Thursday, February 27, 2014

Mak-mak memang macam ni yer????

Pantang masuk kedai baby kan???Ada jer benda nk sambar. Mula-mula tu cam tengok-tengok jer dulu. Pastu fikir eh baju auni cam banyak jer yang dahh x muat. 

Sekali ha...5 pasang terus saya ambik. Pejam mata jer bayor kan. Camni la kot baru-baruu jadi mak. Nak-nak plak dapat anak gegirl. Ada jer yang menarik perhatian.

Wednesday, February 26, 2014

WW: Panas

After lunch

Kat rumah nenek

Panas

Bedak sejuk

Tuesday, February 25, 2014

Berus gigi Cik Auni

Cik Auni kan dah ada 4 gigi atas 2 gigi bawah. Mummy dia plak yang eksited kan. Beli berus gigi untuk Cik Auni. xmo jadi macam mummy dia sume gigi dah ompong hehehe

Monday, February 24, 2014

Pagi tadi punya cerita

Pagi tadi bangun kul 7.15. Penat sangat kut semalam. Tido pun dh kul 9 lebih. Siang main jer ngan sepupu dia.

Nasib la bangun-bangun tak nangis. Siap smile kat mummy lagi. Memang saya tak masukkan dia dalam buai. Risau takut kacau dia tido. Elok plak dia. Sempat la saya mandi. 

Tengah saya bersiap Cik Auni sibuk nak turun katil. Saya turunkan la dia. Naik dah pandai tang turun tu belum bijak lagi. Masih nak turun kepala dulu.

Tu la kerja dia sebenarnya...dh pandai buka drawer kuarkan sume benda. Nasib la drawer bawah tu dia x boleh buka sebab penuh dengan baju-baju yang dia dah tak muat pakai. Kalau tak dah jadi satu kerja plak untuk mummy dia pagi-pagi.

Saturday, February 22, 2014

Menghitung hari

Menghitung hari, detik demi detik.....cewah tetiba teringat peserta sinaran pasport kegemilangan musim berapa tah. di anyanyi laguu ni kan. Pastu dia juara kan...tapi tak tahu nama apa. Kalau tak salah orang sabah.

Ni bukan nak cerita pasal pprogram tv3 tu atau cerita pasal juara program tersebut. Ni dok menghitung hari berapa hari lagi nak masuk bulan 3. Kejap jer kan??? Apa ada dengan bulan 3? Banyak benda berlaku pada bulan 3 ni. Insya Allah saya akan cerita jugak satu-persatu.

Sebenarnya dah tak sabar dah ni. Dah lama jugak menunggu. Kalau betul bulan 3 ni Alhamdulillah. Tapi masih kena tunggu lagi. Yang betul-betul rasminya entah bila. Semoga dipermudahkan...Insha Allah.....

Friday, February 21, 2014

Perubahan

Cik Auni sekarang waktu bangun tido dia dah berubah. Sangat-sangat tak membantu mummy ok. Mula-mula dulu dia bangun ikut mummy bangun. Kalau mummy bangun kul 6, kul 6 la dia bangun. Nak mummy ada kat sebelah dia jer. 

Lepas tu elok sikit, mummy bangun dia tido. Tapi nak kena bagi dia betul-betul tido. memang time dia bangun nenen kul 5 or 5.30 or kul 6. Pas mummy nenenkan dia lena la balik. Pastu mummy angkat dia masuk buai. Kadang-kadang biar je dia kat katil tapi mummy kena mandi cepat-cepat la. Kalau masuk buai sempat la mummy nak lalalalala dalam bilik air.

Tapi sekarang ni.........kul 5 or 5.30 bangun terus duduk nak main. Pantang nampak cahaya terus cergas. Aktif bergerak sana-sini. Mummy sua nenen dia main-main jer. Kadang tu dia dok gentel-gentel jer. Mummy pura-pura tido pun dia buat tak tahu jer. Lagi dia naik atas badan kita. Selak-selak langsir la. Kalau ayah masukk bilik sibuk nak cari tepon ayah. Tak tahu la Cik auni ni suka sangat ngan tepon ayah. Tepon mummy dia pegang-pegang jer. Kalau tepon ayah selagi tak dapat selagi tu la dia cari.

Kalau dah bangun nak duduk main sorang-sorang tak pe la jugak. Boleh la mummy buat apa yang patut. Ni tak...nak mummy duduk sebelah dia. Manja sangat ni....hai anak...geram je rasanya...tapi mummy tetap sayang Cik Auni sangat-sangat

Thursday, February 20, 2014

Al-Fatihah

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Masuk-masuk jer office dapat tahu salah seorang staf kat company saya ni telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah....semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Masa dia dah sampai. Masa kita tak tahu lagi bila? Entah esok, lusa, minggu depan, bulan depan or tahun depan. Peringatan buat diri saya sendiri. Sudahkah saya bersedia???

Wednesday, February 19, 2014

Ambik angin petang

Hari tu ayah Auni ajak jalan-jalan kat pantai remis. Memang dah lama sangat tak ke sini. Dulu-dulu datang sini main layang-layang. Angin memang kuat la time petang-petang.

Sekarng dah banyak berubah. macam-macam orang berniaga kat sini. Walaupun pantai ni tak boleh mandi ( tapi ada je budak-budak mandi) tapi setiap kali hujung minggu memang ramai orang ke sini.


Thursday, February 13, 2014

Malu ngan mak

Last week masa salam ngan mak nk balik kuala rasa cam malu sangat ngan mak. Sebabnya saya cuma bagi mak RM50 jer. Tak pernah saya bagi sikit camtu. Bukan la nak menunjuk yang saya ni tiap-tiap bulan bagi mak duit banyak tapi Alhamdulillah ada rezeki lebih untuk mak. En suami pun memang tiap-tiap bulan akan ingatkan saya. "Dah bagi duit mak blom??" 

Saya bersyukur sebab dapat suami yang sentiasa ingatkan saya. Maklum la faktor usia cepat jer lupa. Bukan la lupa pada mak. Tapi kadang-kadang lupa nak kuarkan duit dari ATM. Kalau dah kat kampung cam malas je nak kuar ke pekan. Kalau boleh nak duduk  je kat rumah mak tu duk bawah ketiak mak hehehehe *itu tipu yer. 

Actually saya dah kuarkan duit ngam-ngam untuk duit mak. Pastu adik saya nk betulkn tayar motor yang pecah. Tayar tu tubeless mmg kena ganti terus la. So saya bagi la kat adik duit untu tukar tayar tu. En suami plk Sabtu Ahad keje. Balik pun sebab nk ambik saya jer. So memang takde backup langsung. 

Dalam wallet ada la duit sepuluh-sepuluh..tapi tak kan nk bagi kan. Kalau cukup 50 xpe la jugak. RM20 saya bagi pada nenek sebab kebetulan nenek saya datang time saya nk balik tu.

Time nk salam tak tahun nk ckp apa. Kalau boleh nk sorok muka ni dalam henbeg hehehe. Saya tau mak tak pernah mengharap duit anak-anak. Mak pun pernah cakap dia xkan minta duit pada anak-anak. Terpulang pada anak-anak kalau nak bagi mak ambik kalau takde mak tak minta. Tapi kita sebagai anak tak kan tak hulur kan. Time kecik dulu masa sekolah kerja asyik minta duit kat mak ayah jer kan??? So apa sdalahnya dah kerja ni hulur-hulur la sikit pada mereka. Tak banyak tapi biarlah berkekalan...semoga berkat apa yang kita beri tu.

Wednesday, February 12, 2014

Auni & Mummy flu

Cik Auni ngan mummy flu. Cik Auni dulu yang kena. Dah ok mummy plak jangkit. Risau jangkit balik pada Cik Auni. Masa Cik Auni selsema mummy bagi ubat sekali jer. Mummy banyakkan BF Cik Auni. Alhamdulillah cepat baik. Wan Cik Auni pun kalau mandi tak basahkan kepala sampai la Cik Auni betul-betul dah ok. Demam tak pulak. 

Mummy dah 4 hari flu. Paling teruk hari Sabtu lepas. Meleleh-leleh hingus ni cam air terjun. Ngan bersin-bersin lagi. Risau je ngan Cik Auni. Ye la time cuti ni la dia nak menyendeng jer ngan mummy. Pastu tak kasi can langsung mummy nak berehat. Tak mau tido. Last-last nenek yang buai baru la nak tido. 


Sekarang Alhamdulillah mummy dah ok. Isnin g klinik doc bagi ubat selsema ngan vit-C. Silap mummy gak sebab balik kampung tak bawa vitamin. Dah la Jumaat tu skip tak makan vitamin. Actually hari Jumaat lagi dah rasa lain macam. Now tak nak skip dah makan vitamin & banyakkan minum air kosong. Sekarang kan musim panas. So kawan-kawan jaga kesihatan tau!


Saturday, February 8, 2014

Cerita Weekend

Ini cerita weken bila tah...biasa la kalo weken jer balik mah mak mula la macam-macam dalam kepala ni. Tapi kadang-kadangg 1 pun x menjadi.

Garlic bread & chicken soup
Happy weekend uollsss....

Friday, February 7, 2014

Taman Botani Negara Shah Alam@Bukit Cahaya Seri Alam@Bukit Cherakah

Cuti-cuti hujung minggu ni korang g mana? Saya duk mah jer sebab last week dah berjalan ke Pahang. Apa kata korang pergi Taman Botani Negara Shah Alam. Taman Botani Negara Shah Alam dulunya dikenali sebagai Bukit Cahaya Seri Alam ataupun Bukit Cherakah.Ianya terletak di Seksyen 8 Shah Alam.

Bayaran masuk adalah RM3 bagi dewasa & RM1 bagi kanak-kanak dan warga emas. Parkir pula RM3 yer.Antara tarikan taman botani ni ialah taman haiwan, taman hiasan, rumah iklim sederhana empat musim, taman rempah ratus, taman kaktus, taman buah-buhan tropika.

Selain tu kat sini korang boleh gak membuat aktiviti perkhemahan, berbasikal mengelilingi taman, dan bagi yang sukakan aktiviti lasak boleh la try skytrek. Bayaran dikenakan bagi setiap aktiviti ni yer.

Untuk maklumat lanjut boleh la korang terjah website dorang

Aritu saje saje jer bawa mak g sini sebab masa tu nk tengok salji jer hehehe. Pergi pun dah tengahari. So layan gambar je yer

Pergi sini semata-mata nk masuk rumah 4 musim ni jer. Padahal banyak lagi aktiviti boleh buat, cumanya Cik Auni kecik lagi so agak terbatas la. Tak pe lain kali leh pergi lagi kita round-round naik basikal plk.