Assalammualaikum semua...
Lama dah tak cerita pasal budak kecik kat rumah tu. Tu la satu-satunya budak kecik yang ada kat rumah. Jadi kesayangan semua orang. Tu pasal la makin manja budak tu. Tak pe la sikit hari lagi nangis je mummy babap tau!
1tahun 9bulan apa yang budak kecik nii dah pandai??? Saya tak tahu sama ada perkembangan dia nii mengikut umur atau tak. Kalau sepupu-sepupu dia yang sebaya or lebih kurang baya dia perkembangan diorang memang cepat. Dari bergolek, meniarap, merangkak, berdiri & berjalan memang Cik Auni ketinggalan.
Mummy tak kisah pun. Mummy pun tak paksa dia. Biar dia buat secara natural. Perkembangan sekarang ni dah pandai cakap & baca buku. Baca buku ikut bahasa dia. Ambik buku or kitab-kitab wan yang dia selalu selongkar tu pastu mulut terkumat kamit membaca. Hanya dia saje yang faham apa yang dia baca. Mummy biarkan je. Kadang-kadang bila dia buka tablet dia ada tulisan-tulisan ke ayat-ayat quran mula la mulut comel dia tu muncung-muncung membaca. Alhamdulillah satu perkembangan yang positif bagi mummy. Mummy bangga sangat atas pencapaian Auni tu. Harap tabiat suka membaca ni kekal la sampai bila-bila yer...
Beberapa perkataan yang Cik Auni dah berjaya sebut sekarang ni...maa (mummy) dia tak pandai sebut mummy walaupun banyak kali dah ajar. tak pe la sayang. Bila tanya mana mummy pandai plak tunjuk. Tapi bila nak panggil mummy mesti dia sebut maaa... yayah untuk ayah. kadang-kadang boleh jugak sebut ayah. Mamak merujuk pada wan..kadang-kadang dia panggil waa..Perkataan lain macam duduk, mot (remote) bum (baring) shu (susu) mum (makan) no (kalau nak marah orang balik. sebab mummy selalu kata no kalau nak larang dia buat sesuatu) nen (susu or kalau dia nak nenen mummy) nak, nanak, jom, dung (tudung) chu (pak usu) wah (buah)...Nanti kalau saya ingat saya bagitau ye. Setakat ni itu je kot.
Ni la manja mummy, kesayangan ayah, kegeraman semua orang. Sepupu sebelah suami kalau balik mesti cari budak kecik ni. Next week sepupu kat selayang nak balik mesti suka cik Auni ni main-main. Pak long pun nak balik gak. Tapi next week jadual padat. Tapi Cik Auni ni sentisanya ligat. Aktif memanjang. Apa yang penting Cik Auni mummy ni sihat-sihat je....
No comments:
Post a Comment