Lagi beberapa hari je lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Macam mana perjalanan 2014??? Sedih kah???gembira kah??? Adat la ada yang sedih ada yang gembira. Ada yang kehilangan insan tersayang & ada plak yang menerima insan baru dalam hidup mereka.
Bila dah nak masuk tahun baru mula la sibuk dengan azam kan??? Apa azam baru??? tercapai ke azam lama???
Sepanjang 2014 bagi saya biasa je. Alhamdulillah diberikan keluarga yang menyayangi antara satu sama lain. Mengambil berat, bertolak ansur tak kira la dalam keluarga kecik saya atau pun keluarga besar dikedua-dua belah pihak. Semua tu bakal menjadi kenangan buat diri saya.
Saya tak pernah meletakkan sesuatu azam tu secara specific. Apa yang saya buat adalah mencuba dan terus mencuba untuk menjadi yang lebih baik. Dari hari ke hari dan seterusnya. Lagi-lagi bila dah berkeluarga dan ada anak ni. Of course tumpuan saya lebih kepada keluarga saya sendiri selain cuba untuk berikan yang terbaik buat kedua-dua emak saya. Masing-masing status ibu tunggal so masa memang banyak akan dihabiskan untuk mereka berdua sahaja. Alhamdulillah En Suami pun begitu juga. Malah saya bersyukur sangat dan berasa gembira bila En Suami sentiasa mengingati saya.
kadang-kadang rasa rindu pada kawan-kawan lama. Terasa ingin sekali berjumpa dengan mereka semua. Jeles dengan mereka-mereka diluar sana yang cuba mencuri masa untuk sahabat-sahabat mereka. Jeles bagaimana mereka dapat bahagikan masa antara keluarga dan sahabat. Mungkin belum masanya bagi saya kot. Nak menguruskan rumahtangga pun masih terkial-kial lagi. Banyak yang perlu saya pelajari lagi. Saya bersyukur duduk dengan mak mertua yang terlalu banyak menolong saya menguruskan rumah dan anak. Tak pernah sekali pun dia merungut malah begitu ikhlas melakukannya demi anak menantu dan cucu dia.
Saya pun tak tahu macam mana nanti sekiranya rezeki saya untuk belajar berdikari duduk sendiri. Apa alasan yang nak saya berikan. Melainkan kalau adik ipar saya sudah berkahwin dan setuju untuk duduk bersamanya. Banyak faktor tidak menyebelahi saya untuk duduk berasingan dengan mak mertua. Tapi sesiapa pun memang kalau boleh nak duduk berdikari sendiri. Mungkin ada hikmahnya. Tak ada yang salahnya kalau saya terus duduk bersamanya tapi ye la kita ni kan manusia biasa. Kadang-kadang macam-macam perasaan yang bermain difikiran ni. Apa yang boleh saya lakukan adalah berdoa untuk yang terbaik sahaja. Kalau duduk bersama mertua adalah yang terbaik mungkin itu keputusan yang perlu saya ikuti...
Apa pun saya mengharapkan semuanya akan beroleh kebaikan sama ada di pihak saya ataupun mak mertua. Tak mahu ada yang terasa hati. Mungkin En Suami lagi didalam dilema. Kanan mak kiri isteri. Kedua-duanya perlu ditangani sebaik mungkin.
Dan saya mengharapkan 2015 saya tidak lagi menghitung hari. Terasa penat sangat dah. Biarlah permulaan 2015 menjadi permulaan yang baik buat saya sekeluarga....
Salam 2015 dari saya...(macam awal sangat plak kan hehehehe...)
No comments:
Post a Comment