Selasa lepas dalam pukul 3 En Suami call bagitau Cik Auni demam. Cam pelik plak sebab masa saya pergi kerja tu elok jer ceria macam biasa. Tapi dah itu ketentuan Allah kan. So En Suami bawa la dia pergi klinik. Suhu memang tinggi dalam 39 camtu. Tapi En Suami tak bagi saya balik. Kebetulan saya bertugas di Shah Alam waktu tu. Macam malas jugak la nak rushing balik BB hantar bodyguard saya yang gagah perkasa itu, then balik ke rumah.
So saya berdoa je la semoga suhu dia menurun selepas dimasukkan ubat vontot. Sian Cik Auni kan...Malam tu dalam pukul 12.30 saya bagi lagi ubat. Cik Auni memang tak lena tidur. Macam terkejut-terkejut jer. Saya lap-lap badan dia dengan towel basah. Letakkan towel basah tu kat kepala.
Cik Auni dah banyak ragam sekarang ni. Dia bukan suka kalau letak towel basah-basah ni. Kita letak dia buang, letak lagi kang dia melalak. Basahkan sikit-sikit rambut dia je la. Tu yang suhu lambat nak turun. Panas je badan dia. Lagi satu dah susah nak letak termometer kat ketiak dia. Mesti dia angkat angkat tangan. Patutnya dalam keadaan dia macam tu saya kena pantau sejam sekali suhu dia. Tapi saya dapat buat dalam 2 3 kali jer. Itu pun time dia betul-betul lena. Nampak gayanya kena beli yang tembak kat dahi itu. Senang sikit. Berapa yer harga termometer tu?
2 hari saya EL. Rabu dengan Khamis. Actually Khamis tu dia dah macam ok. Tapi still tak nak dengan orang lain. Wan yang jaga dia hari-hari pun dia tak nak. Nak berkepit dengan saya jer. Saya nak buang air pun susah. Ada la jugak saya angkut je dia masuk dalam bilik air. Melalak-lalak dia bila saya berdirikan dia kat tepi bilik air tu. Cabaran sungguh.
Tengahari Khamis tu entah kenapa Cik Auni menangis menjerit-jerit. Meronta-ronta. Saya baringkan dia tak mahu. Dukung pun tak nak. Duduk peluk dia pun tak jalan. Keluar masuk rumah. Keluar masuk bilik. Hampir sejam jugak la. Last sekali Wan buatkan air mandikan dia. Alhamdulillah dengan berkat izinNya Cik Auni berhenti nangis. Badan still panas gak. Saya rasa suhu dia mmg tak turun. Dalam 38 or 39 C.
Dalam 2 hari tu memang Cik Auni tak pakai baju. Saya biarkan dia pakai diapers jer. Towel basah memang sentiasa dalam tangan saya. Dia bukan nak kalau letak towel tu kat badan dia. So saya lap-lap je la badan dia. Dengan baju-baju saya sekali basah.
Tak tahu la Cik Auni ni nak pandai apa lepas ni. Harap dia cepat la berjalan. Tak sabar nak tengok dia berjalan terkedek-kedek. Siap sedia je la nak layan dia nanti. Syukur 2 hari je demam...
No comments:
Post a Comment