Tuesday, December 30, 2014

Bantuan kepada mangsa banjir

Last week saya cuti agak lama. Lama sebab cuti krismas jatuh pada hari khamis. Saya apply cuti Jumaat dan Isnin. Pagi tadi masuk kerja je ramai yang bawa baju untuk didermakkan kepada mangsa banjir. Sambil-sambil breakfast tu macam-macam yang dorang bagitau. Maklum la lama tak masuk office.

Sayangnya tarikh akhir adalah hari ni. Esok pagi-pagi bekalan tu akan dihantar ke tempat banjir. Antara bekalan yang diorang perlukan pakaian, selimut, air mineral, bekalan makan, diapers & tuala wanita. Terus terfikir macam mana la nasib baby ngan anak-anak yang masih kecil kat sana.

Naluri mak-mak memang camni. Terus teringat anak kat rumah. So yang cadangkan untuk kutip lagi sumbangan untuk beli keperluan baby & anak-anak. Alhamdulillah mendapat sambutan. Sebenarnya kat opis diorang dah kutip dana & memang pagi tu diorang nak terus beli barang. Diorang pun dah decide nak beli air mineral ngan biskut.

Sekali lagi kutipan dana dilancarkan dan kami sepakat membeli keperluan baby seperti botol susu, susu formula, pakaian baby & anak-anak & diapers. Terharu sangat bila masih ada yang sanggup memberikan sumbangan disaat-saat akhir. Saya sendiri bersama seorang kawan pergi membeli keperluan tersebut. Terasa sangat puas bila dapat membeli barang tersebut. 

Saat membeli pakaian tu terbayang-bayang di mata saya bagaimana anak-anak ini kesejukkan. Lagi-lagi yang baby. Alhamdulillah kami mendapat harga yang berpatutan bila kami bagi tau tokey kedai tu yang barang-barang tu adalah untuk mangsa banjir. Kalau la kami sendiri dapat memberikan kepada mereka sumbangan tersebut alangkah gembiranya kami. Masa saya letakkan barang-barang tersebut ditempat pengumpulan, memang tiada langsung keperluan untuk bayi & anak -anak kecik. Kebanyakkannya menyumbangkan pakaian orang dewasa.

Saya berharap sangat agar sumbangan ini dapat disalurkan secepat mungkin kepada mereka yang memerlukan. Walaupun sedikit kami berharap ianya akan dapat meringankan beban mereka. Dan doa kami agar mereka terus tabah menghadapi dugaan yang besar ni...

Wednesday, December 24, 2014

Semoga bantuan segera dihulurkan...

Malam tadi dapat WassApp dari officemate saya berkenaan kampungnya yang dilanda banjir. Sebelum ni tak pernah pun rumah mak dia dinaiki air. Kampung dia tu kat Manik Urai Kelantan. Sedih sangat bila dia bagitau mak dia yang uzur hanya tinggal dengan anak sedara dia je. Dah la bekalan electrik terputus, talian telefon pun putus...Allah...sedih sangat rasanya.

Pagi tadi dia bagitau abang dia terpaksa dukung mak dia redah banjir sejauh 1km cari tempat yang lebih tinggi. Tak terkata saya. Sedih, pilu. Katanya lagi anak jiran dia yang berumur setahun menangis dari malam tadi sebab kesejukkan kena air hujan. Terus air mata ni laju je mengalir. Teringat Cik Auni kat rumah. Tak dapat bayangkan keadaan mereka di sana. Tengok dalam tv pun dah rasa sedih inikan pula bila orang yang terdekat dengan kita yang mengalaminya. Tak tahu nak cakap macam mana dah lagi...

Bantuan tak dapat diberikan sebab jalan semua tutup. Ada helikopter datang tapi tak ada tempat nak mendarat. Ya Allah begitu kuat ujian yang engkau berikan. Dalam hati terus berdoa agar tiada sebarang keburukkan yang lebih teruk berlaku. Semoga bantuan segera diperolehi. 

Ye la kita tak tahu kan keadaan mereka yang nak menyelamatkan mangsa. Bertungkus lumus berusaha sedaya upaya agar semuanya dapat diselamatkan. Kesusahan mereka berusaha patut dihargai. Mereka pun tak mau perkara yang lebih buruk berlaku.

Sama-samalah kita berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Tuesday, December 23, 2014

Pelbagai cerita pelbagai rasa

Lagi beberapa hari je lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Macam mana perjalanan 2014??? Sedih kah???gembira kah??? Adat la ada yang sedih ada yang gembira. Ada yang kehilangan insan tersayang & ada plak yang menerima insan baru dalam hidup mereka.

Bila dah nak masuk tahun baru mula la sibuk dengan azam kan??? Apa azam baru??? tercapai ke azam lama??? 

Sepanjang 2014 bagi saya biasa je. Alhamdulillah diberikan keluarga yang menyayangi antara satu sama lain. Mengambil berat, bertolak ansur tak kira la dalam keluarga kecik saya atau pun keluarga besar dikedua-dua belah pihak. Semua tu bakal menjadi kenangan buat diri saya.

Saya tak pernah meletakkan sesuatu azam tu secara specific. Apa yang saya buat adalah mencuba dan terus mencuba untuk menjadi yang lebih baik. Dari hari ke hari dan seterusnya. Lagi-lagi bila dah berkeluarga dan ada anak ni. Of course tumpuan saya lebih kepada keluarga saya sendiri selain cuba untuk berikan yang terbaik buat kedua-dua emak saya. Masing-masing status ibu tunggal so masa memang banyak akan dihabiskan untuk mereka berdua sahaja. Alhamdulillah En Suami pun begitu juga. Malah saya bersyukur sangat dan berasa gembira bila En Suami sentiasa mengingati saya.

kadang-kadang rasa rindu pada kawan-kawan lama. Terasa ingin sekali berjumpa dengan mereka semua. Jeles dengan mereka-mereka diluar sana yang cuba mencuri masa untuk sahabat-sahabat mereka. Jeles bagaimana mereka dapat bahagikan masa antara keluarga dan sahabat. Mungkin belum masanya bagi saya kot. Nak menguruskan rumahtangga pun masih terkial-kial lagi. Banyak yang perlu saya pelajari lagi. Saya bersyukur duduk dengan mak mertua yang terlalu banyak menolong saya menguruskan rumah dan anak. Tak pernah sekali pun dia merungut malah begitu ikhlas melakukannya demi anak menantu dan cucu dia. 

Saya pun tak tahu macam mana nanti sekiranya rezeki saya untuk belajar berdikari duduk sendiri. Apa alasan yang nak saya berikan. Melainkan kalau adik ipar saya sudah berkahwin dan setuju untuk duduk bersamanya. Banyak faktor tidak menyebelahi saya untuk duduk berasingan dengan mak mertua. Tapi sesiapa pun memang kalau boleh nak duduk berdikari sendiri. Mungkin ada hikmahnya. Tak ada yang salahnya kalau saya terus duduk bersamanya tapi ye la kita ni kan manusia biasa. Kadang-kadang macam-macam perasaan yang bermain difikiran ni. Apa yang boleh saya lakukan adalah berdoa untuk yang terbaik sahaja. Kalau duduk bersama mertua adalah yang terbaik mungkin itu keputusan yang perlu saya ikuti...

Apa pun saya mengharapkan semuanya akan beroleh kebaikan sama ada di pihak saya ataupun mak mertua. Tak mahu ada yang terasa hati. Mungkin En Suami lagi didalam dilema. Kanan mak kiri isteri. Kedua-duanya perlu ditangani sebaik mungkin.

Dan saya mengharapkan 2015 saya tidak lagi menghitung hari. Terasa penat sangat dah. Biarlah permulaan 2015 menjadi permulaan yang baik buat saya sekeluarga....

Salam 2015  dari saya...(macam awal sangat plak kan hehehehe...)

Tuesday, December 16, 2014

Cerita budak kecik

Assalammualaikum semua...

Lama dah tak cerita pasal budak kecik kat rumah tu. Tu la satu-satunya budak kecik yang ada kat rumah. Jadi kesayangan semua orang. Tu pasal la makin manja budak tu. Tak pe la sikit hari lagi nangis je mummy babap tau!

1tahun 9bulan apa yang budak kecik nii dah pandai??? Saya tak tahu sama ada perkembangan dia nii mengikut umur atau tak. Kalau sepupu-sepupu dia yang sebaya or lebih kurang baya dia perkembangan diorang memang cepat. Dari bergolek, meniarap, merangkak, berdiri & berjalan memang Cik Auni ketinggalan.

Mummy tak kisah pun. Mummy pun tak paksa dia. Biar dia buat secara natural. Perkembangan sekarang ni dah pandai cakap & baca buku. Baca buku ikut bahasa dia. Ambik buku or kitab-kitab wan yang dia selalu selongkar tu pastu mulut terkumat kamit membaca. Hanya dia saje yang faham apa yang dia baca. Mummy biarkan je. Kadang-kadang bila dia buka tablet dia ada tulisan-tulisan ke ayat-ayat quran mula la mulut comel dia tu muncung-muncung membaca. Alhamdulillah satu perkembangan yang positif bagi mummy. Mummy bangga sangat atas pencapaian Auni tu. Harap tabiat suka membaca ni kekal la sampai bila-bila yer...

Beberapa perkataan yang Cik Auni dah berjaya sebut sekarang ni...maa (mummy) dia tak pandai sebut mummy walaupun banyak kali dah ajar. tak pe  la sayang. Bila tanya mana mummy pandai plak tunjuk. Tapi bila nak panggil mummy mesti dia sebut maaa... yayah untuk ayah. kadang-kadang boleh jugak sebut ayah. Mamak merujuk pada wan..kadang-kadang dia panggil waa..Perkataan lain macam duduk, mot (remote) bum (baring) shu (susu) mum (makan) no (kalau nak marah orang balik. sebab mummy selalu kata no kalau nak larang dia buat sesuatu) nen (susu or kalau dia nak nenen mummy) nak, nanak, jom, dung (tudung) chu (pak usu) wah (buah)...Nanti kalau saya ingat saya bagitau ye. Setakat ni itu je kot.


Ni la manja mummy, kesayangan ayah, kegeraman semua orang. Sepupu sebelah suami kalau balik mesti cari budak kecik ni. Next week sepupu kat selayang nak balik mesti suka cik Auni ni main-main. Pak long pun nak balik gak. Tapi next week jadual padat. Tapi Cik Auni ni sentisanya ligat. Aktif memanjang. Apa yang penting Cik Auni mummy ni sihat-sihat je....

Monday, December 8, 2014

Alhamdulillah dimudahkan...

Hari ni En Suami pergi buat inspection untuk bas sekolah dia. Biasa la bas dh umur 25 tahun kena la g inspection JPJ 6 bulan sekali. Hari tu renew permit alhamdulillah dapat lagi 5 tahun.

En Suami call waktu lunch tu suara macam bengang je. Ye la tak dapat masuk lagi. Orang JPJ tu pun tengah rehat. Kul 2.30ptg baru boleh masuk. Yang menunggu turn sebelum En Suami ada la dalam 7 buah lagi. Pegawai tu kata ramai yang bercuti so tak ada orang. Apa lagi bengang la mereka-mereka yang datang dari awal pagi lagi. Yang dekat ok la yang jauh mcam En Suami ni pagi-pagi lagi dah bertolak. 

Saya pun tak faham macam mana konsep dorang bercuti ni. Tahu la ramai yang nak habiskan cuti tahun tapi tak kan takde pegawai pengganti. Or sekurang-kurangnya bergilir la kalau nak bercuti tu. Tak de la menyusahkan orang awam yang nak berusursan dengan mereka. So bersabar la En suami..

Pukul 3.30 En Suami call lagi. Alhamdulillah lulus. macam tak percaya je. Biasanya 2 3 kali pergi baru lulus. Itu yang dia macam lemah semangat sikit masa mula-mula call tu. Ni bila dah lulus lega rasanya. Saya yang mendengar pun rasa happy. Alhamdulillah dipermudahkan. BErkat orang bersabar kan...

Cerita yang lemau

Asal senin je nak lemau. Asal lemau je nak senin. Kenapa????kenapa???itu saya ler tu hikhikhik...serius pagi tadi malas giler nak bangun. Alarm bunyi pun leh sambung tidur lagi (eh bukan mmg cmtu ke hari hari...) tidur tidur ayam jer....tapi kadang terlajak la jugak. Tapi sebelum pukul 7 dh settle mandi la.

Ni semua sebab anakanda beta la ni. Dia kena campak. Bukan campak dari tingkat tujuh ke hapa yer..kena demam campak. Tapi dia tak demam sebenarnya. Dah camne tu????

Jumaat lepas balik umah, mak bagitau kaki tangan Cik Auni merah-merah gatal. Tak tahu la kenapa. Saya syak mungkin ada kena gigit serangga ke hapa kan. So malam tu memang dia menggaru je la. Sian Cik Auni tak tidur lena. Sebotol minyak gamat saya lumur. Jap-jap garu...memang kesian sangat la. 

Sabtu saya bawa dia pergi klinik. Doc kata maybe alergik. Kalau sebab makan mungkin tak kot sebab sepanjang setahun 9bulan ni Cik Auni memang takde elergik pada makanan langsung. Tapi mana nak tau kan. So doc bagi ubat sapu, ubat tahan gatal, ubat elergik ngan ubat demam. 

Ubat demam memang tak bagi sebab saya tengok dia ok je. Syukur la dia masih aktif seperti biasa. Cuma makan agak kurang sikit. Biasa la budak kan memang ada mood dia. Susu pun minum macam biasa gak. So sepanjang sabtu & ahad memang itu je la pakaian rasmi Cik Auni. Jimat sabun xyah basuh baju yer.

Cuma semalam saya perasan ada kuar biji biji kecik kat badan. Pastu naik ke muka & kepala sikit. merah merah macam ruam tu dah takde. So takde la dia menggaru sangat. Cik Auni kalau menggaru boleh smpai meleceh & berdarah. Perangai ayah sangat dia ni hehehehe...

Saya tak tahu nak cakap campak ke ruam ke hapa ke. Malam tidur pun dah ok takde nak menggaru sangat la. Lega sikit la hati saya ni walaupun pagi tadi rasa macam nak cuti jer. Memandangkan last week saya dah EL so gagah kan jua la seret kaki ke tempah kerja. 

Semoga anakanda beta cepat sembuh....

Friday, December 5, 2014

Hujung minggu hari bersama tersayang

Yeaaaaa.....hari ni dah Jumaat. Maknanya esok & lusa cuti. Biasa la bila Sabtu & Ahad menjelma memang sangat-sangat dinantikan oleh semua orang. Lebih-lebih lagi bila dah berkeluarga.

Takde plan nak kemana pun. Pada saya duduk rehat-rehat kat rumah, bermalas-malasan, bergolek-golek ngan tersayang pun dah cukup. Semingggu 2 hari ni la yang paling ditunggu. Kalau petang-petang dapat g jalan-jalan kat taman ke, sambil-sambil beli barang keperluan keluarga pun dah cukup bahagia. Seronok tak terhingga rasanya. 

Oh minggu ni kakak ipar saya yang kat Selayang tu nak balik. Hampir sebulan mereka tak balik. Selain ziarah mak mereka nak membaja kebun katanya. Teringat masa sekolah dulu. Rajin gak saya ikut arwah abah ke kebun menolongnya. Seronok rasanya walaupun masa tu rasa macam eh tak bestnya kena tolong abah kat kebun. Orang lain boleh duduk-duduk kat rumah tengok tv tapi saya kena pergi kebun. Tapi bila dah sampai kebun rasa tenang je. Sambil-sambil rehat abah selalu nasihatkan kami adik beradik. Ye la masa kami kat rumah pun tak banyak. Abah balik kerja je dah penat. Petang kang ambik upah lain plak. So masa yang ada walaupun sedikit akan digunakan sebaiknya.

Saya dari kecik lagi memang selalu tolong mak abah kat kebun. Dari duduk felda, tolong kutip getah sekerap sampai la kami pindah ke kampung mak abah. Tolong pergi sawah ngan kebun kelapa sawit. Nampak betapa susahnya mereka cari duit untuk membesarkan anak-anak. Untuk pelajaran anak-anak apa pun sanggup abah lakukan. Saya rasa itu cara orang dulu nak dekat dengan anak. Bukan macam sekarang bawa anak-anak pergi taman, bercuti time cuti sekolah.

Orang dulu susah. Itulah cara arwah abah nak luangkan masa dengan anak-anak. Bukas sengaja ajak kami ke kebun menolongnya. Dia tak kisah pun kalau kami buat kerja main-main. Sebenanya dia nak curi masa bersama anak-anak.

Didikan anak dulu dengan sekarang dah berbeza. Kalau dulu arwah abah mesti sediakan rotan kat rumah. Hancur je abah cari lain kat hutan. Setakat berbirat kaki tu dah biasa. Tak sekolah je kena rotan. Tak nak mengaji je kena rotan. Didikan sekarang llebih kepada psikologi. Mana boleh rotan-rotan anak zaman sekarang. Kang jadi kes dera plak. Tapi saya hairan la kena orang dulu-dulu kena rotan takde plak dorang dendam ke hapa pada mak bapak kan. Kira habis kat situ jer. Esok-esok kalau buat lagi kena lagi. Walaupun macam tak serik kena rotan tapi ok je. Cer cuba rotan anak-anak zaman sekarang....

Itulah zaman dah berubah. Persekitaran pun dah berubah. Cabaran makin besar dalam mendidik anak-anak di zaman serba canggih sekarang ni. Akan datang apa pulak yer....

Thursday, December 4, 2014

Kesabaran mummy

Cik Auni sekarang kalau tantrum boleh tahan la. Eh kadang-kadang mummy boleh hilang sabar tau! Mungkin sebab mummy penat, letih, ngantuk tu yang jadi hilang sabar tu. Nama pun budak kan. Nak buat macam mana. Hari-hari kita tinggal dia pergi kerja. 

Tapi tu la kesabaran kita ni pun kadang-kadang diuji jugak. Kena la banyak beristigfar. Budak kecik lagi bukan tau apa pun. Nak nak lagi yang jenis tak pandai bercakap lagi. Dia nak apa pun kita tak pasti. Kat sini memang kena banyak bersabar. Saya pernah je tertinggikan suara kat Cik Auni. Rasa geram semua ada la time tu. Tapi benda dah terlepas. Bila anak nangis mula rasa bersalah pada anak. Anak kecik memang la nak perhatian lebih pada orang tuanya. Kadang kada memang tak larat nak layan karenah dia. 

Kadang kadang kita sebagai ibu bapa ni terbawa-bawa sesuatu masalah tu & lepaskan pada anak. Contohnya masalah kat tempat kerja ke. Geram or marah dengan bos ke. Tak puas hati dengan kawan-kawan ke. Masalah dengan pasangan ke. Tiap tu pulak anak buat hal. Tantrum tak tentu pasal tu yang kadang terlepas pada anak.

Serius rasa menyesal plak bila terlepas pada anak. Time tu kita menangis pun tak guna dah. Saya takut sangat kalau Cik Auni terdendam pada saya. Ye saya tau dia kecil lagi. Sebab dia kecil lagi la saya takut. Semua yang berlaku depan dia akan masuk terus ke otak dia. Sebab tu kita kena tunjuk perkara-perkara yang baik-baik je pada anak. Anak ni kan suci. Putih bersih so kalau tersalah corak kita jugak yang terima akibatnya.

Mana ada seorang ibu yang sanggup marahkan anak. Saya cuba sedaya upaya cuba untuk memahami keadaan anak yang tantrum ni. Saya harap sangat agar kesabaran saya ni akan terus meninggi. Cuba untuk menangani Cik Auni sebaik mungkin.