Kejadian ni berlaku lebih seminggu yang lalu. Masa tu saya kat klinik. Tetiba dapat wasap dari adik beradik. Katanya mak kat spital. Dah kenapa mak kat spital plak. Mak takde sakit kronik. Alhamdulillah umur mak dah 60 tahun tapi mak takde masalah kesihatan. Setakat demam biasa & sakit-sakit urat letih tu je..Itu yang jadi cuak bila adik bagitau mak kat spital
Rupa-rupanya tangan mak lupa sebab kena kaca gelas masa nak basuh gelas dalam singki. mak saya kerja kat kanti sekolah. Kebetulan masa tu tak cukup pekerja. jadi agak kelam kabut sikit la mak buat kerja. May be dia tak tengok dengan betul gelas tu. Tak perasan agaknya masa ambik gelas tu..
Kata mak dalam jugak lukanya. Kena dalam 10 jahitan. Abang saya lagi la ada ke mak kena 30 jahitan. Saya kat klinik ni tak tentu arah duduknya. Last-last ambik EL terus balik kampung tengik mak. Gambar ni tak clear sangat. Kalau tengok betul-betul ngeri je rasa. Luka tu dah kena urat so darah memang banyak la.
Nasib ada adik saya yang tak kerja. So dia balik tolong jaga mak sekejap. Walaupun nampak sikit je tapi kalau bergerak-gerak darah tu boleh keluar lagi. Mak kena hari Rabu, hari Isnin adik saya bagitau masih ada darah keluar. Saya balik hari tu tengok dah kering. Cuma luka dalaman tu la lambat sikit nak baik.
No comments:
Post a Comment