Monday, December 27, 2010

Friday, December 24, 2010

MC

Hari ni saya MC. memang dari semalam badan suam-suam suku. Tekak pun lain macam jer. Semala 1/2 day sebab tak larat sangat. Hari ni memang niat nak pergi kerja. Kerja banyak (sampai bila pun kerja tak habis kan???) Lagipun dah janji dengan supplier nak emailkan surat.

Bangun tido pagi tadi rasa berat jer badan ni. Kepala pun berdenyut-denyut jer..Dok berkira-kira nak kerja ke tak? Lepas solat subuh makin tak larat pulak badan ni. Sudahnyer 8.30 ke klinik jugak akhirnya. Dapat la MC harini. Tapi pergi gak opis. Supplier dah call bila nak email surat.

Cuti-cuti pun ramai yang call tnya pasal kerja (cam penting sgt jer kan) hehehee...xde la orang penting kat opis tu kebetulan ada kerja yang x settle lagi...dari klinik ke opis, sampai umah dah kul 11. Perut sikit punya lapar. Alhamdulillah selera saya dah kembali seperti biasa. Dekat 2 mggu xde selera nak makan. Makan ubat selsema ngan demam jer. Ubat batuk memang tak makan sebab tau ubat tu akan membuatkan kepala saya ting...tong....

Lepas solat zohor mata ni bagai digam-gam...terus tertido dari kul 2.30 hingga 4.30. Ingatkan ubat tu x mengantuk sekali mata x leh tahan dah....

Malam ni malas dah nak makan ubat. Buatnya terlajak esok pagi sudah....acikan saya tak makan ubat heheehehe....



Wednesday, December 22, 2010

Garu-garu

Tekak saya rasa perit. Susah nak makan. Nak telan air kosong pun rasa cam telan batu jer...Pastu kadang-kadang rasa gatal sangat. Cam nak ambik garfu gar-garu dalam kerongkong ni...

Saya tak suka bila keadaan ini berlaku. Nak bercakap pun tak selesa. Nak gelak pun kena control-control. Paling tak suka bila bangun pagi....

Saya perlukan vitamin c....Oh buah-buahan pun dah habis nampaknya. Mana saya nak dapatkan bekalan vitamin C ni??? Jangan la saya demam, batuk & selsema. Habis plan saya nanti...

Wangian Melambangkan Personaliti Anda…

BUNGA-BUNGAAN :

- Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.

BUAH-BUAHAN

Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.

OCEANIC

Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.

HIJAUAN SEMULAJADI

Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !

ORIENTAL

seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.

KAYU-KAYAN

wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak


Tuesday, December 21, 2010

Syukur...

Syukur padamu Ya Allah atas nikmat yang Kau berikan...yang membuka hatiku...yang memberikan ketenangan padaku...





Rindu En Zulfaqar

Baru balik dari KPJ melawat A.Zul yang admitted tengahari tadi. Nak kena buang kahak kata K.Zai. Asalnya bawa budak kecik yang demam. Sekali abah dia plak yang admit hehehe...

K.zai kata tak serius...so lepas kerja baru bertolak ke S.Alam. Sebenarnya rindu kat En. Zulfaqar. Hampir sebulan tak jumpa. Dah termimpi-mimpi lagi. Selalu kalau dah sampai mimipi-mimpi tu maknanya En.Zulfaqar pun dah rindu. Ummi kata dia dah demam pun. Huhuhu....siannya. Sorry sayang lama x jumpa. Dengar suara dalam telefon seksi habis. Memamng demam la tu. Dengar suara pun aku leh nangis-nangis..Rindu oooo....

Sampai-sampai je terus terkam En. Zulfaqar. Naik lemas ku cium-cium hehehe...tak tau la nak cakap macam mana dia punya rindu. En.Zulfaqar pun kalo 2 3 minggu tak jumpa leh demam-demanm...Camne tu. Apa nak buat...Demi En.Zulfaqar tersayang akan ku luangkan juga masa untukmu sayang....

Niat ke S.Alam sebenarnya adalah nak jumpa En.Zulfaqar. Melawat A.zul tu jatuh no.2 la hehehe...(A.zul jgn kecik ati tau...) xleh tahan dengar suara kat tepon jer...lagi lama dengar lagi laju airmata ni turun cam hujan hehehe....

Ni la dia budak busuk yang sangat2 dirindui...Camne kita nak duduk jauh ni sayang...


Cenggini la gayanya 2 mggu sekali kena dating ni...boleh kan ummi kan hehehe...

Esok baru doktor akan membuang kahak A.Zul...doktor suspek ada jangkitan kuman dalam paru-paru...Hopefully semuanya akan ok. Dan semoga A.zul beroleh kesihatan yang berpanjangan...xmo dah masuk spital lagi yer...K.zai pun jgn nk berangan2 masukk spital gak yer...dan semoga En.Zulfaqar kesayangan akan sihat juga...sy suka dengar suara dia yang seksi tu...tapi xmo la sakit2 camni...

Sunday, December 19, 2010

Hari yg padat & menggembirakan

Seharian keluar ngan adik2 sgt menyeronokkan. Pergi tgk wayang bersama-sama. Tgk cerita Ngangkung ngan Hantu Mak Limah Balik Rumah. Walaupun Ngangkung dah tgk demi adik2 tgk lagi...

Memang dah jadi kebiasaan time cuti sekolah mesti bawa dorang jalan-jalan. cuma kali ni terlambat sikit bawa dorang. 2mggu je lagi sekolah akan dibuka...selalu tu awal2 dh g bw. kali ni g ngan adk & adk sepupu jer...adk2 lain dh keje ssh plk nk cuti. Masing2 dah ada agenda tersendiri.

PAs tgk wayang kami singgah umah makcik kat Meru. Saje nak wish birthday tuk Firdaus Safiq. Tapi x bw apa2 pun. Datang tangan kosong jer...sori yer angah hehehe...Ibu sempat masak mee ubi ngan pulut kuning lagi tu...ayah plak sempat lari ke kedai beli kek. Dapat la celebrate kecil2an...Happy birthday Angah...semoga angah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pmr nnti. (2 3 hari je lagi)

Sampai umah ibu kul 7 anta fara. lepak2 jap kul 8.30 sampai la rumah...Walaupun xtvt biasa2 jer tapi dapat menggembirakan hati orang yang kita sayang..rasa tenang jer...

Oh ya esok besday abang ngan amren...

Happy Birthday Abang, smg pjg umur murah rezeki & dapat menjaga kami kelak...
Happy Birthday Amren, smg mdapat result yg baik dlm pmr nnti & mjadi anak yg berjaya dalam keluarga...


Kedamaian & Ketenangan


Sangat-sangat memerlukan tempat seperti ini...Sangat mendamaikan dan penuh dengan ketenangan....Haruskah saya mengambil cuti yang panjang????



Saturday, December 18, 2010

Sabtu yang suam-suam kuku

Sebenarnya arini ada jemputan kawen kat port klang tp xde member nak pegi...Oh harini saya bangun seawal 5.00 pg. Oh kagumnyer sebab ari sabtu dan hari tak kerja. Ditambah pulak dengan cuaca yang sejuk sebab semalam adalah hujan...

Tapi kenapa saya bangun sangat awal??? Entah la saya pun tak pasti. Tapi lepas tu saya tidur-tidur ayam saja. 6.30 baru saya bangun dengan malas sebab perut minta untuk dikeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan dalam badan.

Pukul 7 saya dah mendobi. Hari ni cuaca mendung haruslah mendobi seawal pagi. malam td pun dah masukkan separuh baju dalam washing machine. Oh mggu ni smggu sy kumpul baju. Selalu tu hari rabu saya dah basuh.

Mak pulak dengan rajinnya telah mengutip seluar2 jeans abang untuk dibasuh dan secara tidak sengaja telah terdobi wallet abg sekali hehehehe...(nasib la bang) sapa suh xmo basuh sendiri kan...

8.30 settle kemas umah ngan dobi. Mandi pastu bekpes nasi lemak yg dipesan pg2 celik2 mata kat abah hehehe...bertuah betul anak abah ni kan. celik2 mata minta nasi lemak huhuhu...oh mak saya wat ubi rebus cicah ngan sambal bilis. Kul 9 g pasar blk 10.30 terus masuk dapur...giler awal masak lunch arini. Masak sup ayam jer...tu pun hbs sume sayur kobis ngan sawi saya masuk sekali dlm sup tu hehehe...berbangga la mak dapat anak yg sgt rajin mengelat ini hehehe....

11.40 siap masak...abang pun baru bangun xyah nak sibuk2 bekpes leh terus lunch jer..tp kalo nk leh jer ubi rebus mak ada lg...so pasni xtau nak buat apa dah...mata cam ngantuk tapi xmo plak dia nak lelap. Nak kuar dengan cuaca yg sgt suram ni agak malas...so lepak2 dlm bilik sambil layan lagu & berharap internet akan speed ngan lajunya supaya sy tdk kebosanan menunggu...

Adik2 saya pun x blk mggu ni. kalo idak boleh la bertinju ngan mereka sampai mak abah jerit2 kata perangai mengalahkan budak2...

Xpe la arini rehat2 sajer dirumah sebab esok saya nak dating ngan adik2 yg kat rumah ni. Awal pagi kitorang dah nak kuar umah. Hopefully cuaca ok esok...

Sekian saje bebelan saya buat hari ini (sambil pk nak wat apa pasni)


Friday, December 17, 2010

Wednesday, December 15, 2010

Aishiteru...





Datang lagi...

Oh tidak sakit gigiku datang lagi...mcm mana nak tido malam ni??? berdenyut-denyut ni...nk g klinik ke esok??? klinik panel jauh...klinik kerajaan tau je la camne....bukan belagak xmo g kerajaan punya tapi biasanya kes-kes sakit camni doktor xmo cabut.

Gigi ni memang dah berlubang. Dah penah tampal pun. Dua kali plak tu...tapi tampalan tu dh tercabut maka lubangnya dah semakin besar. Doktor tu kata aritu dah sampai saraf dah. kena wat pembedahan. Aku kalo bab-bab bedah ni memang takut sikit. Tak kira la sikit ke banyak..

Klinik panel aku ni pun kadang-kadang sengal gak. Time aku pergi takde plak doktornya...dah wat appoitment pun camtu gak...last2 malas dah nak datang. Sekarang lagi malas sebab dah jauh. Panel gigi satu jer plak tu...

Sakit-sakit leh lagi membebel kan hehhehe...ni saje nk bagi mata ngantuk. Nnti senang sikit nak tido...tengah fikir ni camne nak tido dalam keadaan gigi yang berdenyut-denyut ni...

Tuesday, December 14, 2010

Irisya Sofea

Namanya secomel mukanya. Siapa yang tak suka dengan baby. Baby yang sangat comel yang membuatkan semua orang berasa geram tak kala melihatnya. Tapi siapa sangka baby yang masih tidak tahu apa-apa ini sedang menderita penyakit yang dia sendiri tidak tahu. Irisya yang baru berusia 3 bulan ini sedang berjuang dengan sedaya upayanya...

Setiap ibu bapa pasti inginkan anak yang dilahirkan sihat. Membesar di depan mata mereka. Mungkin ini ujian dariNya...

Harini Alhamdulillah aku rasa sangat berbangga dapat membantu meringankan beban bayi sekecil ini. Walaupun aku tak tahu adakah darahku esok boleh diterima Irisya sekurang-kurangnya aku dapat meringankan beban ibubapa Irisya. Dalam keadaan begini aku pasti setiap ibubapa pasti akan melakukan apa saja untuk permata hati mereka lebih-lebih lagi inilah buah hati pertama mereka.

Aku doakan pembedahan Irisya berjaya esok. Semoga ketumbuhan di otak Irisya dapat dikeluarkan. Semoga Irisya dapat membesar seperti mana kanak-kanak yang lain. Walaupun aku tak berpeluang lagi melihat Irisya, aku berharap sangat 1 hari nanti aku dapat melihat Irisya berlari, bermain, ketawa bersama-sama orang sekeliling yang sangat menyayanginya..

Aku berharap pada kawan-kawan agar dapat mendoakan semoga pembedahan ketiga Irisya berjaya esok pagi. Semoga ini adalah pembedahan yang terakhir buat Irisya. Sama-sama kita berdoa.....


Friday, December 10, 2010

Mode: frust & sedih...


Kek coklat kukus sy kali ni x menjadi...saya sedih sangat...memang dah lama x buat. Tak sangka plak x menjadi kali ni...agak2 kenapa yer....huhuhu....

Thursday, December 9, 2010

Tik Tok...


Oh kenapa saya rasa masa begitu lambat berputar...wahai masa boleh tak kau lajukan sikit pergerakkan kau. Saya dah tak sabar-sabar ni...




Sahabat lama lagi...

Salam kawan-kawan...

Sempena tahun baru hijrah ni, Alhamdulillah saya bertemu lagi sahabat lama saya...hampir 10 tahun (mungkin lebih kot) x berhubung...saya pun x menyangka dapat berjumpa dengannya semula.

Kawan-kawan masa sekolah bila dah lama tak jumpa memang banyak yang nak diceritakan...rasa macam tak cukup 1 hari. Dia duduk tak jauh pun, tapi mungkin Allah tidak memberi kami peluang untuk berjumpa...

Berkat tahun baru ni...semoga ukhhuwah yang terjalin ini akan berkekalan sampai bila-bila Insya Allah...terima kasih Ya Allah...

Wednesday, December 8, 2010

Perut oh perut

Kenapa engkau sakit,
macam mana aku x sakit
makan nasi mentah 2x
(tipu...tipu...)

bkn makan nasi mentah ni gara-gara makan pedas masa lunch tadi...Ikan keli masam pedas...maunyer tak perutku meragam...sejak akhir-akhir ni makan pedas jer mula la nk meragam perut ni...oh yer petang td minum plak teh o ais limau....(ais lagi...)

Sekarang ni dalam proses mengurangkan minum ais. Bukan apa rasa diri ni cam dh x larat jer... (ecececece....cover baik punyerrrrr...) ye la ye la...nk diet sebenarnya. Entah la memang rasa badan ni dah tak larat. (sama la tu kan...)

Lagipun aku rasa badan aku sgt la kurang air...air kosong yer u allllll....sebabnyer kulit-kulit terasa kering jer...bibir lagi la...asik merekah jer...dh x cantik bibir aiiiii...

Masalahnyer aku ni susah sgt nak minum air kosong kat rumah. Kalau kat opis tu 1 liter air tengahari aku dh leh habiskan. kenapa yer...kalo kat rumah nk minum air sejuk-sejuk jer...

Ni citer perut ke citer air ni??? xpe la sekalikan jer la...

boleh la yer....


Iklan Anti Merokok












Amalan-AMalan Awal Muharram

Amalan-AMalan Awal Muharram


AWAL MUHARRAM

Wahai TUHANku, berikanlah daku ilmu hikmah, & hubungkan lah daku dengan orang-orang yg Sholeh [Al-Syura':83]

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah & syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Antara Amalan disunatkan pada bulan Muharram:

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.

Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3 kali.

Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud;

Barang siapa yang berpuasa pada hari A’syuura’ yakni 10 Muharram, maka ALLAH akan memberikan kepadnya pahala 10,000 malaikat; dan barang siapa yang puasa pada hari A’syuura’, maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah, dan 10, 000 org mati syahid; dan siapa yg mengusapi kepala anak yatim pada hari A’syuura’, maka ALLAH akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barang siapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari A’syuura’, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari A’syuura’ (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadhilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadhilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadhilatnya – Allah akan menjauhkannya pada neraka jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti . Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadhilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.

Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

9. Bercelak. Fadhilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Surah 112; Al-Ikhlas hingga akhir 1,000 kali. Fadhilatnya – Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di Akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.”

Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Surah 112; Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadhilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya pada Neraka.

Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”


Awal Muharram

PENGENALAN AWAL MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Doa Awal Tahun



Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Akhir Tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka

PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM

  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Tuesday, December 7, 2010

Sahabat lama

Alhamdulillah di tahun baru ni, aku dapat berhubung semula dengan sahabat lama aku. Tak pernah terfikir aku dan dia akan berhubung semula. Terima kasih ya Allah...

Hampir 6 atau 7 tahun tak dengar kabar berita dari dia. Hanya berkirim salam melalui kakak dan adiknya sahaja. Aku pun tak tahu mengapa dia berdiam diri selama ini. Mungkin ada sebab yang tak dapat dia nyatakan dengan jelas.

Kami rapat dari sekolah lagi. Kalau tak silap aku masa kami sama-sama ditingkatan 3. Aku pun dah jarang nampak dia dirumah mak dia. Mungkin masa aku balik kampung dia tak balik. Anak-anak dia pun dah besar. Mungkin yang sulung dah pun bersekolah. Aku gembira sangat hari ni walaupun hanya sms saja dengannya...Mungkin ini rahmat tahun baru.

Semoga persahabatan ini kekal selamanya...

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432


SALAM MAAL HIJRAH 1432 BUAT SEMUA SAHABAT

Sunday, December 5, 2010

From GSC

Semalam adalah hari tengok wayang. memang agak lama tak tengok wayang...Cam entry yang lepas ada bagitau nak tengok wayang kan...Ha ni la citer yang kitorang tengok...

Ngangkung...citer dia best tapi lom sampai tahap best giler. Gelak dari awal sampai habis. Ada gak scene2 suspek & terkejut. Panggung pun penuh sampai ke depan...leh release tension gelak2 dalam panggung tengok citer ni.

Rapunzel kitorang tgk 3D punyer...1st time ok. Orang lain dah byk kali kitorang baru nak cuba hahaha...xpe la kan...citer dia ok best gak. Ada sikap yang x penah putus asa dalam diri rapunzel ni. Walaupun banyak halangan dan dugaaan yang dia kena tempuh namun hatinya sangat tabah.. Sangat suker ngan sesumpah hijau tu..cute sgt...


Nasi Ayam

Berhujung minggu di Sri Manja. Idea yang tiba-tiba saja keluar dari kepala. 1st time mencuba. Alhamdulillah menjadi..

Resepi copypaste dr hanieliza minta halal yer kak...

maaf gambar sedikit blur

Ayam yang sedikit rentung, sbb menggunakan teknik menggoreng

Sambal ni ikut sedap campak2 jer...xikut pun resepi sebenar

Tambahan kicap...ni pun sesuka hati jer

Akhir sekali sup yg sgt simple...