Wednesday, May 28, 2014

Tambah Ilmu

Alhamdulillah pagi tadi dapat bersama-sama Peer Counselor Pn Zuain Ghani dalam satu talk "Breastfeeding Talk and Awareness for Working Moms."

Kebetulan server hari ni ditutup atas sebab-sebab tertentu maka semua sistem tak dapat dibuka. So saya ambik peluang ni untuk mencari lagi ilmu penyusuan. Terlalu banyak yang masih saya tak tahu. Alhamdulillah dengan perkongsian ilmu dari Pn Zuain dan rakan-rakan yang lain dapat la juga menambah mana yang kurang.

Saya harap sangat agar ilmu-ilmu macam ni dapat diteruskan. Dan lagi saya rasa ilmu penyusuan ni harus diberikan juga kepada pengusaha-pengusaha taska. Ye la kan mereka pun perlu tau cara mengendalikan susu ibu/ebm ni. Ramai kawan-kawan saya, malahan adik beradik saya yang mengalami masalah untuk mencari pengasuh. Sebab pengasuh rasa susah untuk handle ebm ni.

Saya rasa kalau setiap taska or neseri menghantar staf mereka untuk sama-sama mempelajari ilmu ni Insya Allah masalah ni dapat diselesaikan. Secara tak langsung mereka boleh juga tau kebaikkan susu ibu.

Saya harap suatu hari nanti saya akan berjaya menyusukan anak saya yang seterusnya sehingga berumur 2 tahun. Insya Allah...jika saya diberikan rezeki anak yang seterusnya. Saya akan cuba sedaya upaya saya....

Tuesday, May 27, 2014

Dah kenapa?

Lately tak tahu la kenapa rasa mengantuk sangat. Mengantuk setiap masa plak tu. Kalau kat opis pagi tengahari lepas lunch petang sentiasa la mengantuk...

Dah macam buat kerja yang tak tidur berhari-hari. Takde la tak cukup tidur. Terlebih tidur ada la. Eh tak la lebih sangat...Cik Auni pun sekarang tidur lambat. Pukul 9 or 9 lebih baru dia nak tidur. Tutup la lampu pun kalau dia tak nak tidur memang tak la. Main la dia selak-selak langsir nak tengok cahaya dari lampu jalan.

Kadang-kadang Cik Auni siap tarik-tarik baju saya suh kuar bilik. Takdenya saya nak layan. Dah mata pun pejam. Main la dia sorang-sorang dalam gelap tu. Turun naik katil. Baca buku pun dalam gelap. Cian betul anak mummy tu. 

Tahap mengantuk tu tak tahu nak cakap camne dah. Tengok PC pun ngantuk. Pasang lagu pun ngantuk. Dah la opis takde ekon. Berpeluh habis. Lagi buat kepala saya sakit. Dah berkuap je bilik ni. 

Balik rumah dalam kereta dok menguap je. Sementara nak tunggu azan maghrib tu rasa macam dah tak larat sangat je. Selalu time-time camtu layan Cik Auni main-main. Ni saya baring je tengok dia main. Baling la bola kejap-kejap kat dia. Apa tah nak jadi. Apa ubat ngantuk ae???? Jangan cakap tidur yer...

Wednesday, May 21, 2014

Riadah Petang

Cik Auni kan kawan-kawan dia sume orang-orang yang lagi besar daripada dia. Dia suka angat berkawan. Kalau nampak budak-budak berlari-lari kat mall leka je dia melihatnya.

Aktiviti Cik Auni kalau petang-petang pergi ke taman. Kat situ ramai la budak-budak yang bermain. Dia kalau lalu depan taman permainan tu suka betul. Dah ramai plak yang nak melayan dia. Lagi la dia suka. Ni ada la beberapa keping gambar Cik Auni bersama kawan-kwan dia...

Mula-mula main buaian dulu
Dah macam besar sangat je Auni ni
Kawan-kawan dari jauh lagi dah tunggu dia
Sume berebut nak buaikan Auni
Tak dihiraunya mummy kat depan
Kawan dengan orang besar-besar je
Seronok betul dia
Kawan ajak main gelongsor plak
Memang best la dapat layanan dari kakak-kakak kat situ
Siap bertukar-tukar lagi nak gelongsorkan auni
Pastu sibuk nak main sorang...awak tu kecik lagi wei...
Posing jap
Lagi satu mummy
Ni la antara kawan-kawan yang rajin melayan Cik Auni
Ok dah petang sangat ni. Tak boleh lama-lama
Cik Auni kalau dapat ke taman permainan ni memang suka betul la dia. Kalau pagi-pagi lalu pun siap muncung-muncung nak tunjuk taman tu. Mana la ada orang main pagi-pagi dik oi..

Ni tak pandai jalan lagi. Kalau dah pandai nanti mau satu padang tu dia jelajah. Apa pun mummy happy sebab anak mummy happy. Ayah pun happy gak...





Thursday, May 15, 2014

2 Pasang Kurung Pink

Another baju kurung for Cik Auni. Kedua-duanya pink. Actually sy buat yang bercorak tu dulu. Baju tu lebihan baju kurung saya. Bidang besar so banyak la lebih. Saya tersalah potong sebenarnya. Itulah masalah saya kalau nk menjahit baju. Saya memang x pandai memotong kain.

Sepatutnya boleh dapat sepasang baju kurung yg bercorak. Konon-kononnya boleh la sedondon dengan mummy. Saya ukur pun terbesar. Sudahnya dapat baju je.



Untuk kain saya terpaksa beli kain lain. Padanan yang paling sesuai adalah kain kosong. Saya suka kain cotton ni. Sejuk je. Memang sesuai sangat untuk baju baby.

Saya beli 1 meter. 1meter kain dapat sepasang baju kurung lagi untuk Cik Auni. So saya buat je la sepasang lagi baju untuk Cik Auni. Tapi ukuran kali ni saya kecilkan sedikit. Jadinya 2 helai baju dengan sehelai kain. Ok la tu kan.

Teringat saya pada roommate sy masa kat UiTM dulu. Dia mmg suks buat baju dengan kain yg sama. Maksudnya ada 2 baju yg dpadankan dengan sehelai kain. Jimat, kreatif, & nmpk mcm ada byk baju je. Padahal guna kain yg sama. Kira macam mix & match la. Tapi ni baju kurung.



Mummy semakin bersemangat nak menjahit baju Cik Auni. Tapi kena ada pertolongan dari mak saya. Bukan totally saya jahit yer baju ni. Saya masih belajar lagi. Menjahit yang basic tu boleh. Lagipun menjahit baby baby memang leceh. Sebab tu baju-baju baby mahal-mahal kan...

Wednesday, May 14, 2014

Kembali ke rutin lama

Lama tak la lama sangat. Baru 2 bulan rasanya. Tapi sblm ni mmg jarang dapat buat pun waktu mlm. Kalau sempat je saya buat.

Rutin apakah itu?? Sebenarnya saya cuba untuk mengepam susu kembali. Susu masih keluar. Cumanya xla semeriah orang lain. Memang sebelum ni pun susu x berapa meriah tapi saya still pam kat opis. Selepas Cik Auni setahun susu saya makin kurang.

Selalunya saya akan pam 3 4 kali di opis. Dengan selang masa 2 3 jam. Tak pernah miss. Tapi mungkin rezeki memang setakat itu saje.

Malam memang tak sempat nak mengepam sebabnya Cik Auni akan melekap je. Dia akan lepaskan bila dia betul2 lena. Itupun paling lama 2 jam je kot. Pastu dia cari lagi & memang susah nak lepas.

Kenapa saya try untuk mengepam semula. Sebab Cik Auni kerap selsema skrg ni. Sebelum umur dia setahun dia jarang kena flu & demam. Skrg ni blh dikatakn 2 minggu skali dia kena flu. Macam-macam cara saya dah usahakan.

Entah macam mana saya boleh terfikir nak mengepam semula wktu siang masa saya bekerja. Saya mulakan dengan malam ni. Tapi baru je dapat 10 minit Cik Auni dah jaga mencari nenen. Camne nak buat power pumping ni.

Semoga saya diberikan kekuatan..

Hari cuti bersama keluarga

Semalam kan cuti...Uooollsss watpe??? Isnin tu MIL ada tanya kitorang (me, husband & BIL) apa xtvt esok. Memasing pun diam seribu bahasa. Sebabnya mulut penuh dengan makanan. Masa tu tengah dinner. Kalau dah mengadap makanan memang la tak bersuara. Oh saya puasa senin tu. Ye...puasa ganti hukhukhuk...

Dan perbincangan berhenti disitu sahaja. Dalam bilik dah bagi tau En Suami esok (Wesak Day) nak g potong rambut. Saya memang tak boleh rambut panjang sebab kulit kepala akan cepat berpeluh & gatal. Dan akan mengundang kelemumur. Tak suke...tak suke...& plan nak g anta WSL kat kinik sebab stereng bergoyang. En suami kata maybe masalah tayar. Sebab tayar depan sebelah tu dh makan sebelah. So rasanya cukuplah xtvt kita untuk cuti 1 hari tu.

Pagi tu, dalam kul 3 pagi En suami dah balik. memang dia ada mention nak balik awal. Sekali ngan Cik Auni bangun. Dia tu telinga lintah sikit. Tau je ayahnya balik. Tak kira la pukul berapa mesti dia akan bangun jugak. Siang ke malam ke sama jer. Boleh plak dia nak main-main ngan ayah dia pepagi tu. Sudanya dekat kul 5 baru tido. PAstu kul 7 dah bangun...stress betol!! Tak de can langsung mummy dah bangun lamabat time cuti.

Sekali MIL kata nak pergi rumah K.Ngah. Abn Ngah dah balik dari umrah. Alhamdulillah selamat pergi & balik. Macam tak sedap hati plak kalau tak pergi ziarah. Maka plan malam tu cancel. Ayah  Auni tak ikut sebab dia penat. Nak rehat kat rumah je. Maka pergilah saya, Cik Auni, Wan Auni & P.Usu Auni ke Klang. Sampai sana dalam kul 11 lebih. K,ngah pun tengah prepare untuk lunch. MIL ada tapau lauk dari kedai kat Kapar. 

Lepas lunch kami gerak balik sebab k.ngah ngan ang ngah nak melawat anak mereka kat UPNM. Dia tak dapat balik tengok ayah dia. Balik tu kami singgah GM Klang sebab BIL excited nak cari wall paper. Teruja tengok rumah K.ngah ber wall paper. Saya pun dah lama tak ke GM tu. Last masa nak cari sebenier untuk majlis cukur jambul cik auni dulu. Sekali CIk Auni tidur la plak. Ye la dari pagi tak tidur langsung. Seronok main dengan abang-abang sepupu dia. Tapi dapat gak la kuar jap cuci-cuci mata sikit. 

Sampai rumah dh pukul 5 ptg. Mandikan Cik Auni pastu tidurkan dia dalam buai. MIL & BIL g pasar malam beli makanan. Sempat jugak saya g potong rambut. Lega rasanya bila cuci-cuci rambut, urut-urut sikit. Rambut pun dah pendek senang nak urus. Ada anak kecik ni takde can nak duduk lama-lama dalam bilik air. 

Sesekali nak pergi spa massage plak. Mesti syok kan...Alhamdulillah cuti saya dikelilingi dengan insan-insan tersayang. Meluangkan masa bersama keluaraga memang terbaik!!

Monday, May 12, 2014

Lepak-lepak di rumah saja

Semalam kan harii ibu. So memang dah plan nak balik umah mak...*eh bukan weken mmg balik umah mak ke??? ye...ye... mmg btl. Kebetulan en suami pun cuti minggu ni. So balik Jumaat malam. 2 orang adik memang dah ada kat rumah mak. Yang kat S.alam je tak balik sebab minggu lepas dah balik.

Tiada apa-apa celebrationn pun. Just plan dengan adik-adik nak buat nasi ayam. Memandangkan semua dah ada anak kecik so kita sama-sama la memasak. Say pun bukan pandai memasak pun. Tiap kali nak masak je mesti nak tanya encik gugel. hehehehe....

Abang plak belikan pizza. Ok la tu kan. Makan-makan lepak-lepak & rehat-rehat. Itupun dh cukup membahagiakan bila berada dengan orang yang tersayang. Siapa lagi kalau bukan keluarga kita kan. Petang tu kami jalan-jalan ke pekan. 

Seronokk la jugak walaupun hujan. Asalkan dapat keluar rumah dengan mak. Tetiba rindu zaman sebelum kawin. Kami semua keluar bawa mak jalan-jalan. Arwah abah memang jarang nak ikut. So kami yang perempuan ni apa lagi. Perempuan dapat masuk kedai kain cuci-cuci mata pun dah ok hehehehe...

Luv U mak...

***Ayah....mummy nak hadiah!!!!!! (tetiba kan...)

Thursday, May 8, 2014

Baju Penyelamat

Semalam bangun lambat. Tengok-tengok jam je lagi 5minit kul 7. Biar betul!!!!!Tengok plak jam henset. Aah la lagi 5 minit kul 7. Maunya saya tak melompat dari katil....tipu...tipu...hehehehe kalau saya melompat bergelimpangan la Cik Auni sayang musuk mummy tu. 

Saya dah sedar en suami balik. Cumanya saya tak sedar dia g ambik budak sekolah. Selalunya dia sampai rumah dalam pukul 5 camtu. Time ni memang la Cik Auni pun akan bangun sekali. Dah terbiasa agaknya dari dalam perut lagi. Time ayah balik jer dia pun sibuk nak bangun gak. Anak ayah sangat. Tapi malam-malam nak tidur cari mummy gak. Bangun tidur mummy takde kat sebelah pun melalak merajuk-rajuk. Ikut perangai sapa la tu kuat merajuk *senyuk sengeh... Biasanya saya akan bagi dia nenen & dia akan tidur balik. So saya pun tidur gak la. Peluang beb...mana boleh lepaskan hehehehe

Dan biasanya kalau ayah auni nak g ambik budak sekolah saya akan sedar. Tapi entah macam mana boleh tak sedar langsung...fuuuhhhh...memang la jam kat bilik & jam henset tu cepat 15minit. Tapi bila dah tetiba bangun mengejut maunya tak gelabah bewak...Dengan Cik Auni sekali terkejut. Sudah menangis la budak tu. Dah nak kena pujuk dia plak. Dia pagi-pagi kalau nangis mana nak dengan orang lain. Nak mummy jugak. Tak kira...nangis ke hapa ke mummy bagi gak kat wan dia. Pandai-pandai la wan dia...hehehehe...eh eh tak la...saya pujuk la elok2 Cik Auni tu. Wan pun pujuk gak. Dia dah ok baru saya g mandi.

Saya plak jenis yang gosok baju waktu pagi. Dah lewat camni cari je la baju penyelamat. MAsa ni la rasa nak beli baju jenis camtu. Tak yah gosok pun tak pe. Tak de kesan pun. Tudung plak recycle je tudung yang dah pakai. Tapi make sure tudung yang jenis sarung awning keras tu yer. Sebabnya kalau tudung tu kan dah pakai kita akan sangkut bagi awning dia tak rosak. So tak payah la nak iron lagi. Tapi jangan la plak korang pakai tudung yang dah berbulan tak basuh. Saya tudung awning weken je saya akan basuh. Kalau bawal leh humban je dalam washing machine.

Rasanya semua orang ada kot baju penyelamat ni. Boleh pakai waktu-waktu kecemasan cam saya ni. So lepas ni leh la cari kain yang xyah gosok pun tak pe. Senang nak pakai kan...

Tuesday, May 6, 2014

Tabahnya hati seorang ibu

Mengalir air mata saya ketika membaca kisah Nini. Saat saya menaip ni pun ada lagi sisa-sisa air mata. Dan kalau dibiarkan habis tisu sekotak. Ya Allah kau kuatkanlah mereka. Tabahkanlah mereka...

Saya tak tahu macam mana Nini menaip kisah tersebut. Sedangkan saya pun sekejap-sekejap berhenti. Tak tertahan rasanya. Benarlah, Allah tak kan menguji hambanya mengikut kekuatan mereka. Sangat tabah hati seorang ibu. Redha dengan pemergiann anak kecil yang berusia 3 bulan. Menagis lagi saya bila teringatkan kisahnya. Saya juga ibu yang mempunyai anak kecil. Yang sentiasa rindukan keletah-keletah si kecil. Yang sentiasa ingin memeluk, mencium, membelai si kecil. 

Doa saya semoga Nini sekeluarga tabah dengan ujian yang sangat besar ini. Armand akan menunguu Nini di syurga. 

Percubaan pertama


Dah lama x menjahit. Setelah sekian lama dok berangan angan jer alhamdulillah berhasil jugak baju kurung untuk Cik Auni ni.

Cik Auni kan dah setahun lebih. Walaupun dia x pandai berjalan lagi tapi mummy dia gedik nk buat baju kurung jugak. Kalau dia pandai berjalan lagi cun kan.

Mummy yang lebih2 sebenarnya. Biasa la kan mak mak yang pertama kali mmg over hehehe...ke saya je camtu.

Asas menjahit tu mmg la ada. Tp saya tak berani nk potong kain. Ni pun saya guna lebihan baju adik saya. Kain cotton yg bidang besar tu. Adik sy bdn kecik jer. Dapat la sepasang baju kurung si kecik ni. Kalau kain lebihan baju saya cuma dapat baju jer. Sy beli semeter kain kosong mak saya jahitkn dpt sepasang baju lagi. So kiranya baju 2 kain satu. Nnti sy ambik gmbar sy tempek kat sini yer.

Saya guna mesin jahit mak yang lama. Dulu mesin tu guna electric tp dah rosak. So mk saya pasang balik tali. Jadi saya kena goyang kaki la nk menjahit. Mak ada mesin yang besar. Tu pun dah lama mak beli. Sy mmg x penah cuba & xnk cuba sebab xnk susahkn mak kalo benang terputus ke hapa.

Dh lama x pegang mesin jahit byk kali la benang terputus. Kalo mesin jahit biasa tu xpe la jugak. Mmg sy dh tahu mengendalikannya. Ni mesin jahit tepi mak saya. Berpeluh jugak la nk msukkan benang tu semula.

Jahitan xde la kemas pun. Boleh la baru baru nak belajar jahit semula. Seronok bila baju tu dah siap. Ni nk try jahit gaun plak. Ala yang simple simple jer dulu. Guna kain kain lebihan. Kita cantum cantumkn dia. Harap Cik Auni dapat memberi kerjasama...fuuuhhhh lap peluh sikit

Friday, May 2, 2014

Cerita Semalam

Semalam kn 1 Mei cuti hari pekerja. Kan saya plan saya nak pergi pesta buku antarangsa kt pwtc tu kan. En suami balik keje kul 2 pg kejut saya kata tak payah pergi la sebab ada perhimpunan bersih. 2 3 kali dia bgtau saya sebab saya tak respon apa dia cakap.

Sebenarnya saya tengah pikir masa tu. Walaupun dalam keadaan tidur2 ayam tapi masih lagi boleh mendengar dengan jelas. Terpikir gak saya, ada lagi ke perhimpunan bersih ni. Muka tak puas hati tetap ada walaupun en suami x nmpk. Ke saje dia x bagi bini dia yang cantik rupawan ni pergi sorang2.

Pagi tu bila bangun je terus saya tanya mana dia tau ada perhimpunan bersih. Tetap x puas hati tu. En suami kata ada roadblok. Mungkin betul la kot sebab dia balik keje pun macam awal lagi. Saya pun gugel la. Nampak x ketidakpuasan hati pn isteri disitu hwhehehe....saya kta mana ada... Dah tengahari tu baru tau sebenarnya bukan perhimpunan bersih tapi perhimpunan berkaitan GST. Eh camtu la lebih kurang. Maka kecewa la saya nak ke pbkl tu. Muka dah bosan xde buat apa kejut en suami konon2 nk ajak jenjalan la...sekali MIL ajak g kenduri. I ok je...I like pergi kenduri2 ni...

Kenduri tu x jauh pun dari rumah MIL. Makanan sume sedap terutamanya kerabu mangga. Teringat2 sampai sekarang. Sblm tu saya mmg teringin nak mkn kerabu mangga. Dah siap gugel nak buat tapi biasa la kan simpan je la resepi tu dlm buku. Sekali smlm rezeki dpt mkn kerabu mangga. Syukur sangat2...hilang kempunan saya. Dah rupa orang mengidam plk heeehe...gambar 2 keping je la. Tu pun dalam kete ngan cik auni. Comel x cik auni pakai baju kurung. Mummybyg over excitef hehehehe