Happy birthday to me....happy birthday to me....happy birthday to me...happy birthday to me....
Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur, diberi nikmat hidup lagi oleh Allah. Yer hari ni bertambah lagi umur saya. Dan masih lagi diberi kesihatan yang berpanjangan. Juga dikelilingi orang-orang yang menyayangi saya. Syukur sangat-sangat.
Apa yang saya harapkan dihari lahir saya ni??? Saya harap dan akan terus berdoa semoga emak saya diberikan kesihatan yang berpanjangan. Dan semoga mak dipanjangkan umur untuk saya terus membalas segala jasa mak. Saya akan menggembirakan mak, saya akan terus buat mak gembira tak mahu mak sedih-sedih. Nak sentiasa berada disisi mak ketika mak susah ataupun senang. Ketika mak gembira ataupun sedih. Nak sentiasa tengok mak bahagia selalu.
Sepatutnya dihari lahir kita, kita kena celebrate mak kan...ye la mak yang susah senang menjaga kita sejak kita wujud dalam rahim mak kita lagi. 9 bulan membawa kita kemana saja kita pergi. Menahan setiap alahan demi kesihatan kita didalam kandungannya. Bertarung nyawa untuk melahirkan kita. Bersabar dengan setiap kerenah kita dari kecil hingga besar. Memang patut pun kita celebrate mak. Mak yang bersusah payah demi seorang anak.
Sejak bergelar ibu ni, perasaan dalam diri saya pun dah lain. Rasa terlalu banyak dah menyusahkan mak. Terlalu banyak pengorbanan mak. Semoga mak terus dirahmati Allah.
Saya harap juga semoga saya terus diberikan kebahagiaan yang berpanjangan. Saya bersyukur mendapat seorang suami yang sangat mengambil berat dan menyayangi saya sepenuh hati. Menerima saya seadanya. Melayani saya seprti saya ni seorang budak kecil yang mengada-ngada. Sangat-sangat memahami situasi saya. Alhamdulillah.....dilengkapi pula dengan seorang puteri yang comel. Yang menyinari lagi rumahtanggan kami.
Tak ada apa lagi yang saya mahukan. Rahmat & nikmat dari Allah, keluarga yang bahagia, kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat & menyayangi saya. Walaupun masa saya terlalu sedikit dengan mereka saya syukur sebab mereka sangat memahami situasi saya. Saya akui sekarang memang saya lebihkan keluarga. Keluarga lah segala-galanya sekarang ni.
Ok tak mau emo-emo dihari bahagia saya ni. Nak saya belanja kek. Jemput jamu mata yer...
No comments:
Post a Comment