Alhamdulillah...setelah lebih kurang 5 hari badan tak sihat. Start hari Rabu minggu lepas. Pagi tu dalam kul 2 pagi badan terasa sejuk menggigil2...Tetiba jer. Pada hal aircond memang off. Tarik selimut sampai muka still gak gigil-gigil. Auni plak ek...ek...ek...nak nenen. Tarik dia rapat sikit ke dada. Bila pegang badan dia rasa pelik plak. Apasal badan budak ni berpeluh. Cik Auni memang cepat berpeluh. Maknanya memang dia panas. Saya la tu yang tak ok.
Gigih la bangun cari baju sejuk dengan stokin sebab nak on aircond bagi Cik Auni sejuk. Saya memang tak pasang aircond sepanjang malam. Nak tido on lepas 1 jam off. Pastu bila rasa panas on balik. Pastu 15 minit off. Bertahan la saya menggigil-gigil sampai ke pagi.
En suami suruh saya MC je sebab katanya badan saya panas. Saya rasa macam ok jer. Apa yg sy perasan saya tak suka bau wangi-wangi. Dari dulu kalau saya demam memang saya tak suka berwangi-wangi. Sudahnya bila pregnant mmg alahan teruk dengan bau-bauan.
Sampai office mmg dah tak larat sangat. Buat la juga kerja sikit-sikit. Kononnya nak tunggu kul 10.30 nk g klinik sampai ke petang tak larat langsung. Dah tu xde selera langsung nak makan. En suami belikan nasi pun buat tak tahu jer. Terbayang nasi lemaak tu terus rasa nak muntah. Memang hilang terus selera ni. Perut plak dok krak kruk krak kruk....tiba-tiba kena plak cherry berry....entah salah makan apa la ni.
En suami call bagitau badan Cik Auni dedar. Tapi masih boleh tido. Petang tu saya balik MIL kata Cik Auni buang-buang air. Aik?????dh cam mummy jer. Sama la plak.
Khamis ngan Jumaat saya MC. Mummy ngan Cik Auni demam, berry-berry, x selera makan. Cik Auni siap muntah lagi. Tak tahu la apa yang tak kena. Makan memang xde langsung 2 hari tu. Minum je ok. Cik Auni kalau dapat minum air kosong mau 1 cawan dia habiskan. Lapar agaknya tapi nak makan tak berselera. Saya cuba bagi bubur kosong sama gak. Makan 1 sudu keluar balik. Tak tahu la berapa kg hilang berat dia sekarang ni. memang nampak kurus sangat. Terbaring jer. Cik Auni kan seorang yang sangat aktif bila dia terbaring jer sedih sangat tengok muka dia. Sayu jer.
Sabtu dan Ahad dia dah makan sikit. Demam dah tak de. Masih buang-buang air cuma tak kerap sangat. Makan boelh la sikit-sikit. Dapat la 7 8 sudu gak. Mummy pun dah boleh makan. Kalau tak hari Sabtu tu makan jer buang balik. Sayang rasanya.
Semoga kami sembuh seperti biasa. Kesian tengok anak mummy...
No comments:
Post a Comment