Monday, March 10, 2014

Kenduri Kesyukuran @ 3in1 Celebration

Alhamdulillah 8hb Mac bersamaan hari sabtu yang lepas, selesai sudah majlis kenduri kesyukuran dan juga kenduri tahlil arwah di rumah mak saya di Tg Karang. Actually adik saya yang nak buat kenduri tahlil untuk anak dia. So sekalikan la dengan semua arwah. 

Tetiba termuncul plak idea saya untuk buat kenduri doa selamat sempena birthday Cik Auni, birthday saya dan juga anniversary saya yang jatuh pada bulan 3 jugak. So dah alang-alang kita celebrated la sekali. Sekali harung jer. Jadi pas ni takde la nak sambut-sambut dah. Senang kan kalau semua dalam bulan yang sama. Cumanya ada 1 je lagi berita yang belum pasti. Ingat lagi entry menghitung hari saya aritu. Harap-harap bulan mac jugak la. Seperti yang dijanjikan kalau dah confirm saya bagitau yer...

Ok berbalik pada cerita kenduri tadi. Majlis bermula pukul 3 petang. Ni 1st time mak buat kenduri tahlil siang. Selalunya malam. Ni kumpulan marhaban mak jugak. Sayangnya tak sempat ambik gambar sebab sibuk nak tidurkan Cik Auni sebab lepas kenduri tu ada acara potong-potong kek sikit.

Gambar pun masa potong kek tu jer. Ada 2 biji kek. 1 icecream kek untuk birthday & 1 kek lagi red velvet untuk anniversary.

Birthday cake
Anniversary cake
Ice-cream kek coklat tu saya beli kat kedai kek Kuala Selangor. Angel Cake kalau tak silap. Anniversary kek tu plak saya tempah dengan K.Meen Saya suka kek K.Meen ni sebab kek dia tak manis sangat. Dah lama sangat saya tak order kek dari dia. Dulu duduk S.Alam ada jer kek yang saya order. Memang tak jemu la. Kalau tak kek, cistat ke, durian crepe ke. Pavlova pun K.Meen ada buat. Terbaru dia buat biskut lidah kucing yang warna warni tu. Tengok la ada masa nanti nak order gak. Dah duduk kg ni susah la sikit nak pergi ambik.

Kek Cik Auni aritu pun order dari dia jugak. Haritu order rainbow kek. Kek tu potong kat rumah kakak ipar saya kat Pelabuhan Klang. MIL saya ada kat sana masa tu so saya pun bawa je la kek tu potong kat sana. Meriah sikit ada anak buah yang lain.

Rainbow kek
Rasanya tiap-tiap tahun nak buat camni la. 1st Mac potong kek Cik Auni dengan MIL dulu. Pastu baru buat 3in1 celebration kat kampung. Buat doa selamat Insya Allah....Bukan tak nak buat doa selamat kat rumah MIL, sebab MIL duduk kat taman. Biasanya MIL kalau buat kenduri diorang tempah jer. Tau-tau je la kalau tempah tu banyak jugak la belanjanya. Pastu nak kena plak jemput orang masjid. Kejiran MIL ramai bangsa lain. So nak selamat & memudahkan majlis kitorang buat jer kat rumah mak saya kat kampung. Jemput makcik-makcik untuk masak makan-makan famili jer. Untuk kenduri plak mak tempah jer nasi ambeng. Selesai masalah...

Majlis tahlil & doa selamat selesai dalam pukul 4.30 petang camtu. Pastu kami teruskan dengan majlis potong kek & makan-makan keluarga. Adik saya ada la beli sate. Jom la tengok gambar. Gambar pun gambar  potong kek je pun.

Time ni ok lagi

Si kembar Rayyan & Auni. Next year boleh potong kek sama-sama lagi

Dah start melalak

Tak sabar nak makan kek dah tu

Semoga kekal hingga ke syurga
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cumanya Cik Auni tu mengamuk sikit sebab tak cukup tidur. Dia kan memang susah sikit nak tidur kalau ramai-ramai. Nak kena masuk buai sunyi sepi baru la tidur dengan aman. 

Mummy doakan semoga Auni & Rayyan membesar dengan sihat, cerdas, cergas & jadi anak yang soleh & solehah. Mummy sayang sangat kat Auni & Rayyan. Dah besar nanti jangan gaduh-gaduh tau! mmmmmuuuuaaaahhhhhhh........


No comments: