Showing posts with label Bad Mood. Show all posts
Showing posts with label Bad Mood. Show all posts

Monday, November 11, 2013

Lemau

Hari ni agak lemau sikit. Bukan disebabkan hari ni hari Isnin. Ramai yang tak suka hari Isnin kan...Tapi kalau Khamis Jumaat baru senyum lebar. 

Actually Auni tak sihat. Dia demam start Sabtu tengahari. Makan pun sikit. Nasib baik menyusu ok. Merengek je. Demam kali ni dia lain macam sikit. Auni jarang demam so dapat kesan la perubahan dia. Selalu kalau badan panas kita lap dengan kain basah dia ok. Ni dia macam tak suka. Patut la masa mandi pagi tu dia tak main air. Nak cepat je. Sejuk agaknye. Ye la luar panas dalam sejuk. Selalu dia la paling suka mandi. Nangis macam mana pun kalau mandi tetap riang gembira. 

Sebelum balik rumah mak petang tu bawa Auni gi klinik. Masuk ubat bontot untuk turunkan suhu. Malam tu tak lena dia tido. Merengek-rengek serba tak kena. 3 4 kali gak la kena siram dengan muntah Auni. Dengan berak-berak tapi bukan yang cherry berry tu. Buang air macam biasa cuma 2 kali sehari. Selalu tu sekali sehari ataupun 2 hari sekali. Kul 4 pagi bawa dia tengok tv. Main-main dengan dia kejap pastu tido. Tu pun kul 5 lebih baru nak lelap. Kul 6 lebih dah jaga balik. Makan pun sikit-sikit jer. Saya kalau boleh tak nak biasakan dia makan ubat. Sekali jer saya bagi dia ubat demam. Antibiotik yang kena habiskan. Nak biasakan dia. Biar dia bina antibodi dia sendiri. Alhamdulillah dia nak minum susu. Saya tak bagi langsung FM sepanjang dia demam. Nasib baik juga dia demam masa cuti. Kalau hari bekerja nak tak nak terpaksa jugak topup dengan FM. 

Malam tadi pun demam dah ok. Pagi ni makan masih sikit. Tapi ada gak dia makan. Risau plak kalau dia lapar nanti. Saya ni kepala macam tak betul sikit. Ye la kurang tido. Macam ni la kalau ada anak kan. Makan pun tak menentu. Tu yang saya tak suka. Saya ni kena jaga makan sebab nak maintain susu. Kalau dah makan pun tak menentu macam mana susu nak keluar. Tu yang lemau jer harini. Nak-nak plak pagi tadi hujan lebat. Nak melangkah keluar rumah tu pun macam seretseret kaki jer...

Kena ambik mood balik ni. Kena happy-happy. Aci tak kalau nak tido kejap. 15minit pun jadi la. Sambil-sambil mengepam ni...Nak bila balik keceriaan pagi Isnin ni. Semoga mood saya tak kelaut la harini. Pagi tadi hampir-hampir hilang mood dah. Nasib baik cepat-cepat sedar. Jom kita ambik mood pagi-pagi ni...




Monday, April 11, 2011

Not In Mood



Sangat-sangat tak ada mood sekarang ni. Please jangan ada sapa-sapa yang kacau saya!!!



Hari ni taknak buat apa-apa dah....



Wednesday, September 9, 2009

Mood Raya Kah???

Dua hari ni cam malas jer nk g kerja. Selalu pas subuh terus mandi. Ni siap tidur balik tu...kul 7.30 baru hegeh2 nk mandi...selalu aku la org paling awal kuar umah tapi hari mmg rasa malas je nk melangkah kuar. Adakah disebabkan cuti 3 hari jadi malas???atau disebabkan mood raya dah sampai...boleh gitu hikhikhik....

Alhamdulillah sampai opis masih x merah lagi punch card. Internet pun ok. Sistem pun ok walaupun lembab cam siput B***. Ni kira ok daripada x blh buka langsung or berjam nk tggu 1 modul tu kuar...menyakitkan hati lagi2 time student ramai.

Semalam agak kureng sikit pagi2..Ekon rosak, lampu kat meja aku ni piun rosak (buat aku mengantuk+malas+xde mood nk wat kerja). Pepagi dh ade student wat hal rasa nk sekeh2 jer pala dia. cam x penah masuk library. kasi gua panas jer pepagi ni!!!!!!

Tengahari cam biasa berpusu2 masuk libray sebab bulan pose. tapi wat2 cam bulan x pose. Tergelak mengekek2, gurau senda, hilai tawa cam library ni umah dia...hellloooooooo ni library ok!!!!bukan funfair....sekali lagi wat aku naik hangin satu badan.

Petang cam biasa jjer cuma rasa masa tu lmbt sgt. x sabar2 dh nk balik walhal 4.30 dah cau.

Hopefully today x macam semalam...

Wednesday, August 12, 2009

Not in mood...

Ingat pagi td pegi keje nk naik BJN. Dh seminggu biar BJN tu. Cam dh majuk jer aku tgk. Seb bek petang semalam dh bw dia ronda2 p cari gula. Apasal gula ssh nk cari sekarang ni ha???

Sudahnya naik WSL gak..ermmm harap2 BJN x kecik ati yer...sok kita naik BJN yer...Pagi2 lagi bos dh panggil. Dh rasa lain macam dah ni..ye la org wat salah mesti takut kan???? hahaha seb bek ngaku..besa la kan keje...mana ada yg betul. Bos pun kadang2 x betul gak. So masing2 kena main peranan supaya ingat mengingati antara satu sama lain. Tegur menegur...betul x???

Berbalik pada kesalahan aku td. Aku mengaku mmg salah aku. Cuma x berkesempatan nk xplain jer..so pas ni jgn wat lagi yer...(teguran tuk diri sendiri)

Masa sampai opis td sempat gak singgah cafe beli bekpes. Perut cam lapar jer..pas mkn 2 3 suap kenyang plak. Tetiba kepala aku berdenyut2 plak. Apa kes ni?! pas jumpa bos makin berdenyut2 plak..tapi sebelah jer.Terus ilang mood. Bekpes yg tinggal separuhh td pun dh ilang selera nk mkn..

Pas makan ubat ni harap2 ok la...So mood arini agak kureng sikit...