Yeaaaaa.....hari ni dah Jumaat. Maknanya esok & lusa cuti. Biasa la bila Sabtu & Ahad menjelma memang sangat-sangat dinantikan oleh semua orang. Lebih-lebih lagi bila dah berkeluarga.
Takde plan nak kemana pun. Pada saya duduk rehat-rehat kat rumah, bermalas-malasan, bergolek-golek ngan tersayang pun dah cukup. Semingggu 2 hari ni la yang paling ditunggu. Kalau petang-petang dapat g jalan-jalan kat taman ke, sambil-sambil beli barang keperluan keluarga pun dah cukup bahagia. Seronok tak terhingga rasanya.
Oh minggu ni kakak ipar saya yang kat Selayang tu nak balik. Hampir sebulan mereka tak balik. Selain ziarah mak mereka nak membaja kebun katanya. Teringat masa sekolah dulu. Rajin gak saya ikut arwah abah ke kebun menolongnya. Seronok rasanya walaupun masa tu rasa macam eh tak bestnya kena tolong abah kat kebun. Orang lain boleh duduk-duduk kat rumah tengok tv tapi saya kena pergi kebun. Tapi bila dah sampai kebun rasa tenang je. Sambil-sambil rehat abah selalu nasihatkan kami adik beradik. Ye la masa kami kat rumah pun tak banyak. Abah balik kerja je dah penat. Petang kang ambik upah lain plak. So masa yang ada walaupun sedikit akan digunakan sebaiknya.
Saya dari kecik lagi memang selalu tolong mak abah kat kebun. Dari duduk felda, tolong kutip getah sekerap sampai la kami pindah ke kampung mak abah. Tolong pergi sawah ngan kebun kelapa sawit. Nampak betapa susahnya mereka cari duit untuk membesarkan anak-anak. Untuk pelajaran anak-anak apa pun sanggup abah lakukan. Saya rasa itu cara orang dulu nak dekat dengan anak. Bukan macam sekarang bawa anak-anak pergi taman, bercuti time cuti sekolah.
Orang dulu susah. Itulah cara arwah abah nak luangkan masa dengan anak-anak. Bukas sengaja ajak kami ke kebun menolongnya. Dia tak kisah pun kalau kami buat kerja main-main. Sebenanya dia nak curi masa bersama anak-anak.
Didikan anak dulu dengan sekarang dah berbeza. Kalau dulu arwah abah mesti sediakan rotan kat rumah. Hancur je abah cari lain kat hutan. Setakat berbirat kaki tu dah biasa. Tak sekolah je kena rotan. Tak nak mengaji je kena rotan. Didikan sekarang llebih kepada psikologi. Mana boleh rotan-rotan anak zaman sekarang. Kang jadi kes dera plak. Tapi saya hairan la kena orang dulu-dulu kena rotan takde plak dorang dendam ke hapa pada mak bapak kan. Kira habis kat situ jer. Esok-esok kalau buat lagi kena lagi. Walaupun macam tak serik kena rotan tapi ok je. Cer cuba rotan anak-anak zaman sekarang....
Itulah zaman dah berubah. Persekitaran pun dah berubah. Cabaran makin besar dalam mendidik anak-anak di zaman serba canggih sekarang ni. Akan datang apa pulak yer....
1 comment:
seronok ye ada kebun..mesti akk rindu ayah akak..al fatihah
betul,hujung minggu la dapat lepak lepak dengan keluarga,best sangat.
:)
Post a Comment