Di hari Jumaat yang mulia ni marilah kita sama-sama terus berdoa untuk Pesawat MH370 yang telah hilang hampir seminggu. Selain perbanyakkan selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Juga Al-Fatihah buat sekelian arwah yang telah meninggalkan kita.
Sedikit kronologi kehilangan MH370
Credit tu google
~~Pesawat MH370 hilang pada hari Sabtu jam 1.30pagi waktu Malaysia setelah berlepas dari lapangan terbang Kuala Lumpur pada pukul 12.40 tengah malam.
~~Dijangka sampai Beijing pada pukul 6.30pagi waktu Malaysia.
~~1.30 pagi MH370 terputus hubungan radar.
~~Lokasi terakhir 12 batu nautika timur kota Bahru sekitar Laut China Selatan.
~~239 orang penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal
~~Gerakkan mencari secara besar-besaran turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik China, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.
~~152 warga China termasuk 1orang bayi, 38 Malaysia, 7 Indonesia, 6 Australia, 5 India, 3 Perancis, 3 Amerika Syarikat termasuk1 bayi, 2 New Zealand, 2 Ukraine, 2 Kanada, 1 Rusia, 1 Itali, 1 Taiwan, 1 Belanda 1 Austria.
Semoga pencarian MH370 ini akan berhasil. Teruskan berdoa...dan berdoa...dan semoga ahli keluarga tabah & sabar dengan ujian ini.
No comments:
Post a Comment