Thursday, October 30, 2014

Susu Cik Auni

Dari kecil Cik Auni minum susu Friso. Sampai la umur dia setahun setengah lebih kurang la. Masa umur dia 1y3m saya dah tukar susu sebenarnya. Bukan tak serasi dengan Friso. Tapi saje gatal kan. Ye la Friso kan boleh tahan gak harga. Untuk Step 1 & 2 la. Frisolac step 1 dari 0-6month. Yang step 2 plak dari 6-36month. Step 3 plak untuk setahun keatas. So saya saje tukar ke step 3 sebab harga lebih murah dari step 2 tu. 








 Cik Auni ni takde masalah untuk minum/tukar susu. Semua pun dia telan. Kadang-kadang susu cousin dia yang tak habis dia boleh tolong habiskan hehehehe...Yang menjadi masalahnya ialah dia sembelit. Bila saya tukar dari step 2 ke 3 dia start sembelit. nasib la beli yang kecik je. pastu saya tukar ke S26. Pun sama gak. Ada kawan suggest step 2 sebab dia kata perut baby tak dapat terima lagi. Mungkin betul la kot. Sebab tu step 2 tu dari 6-36 month. Mungkin ada baby yang tak boleh nak hadam lagi. Bila kembali ke step 2 tu saya tengok sama je. Tetap sembelit. Ingatkan sebab dia dh mkn benda keras-keras. Tapi sama gak.



Bagi makan buah & sayur pun sama gak. 2 3 kali gak la pergi klinik. Tapi saya kalau boleh tak nak bergantung sangat pada ubat ni. Tapi tetap sama. Pergi lagi klinik & doctor suggest tukar susu. 2 3 kali dah tukar susu so doc kata try Novalac. Beli kat farmasi.


Kebetulan anak buah En suami minum susu ni. Dia mmg ada maslah sembelit. Dan dia plak dh tukar susu. Ada 2 tin 400gm yang tak berusik lagi. So saya pun try la. Alhamdulillah serasi la ngan Cik Auni. So sekarang ni la susu dia. Dari nak berjimat tapi kena menambah lagi. Harga Novalac IT Grow yang paling murah saya dapat RM67, tu pun masa Giant buat promosi. Lepas tu mmg tak dapat dah. Kat farmasi pun RM74. Ini untuk 800gm yer..

Sebulan untuk Cik Auni dalam 4 tin yang 800gm tu. Kadang-kadang kalau mood dia tak nak makan boleh habis 5 tin sebulan. Takpe la berhabis sikit asalkan anak sihat. Semoga Cik Auni akan terus sihat sampai bila-bila..


Saturday, October 25, 2014

Kesian mak

Kejadian ni berlaku lebih seminggu yang lalu. Masa tu saya kat klinik. Tetiba dapat wasap dari adik beradik. Katanya mak kat spital. Dah kenapa mak kat spital plak. Mak takde sakit kronik. Alhamdulillah umur mak dah 60 tahun tapi mak takde masalah kesihatan. Setakat demam biasa & sakit-sakit urat letih tu je..Itu yang jadi cuak bila adik bagitau mak kat spital

Rupa-rupanya tangan mak lupa sebab kena kaca gelas masa nak basuh gelas dalam singki. mak saya kerja kat kanti sekolah. Kebetulan masa tu tak cukup pekerja. jadi agak kelam kabut sikit la mak buat kerja. May be dia tak tengok dengan betul gelas tu. Tak perasan agaknya masa ambik gelas tu..

Kata mak dalam jugak lukanya. Kena dalam 10 jahitan. Abang saya lagi la ada ke mak kena 30 jahitan. Saya kat klinik ni tak tentu arah duduknya. Last-last ambik EL terus balik kampung tengik mak. Gambar ni tak clear sangat. Kalau tengok betul-betul ngeri je rasa. Luka tu dah kena urat so darah memang banyak la.

Nasib ada adik saya yang tak kerja. So dia balik tolong jaga mak sekejap. Walaupun nampak sikit je tapi kalau bergerak-gerak darah tu boleh keluar lagi. Mak kena hari Rabu, hari Isnin adik saya bagitau masih ada darah keluar. Saya balik hari tu tengok dah kering. Cuma luka dalaman tu la lambat sikit nak baik. 

Dah la mak kena tangan kanan. So bila buat kerja sikit-sikit pun terasa jugak la. Mak-mak kita kan mana boleh duduk diam. Sakit-sakit pun ada je benda nak buat. Bukan boleh rehat lama-lama. Esok-esok kita pun camtu agaknya. Tak puas hati kalau tak buat sendiri. lagipun mak malas nak susahkan anak-anak. Tu satu perangai mak-mak kita kan. Semoga mak-mak kita sentiasa dilindungi dari segala mala petaka dan dirahmati Allah selalu....

Friday, October 24, 2014

Sepetang di kampung


Aktiviti kat kampung biasanya sama je tiap kali balik pun. Lagipun kampung bukan jauh sangat. 15-20 minit je dah sampai. Tapi tiap-tiap minggu nak kena balik jugak. Ye la sementara mak ada lagi kena la jenguk selalu kan...

Selalunya petang-petang kalau kat kampung bawa si kecik ni jalan-jalan je. Biar dia berlari-lari ikut suka dia. Kat rumah mak mertua terkongkong sikit. Sebab rumah taman. Lagipun jalan depan rumah mak mertua tu sibuk sikit. Banyak kenderaan lalu lalang. Pastu dengan motor yang laju-laju. Gate memang sentiasa tutup.

So bila balik kampung inilah peluangnya untuk sikecik tu explore. Main tanah, pasir, air lecak...seronok je. Yang tak seronoknya bila semua benda pun nak masuk dalam mulut dia. 

This week tak dapat balik kot. Sebab En suami kerja. pastu banyak plak undangan perkahwinan. Tak pe la Deepavali hari tu pun dah balik tengok mak. Kita balik minggu depan plak la cari ikan. Musim menuai dah habis ni. Banyak la boleh dapat ikan....

Tuesday, October 21, 2014

TQ Drypers

Semalam En Suami call bgtau dapat beg dr drypers. Ingatkn beg apa. Comel je beg tu. Terfikir gak camne leh dapat beg. Pastu baru teringat ada buat servey kat website drypers tu.

Tak sabar nak balik kerja nak tengok camne la rupa beg tu. Tak boleh nak bayangkan. En Suami kata beg tu kecik je.


Comel je beg ladybird ni. Mummy yang geram tau!!! Memang ada niat nk belikan beg untuk Cik Auni ni. Alhamdulillah rezeki yang tak disangka. En Suami kata boleh bawa pergi sekolah. Mummy ngan ayah yang lebih-lebih excited.

Tengok la tu model tak berbayar mummy. Geram je rasanya. Bila dia oakai beg tu alahai comel je rasa nak gigit-gigit. 

Terima kasih drypers bg beg sangat comel tu...nanti bg lagi yer hehehe....

Monday, October 20, 2014

Jangan la pergi!!!

Cepat betul masa berlalu. Rasanya baru semalam hari Sabtu. Walaupun weken tak kemana-mana tapi rasa sayang nak tinggalkan Sabtu dan Ahad berlalu. Tapi nak buat macam mana kan???

Agak lemau bila sampai hari Isnin. Selalunya macam tu la kan. Eh tapi ada sekolah cuti seminggu tau. Sempena Deepavali hari Rabu ni. best la cikgu-cikgu yang dapat cuti tu kan. Sapa yang tak suka cuti. Ermmm saya ni kena la plan cuti betul-betul. Cuti dah tak banyak. 

last week HR kuar memo. pelepasan keluar opis hanya 2 jam sahaja. lebih dua jam kena la ambik cuti separuh hari huhuhu...Sebelum nii pelepasa selama 4 jam. Kira ok la kan 4 jam tu. kalau pergi klinik pun dh 2 3 jam kan. Kalau klinik private tu tgk masa la gak kan. Kadang ada gak yang cecah 2 jam. Kalau gomen sah-sah la 3-4 jam. 

Sama la kalau berurusan di bank. Tengok urusan gak la kan. Rasa macam tak patut plak hanya 2 jam dibenarkan. Tapi dh itu rules nya..kena la ikut kan. 

So cuti yang ada ni kena la pandai-pandai manage...

Friday, October 17, 2014

Rajin betul anak dara ni...

Ni ha anak dara yang rajin sangat tu...dari ke malam bawak ke pagi dia punya rajin tu...

Budak-budak memang camni kot. Saya biarkan je dia kuarkan sume. Eh xde la sume. Dia kuarkan pastu dia masukkan balik. Kadang tu entah mana dia sorok. Suka betul dia kuarkan benda alah ni. 

Kalo dulu baju-baju dia kuarkan. Sekarang ni dah beralih arah plak. Ada sekali tu dia terjumpa topi dia masa baby. Pastu sibuk suh pakaikan...ermmmmm anak oh anak...

Ni saya send gambar ni kat ayah dia. Boleh plak ayah dia kata pandai Auni susun pampers. Pernah sekali masa Auni kuarkan baju-baju dia pastu saya tertidur pastu ayah dia balik buat macam tak nampak je...sakit plak ati kita ni...kot la nak tolong kemaskan ke simpan balik ke. Takdenya....

Takde la niat saya nk suh dia kemaskan. Cuma berniat nk bagitau dia yang anak dia ni rajin sangat. Saya pun takde la nak marah-marah kat Auni. Budak tengah nak membesar. Tengah seronok nak explore sesuatu. Biarkan je la...

Lepas ni tak tahu apa plak akal sikecik ni. Seronok tengok gelagat dia dari hari ke hari....


Friday, October 10, 2014

Birthday Celebration 2014

Dah lama entry saya tak bergambar kan. Ok kali ni entry bergambar. Banyak sangat gambar. Ada lagi yang tak edit. Malas dh menguasai. tapi gambar yang ada ni pun dh cukup menggambarkan kemeriahan suasana tersebut.

Khamis lepas 9/10/2014 office saya buat sambutan hari lahir untuk semua staf. Senang buat sekali harung jer. Sebelum-sebelum ni kitorang buat 4 bulan sekali. Tapi sejak 2 tahun ni tak dapat nak buat camtu dah sebab ramai yang sudah beranak kecil. 

Sebelum-sebelum ni kami buat kat hotel or luar dari office. Kalau dah masing-masing berkeluarga dan ada anak kecil memang agak leceh sikit la. Mana nak layan anak mana nak makan lagi. Kalau anak-anak yang dah berjalan berlari tu kesian jugak la pada mak ayah yang terkejar-kejar tu kan. Tak dapat nak menikmati makanan yang sedap-sedap tu kan.

So AJK pelaksana mencadangkan supaya celebration kali ni dibuat di office je. So takde la rasa bersalah sangat nak tinggal anak/suami/isteri kat rumah sedangkan kitorang makan sedap-sedap kat hotel kan..lagipun kami buat waktu kerja. 

Jom la layan gambar...

Sebahagian preparation yang mereka lakukan. Saya tukang makan je...
Door gift. Kat bawah shower foam tu ada tertulis nombor bertuah. Alhamdulillah saya dapat beg
Photo booth
Suasana sebelum. kreatif betul ajk yang melaksanakan event ni. Tahniah!!!

Ni apa ke namanya. Terlupa sudah...hehehehe...

Tahun ni takde kek. Kita ganti dengan pulut kuning

Macam-macam makanan ada. Nasi beriani, soto, roti jala, kuih muih, sate, rojak buah, buah-buah celup coklat pun ada.

Ni kalau ambik gambar dengan coklat fountain tu mau terliur banyak kali ni
Ketibaan VVVVVVVVIIIIPPPP la sangat kan hehehehe...

kami mulakan majlis dengan bacaan yasin yang diketuai oleh ustaz yang dijemput khas dari Pusat Islam.

Doa dipohon semoga semuanya sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & sentiasa dirahmati olehNYA...amin....

Acara memotong pulut kuning



Team baby girl plak
Masa yang ditunggu-tunggu...
Disusuli dengan acara membuka hadiah. Hadiah ni wajib dibawa oleh semua orang untuk dibuka pada hari tersebut. Hasil kutipan bulanan oleh setiap staff.


Ni baby of March
Terselit sorang baby Feb sebab dia sorang-sorang je lahir bulan Feb tu
Sambil makan sambil bergosip...biasa la tu kan
Acara bebas apa lagi...lepas makan bergosip pastu bergambar la plak
Bergambar sampai pengsan...bukan kena bayar pun kan...
Lagi dan lagi....
Ni kembar nama dengan saya ni. kebetulan kitorang pakai baju kaler sama plakk hari tu. Si kembar pun tak pakai kaler sama-sama tau!
Makan sampai perut kembong. Tak senonoh betul mak budak ni kan..
Diakhiri dengan pic kami berdua. Adik ni tengah tunggu hari je nak bersalin. Sempat la dia makan puas-puas sebelum berpantang
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun big boss tak dapat datang sebab sibuk dengan meeting tapi kami memahami. Yang penting semua orang happy sebab dapat makan dengan kenyang sekali. Semua makanan sedap-sedap. Siap boleh tapau bawak balik lagi.

Terima kasih kepada ajak pelaksana yang bertungkus lumus mengadakan event ni. Mereka ni kalau buat event memang best. Sentiasa buat yang terbaik untuk kitorang. Semoga terus suksesss!!!


Wednesday, October 8, 2014

Berjangkit jangkit pulak

Fuhhhh....lap peluh sikit...berpeluh ok pergi kerja harini. Dah kenapa????ko g kerja berlari ke???hebat sangat la nak berlari kan???nak berjalan dari bilik ke depan pun malas..

Harini sampai tempat kerja lambat. Takde la lambat sangat pun. Masih boleh diterima la. Dalam 5 minit camtu. Tapi bagi saya mmg dah lambat sgt la tu. Biasa sampai sebelum 8.30. 

Alkisah....macam biasa pagi-pagi saya start kete buka tingkap biar enjin panas jap. Sementara nak cemolot ngan laki & anak yng busuk masam tapi suka je nak peluk cium lama-lama...So saya pergi kerja macam biasa. Sambil-sambil on radio, pasang seat belt on aircond tutup cermin kete. Tapi dah kenapa cermin ni taknak naik plak...Kanan kiri tak boleh tutup. Nak buka cermin belakang pun tak boleh gak. Aikkkk???? dh kenapa plak ni. Saya pun berhenti la tepi jalan jap. Matikan enjin pastu start balik pun tak boleh gak. 2 3 kali gak la saya buat camtu. Tapi still tak boleh gak...

Sudahnya call la super hero...Super hero la sangat kan....En suami suh balik tukar kete. nasib la abang ipar g keje ngan kawan dia. So saya pun naik la kete dia. Jadi selesai lah masalah...eh...belum lagi. 

Abang ipar saya pakai kete savvy. Kan gear reverse dia lain sikit. Pastu kete dah modified. Aduhhh...nak bawak pun segan. Ni kalau ada JPJ mau kena tahan ni. Pasrah je la. Dalam hati berdoa banyak2 jangan la ada road block. Dah nak reverse satu hal. Clucth pun pendek. Asik la termati-mati. nak kuar simpang umah pun 3 4 kali enjin mati. Bersabarlah kete kat belakang huhuhu...nasib la tak kena hon. Gear pun cam susah nak masuk. Actually memang tak pernah bawa kete savvy pun. Berpeluh ok g kerja harini.

Tapi Alhamdulillah selamat sampai tempat kerja. Oh harini ada majlis korban kat opis saya. So dapat la  makan free hehehehe..

Ermmm nampaknya sakit saya dah berjangkit plak pada WSL. Sian dia. Walaupun sikit tapi kalau dia masuk hospital memang susah la saya nak bergerak. Harap cepat la sembuh yer..





Thursday, October 2, 2014

Cik Auni pun dah kena..

Pagi tadi bangun je Cik Auni dah bersin bersin. Pastu dengar dia batuk plak. Ingatkan dia mengajuk saya batuk. Dia ni kalau bab mengajuk batuk orang memang terrer. Masa bersin tu meleleh leleh hingus kuar. Oh my sayang busuk masam pun dh berjangkit. 

Try bagi dia makan madu tapi tak nak plak dia. Bagi dia rasa sikit pun pastu terus dia taknak. Kalau boleh tak  nak la bagi dia ubat. Nak guna bahan bahan semula jadi je dulu. Batuk ngan selsema saya pun belum ok lagi. Ari tu konon konon nak buat wap la. Tapi guna water heater kat bilik air je. Berkesan la jugak walaupun5% je...hehehehe...ye la air dia bukannya panas sangat pun. Lagipun tingkap dalam bilik air tu dah melopong. Keluar la segala wap-wap air tu.

Malam bila tah saya batuk tak berhenti. Gatal je tekak ni. Sambil terkencing dalam seluar. Sudahnya terpaksa la pakai pad. Pastu terus ke dapur makan madu. Alhamdulillah dapat la tidur dengan selesa. Kalau tak memang tak tidur la jawabnya.

Tengok balik kerja nanti kalau Cik Auni masih berhingus & batuk lagi kena la buat garlic oil. Harap tak lama la Cik Auni selsema ni...