooollsss watpe??? Isnin tu MIL ada tanya kitorang (me, husband & BIL) apa xtvt esok. Memasing pun diam seribu bahasa. Sebabnya mulut penuh dengan makanan. Masa tu tengah dinner. Kalau dah mengadap makanan memang la tak bersuara. Oh saya puasa senin tu. Ye...puasa ganti hukhukhuk...

Dan perbincangan berhenti disitu sahaja. Dalam bilik dah bagi tau En Suami esok (Wesak Day) nak g potong rambut. Saya memang tak boleh rambut panjang sebab kulit kepala akan cepat berpeluh & gatal. Dan akan mengundang kelemumur. Tak suke...tak suke...& plan nak g anta WSL kat kinik sebab stereng bergoyang. En suami kata maybe masalah tayar. Sebab tayar depan sebelah tu dh makan sebelah. So rasanya cukuplah xtvt kita untuk cuti 1 hari tu.

Pagi tu, dalam kul 3 pagi En suami dah balik. memang dia ada mention nak balik awal. Sekali ngan Cik Auni bangun. Dia tu telinga lintah sikit. Tau je ayahnya balik. Tak kira la pukul berapa mesti dia akan bangun jugak. Siang ke malam ke sama jer. Boleh plak dia nak main-main ngan ayah dia pepagi tu. Sudanya dekat kul 5 baru tido. PAstu kul 7 dah bangun...stress betol!! Tak de can langsung mummy dah bangun lamabat time cuti.

Sekali MIL kata nak pergi rumah K.Ngah. Abn Ngah dah balik dari umrah. Alhamdulillah selamat pergi & balik. Macam tak sedap hati plak kalau tak pergi ziarah. Maka plan malam tu cancel. Ayah  Auni tak ikut sebab dia penat. Nak rehat kat rumah je. Maka pergilah saya, Cik Auni, Wan Auni & P.Usu Auni ke Klang. Sampai sana dalam kul 11 lebih. K,ngah pun tengah prepare untuk lunch. MIL ada tapau lauk dari kedai kat Kapar. 

Lepas lunch kami gerak balik sebab k.ngah ngan ang ngah nak melawat anak mereka kat UPNM. Dia tak dapat balik tengok ayah dia. Balik tu kami singgah GM Klang sebab BIL excited nak cari wall paper. Teruja tengok rumah K.ngah ber wall paper. Saya pun dah lama tak ke GM tu. Last masa nak cari sebenier untuk majlis cukur jambul cik auni dulu. Sekali CIk Auni tidur la plak. Ye la dari pagi tak tidur langsung. Seronok main dengan abang-abang sepupu dia. Tapi dapat gak la kuar jap cuci-cuci mata sikit. 

Sampai rumah dh pukul 5 ptg. Mandikan Cik Auni pastu tidurkan dia dalam buai. MIL & BIL g pasar malam beli makanan. Sempat jugak saya g potong rambut. Lega rasanya bila cuci-cuci rambut, urut-urut sikit. Rambut pun dah pendek senang nak urus. Ada anak kecik ni takde can nak duduk lama-lama dalam bilik air. 

Sesekali nak pergi spa massage plak. Mesti syok kan...Alhamdulillah cuti saya dikelilingi dengan insan-insan tersayang. Meluangkan masa bersama keluaraga memang terbaik!!

No comments: