Friday, March 28, 2014

Cuti-cuti

Cuti-cuti kali ni saya tak plan pun. ni semua salah En Suami. Cuti-cuti kali nii lebih kepada cuci-cuci mata jer. Sebabnya saya kekurangan fulus hehehehe. Actually dari bulan Januari lagi saya memang plan nak pergi bercuti pada bulan Mac. Tak kisah la kat mana. Nak pergi dekat-dekat jer. Konon-kononnya nak celebrate birthday Cik Auni, birthday saya dengan anniversary kitorang sekali. Senang buat sekali. 

Plan memang nak pergi time cuti sekolah. Hujung bulan. Time tu dah gaji sedap la sikit nak berjalan kan. Walaupun tau time cuti sekolah hotel semua akan jadi mahal. Sebab tu saya dah start servey dari bulan 1 lagi. Konon-kononya nak booking awal la. 1st tempat yang saya servey ialah Grand Lexis PD. Memang grand la kan tempat ni. Saya pilih Grand Lexis PD ni sebab dia ada private pool dalam bilik. En Suami memang suka swimming. Lagipun boleh la ajar Cik Auni tu main-main air kan. Memang ada niat nak masukkan dia kelas renag. 

Tempat ke2 yang jadi pilihan saya ialah Gold Cost Morib. Sebab ada taman tema air. Google la segala info, hotel, promotion yang diorang buat. So saya usulkan la pada En Suami. Sekali semuanya dia tolak. Maka hancur luluh la perasaan saya nak pergi bercuti. Tu yang jadi majlis doa selamat sempena hari istimewa kitorang. So redha je la...

Seminggu sebelum cuti sekolah, MIL bagi tau kakak ipar saya nak balik Kedah. Diorang memang rajin balik Kedah kalau cuti sekolah. Tetiba En Suami kata nak ikut. Boleh bawa mak ngan MIL sekali. Saya macam serba salah. Dah la Kedah tu 5-6 jam perjalanan. Saya baru je ambik cuti awal bulan hari tu buat kenduri doa selamat. Tak kan nak ambik cuti lagi. Kurang-kurang pun kena ambik 2 hari cuti. Tapi hati tetap nak pergi jugak. Dah la belum gaji lagi time tu. Duit pun cukup-cukup jer nak lepas sampai gaji nanti. Mana sempat nak simpan duit sebab baru je lepas kenduri. 

Saya apply je cuti. Lulus tak lulus belakang kira. Isnin apply Rabu baru lulus. Terus saya call mak bagitau nak ajak g Kedah. Suka la En Suami sebab cuti saya diluluskan. 

Kami gerak hari Sabtu dalam pukul 3 petang. Bagi En Suami rehat cukup-cukup sebab tau dia sorang je yang akan drive. Rumah MIL kakak ipar kat Kuala Kedah. Jumpa dorang kat R&R Tapah. Dorang gerak dari Selayang. Sampai Kedah dalam pukul 1 pagi sebab kami singgah Penang sekejap. Saje nak lalu jambatan ke2 Penang & kami dinner kat area Queensbay.

Ahad pagi kami bertolak ke Langkawi. Dah dekat sangat rumah MIL kakak ipar dengan jeti. So apa lagi. Kami stay kat Langkawi 1 malam. Ambik homestay. Selesa sikit sebab bawa mak-mak dengan anak kecil. Kami hanya sempat naik cable car. Shopping coklat dekat Haji Ismail Group dengan pergi Idaman Suri jer. 

Dalam feri

Alhamdulillah berjaya juga saya menjejakkan kaki ke Langkawi. Thanks En Suami. Dah tak larat agaknyer dengar saya berleter kat telinga dia. Nak pergi Langkawi...nak pergi Langkawi.....Saya anggap ni sebagai serprise dari En Suami sempena birthday & anniversary kami. Thanks sayang....
Tak naik pun Duck Tour ni
 1 hari kat Langkawi memang tak cukup. Kena repeat lagi ni. Lagipun kami rushing balik sebab adik ipar terlibat dengan kemalangan. Mujur dia tak apa-apa...kereta je la yang agak teruk. 

Beratur nak naik cable car

Dalam cable car

Ni pun dlm cable car. Kakak ipar kat muka MIL muka cuak

Pemandangan dari atas






Suke yer Cik Auni

Apa nama tah tempat ni. Banyak kapal-kapal cantik kat sini

yea!!!!!!!!!!
Tempat wajib bergambar

Baru cukup corum

keluarga kecik
Mak kata nak pergi lagi. Ye la mak pun 1st time pergi. Kami pun tak dapat bawa mak jalan-jalan sangat. tau mak geram tengok pinggan mangkuk cantik-cantik. Tapi dapat la jugak mak beli 1 barang buat kenangan hehehehe...tak pe mak nanti kita pergi lagi yer. Kita ambik pakej 3hari 2malam. baru puas hati.

Pandai tak mak-mak saya bergambar. Ada gaya kan...
 Apa-apa pun terima kasih buat En Suami kerana telah bawa saya ngan mak ke Langkawi. Walaupun kita rushing tapi mummy happy sangat. Nanti kita pergi lagi yer. Plan nak ke Padang Besar pun tak kesampaian sebab kena balik awal. Tak pe ada rezeki kita pergi yer. Pergi ramai-ramai baru best!


No comments: