Sedih memang sedih....bila PM Dato Sri Najib Tun Razak mengumumkan yang MH370 tamat di Lautan Hindi, tak dapat bayangkan perasaan ketika itu. Sebak sangat. Memang tak ada sesiapa yang berkaitan dengan saya yang berada dalam kapal terbang tersebut. Tapi sebagai insan biasa perasaan tu sentiasa menyelubungi diri saya.
Bagaimana pula dengan keluarga mereka kan...sehingga ke hari ini bila mendengar berita tragedi MH370 ni terus hati rasa sebak. Hanya doa sahaja yang dapat diberikan buat mereka. Kepada kaum keluarga mereka saya berharap agar mereka tabah dan banyakkan bersabar. Berat sungguh ujian buat mereka. Saya yakin mereka dapat menghadapinya jua. Mungkin la akan ambik masa. Ye la kalau saya pun.
Redha dengan pemergian mereka. Sabar...sabar...dan teruskan bersabar. Allah tak kan beri ujian kepada hambanya yang tak kuat kan....Ujian ini buat kita semua juga. Sebagai satu peringatan. Allahuakbar....
2 comments:
tu ahh..sedih sgtt..hmm..*blog aku private wt smntara..huhu
tu la...lama tggu ko xmuncul2...
Post a Comment