Sunday, May 29, 2011
Sakit itu memang sakit
Masa tu jugak saya menjerit sampai keluar la suara saya boleh didengari. Pastu doktor pun serender xmau cabut dah....doktor kata dah kena saraf. Maybe tunjang gigi saya masih kuat lagi. Ekceli gigi saya tu berlubang & penah ditampal. Tampalan tu dah tercabut tu pasal dia sakit. Sampai sekarang saya jadi macam fobia ngan g cabut gigi. Buka tak pernah cabut sebelum ni tapi pengalaman ni la yang paling ngeri sekali.
Saya tak tahu nak buat apa ngan gigi saya ni. Buat masa ni saya tak akan cabut lagi gigi ni....
Friday, May 27, 2011
Semalam yg entah kenapa
Saya tak ada la cam tu sekali kan sampai nak mengamuk ngamuk tak tentu pasal dah cam orang hilang akal ke hapa. Saya tengah cakap kat mmber opis ni la kan tetiba saya rasa saya tertinggi volume kat dia. Memang la ada yang tak kena tapi benda tu cam spontan jer. Pastu dia dtg tanya lagi..sy pun ter high volume lagi. Dia dah blh baru cam tersedar dari rasukan hehehe...
Adakah sesuatu telah menguasai diriku ini????
Thursday, May 26, 2011
Botol Air Baru Saya
Walaupun saya dah ada botol air baru tapi saya tetap sayangkan yang lama. sebabnya saya rasa air kat dalam bekas tu sentiasa sejuk. Kalau saya isi air pagi sampai ke petang tetap sejuk. Memang la saya duduk dalam bilik ber aircond kan tapi botol air baru tu xde plak airnya sejuk. So sekarang ni saya akan pastikan saya menghabiskan kedua2 air didalam botol tersebut (bunyi macam tamak kan??? ) bukan apa sebab saya nak sentiasa kelihatan cantik (ini teori saya sendiri yer... sila abaikan muahahaha)Kan elok kalau kita minum air kosong banyak. So saya akan menghabiskan paling kurang pun 1.5liter air sepanjang saya bekerja di opis.
Lagipun saya kat rumah memang susah nak minum air kosong. Dan lagi saya ni duduk dalam bilik berhawa dingin so kulit akan cepat kering terutamanya bibir saya. Nak elakkan bibir kering & malas nk oles2 ngan pelembab bibir makanya ini adalah cara yang paling senang. Minum jer la air kosong. Baik untuk tubuh juga!!!!
Wednesday, May 25, 2011
OIC
Ermmm camne nak citer ni. Tetiba blank plak....camni...selalunya kalau saya OIC saya sentiasa bersama adik-adik yang sentiasa memanjakan saya hehehehe....sume keje dorang yang buat la. Jap2 "kak, sy g tutup lampu yer"...jap lagi "kak, saya nak cek itu nak cek ini"....1/2 jam pastu "kak, saya g sinun yer"...senang kata ko duduk jer la kat kaunter baca surat kabar sambil layan tv3 muahahaha...
Sekali semalam nak dijadikan cerita dah kul 9 lbh, nk time nak blk kira sume student dh kuar ada sorang adik ni "akak x tutup lampu aras 2 ke?" alamakkkkkkkk!!!!! errrr.....selalu ada orang tolong tutupkan hehehehe..... "xpe la kak sy g tutup jap yer" seeeeeeeeeeeee.....betapa baiknya adik2 saya kan hehehehe "akak g ambik bacaan gate ngan kunci sekali yer" sy pun ok la kan setakat nk ambik bacaan tu budak tadika pun tau kan.....
Sekali sampai kat gate tu..."aik mana aku nak tgk ni? ada 1 jer pun tpt yg kuar nombor. tapi kenapa la pelik sgt???" maka dengan lemah lembutnya sopan santunnya saya pun "akak x tau la nk baca yg mana. Akak tgk nombor dia cam pelik jer hehehe....kunci pun akak x tau yg mana" huhuhu sgt2 malu ok....tapi tak pe lepas tu saya belajar sesuatu yang baru dari mereka. Walaupun mereka ni bawah saya tapi untuk mencari ilmu tak kira la dari siapa pun kan. Muda ke tua ke pegawai ke staf bawahan ke...jgn malu untuk bertanya. Selagi kita tak bertanya selamanya kita berada disatu tempat jer....
So kesimpulannya saya sentiasa dapat adik2 yang sangat memahami muahahahaha
Tuesday, May 24, 2011
Jom Jeram
Kalau dulu nak makan seafood je mesti ke Muara kat Klang nu. Jauh tu...tapi sekarang tidak lagi. Boleh kata tiap-tiap bulan la ke Aroma Ikan Bakar Kat Jeram Kuala Selangor ni. Makanan dia memang best-best. Harga pun berbalaoi-baloi....
Sambil menaip sambil telan air liur ni. Bila nak gaji ni. Tak tahan dah ni....
Hingga ke titisan akhir...masa ni lum lagi titisan akhir
Wednesday, May 18, 2011
Hati yang bercelaru
Kenapa hati ini tidak gembira seperti pasangan yang bercinta. Penuh dengan bunga-bunga. Sentiasa tersenyum dan ceria sepanjang hari. Bagaikan tak sabar untuk berjumpa sang kekasih hati. Hidup dalam penuh keceriaan. Bergurau senda, senyum tawa, merajuk dan pujuk memujuk. Tetntunya hati sang dara terasa bahagia sekali kan...
Bagaimana untuk saya melenyapkan perasaan murung saya ni???Dari dulu lagi memang sifat saya yang satu ni tak boleh saya hilangkan. Akan ada masa dan ketikanya saya akan berasa sedih, dan rasa macam nak menangis. Seorang sahabat berkata pada saya, saya ni terlalu memendam sampai satu tahap inilah yang akan berlaku. Bila mana sesuatu itu tak dapat ditahan lagi maka airmata sahaja yang akan keluar. Betul ke??? Entah la saya pun kurang pasti. Mungkin ada benarnya...Mungkin hati saya tak cukup kuat untuk menghadapi segala dugaan yang Allah berikan. Mungkin juga saya dah jauh dariNYA...
Ya Allah....ampunkan dosaku...
Monday, May 16, 2011
Kenapa dengan saya ni???
Sejak akhir-akhir ni saya kuat makan la. Mesti nak makan nasi. Yang saya perasan kalau makan ubat jer mesti saya cepat lapar...kenapa yer...tu saya tak suka makan ubat tu (eceh alasan semata-mata....) Tapi memang betul saya tak tipu. Saya ni rajin makan ubat tau! Oh nanti saya cerita next entry kenapa saya kena makan ubat. Banyak pulak tu....
Dah sekarang rasa nak minum milo ais plak. Makan lunch tadi say pun terorder la milo ais. Laju jer order kat kakak tu. Selalu tu leh lagi pikir-pikir nak minum apa. Ni main order jer....sekali akak tu antar gelas besar pulak....boleh habis pulak tu...selalu kalau lunch tak de la nak order air bersusu ni. Memang teringin sangat-sangat dah ni.
Mulai esok saya kena berpantang balik. Tak boleh jadi ni. Ikutkan hati badan binasa....Sakit sapa yang susah, saya jugak kan....semoga saya kuat melawan nafsu makan & minum ais saya hehehe...
Bintang itu Pink
Sangat teruja pagi-pagi ada orang bagi hadiah bintang ni....dan yang paling saya suka sebab dia senyummmmmmm....sangat comel kan??? Ada sapa-sapa nak bagi hadiah kat saya lagi tak? Saya sedia menerimanya dengan tangan terbuka hehehe
Jangan la malu-malu yer...kalau korang nak buat surprise pun aci jer....saya suka kalau orang buat surprise-surprise ni hehehe...rasa sangat teruja pulak ahakssss....
Harap-harap bintang ni boleh membantu saya dikala saya tengah tension. Sebab bintang ni sentiasa tersenyum. Dan saya harap saya pun akan sentiasa tersenyum melakukan tugas-tugas harian saya heehehehe....
Sunday, May 15, 2011
Ketenangan..Datanglah Kepadaku...
Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?
Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"
Apa masalah kita?
Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.
Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..minta Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..
Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.
Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.
Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...
Credit to GE2u
Saturday, May 14, 2011
Salam Sabtu yang kerja
Agak bosan jugak kerja hujung minggu ni. Nasib baik la notebook adik kesayangan ada. Pinjam jap bw p opis ni. Tu pun sibuk tanya nak bw g mana. Cam la kat rumah tu 24jam ngadap notebook ni.
Esok apa plan korang???? Agak bosan gak kat rumah sebab adik-adik tak balik...ermmm entah la dorang balik ke tak minggu ni. Dah 2 minggu tak balik. Sok nak bangun lambat la...aci x hehehehe....