Thursday, November 20, 2014

Merinduimu

Tak tahu macam mana nak mulakn bicara. Saat dirinya hadir terasa begitu seronok sekali. Saat dirinya pergi menghilangkan diri terasa ingin sekali mengekorinya. Tapi semua tu hanya mainan tidur sahaja.

Seandainya masa boleh dikembalikan semula, pastinya saya akan berkepit saje dengannya. Lebih-lebih lagi disaat akhir usianya. Tapi itulah kekesalan yang saya rasa tak mungkin saya maafkan. Terasa diri begitu berdosa. 

Syukur saya masih bertemunya di dalam mimpi. Adakah dia juga merindui saya sepertimana saya merinduinya. Perasaan ini tak dapat dibendung lagi. Segalanya akan terluah juga disini. Tapi kadang-kadang saya begitu lemah. Nak luahkan disini pun tak terdaya. Tapi saya tak boleh biarkan ianya bersarang terus di dalam hati saya. 

Sememangnya saya belum cukup kuat lagi. Saat rindu ini menerpa lagi la saya lemah. Hanya doa yang dipohonkan agar saya dapat bertemu dengannya lagi suatu masa nanti.

Al-Fataihah untuk arwah abah....

Tuesday, November 18, 2014

Besar dah dia

Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar Cik Auni dah 1y8m dah pun. Banyak yang dia dah tau. Asik mengikut je apa yang orang buat. Dah banyak cakap sekarang ni. Tapi bahasa dia la. Banyak mulut sumgguh dia ni. 

Ada la 2 3 perkataan yang boleh difahami. Kalau dulu yang dia tau nenen, mam, nak...sekarang ada peningkatan macam duduk, sus (susu) ma...ma...(mummy yer sayang) kadang-kadang dia panggil mamak (ma+mak) sebab dia dengar kita panggil wan dia mak. So dia gabungkan jadi la mamak. 

Cukup susah nak tidur siang. Asal tnya nak tidur tak???jawapan dia mesti taknak (sambil geleng-geleng kepala) Dah pandai buat suara miow...auk..auk...(anjing) cip..cip...(burung) tapi kalau meow tu slow je bunyinya. Suwet sangat mummy dengar.

Ni salah satu aktiviti yang dia tiru. Kadang-kadang dia selongkar bakul baju kotor nk gosok baju. Tiap-tiap hari tengok mummy dia gosok baju. Lagi satu kalau nampak ayah dia bersiap depan cermin dia pun sibuk ambik sikat, deodorant, perfume. Nasib la pagi-pagi mummy siap dia tak bangun lagi. Kalau tak mesti dia pun tiru aksi pakai lipstik gak. 

Time tidur kalau tengok dia mesti terdetik dalam hati alahai anak mummy dah besar rupanya. Jap lagi nak sekolah dah. Pastu masuk u kerja & kawen. Mummy rasa macam tak buas lagi nak peluk gomol dia. Walaupun kadang-kadang geram dengan perangai dia yang dah pandai macam-macam sekaran ni. Camni la kehidupan kan....

Monday, November 17, 2014

Ini bukan monday blues


Ni pic masa jam 12.35 tengahari tadi. Punya la tahan mengantuk. Cik Auni tidur lambat malam tadi. 11.30 malam baru dia nak lelap mata. Lampu semua dah tutup tapi mata Cik Auni tetap tak nak tutup huhuuhu...

Cik Auni sekarang susah dah nak tidur siang. Semalam kul 3 ptg baru dia nak lelapkan mata. Jenuh la nak suh dia tidur pagi tu. Memang tak la dia nak tidur. Selalunya dalam kalau pagi tak tidur dalam kul 12 or 1 tu dia dah mengantuk sangat tapi semalam entah kenapa energy dia banyak sangat. Sudahnya kul 3 ptg baru tumbang. 

5.30 petang baru dia banguan. Tu pun sebab hujan lebat dengan guruh angin nasib je tak ribut petir (minta dijauhkan). Kalau kat rumah MIL ujan lagi sedap la dia tidur. Sejuk je. Rumah kampung kalau ujan lebat guruh memang tak tenteram la nak tidur lama-lama walaupun sejuk.

Dah camtu malam memang lambat la dia tidur. Mummy dah tak larat nak angkat mata. Bagi dia tap layan upin ipin pun tangan dia tak berhenti bergerak. Ada je kerja dia kat badan mummy. Tak tenteram betul la. Camtu la anak kalau dah membesar. Serius rasa cepat sangat dia besar. Kalau masuk buai rasa macam dah tak muat buai tu. hai la anak kenapa la cepat sangat kamu membesar. Mummy tak puas lagi nak cium-cium bau baby....

Friday, November 14, 2014

Borak-borak hari Jumaat

Jumaat rehat lama kan...jom kita borak-borak. Lama dah tak bebel-bebel kat sini. Nak cerita apa pun tak tahu sebenarnya. Tadi bukan main lagi. Macam-macam nak cerita. Pastu dok tenung la pc tu lama-lama.

Semalam saya kerja petang. Balik pukul 10. Sampai rumah pun dah pukul 10.30. Dah la saya kehilangan kunci. Semua kunci ada. Kunci rumah, kunci opis, kunci opis shah alam. Aduhhhhh...tak tahu la mana saya salah letak. Kat opis takde kat rumah pun takde. Saya tak pernah pun keluarkan kunci tu dari dalam beg.

OTW balik rumah tu baru teringat camne nak masuk rumah ni nanti. Dah la saya tak save no tepon rumah. Biasa MIL memang dah tidur time-time camtu. Tapi pagi tu dia kata nak tengok pencetus ummah so harapnya dia ada la kat ruang tamu tu.

Satu lagi yang merisaukan saya ialah Cik Auni. Dia ni mana la boleh tidur tanpa saya. Sebelum tidur mesti nak ngempeng dulu. Hari tu masa saya kerja malam pun dia tahan mata taknak tidur. Tapi takpe la sebab En Suami ada timetu. Dia cuti. Boleh la dia layan Cik Auni. Saya balik je buka pintu bilik terus terkam. Tak sempat-sempat saya nak mandi terus di ajaknya saya bum bum nak tidur. Alahai kesian plak rasanya tinggal anak malam-malam camtu.

Dah semalam sambil drive sambil pikir camne nak masuk rumah sambil fikir Cik Auni. Drive pun nak cepat samapi je. Call en suami nak minta no rumah tak berangkat plak dia. Tak kan tak sampai tempat kerja lagi. Dah menambah lagi kerisauan saya. Tawakal je la sampai rumah nanti.

Sampai rumah tengok moto ada. Eh tak pergi kerja ke??? Oh tumpang lori kot sebab hujan. Gate memang tak kunci so senang la nak masuk kete dalam porch. Intai-intai dalam rumah oh tv terbuka. Lega rasa. So MIL memang kat depan la. Pintu depan pun tak kunci. Selamat la kan. Masuk rumah je melilau cari Cik Auni. Takde plak dia dengan MIL. Bilik tertutup. Mustahil dia tidur sorang-sorang dalam bilik. Bilik abang ipar pun tertutup. Cik Auni memang suka masuk bilik Pak Anjangnya kalau abang ipar saya ada. Tapi kalau Cik Auni ada dalam tu mesti pintu terbuka. 

Saya pun perlahan-lahan buka pintu bilik. Sekali tengok dia memang tidur. Alahai sian je tengok dia tidur. Yang sweetnya dia tidur atas dada ayahnya. Confirm la ayahnya pun tidur sekali. patut la call  tak angkat. Silent rupanya tak nak anak bangun. Sekali lagi rasa bersalah huhuhu....Maknanya semalam En suami EL sebab tak sampai hati nak tinggalkan anak dia yang meronta-ronta nak ikut dia pergi kerja. Selalunya saya ada so Cik Auni takdela nak menangis nak mengikut. Lagipun dia dah terbiasa pukul 8 je ajak masuk bilik. Dia tak suka nak lepak kat depan...

Bulan ni ada sekali lagi saya kerja malam. Kesian plak kat En Suami tak kan nak cuti lagi. Insya Allah lepas ni takde dah kerja malam. Maybe 2 3 bulan lagi. Yang tu nanti kita fikir camne nak buat yer...


Thursday, November 13, 2014

Syukur

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup udara segar di dunia ni. Masih lagi bernafas bangun tidur tadi. Cuma kadang-kadang diri ini sering kali melupakan PenciptaNya. Sering kali melupakan suruhanNya...

Semoga masih lagi berpeluang memohon ampun dariNya...

Terima Kasih...Terima Kasih...Terima Kasih...
Apa lagi yang perlu diucapkan....Alhamdulillah atas rezeki yang tak pernah putus. setiap kali keinginan yang terlintas di kepala & perut dapat jua akhirnya. 

Jemput semua....