Monday, January 31, 2011

As Salam....

Sekadar berkongsi ilmu...insyaAllah...
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

Oleh itu adalah baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI
KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI
KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, ASSALAMUALAIKUM saya pada ASHREE ye” ......contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”



Wednesday, January 26, 2011

Interview




Alhamdulillah td baru lepas interview untuk lantikan tetap. Insya Allah bulan 6 kontrak habis dan akan diserap tetap. Walaupun ada gak soalan yang tak dapat nak jawab tadi tapi redha jer...benda dah lepas so berdoa dan tawakal jer lepas ni semoga mendapat yang baik-baik sahaja...Insya Allah...




Wednesday, January 19, 2011

Buat yang sedang mencari CINTA

Menunggu memang melelahkan jiwa. Orang yang dinanti pun entah di mana gerangannya. Namun...begitulah hebatnya bila bercinta. Yang menunggu akan menanti penuh setia, hatta waktu solat dah masukpun tidak dipedulinya. Ada yang mencari cinta di alam maya, faceboook, friendster, YM dan macam-macam lagi adanya. Ada rezeki bolehlah mencari cinta katanya. Begitulah mudahnya hari ini anak-anak muda mencari cinta.

Tidaklah sebanding ertinya kalau kau gadaikan aqidah hanya kerana gundah gulana menanti dan memikir yang dicintai . Bukankah kekanda/adinda yang diidamkan kelak juga ada di syurga?

Kesepian memang kadang menyakitkan, menoreh setiap senyum dan tawa, serta menciptakan riak anak sungai di sudut mata. Sedih dan pedih silih berganti kunjung mengunjungi. Pupus segala harap, melukai semua impian yang kadang memabukkan. Hingga, jiwa yang rapuh menciptakan serpihan kegelisahan yang memilukan.

Cinta...Entah berapa banyak pahlawan yang tercipta kerananya, namun cinta juga terkadang melahirkan para pecundang. Ia laksana kobaran api yang berasal dari setitik bara, menyuluh, namun dapat pula membakar. Impian kerana cinta membuat hati dan raga terselimuti bahagia, membina harapan yang keluar masuk melalui butiran darah. Mengharapkan belahan jiwa yang siap mendampingi saat tawa dan air mata, hingga kebahagiaan terpancar tatkala berjaya mendirikan rumahtangga dan berkeluarga dengan selimut kasih sayang, penuh luapan cinta.

Namun, impian berbeza dengan kenyataan. “Sepi terus menyapa diri, aku masih sendiri dan masih saja sendiri. Duhai belahan hati, entah di mana kekanda/adinda bersembunyi.” Begitulah mungkin persoalan yang bermain-main kepada mereka yang menanti cinta.

Cinta dan impian untuk membentuk sebuah keluarga memang begitu indah. Namun tatkala ia belum menyapa janganlah membuat gundah dan resah, bahkan merubah pandangan terhadap Sang Pemilik Cinta. Kegelisahan jangan pula membuatmu menggadaikan aqidah, kerana sungguh itu adalah harta yang tak ternilai harganya. Jangan gadai harta yang tak ternilai ini, walaupun suasana yang ada menyeru-nyeru agar dikau menjual sahaja harta itu. Perhatikan cinta anak muda hari ini, ragam cinta mereka memudahkan cinta diselubungi noda dan dosa.

Cinta yang membara tidak akan dapat menghapus ketentuan Allah swt., "Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mu'min) sebelum mereka beriman..." (Al Baqarah: 221).

Cinta akan membentuk sebuah keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah kerana kesamaan iman dan aqidah, dalam naungan redha Allah swt. Jangan biarkan sedikitpun celah hatimu terbuka dengan cinta berselubung nafsu dan emosi, kerana cinta seperti itu akan mengorbankan aqidah.

Pernikahan atas keyakinan nafsu dan emosi, tidak akan melahirkan ketenteraman jiwa, kerana ia adalah zina.Pernikahan yang di bina atas dasar nafsu dan cinta emosi membentuk tiang seri yang rapuh. Serinya hanya sementara, tidak lama nanti berdepan dengan tsunami rumahtangga.

Duhai jiwa yang lelah...

Saat persoalan cinta mengetuk jiwa, di manakah gerangan kekanda/adinda berada, kembalilah kepada Sang Pemilik Rahsia. Lantunkan munajat dan doa, mohon tetapkan iman untuk selalu menyerah kepadaNya. Jadikan hati ini selalu ikhlas serta rela atas setiap keputusan.

As'alukallahummar ridha ba'dal qadha, wa burdal 'iisyi ba'dal maut, wa ladzdzatan nazhori ila wajhika, wa syauqon ila liqaa'ika. Ya Allah, aku mohon kerelaan atas setiap keputusanMu, kesejukan setelah kematian, dan kelezatan memandang wajahMu serta kerinduan berjumpa denganMu.

Mohonkan juga kepadaNya, agar Ia menguatkan niat dan azam kepada lelaki yang belum menemui jodoh atau wanita yang sedang menanti kekanda pilihan untuk segera menyempurnakan setengah agamanya, sehingga dirimu serta pasangan jiwa tercinta dapat bersama membangun sebuah istana kecil nan indah dalam naungan redha-Nya.

Sabar dan besarkan jiwa. Kuatkan hati, teguh dan selalu istiqamah mengharap pada-Nya. Jangan mengharap pada manusia, kerana dirimu memiliki harta yang tidak ternilai harganya, ialah aqidahmu kepada Rabb yang Agung.

petikan: http://usrahkeluarga.blogspot.com/2010/05/monolog-buat-mereka-yang-sedang-menanti.html




Thursday, January 13, 2011

Renung-renungkan....




Credit to Wawa minta share yer....


Thursday, January 6, 2011

Menu lunch

Hi semua...apa menu lunch arini? Saya???? seperti biasa agak membosankan sebab menu sama setiap hari. Boring sangat asyik itu..itu...itu...sudahnya hampir sebulan saya tak keluar lunch. Duduk bilik cari-cari apa yang ada dalam kotak ajaib saya tu. Oh baru saya teringat air milo saya sudah habis. Perlukah saya ke tesco untuk memenuhkan kotak ajaib saya???

Semalam minum milo ais yang diorder dari kawan-kawan yang keluar lunch. Sudahnya hari ni saya batuk-batuk. Famili saya semua demam, batuk & selsema. Kini saya pula batuk-batuk. Waktu-waktu macam ni memang macam-macam menu bermain dikepala saya...

1. Soto Kedai Abah
2. Nasi Ayam Pak Mal
3. Ani Sup Utara
4. Nasi Campur Seksyen 8
5. ABC yg sgt mabeles di Seksyen 2
6. Siput Sedut Bob Corner
7. Pengat Azira

Tapi bilakah saya akan dapat merasa semuanya itu????

Wednesday, January 5, 2011

Kenapa ni???




2 3 hari ni mood saya sedih...awal-awal tahun lagi dah sedih-sedih kenapa yer??? Adakah perubahan hormon dalam badan saya hehehehe (leh terima x alasan ni)... Tapi entah la memang saya dalam mood sedih. 2 hari saya boleh menagis tanpa sebab. Kawan-kawan dah risau jer...

Sepatutnya awal tahun ni kena la mulakan dengan mood yang ceria-ceria kan??? Cerita azam baru ke??? cerita nak cuti-cuti malaysia lagi ke??? hehehe sonok kalau dapat cuti-cuti lagi... dah balik bercuti pun mood sedih gak. Kenapa ni????


Jauh....

Sejak saya berpindah tempat kerja ni saya rasa saya dah semakin jauh dengan kawan-kawan saya. Bukan la tak boleh berhubung dengan mereka cuma kadang-kadang saya rasa saya terlalu jauh dengan mereka. Ye la kalau dulu ada masalah jer leh terus jumpa borak-borak, nangis-nangis, gelak-gelak dengan mereka...Sekarang dah lain. Nak jumpa pun susah. Apa lagi nak cerita masalah masing-masing...

Masalah kalau dapat diluahkan akan rasa tenang jer diri ni walaupun kawan kita tak dapat membantu. Cukup la sekadar mendengar rintihan hati kawan dia yang kadang-kadang kita rasa biasa jer...Walaupun kadang-kadang hanya untuk makan bersama jer...

Saya sangat merindui masa-masa begitu. Bukan tidak ada kawan disini tapi hampir 5 6 tahun bersama. 1 jangka masa yang agak lama. memang agak sukar untuk menyesuaikan diri. Apa yang saya buat sekarang kalau saya ada masalah.??? Dah tentu saya akan menulis diblog saya sebagai salah satu cara untuk saya ringankan sikit kepala saya. Cuma tidak la se detail kalau kita berbicara...

Satu yang saya perasan, kaedah ni dah lama saya praktikkan...rupanya sejak saya sekolah saya memang suka luahkan perasaan saya dengan menulis. Tapi dulu mana ada blog ni semua. Kira cam diari la tapi saya tak suka buat diari sebenarnya.

Camni....dulu masa saya sekolah saya ada 1 buku untuk sesi meluahkan perasaan. Kalau tak puas hati jer mesti nak tulis dalam buku tu. Tapi saya gunakan tulisan rahsia, sebab saya tak mahu orang tau apa yang saya tulis. Selalunya yang sedih-sedih jer la...yang happy-happy tak de la saya tulis. Bila saya marah, geram, tak puas hati, merajuk semua saya tulius dalam buku tu. Bila buku tu dah penuh saya akan bakar...kira cam tak mahu kenangan pahit tu berulang kembali...1 yang masih saya ingat kawan bak saya khianati saya...itu memang saya tak boleh lupa. nak kata saya berdendam tidak kot...cuma kenangan itu akan sentiasa saya ingat sampai bila-bila...

Sekarang nampaknya saya kena kembali ke cara yang lama. Saya semakin jauh dengan BFF saya...bila agaknya saya dapat berjumpa mereka lagi. kalau jumpa pun seolah-olah masa sangat mencemburui kami....

Tuesday, January 4, 2011

Bantuan diperlukan...

Dengan tak disengajakan salah telah dilantik oleh adik-adik saya sebagai guru tuition mereka. Entah bila la mereka ni bersengkongkol...tiba-tiba jer semalam dapat sms "kakak nak tuition ngan kakak"...

Oh tahun ni adik bongsu saya akan ambil SPM. Cepat betul masa berlalu. Rasanya baru semalam dia menagis-nangis sebab saya tak ambik dia dari sekolah tadika...huhuhu...Tahun ni juga 2orang sepupu saya yang duduk dekat-dekat rumah saya akan ambil PMR. Mereka bertiga ni memang rapat. So saya telah dilantik secara tidak rasminya oleh mereka ini.

Saya tidak ada pengalaman untuk mengajar. Sebab itu saya tidak menjadi cikgu. Itulah harapan abah sebenarnya. Banyak kali abah tanya kenapa tak nak jadi cikgu. Dan setiap kali soalan tu keluar saya hanya mendiamkan diri saja.

Adik-adik sebelum ni pun mereka belajar sendiri...semua berdikari. malah mereka tak suka kalau saya masuk campur urusan belajar mereka. Bila ada permintaan macam ni saya dah tak tahu nak buat apa...Zaman persekolahan dah berpuluh tahun saya tinggalkan...

Ok tak kalau saya buat jadual dulu. Saya tak tahu nak mula camna ni???Oh saya pun kena study balik semua subjek PMR & SPM....boleh ke nak study balik ni????

Akhirnya...

Alhamdulillah percutian yang dirancang sekian lama akhirnya tercapai jugak. Surprised tuk mak ngan abah. Mula-mula abah tak mau pergi. Katanya dia tak tau apa-apa. Dah macam merajuk plak. Tapi setelah dipujuk oleh anak kesayangan dia ni pergi jugak....

1st ttime bawa famili bercuti. Tapi sayang adik perempuan bongsu tak dapat nak ikut sebab baru jer dapat kerja. So lain kali la yer dik kita pergi. Kali ni kami pergi ke Pulau Pangkor. Abah memang dah lama nak lepak-lepak kat pantai....so ni la destinasi yang paling sesuai....




Ni kat jeti Lumut



Dalam feri...

Ok dah sampai Pangkor...



Aktiviti bersantai-santai ditepi pantai sambil menunggu masa jer untuk terjun ke dalam laut. Abaikan budak yang poyo ngan swimming suit dia tu....

1st aktiviti....banana boat. habis sume adik-adik saya paksa naik hehehe...







Misi Cik Xidi untuk mengurut2 abang jet sky nampaknya tak berjaya hehehe...sila cuba lagi yer...

Mak mula-mula jer tu tgk dari jauh...masa ni abah dah datang tolong jaga port kitorang...


Tengok....sikit-sikit mak turun hehehe

Akhirnya sampai gak kat tempat kitorang

Sila abaikan kaki-kaki yang tidak cantik itu yer...gambar sekadar hiasan...

Sangat kecewa ngan abang yang janji nak bawa kitorang g boat trip & snorkling...bosan tol tggu abang tu tak muncul-muncul...

Last-last kitorang g ngan abang lain jer...





Sangat best walaupun ramai orang. Abah pun snorkling sekali....

Ni je Cuti-cuti malaysia untuk kali ni....Thanks untuk adik-adik yang memberi kerjasama...


Seronok dapat gembirakan hati mak, abah ngan adik-adik...Tahun ni kita kena tunggu Jemi habis exam dulu yer...tapi leh jer kalo nak plan dari sekarang kan????