Tuesday, October 6, 2015

Cuaca yang tidak sihat

Keadaan cuaca yang masih berjerebu sekarang ni memang mudah jeka lau nk kena sakit kan...Saya pun mata dah gatal-gatal. Tekak pun dah start gatal. Alhamdulillah semalam kompani saya cuti. Cuti berganti yer kawan-kawan...Entah bila la kena ganti tu. 

Sekolah pun masih bercuti gak. Lengang sikit la jalan kan. Memang pagi tadi masih nmpk lagi jerebu yang tebal. Menurut sumber berita yang saya dengar masa on the way pergi kerja pagi tadi IPU area kawasan rumah saya 138. Masih teruk lagi. 

Bila keadaan macam ni kena banyakkan minum air kosong. Anak-anak kecik lagi la kan....masalahnya Cik Auni tu memang susah sangat nak minum air kosong. Kalau kat rumah sendiri saya terpaksa tipu dia kata milo takde. Sebab saya jarang minum manis depan dia. Bila dia tak nmpk so dia ok la nak minum air kosong. Bila kat rumah wan dia memang susah la. Bekas air upin ipin dia memang sentiasa ada air. Tapi budak bijak tu sememangnya bijak. Dia tahu wan dia akan buat air manis so memang dia tak minum la air kosong tu. Tak tahu nak buat macam mana dah. Nasib la kat rumah nak jugak la minum. Tapi sikit je la. Harap hari cuti je duduk rumah. Kalau tak ermmm....

Setakat ni alhamdulillah kedua-dua anak saya masih sihat. Aktiviti luar memang kurang sangat. Nak keluar rumah pun rasa malas. Ada baiknya bila En suami bukan kaki jalan. Cuti panjang ni ok je duduk dalam rumah. Lagi best kan lepak-lepak kat rumah...

Wednesday, September 30, 2015

Akal baru sikecik


Ni akal baru si Teruna Arfan...dalam buai pun nak tidur meniarap. Sekarang menyusu malam pun nak meniarap gak. Lepas ni apa plak akal baru dia...

Tuesday, September 29, 2015

Dilema hantar anak ke pengasuh

Anak dah 8 bulan baru sibuk nak cari pengasuh. Actually dah ada pun pengasuh tu. Kawan 1 office yangdah  berhenti kerja. Dia pun ada anak kecil berumur setahun lebih. Boleh uruskan ebm. Dah kenal lama.

Mulanya terfikir nak cari area rumah je. Senang nak hantar. Dah dapat gak tapi En suami macam tak berkenan sebab anak makcik tu ada masalah ruma tangga. Cucu dia selalu datang rumah makcik tu. Saya pun tak nak la.

Sebelum ni MIL yang jaga. Lately ni tak berapa nak sihat. Kesian plak tengok terkejar-kejar nak buat kerja. Dengan Cik Auni lagi. So decide nak hantar je Teruna Arfan ke pengasuh. Cik Auni masih stay dengan MIL.

Tapi.......bila En suami suarakan hajat kami ditolak mentah-mentah oleh MIL. Acaner tu...Memang la ok MIL nak jaga. Tapi dia makin berumur, risau jugak la. Kadang-kadang bila Cik Auni buat hal dengan Teruna Arfan lagi mau naik pulak tekanan darah tinggi dia.

Betul jugak kata MIL, Teruna Arfan dah besar, dah kenal orang. Takut dia tak nak plak. Berbelah bagi jugak ni. Ni dah nak hujung tahun. Cuti sekolah kakak-kakak ipar mesti nak bawak MIL berjalan-jalan. Kalau kat pengasuh ok la jugak dah tak payah nak fikir sapa yang nak jaga Teruna Arfan. Memang la saya boleh cuti tapi kalau seminggu rumah kakak tu...seminggu rumah kakak ni tak kan sepanjang cuti sekolah tu saya nak ambik cuti. Saya bukan la cikgu.

Pening makcik pening.....

Monday, September 21, 2015

Tak puas hati (lebih kepada geram!!!)

Salam....

Tak tahu macam mana nak luah segala ketidak puasan hati ni. Rasa macam diri ni tak wujud tapi sebenarnya diri ni sangat-sangat diperlukan. Kira macam orang paling penting la. Tapi kalau pandang sebelah mata pun tak nak apatah lagi nak bertanya kabar...adui la.....terasa sangat kejam dunia ni. Kejam pada orang-orang yang jadi mangsa aniaya...

Biar la...biar la....

Thursday, September 17, 2015

Muntah-muntah (ii)

Last week kakak yang muntah-muntah. Malam tadi adik plak. Punca???? Saya rasa sebab pisang.,.. Yer pisang...adik dah 7bulan setengah. Dia dah makn solid food. Memang sekarang ni masih dalam try & error. Setakat ni yang dah lulus carrot. Dan ini jugaklah feberet dia. Kurma pun dh ok. 

Accually saya pernah bagi dia pisang sebelum ni. Cuma saya bagi dalam kuantiti yang sikit. Saya just masukkan dalam food feeder dia jer. So dia makan pun sikit-sikit jer... 

Petang sebelum tu saya terlupa bawak bubur nasi dia. So just try nak bagi dia puri je. So saya teringat hari tu pernah bagi dia makan pisang so ok la kan. Tak sangka plak bila banyak-banyak jadi angi plak. 

Start dari pukul 10 malam sampai la 11.30 malam. Menyusu je muntah. At 1st tu saya ingatkan dia terlebih menyus. Sebab adik kalau nak tidur memang nak ngempeng so maybe la dia terlebih menyusu. Pastu muntah dan terus muntah. Lepas menyusu je muntah. Ada la 7 8 kali gak la. Selama sejam setengah tu.Bagi air suam pun dia muntahkan balik. Kesian betul kat adik.

Dah la dia mengantuk tapi tak boleh nk tidur. Kesian sangat. Tapi alhamdulillah 11.30 camtu baru la dia betul-betul tidur. Lega rasanya...ada jugak la dengar dia kentut-kentut. Dia pun takde la meragam ke hapa. Cuma bila saya tak bagi dia menyusu dia marah la sebab memang itulah cara dia nk tidur malam. Syukur sepanjang kat office tak de plak En Suami call kata adik muntah lagi. Dia pun tidur lena. Bangun menyusu pun macam biasa dahh takde muntah lagi. So mummy kena alert la lepas ni. No more pisang buat masa terdekat ni....

Tuesday, September 15, 2015

Air longan + kurma merah

Dah lama teringin nak minum air longan + kurma merah. Ni pun cerita last week gak masa cik Auni muntah-muntah tu. Lepas pergi klinik tu saje la dating berdua dengan cik Auni tu. Bukan g mana pun. Just g tesco beli barang keperluan rumah sikit. 

Dah alang-alang cuti ni kan so ambik la kesempatan ni beli barang rumah. Bukan tak boleh beli masa balik kerja or weekend. Cuma macam rushing je. So dah dapat cuti mengejut ni so dating dalam tesco pun ok je. Sambil-sambil santai-santai dalam tesco tu kan. Baru la dapat belek satu-satu barang dari lorong ke lorong kan hehehehe...baru la puas hati sebab perempuan ni kan memang suka nak belek lama-lama sesuatu barang tu.

Samapai tempat barang kering ni ternampak la longan kering ngan kurma merah ni. Dalam hati kata ni kalau buat air sedap jugak ni. Dah lama tak minum air longan. So ambik la...

Tapi tak la balik tu terus masak. Ni masak kat opis. Masak dalam rice cooker je pun. Basuh-basuh pastu on je kat rice cooker tu. Semerbak je bau. Sedap tau kalau minum suam-suam. Tamabh ngan gula batu. Saya lupa beli gula batu pakai je gula biasa tu. Tapi buah manis-manis buah je. Ulang la nak berapa kali ulang pun. Kawan-kawan pun boleh minum sama. Bagi ibu-ibu yang menyusu anak tu boleh la try kot-kot la boleh jadi milk booster. Kalau saya x menjadi. Ada orang dia serasi. Kejap je susu membengkak...Cuma la mana tau serasi kan. Tapi jangan lupa jadual pam yer... kalau minum tapi tak pam pun tak guna jugak. Yang penting Demand vs Supply yer....


Monday, September 14, 2015

Muntah-muntah

EL last week sebab cik Auni muntah-muntah. 1st time dia muntah-muntah camni. Dia mengadu sakit perut. Ingatkan dia main-main je. Tak lama lepas tu dia muntah. Tak tahu la kat mana punca dia boleh muntah tu.


Ni kali kedua dia muntah. 1st tu masa dia lepas dia bangun tido menyusu dalam setengah jam camtu. Dah mandi elok dah pakai baju bagi dia baring sambil-sambil saya bersiap nak pergi kerja dia kata sakit perut lagi. Pastu terus muntah. Maka saya pun terus wasap opis kata saya el sebab anak tak sihat. Masa ni pun dah pukul 8. Ingatkan kalau xde pape memng saya akan lamabt ke opis. Sekali dia muntah lagi memang x la nak pergi opis kan. 

Mandikan dia sekali lagi...pastu dia melepek kat badan saya. Makan pun tak nak. last-last tertidur kat dada saya. Kesian plak dia. Dah bangun tu paksa jugak dia makan tapi tetap tak nak gak. Bagi dia susu. Setengah jam lepas tu muntah lagi. Terus pergi klinik.

Alhamdulillah sebelum pergi klinik tu nak jugak dia makan roti ngan nutella. Ada la jugak tenaga. Sampai klinik xde patient. Maybe sebab 12.30 t.hari kot. Kalau pagi mesti ramai. Doktor check perut takde pape. Cuma angin je. Alhamdulillah takde yang merisaukan. Doktor just bagi ubat angin & ubat sembelit je sebab dokttor tanya dah buang air besar ke belum. Cik Auni kan memang ada masalah buang air besar. Tapi dua-dua ubat tu saya tak bagi pun sebab lepas tu dia ok je. Esok tu dia membuang pun ok je. Saje je kan dia nk datang melawat ke klimik. Nasib la guna panel jer...


Monday, September 7, 2015

Bila anak-anak tak sihat

Rasanya satu famili dh berjangkit dengan demam, batuk & selsema. Cik Auni pakej dia memang batuk+selsema. Demam memang kejap je la dah kebah. Adik pun camtu gak. Cik Auni kalau batuk+selsema memang lambat la nak baik. Ubat paling berkesan setakat ni 'ngempeng' je la. 

Adik pun kalau demam balut ngan tuala basah je alhamdulillah ok. Cumanya kali ni hidung dia mudah tersumbat. So susah la dia nak tidur & menyusu malam-malam. Lagi kalau dia menangis. Kalau keluar hingus yang meleleh-leleh tu senang la nak sedut. Ni jenis hidung tersumbat tak tahu nak buat camne. Dah la adik ni alergik ngan garlic oil. 

Masa Cik Auni kecik-kecik dulu memang lumur ngan garlic oil je la. Nanti nak try lemon sock plak la. Mana tau serasi ngan adik.

Sapa yang mulakan demam ni??? En Suami la...dia start dulu bersin-bersin pastu selsema. Habis semua orang dia cium memang berjangkit la. Budak-budak kan mudah dapat penyakit. Pastu tak nak mengaku. Kata saya yang jadi puncanya. memang la lepas dia selsema saya yang demam teruk. Masa cuti merdeka tu saya boleh sambung cuti sehari lagi sebab memang tak larat langsung nak angkat kepala malam tu. Kebetulan Cik Auni pun demam gak malam tu. Alhamdulillah saya tahan gak dari ambik sebarang ubat-ubatan. Kesian plak pada adik tu. Walaupun nak pejam mata pun rasa tak larat je. Sakit sampai tak boleh nak tidur. Saya paksa jugak...Esok pagi dah ok.

Cik Auni sekarang dah pandai memilih makan. Kalau boleh nak minum air sejuk je. Air kosong langsung tak disentuhnya. Camne la nak ajar dia minum air kosong ni. Kalau dah camtu camne nak baik selsema ngan batuk tu. Kadang-kadang geram je dengan budak tu...

Takpe la...sakit tu kanpenghapus dosa. Mungkin mummy semakin lalai so Allah bagi ujian melalui anak-anak yang tak sihat. Semoga lepas ni mummy dah tak lalai lagi. Semoga anak-anak mummy cepat sembuh semuanya...


Wednesday, September 2, 2015

Tenangnya di kampung

Pokok-pokok padi sedang menghijau. Lari dari kesibukkan kerja. Lihat pemandangan sawah padi yang luas terbentang. Memang best la....

Tuesday, September 1, 2015

Pagi-pagi bikin kacau sama olang


Baby kesayangan mummy ni...umur dah 2tahun setengah tapi tetap la manja mengalahkan adik. Sentaisa nak perhatian. Tak boleh lebih dari adik.

Bangun pagi-pagi kalau mummy takde menjerit la dia. Mummy nak uruskan diri dalam bilik air pun tak senang. Selagi mummy takde depan mata dia selagi tu la dia menangis. Suara satu taman boleh dengar. Ni ti,e mood dia baik la. Tapi kejap je la. Mummy nak gi kerja sentaisa nak ikut. Kalau layan dia ni mmg mummy tak pergi kerja la jawabnya...

Tiap-tiap pagi mesti ada drama air mata. Agaknya satu kepuasan kot dapat nangis susahkan hati mummy nak pergi kerja. Dengan harapan mummy akan cuti dari pergi kerja. Tidak la nak....banyak lagi yang mummy kena uruskan. Seandainya keadaan ekonomi keluarga kita dah kukuh memang mummy kerja dari rumah je. Boleh main-main dengan kakak & adik. 

Sama-sama kita doa yer semoga kita sekeluarga sentaisa dibanyakkan rezeki & dimudahkan urusan....


Friday, August 28, 2015

Her favourite food

Budak-budak dengan ayam memang tak dapat dipisahkan kan...lagi-lagi kalau suka tengok upin ipin. Cik Auni la tu...hari-hari nak tengok upin ipin. Ulang 50 kali pun tak pe. Tapi takde la dia suka sangat makan ayam goreng macam upin ipin tu. Kadang-kadang je la...

Tapi kalau dengan sate memang dia tak tolak. Mungkin sebab ada ramuan rempah-rempah dalam sate tu kot. Tu yang buat dia suka tu. Ada sekali hari tu pak usu dia pergi pasar malam beli ayam percik. Di ambiknya ayam percik tu dia makan macam makan sate. Asal boleh je kan. Memang dah lama Cik Auni tak makan sate. Kesian plak mummy tengok. So 2 3 hari lepas tu mummy belanjja la dia sate. Banyak la dia makan. Dalam 10 cucuk kot. Tapi sate tu kecik je. Harga pun 30sen je...

Nanti ada masa mummy banje Cik Auni sate hut yer...lama dah tak makan sate hut...kenangan "embah" dengan member-member opis.... ;-))

Thursday, August 27, 2015

Jam kesayangan

Jam ni dah berusia lebih 5tahun. Tak pernah buat hal. Setakat bateri habis je. Kalau ada 10 jam puntetap yg ni no.1. Dah nama pun kesayangan kan...

Masalah jam ni sekarang jarum saat tu dh tercabut. Nampak tak dia melintanng kat jarum minit tu. Dia menghalang jarum minit tu dari bergerak. Actually jarum saat tu memang dah longgar tapi tak tercabut lagi. Masih boleh digunakan lagi. Jarum pendek & jarum panjang tu masih bergerak lagi. Ni bila dah tersangkut camtu mmg tak bergerak la. 

Mengadu ngan En suami pg td. Bukan niat nak dapat yang baru yer...kalau dapat pun saya tetap nak jam ni jugak melainkan kalau memang hayatnya dah sampai ke penghujung. Minta dia repair je. Sebab saya yakin jam ni masih boleh digunakan lagi. Terlalu banyak jasa dia kepada saya.

Semoga jam ni terus dapat berkhidmat pada saya selama-lamanya....

Wednesday, August 26, 2015

Terlalu lama

Salam sayang...

Memang sudah terlalu lama saya tinggalkan blog ni. Bukan melupakan tapi mood tu tak sampai-sampai. Entah la bila mood yang sebenarnya nk datang. Tapi yang pasti disini saya ada macam-macam pengalaman. Di sini tempat saya luahkan segalanya...

Disinilah tempat saya meluahkan segala kesedihan, kegembiraan, kekecewaan dan macam-macam lagi. Tidak mungkin saya melupakannya. Cumanya nak memulakan sesuatu yang dah lama ditinggalkan tu ambik masa sikit.

Si kecik saya pun dah 7bulan. Rasa macam tak adil plak kan. Masa anak 1st bukan main excited lagi bercerita perkembangannya dari bulanke bulan. Insya Allah saya akan buat juga entry untuk Zafiir Arfan. Anak mummy yang tak banyak kerenah. Sangat senang menjaganya. Mummy syukur dengan kelahiran kamu....

Nantilah mummy buat entry khas untu adik yer...ni tengah kumpul semangat dulu...

Wednesday, June 3, 2015

Kadang-kadang terlepas juga...


Terjumpa di kat mana tah. Minta halal yer nak share kat sini.

Mummy tersentap bila baca ni. Terus teringat kat Cik Auni. Ada malam bila tah Cik Auni nangis hampir 2jam tak berhenti. Kesabaran mummy tercabar jugak akhirnya. Dengan Sibotak Arfan nak tido lagi dengan Cik Auni yang nangis menjerit-jerit lagi. Laju je tangan mummy hinggap kat pipi gebus Cik Auni. Tu pun dia tak nak berhenti nangis lagi. Cara psiko tak jalan cara kasar pun tak jalan jugak. 

En Suami kerja plak. Memang betul-betul menguji kesabaran mummy. Ye mummy tau anak mummy ni kecil lagi. Tak faham apa yang mummy cakapkan. Masih terlalu mentah untuk mengerti setiap bait tutur kata mummy. Bila kewarasan sudah berada ditahap yang tak sepatutnya maka terjadilah sesuatu yang membuatkan mummy rasa menyesal. Menyesal dan bersalah setelah berlakunya kejadian itu.

Kadang-kadang mummy stress gak. Kadang-kadang dalam keadaan stress tu mummy pun tak faham apa yang anak mummy nak kan sebenarnya. Kadang dalam stress tu mummy pun banyak kali hilang sabar. Tapi percayalah....bukan sengaja mummy nak bertindak sebegitu. Bukan niat mummy nak menyakitkan anak-anak mummy. Mummy sayang sangat anak-anak mummy...

Percayalah...kehadiran anak-anak mummy memang sangat membuatkan mummy belajar erti kesabaran yang sangat tinggi. Dan kejadian tu membuatkan mummy lagi rasa mummy punya kesabaran sebenarnya masih rendah. Mummy selalu berdoa agar mummy tabah menghadapii segala karenah anak-anak mummy yang mummy tau ianya hanya sekali sahaja datang dalam hidup mummy. 

Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak mummy dapat memahami lagi peel anak-anak mummy yang semakin membesar. Semakin banyak yang anak mummy pelajari semakin banyak yang mummy juga kena pelajari. Semakin banyak juga yang mummy kena ambik tahu dan sedar apa kemahuan anak mummy.

Mummy minta maaf sayang sebab menyakitkan anak mummy. Sungguh mummy tak berniat langsung untuk sakitkan anak mummy. Menyesal kemudian tak berguna kan tapi mummy telah belajar sesuatu yang sangat berharga. Percayalah sayang....mummy bersyukur sebab anak-anak mummy ada dengan mummy. Membesar depan mata mummy. Cuma mungkin mummy belum biasa dengan kedaan sebegitu. Mummy dah menyesal....

Friday, May 8, 2015

Ujian itu...

Salam...

Berguguran airmata saya harini. Lama rasanya tak mengeluarkan air mata. Saya nangis semahu-mahunya. 

Bermula semalam. Mungkin inilah ujian atau suka duka yang akan saya kenang sepanjang perjalanan penyusuan #zafirfirzanah saya. Ujian yang sedikit tapi mungkin ianya satu permulaan bagi saya so agak terkesan di hati saya.

Semalam sesi last di office saya hanya dapat lebih kurang 1oz je. Tak tahu dimana silapnya. Yang sebelah kiri yang ternyata memang sedikit tu ditakdirkan pulak tumpah sebahagiannya. Allah.....hanya itu yang terkeluar dari mulut saya. Tak pernah-pernah saya dapat sebanyak itu.

Balik pulak memang dah agak akan terasa berat. Lepas mandi saya mengepam lagi untuk kosongkan breast saya. Alhamdulillah dapat 5oz. Itu pun belum betul-betul kosong. Saya teruskan mengepam tapi tergerak plak nak tengok belek botol susu tu. Allah...ada plak makhluk yang berenang dalam susu tu. Seronok betul cik semut tu. Mungkin rezeki sang semut 5oz susu tersebut. Saya tak sambung mengepam pun. Kebetulan sikecik bangun & df je sikecik tu. 

Susu yang menjadi rezeki sang semut saya suruh en ssuami buang. Sedih tengok susu tu. Dah bukan rezeki baby arfan. 

Harini lain plak dugaannya. Susu yang saya pam bercampur dengan darah. Dah jadi susu bandung plak. Cik b kiri saya memang luka. Tapi semalam ok lagi. Tak tahu plak boleh berdarah arini. 

Kesimpulan yang saya boleh buat:

1. Ujian Allah bila-bila je. Kena sentiasa bersedia dari masa ke masa

2. Mungkin saya kurang rasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Walaupun susu saya terpaksa dibuang tapi saya masih ada lagi stok untuk anak tersayang. 

3. Masih lagi banyak amalan wajib yang saya lalai. 

4. Tidak ikhlas/ merungut setiap kali baby bangun nak menyusu. Rasa penat bila baby bangun sejam sekali

5. Kurangnya amalan-amalan sunat macam bersedekah, berzikir, membaca al-quran

Ni semua PERINGATAN buat saya. Semoga lepas ni saya akan berubah lebih baik lagi Insya Allah...


Wednesday, April 29, 2015

Pesta Buku

Tahun ni dapat pergi pesta buku. Insya Allah saya akan mengiringi beberapa orang lecturer untuk selection bagi tahun ni. Pesta buku ni bermula dari 24 April 2015 hingga 5 Mei 2015. 

Weekend ni mesti sesak sebab cuti panjang. So sapa-sapa yang takde buat apa-apa tu meh la memeriahkan pesta buku kali ni. Saya tak tahu nak cerita lagi sebab belum pergi lagi. Nanti dah balik saya bagitau yer..

Friday, April 17, 2015

Meh layan jiwang lagi

Malam-malam layan laguu ni syokk oooo...


Thursday, April 16, 2015

Menghitung hari...(akhirnya...)

Kalau tak silap saya ada 3 entry cerita pasal menghitung hari ni. Apa la yang dikiranya. Nak kata nak sambut baby...baby pun dah nak masuk 3 bulan.

Sebenarnya macam letih plak nak cerita. Tapi disebabkan takde cerita & boleh gak jadikan kenangan bila nak tua nanti makanya marilah kita cerita kat sini.

Al-kisahnya pasal menghitung hari ni sebenarnya tunggu masa nak dapat kunci rumah. Alhamdulillah saya dapat beli rumah sendiri. Alhamdulillah juga penantian 3tahun berakhir jugak. Dapat kunci masa dalam pantang lebih kurang 3minggu kot. Kira rezeki baby la ni. Syukur sangat. Ambik kunci pun jalan slow-slow..

Tunggu bukan main lama lagi. Rumah ni En suami booking masa tu semak samun lagi. Kitorang pun belum kawen lagi masa tu. Ye la konon-kononnya lepas kawen boleh la duduk rumah sendiri. Rupanya 3tahun masih duk ngan mak mertua. Tu xpe la lagi. Saya ok je pun duduk ngan mak mertua. Mak mertua pun banyak sangat tolong saya dari banyak segi. Lagi-lagi bila ada anak.

Yang saya kisahkan proses nak dapatkan kunci tu terlalu lama. 3 tahun lama kottt...dari sebelum kawen sampai la saya beranak 2. Hari-hari lalu kawasan tu rasa menyirap je...tapi nak buat macam mana kan. Bukan saya sorang je yang mengharap. Satu taman tu kot berharap. Ye la kita beli rumah untuk duduk. Lain la kalau org kaya beli untuk saje-saje. kalau beli untuk saje-saje pun tak sakit hati bila tarikh yang sepatutnya rumah tu siap tapi tak siap-siap...

Now rasa lega sebab kunci dah dapat. CF pun dah dapat. En suami excited lebih. Tiap-tiap minggu ada je benda dia nak buat. Insya Allah kalau tak ada apa-apa & kalau dah siap semua sebelum raya kami boleh dah duduk rumah tu. Grill, kabinet dapur dah siap. Sekarang dalam proses mengecat. Tu pun duk gaduh laki bini nak pilih kaler apa. Masa ni la rasa duit tu macam air sungai ehhh...macam air banjir kot yang mengalir laju. Tak pe la untuk jangka masa panjang jugak kan...

Barang-barang dapur yang kecik-kecik macam rice cooker, blender suma dah ada. Hadiah kawen yang tersimpan 3tahun tu. Washing machine, peti ais pun dah beli. Tv pun en suami dah ada lama...so kita pakai je. Adik ipar baik hati bagi sofa dia yang lama sebab dia nak beli sofa baru. Dia pun dalam proses renovate rumah sikit-sikit. 

Tak sabar nak masuk rumah baru. Hope semuanya berjalan lancar. nanti dah siap semua baru tempek gambar kat sinii yer...Konsep rumah cacamarba. Takde konsep. Ikut suke jer hehehehe...

Wednesday, April 15, 2015

Bila Anak Demam

Anak dara saya demam. Dah seminggu rasanya. Demam kali ni yang paling lama. Mulanya selsema dengan batuk je...dia jarang demam. Kali ni memang agak teruk la. Dengan tak makannya. Susut teruk badan dia. Nasib la nak jugak minum susu. Dah berapa hari tak makan bila dukung dia terasa sangat. Perubahan paling ketara bila dia tak aktif. Asik nak duduk dalam buai je. Selalunya kalau demam pun tak reti duduk diam budak ni. 

Berlari kesana kesini. Ni bila dia tak nak keluar buai risau plak saya. 3 4 hhari jugak la badan dia on off demam. Masuk hari ke5 alhamdulillah dia nak aktif sikit. Risau gak la. Ingatkan nak bawa dia pergi cek darah. Bila tengok dia dah start makan, dh berlari sana sini, dh joget2 bila tengok video favourite dia Alhamdulillah...

Cumanya mummy terkilan sikit sebab kadang-kadang time nak tido mummy tak dapat nak peluk dia. Ye la time nak tidur tu la adik dia bangun nak menyusu. Sedih bila mummy hanya mampu tepuk2 dia kat kaki je. Mummy pun sebenarnya rindu nak peluk dia time tidur. 

Mummy doa cepat la anak mummy sembuh seperti biasa. Rindu nak tengok gelagat dia yang sangat keletah tu. Mungkin demam nak banyak cakap kot. Dah pandai cerita sekarang ni. Mummy suka layan dia cerita time nak tidur...

Cepat sembuh yer sayang...Mummy sayang sangat kat Auni...

Saturday, April 11, 2015

Zafir Arfan

Memperkenalkan arjuna mummy...

1st day

Jaundies

2 bulan

Friday, April 10, 2015

Kembali

Hari ni nak layan lagu jer...


Wednesday, April 1, 2015

Pengalaman bersalin anak kedua

Alhamdulillah dah habis cuti bersalin 2 bulan. Dah start keje pun. So boleh la ambik masa edit sikit-sikit pengalaman bersalin anak kedua ni.

Entry sebelum ni cerita pasal hospital mana nak bersalin kan?? So saya dah decide nak bersalin kat goverment jer. Sama je kan private ngan goverment. Cumanya private leh la ko request nak ubat apa untuk tahan sakit kan. Sedia je la duitnya je...

Memandangkan masuk 3rd trimeter saya takde masalah dengan BP so saya dah pilih untuk bersalin di Hospital Tg Karang je. Dekat dengan rumah...so senang en suami nak hantar & senang dua-dua family nak datang tengok.

23/1/2015
Ada perarakan & sambutan Maulidur Rasul kat opis. Tapi saya tak join la berarak sebab nak jalan pun dah terkangkang-kangkang tak kan nak berarak plak kan. So ikut ceramah maulidur rasul je.

Petang balik keje singgah pasar malam nak cari pisang. Teringin sangat nak makan pengat pisang. kat opis asik la teringat pengat pisang Azira seksyen 10 Shah Alam. Nak kesana memang tak la kan. So nak buat sendiri sebab lagi puas dapat makan. On the way balik keje tu memang dah rasa lain je. Tapi sebelum ni pun dah ada tanda tapi cuma braxton hicks je. So kita buat tak tahu je. Dah dapat pisang on the way balik rumah siap cakap kat baby lagi.."baby kalau nak keluar tggu ayah yer..."

24/1/2015
Pukul 5.30 pagi saya terasa ada air mengalir kat bawah. "eh tak kan aku terkencing dalam seluar, tadi kul 4.30 dah kencing".. malam saya jarang buang air sebab tak banyak minum. Lagipun memang dah tak larat nak bangun. So minum sikit supaya tak payah nak bangun g toilet. Rupa-rupanya air ketuban saya dah pecah. Pergi toilet berjejer air mengalir. Bila dah confirm memang air ketuban saya terus mandi supaya bila nak bersalin nanti rasa segar. tengah-tengah mandi tu rasa nak buang air besar plak. Masa ni dah rasa sakit sikit-sikit. So konfuse jap betul ke nak membuang or memang rasa nak bersalin. Kangg tengah mencangkung kuar plak baby. Tapi saya try gak membuang. Alhamdulillah memang membuang betul.

Pukul 6.30 sekali  lagi air ketuban keluar. Kali ni makin banyak & sakit pun makin kerap dan lagi sakit. Tapi sempat lagi tidurkan Cik Auni yang masa tu tengah mamai-mamai. Kejut en suami suruh siap-siap nak ke hospital. Kebetulan malam tu en suami tak kerja. Baby memang pandai pilih timing la...

Sempat la jugak saya minum milo & makan roti sekeping untuk tenaga masa nak meneran tu nanti. Air selusuh saya dah minum masa mula-mula pecah ketuban tu. So yang lebihnya saya bawak sekali pergi hospital. Eh masa ni kan sempat lagi kemas bilik sikit-sikit. Simpan baju dalam almari hehehe...sebabnya tak mau sakit lama-lama kat hospital.

Saya sampai hospital dalam pukul 7 camtu. Tak jauh pun dalam 10-15minit je. Dalam kereta sepatah pun saya tak bersuara sebabnya dok menahan sakit. tapi sempat la kata kat En Suami "nasib la ayah tak keje malam tadi". 

Kat hospial lepas register semua nurse tanya sikit-sikit pastu dia suh tukar baju dengan ambik air kencing. Lama saya kat dalam toilet sebab saya dah tak boleh nak buang air kecil. Asik menahan sakit je. last-last saya keluar bagitau nurse saya tak boleh kencing. Nurse kata takpe, baring atas katil nurse cek bukaan dah 4cm.

Makin lama makin sakit...sakit contraction memang sakit. Bila bukaan lagi besar lagi bertambah sakit. Sakit sekejap-sekejap. Bila dah 8cm terasa sakit pinggang plak. Sakit macam period pain. Masa anak 1st tak rasa plak camni. Nak sangatkan bersalin secara natural tanpa sebarang ubat. Rasakan hehehe...tapi sekejap je. Bagi mereka yang baru 1st time jangan takut yer. Banyakkan berdoa...nurse tanya ada air selusuh x? saya kata ada dalam beg. Nurse ambik bawa masuk dalam labour room tu. Ingatkan nak suruh saya minum rupanya nurse tu buka penutup air selusuh tu. Mungkin ni petua mudahkan bersalin kot. Entah la saya pun tak pasti tapi penah la baca kat blog sapa tah. Oh ya satu lagi petua ialah masa kat labour room tu buka ikatan rambut. Nurse tu ada suh saya buka ikatan rambut. Mulanya saya tak tahu pun. Bila cerita kat mak baru mak bagitau tu petua. Masa bersalinkan Cik Auni kat Sg buloh takde plak nurse tu suh buat camtu. Entah la...asalkan selamat. yang penting banyakkan berdoa dan bacalah apa-apa yang terlintas difikiran macam doa nabi yunus tu.

Bila dah 8cm saya macam dh tak tahan sangat. Banyak kali panggil nurse. Nurse tak boleh buat apa pun sebab belum masa untuk meneran. Nurse suruh tarik nafas lepas slow-slow. Eh ke camne tah nurse tu cakap. Last sekali nurse tu suruh mengiring. Bila cek baru 9cm. Agaknya nurse tu dh tak larat kot asik kena panggil je so dia seluk lagi sekali & suruh saya meneran. Agaknya dia tolong bukakan jalan sampai 10cm kot.

Untuk anak kedua ni memang banyak kali saya meneran. Lagipun En Suami tak dibenarkan masuk. Saya tak pasti kenapa tapi saya ada terbaca banner kat luar wad tu ada tulis Hospital Rakan bayi. Means suami boleh masuk masa proses kelahiran tu berlaku. Saya pun tak tanya sebab dah sakit sangat. Masa bersalinkan Cik Auni dulu sempat plak saya tnya nurse tu mana suami saya. Bila saya tanya en suami masa kat wad dia kata nurse tak benarkan dia masuk. Saya pun tak faham kenapa. Lupa plak nak tanya masa discharge haritu.

Anak kedua ni saya rasa susah sikit nak bersalin. Rasa macam lamanya baby ni nak keluar. Banyak kali saya teran pun tak keluar-keluar. Mungkin sebab en suami takde temankan kot hehehehe...sampaikan saya rasa eee kenapa ketat sangat ni. Susah sangat baby nak keluar. Nurse toksah cakap la dok bagi semangat suh teran-teran. Ada yang tolak perut saya dari atas, ada yang jerit puan jangan angkat bontot. Saya pun tak sedar bila masa saya angkat bontot. Saya pun dok meneran je la. Dah la masa bersalin tu saya tengah selsema ngan batuk. Rasa macam tak cukup nafas je...sampaikan saya macam terasa ada jari tolong masuk & koyakkan tempat laluan tu. Serius saya rasa camtu. Koyak pakai tangan bukan pakai gunting. 

8.30 pagi Alhamdulillah baby selamat lahir ke dunia. Terasa lega sangat-sangat....Nurse tunjuk baby & suruh sebut jantina. Lepas tu baby dibersihkan & nurse ambik detail baby. Saya dengar nurse tu jerit 4.1. Ya Allah betul ke baby aku tu. Besarnya....memang betul pun. Sebab saya sorang je yang bersalin hari tersebut. Patutla mummy tak larat nak meneran. 

Macam biasa lepas baby dah ambik detail semua nurse letak kat dada untuk proses skin to skin. Kalau kat Sg buloh baby keluar je potong tali pusat terus letak kat dada mummy. Kat Tg Karang ni lambat sikit. Semuanya saya rasa lambat. Nak keluarkan uri pun lambat. Nak jahit luka pun lambat. Saya dah terasa pedih dh luka tu. Dah la luka saya besar banyak kena jahit. Time jahit tu dapat plak nurse yang baru nak belajar menjahit. Dengan tak bius. Memang bising la mulut saya sepanjang proses menjahit tu. Banyak kali saya tanya dah siap ke belum. Part jahit memang saya tak suka. Memang semua hospital kerajaan tak bius ke masa jahit. Kalau ingat balik memang serik sangat. 

Baby keluar 8.30pagi saya ditolak ke wad pukul 11.30 pagi. En suami sempat lagi keluar breakfast kat mamak. Lama sangat katanya tunggu saya. Saya pun rasa sangat lama proses tu. Seingat saya masa bersalinkan Cik Auni dulu nurse yang bertugas sangat cepat. Daripada potong tali pusat, keluarkan uri, keluarkan darah, menjahit, bersihkan katil sampailah dia pakaikan pad. Smooth je dorang buat. Suka sangat. mungkin sebab kat Sg Buloh tu agak ramai patient so dorang pun kena la buat dengan sepantas yang boleh. 

Kalau dibandingkan antara 2 hospital ni saya lagi suka Sg Buloh. Dari segi perkhidmatan yang diberikan memang saya puas hati sangat. Cumanya kat sana katil sentiasa penuh. Mereka beri keutamaan kepada yang betul-betul kritikal dan yang betul-betul memerlukan.

Apa-apa pun terima kasih jugak la pada nurse yang bertugas pada hari tersebut sebab menolong saya sepanjang proses melahirkan baby saya haritu. Tanpa mereka tak mungkin saya kuat untuk mellahirkan baby saya yang saya sendiri tak jangka berat dia 4.1kg. Lahir secara normal tanpa bantuan apa-apa alat. Alhamdulillah.....


Tuesday, March 31, 2015

Dilema bersalin hospital swasta atau kerajaan


Salam semua....

Untuk anak kedua ni Alhamdulillah dipermudahkan untuk bersalin. Sebenarnya dari awal pregnant teringin nak ke private. Dari check up ke bersalin memang nak sangat merasa ke private. Ye la anak 1st dah kat goverment kan so teringin gak la nak merasa duduk di private.

Saya pun mula la bertanya pada pakcik gugel bayaran-bayaran yang dikenakan oleh hospital private ni kan. En suami pun tak kisah. Setelah segala maklumat diperolehi, dikumpul, disimpan maka saya pun memilih hospital kerajaan juga. Antara sebab-sebab mengapa saya pilih hospital kerajaan adalah:

1)Saya ada history BP tinggi masa mengandungkan Cik Auni dulu. So tak mustahil kandungan kedua ni pun ada masalah yang sama. Di awal pregnant pun saya dah dikesan mengalami masalah yang sama. So saya tak nak ambik risiko kalau hingga saat kelahiran saya masih mengalami masalah yang sama. Sebab saya ada dengar ada hospital private yang tak ambil kes baby pramatang in case kalau saya bersalin awal.

2)Kebanyakkan hospital private ni jarak perjalanan dari rumah saya paling dekat pun 1jam. Itu kalau traffic ok. Kalau tak ok mau ambik masa 1 setengah hingga 2 jam. Agak-agak sempat tak??

3)Company saya memperuntukkan 2.5K untuk medical saya. So memang cukup la kalau nak biaya kos bersalin kat private sebab kos rawatan yang rata-ratanya dalam 2k (kalau normal & takde masalah apa-apa). Tapi saya tak mau habiskan medical saya sebab masih awal tahun. Memang company En Suami ada cover isteri & anak (untuk bersalin saya tak pasti) tapi jika berlaku apa-apa pada En Suami (minta dijauhkan) siapa yang akan tanggung kos rawatan anak-anak saya nanti.

So atas sebab-sebab diatas maka saya telah memilih untuk bersalin di hospital kerajaan je. Pengalaman pertama bersalin dihospital kerajaan ok je. Itu pun dah masuk 9bulan baru saya decide nak bersalin kat mana.

Satu masalah dah selesai. Ada lagi....Sekarang ni hospital terdekat ialah Hospital Tanjong Karang. Hospital Tg karang ni xde pakar. Kelengkapan pun kurang. Kalau setakat sakit-sakit biasa tu boleh la nak pergi sini. Kalau nak bersalin normal yang tak ada kompilasi macam darah tinggi atau kencing manis tu boleh la nakk bersalin kat sini. Wad bersalin tak penuh. katil sentiasa ada. Tapi kalau ada masalah kena tolak ke Sg Buloh. 

Memandangkan history anak pertama naik ambulans ke Hospital Sg Buloh nampak gayanya memang kena bersiap sedia la nak ke sana jugak. En Suami selalu tanya dah buat keputusan nak bersalin kat mana. Ye la senang dia nak bersiap sedia. Saya bagitau kalau tak ada apa-apa masalah saya pilih Hospital Tg karang je. Sebab dekat dengan rumah. Kalau Hospital Sg Buloh untuk kes biasa memang katil sentiasa penuh. So tengok pada keadaan saya ketika nak bersalin nanti.

Sunday, February 8, 2015

Alhamdulillah baby dah keluar


 24 Januari 2015 baby boy selamat dilahirkan pada jam 8.30 pagi secara normal. Berat baby 4.1kg. Panjang plak 53 cm. Alhamdulillah sakit tak lama. Nanti ada masa saya ceritakan pengalaman bersalin kali kedua ni plak yer...

Wednesday, January 28, 2015

My 2nd Pregnancy Journey

Salam Semua...

Untuk 2nd pregnancy ni nak buat satu entry je. Biasa la faktor umur hehehehe...Senang kot kalau buat sekali harung jer. Nak cek balik pun senang. Kenapa la yang 1st dulu tak buat camni kan....

Saya dapat tahu saya mengandung kali kedua ni masa umur Cik Auni 1tahun 3bulan. Sebelum tu memang macam dah syak jer. Period memang dah lewat. Saya memang tak ambik apa-apa perancang pun. Rancang sendiri jer. Ikut En suami dia nak setahun satu. Pengsan bini dia..

Sebelum ni memang ada period lewat. Tapi saya breastfeed Cik  Auni, memang ada lewat sampai 3 bulan. Lewat yang ni memang dah agak. So saya buat UTP sendiri. Berdebar jer rasa...macam 1st time pregnant. Tak sampai seminit dia dah tunjuk hasil. Hasilnya memang positif. Masa ni saya lewat seminggu. Senyum je la kan...

2minggu lepas tu sebelum ke klinik saya buat lagi UTP kat rumah. Tak puas hati buat sekali. Mana tau alat tu tipu kan. Ye la beli pun yang murah jer. Alhamdulillah memang positif. Badan saya memang dah rasa lain macam. Tapi morning sickness tu takde lagi. Cumanya saya cepat ngantuk. Kalau kat opis tu pukul 10 saya dah ngantuk.
 

Saya pergi klinik & doktor sahkan saya pregnant 7minggu. Siap scan lagi. Terkejut doctor tu tengok denyutan jantung (eh yer ke...ke nadi ha...) jelas kelihatan. Saya pun senyum je la. Happy tak terkata. Alhamdulillah seperti yang kami mahukan. Due date Insya Allah awal tahun depan. Harap-harap sama or dekat=dekat dengan birthday ayah.

Ambik MC g dating dulu sebelum g kinik

Masa buat pengiraan sendiri ayah dah masam-masam muka sebab ayah kata baby kuar sama bulan dengan mummy & Cik Auni, Mummy kata tak sebab mungkin awal lagi kot. Bila doctor dah sah kan senyum je ayah hehehe...

Monthly Check Up
Saya masih berkira-kira sama ada nak check up kat KK or klinik swasta. Tau je la kalau kat KK ni ambil masa sikit. Pengalam pertama dulu sudah cukup letih rasanya. Dari segi dorang cek memang ok. Detail semuanya. Tapi tu la...rasa macam tak sanggup plak.

Kalau cek kat swasta boleh guna medical company. Saya dah call klinik tu dia kata boleh. Tapi kena buka buka merah tu juga kat KK. Rasa malas je nak ke KK tu. Tengok la camne nanti.

Morning Sickness
Tak sama macam Cik Auni dulu. Mungkin tu 1st time kan takde pengalaman lagi. Yang saya perasaan buat masa sekarang ni mabuk tu ikut masa. Kadang pagi...kadang petang...pastu macam ngantuk je. Ada gak tertidur kat opis ni. Lagi satu macam banyak angin jer. Sakit-sakit kepala dibuatnya. Nasib la dia tak stay lama dalam badan. Mau la jugak dia keluar wlaupun kebanyakkannya keluar ikut bawah (oooppppsss...malu saya).

Alhamdulillah sekali lagi saya dapat merasai bulan puasa disaat saya hamil. Cik Auni dulu pun morning sickness masa bulan puasa. Sebab tu due date diorang dekat dekat je. Beza dalam sebulan lebih jer. Setakat ni tiada lagi agenda muntah yang teruk. Cuba rasa macam malas nak bercakap. Kalau cakap je mesti rasa nak muntah. Eeee...malas nk fikir la...

Setelah mengharungi bulan puasa saya rasa pregnant kali lagi teruk dari Cik Auni dulu. Saya dapat puasa berapa hari je. Memang teruk la saya rasa untuk kali ni. Macam yang sebelum ni, saya tak boleh bau-bauan. Saya alah pada bau. Wangi-wangi tak boleh nak bau. Apatah lagi bau busuk. Pergi kerja memang tak mekap langsung. Kadang-kadang tak cuci muka. Tak pakai bedak. Hari-hari akak cleaner tegur muka saya pucat. Muntah memang teruk. Saya makan sikit-sikit supaya saya tak muntah. Selagi boleh saya akan tahan daripada muntah. Tak suka ok.

Tempat paling saya tak suka toilet/bilik air dan bilik tidur. Bilik air kan ada sabun, syampu, shower form bagai...Eeeeeeee tak sukanya. Lagi-lagi waktu pagi. Ramai yang masuk bilik air. Lepas guna kan ada bau sabun mandi, ubat gigi la, pencuci muka. Saya masuk cepat-cepat gosok gigi pastu mandi. Sabun pun buat syarat je. Kadang-kadang tak sabun pun. Pernah sekali masa saya syampu rambut terus saya termuntah. Seminggu 2 kali je syampu rambut. Tak suka sangat. Masuk bilik memang saya tak sentuh langsung bedak, losyen, krim muka ke hapa. Deodorant pun kadang pakai kadang tak. lantak la. nasib la saya ni takde masalah bau badan. Tapi paling tak suka bila En suami lepas mandi. melekat ok bau sabun mandi. Pastu sembur deodorant la. Dengan losyen pastu sembur plak perfume mak aiiiiii.....menjerit la saya apa lagi kan. Siap saya suruh En Suami beli sabun mandi yang takde bau. Dah mana nak cari kan...

Saya berterima kasih banyak-banyak pada En suami sebab sepanjang saya alahan bau dia yang uruskan mandi pakai Cik Auni, Kalau saya yang mandikan memang tak bersabun la Cik Auni tu. Sampai kan satu tahap saya tak cium langsung Cik Auni. Rasa sangat kejam ok. Bau peluh dia pun saya tak suka. Kesian betul anak mummy tu kan...tak pe la kejap je ni.

Lepas raya selera pun dah makin ok. Tapi tak boleh makan banyak. saya cepat sengkak. makan sikit tapi kena kerap. Ok la kan. tapi En suami tu susah la sikit. Time dia makan di ajaknya saya makan sekali. Timing makan saya memang dah lari. Saya makan bila lapar. Tapi jap je dah kenyang. Perut takde la besar sangat. Harap-harap bertahan la sampai baby lahir nanti yer. Mummy tak larat nak bawa badan besar-besar ni. Ni pun rasa macam cepat je mengah.

Mengandung kali ni cepat penat. Mungkin sebab ada anak kecik yang tengah melasak. Cik Auni pun kalau sampai tahap mengada dia nak berdukung je. Tak dilayan kang kata mengabaikan anak sulung. Pilih kasih la hapa la...Kalau saya larat saya layan. kalau tak larat saya akan duduk main-main je dengan dia. Bagi dia leka. mana larat nak membawa dua orang sekali gus. Cik Auni pun boleh tahan berat sekarang ni. 

CHECK UP
Check up kali kedua bp saya tinggi. 130/80. Memang saya sakit kepala time tu sebab malam tu saya tak cukup tidur sebab blackout. Jenuh mengipas cik Auni dari pukul 3-5 pagi. Dah kena cek bp 2hari sekali. Lepas 2minggu pegi checkup lagi. lain-lain semua ok.

Alhamdulillah lepas appoiment ngan doktor semuanya ok. So Check up seterusnya adalah sebulan selepas tu. Harap semuanya akan seperti biasa sampai la bersalin nanti. Saya sebenarnya tak sabar nak scan baby. Dengan harapan biar la kali ni baby boy. Ye la yang 1st girl. Kalau dah dapat sepasang macam ok kan. Tapi tak kisah pun kalau dapat girl pun. Kalau girl lagi berebut la kasih sayang Cik Auni dengan ayah dia hehehee.

Saya teringat masa scan Cik Auni dulu. Doktor tanya anak 1st ke. Biasanya parent akan excited dengan anak pertama ni. Kalau kedu ketiga dan seterusnya takde dah nak scan bagai ni. Pada saya Insya Allah, 2 3 4 5 orang baby pun saya akan scan jugak. Saya nak semua dapat rasa. Semua saya akan scan kecuali keadaan yang tak dapat dielakkan la. Seronok sebenarnya. Masa doctor scan untuk confirmkan saya mengandung kali kedua ni, tu pun saya dah excited. ni kan pula bila baby dah besar. Masa tu dalam 7 minggu kalau tak silap. Mana la nampak rupa lagi. Doctor cuma tunjuk denyutan nadi je. Tu pun dah sengeh sampai telinga. Berapa minggu ye dah boleh buat 3D/4D. Tak sabar nak tengok baby mummy ni.

TENDANGAN BABY
19 minggu kandungan saya dah ada rasa gerakkan. Agak kerap jugak la. Cuma tak perasan masa bila. Tiba-tiba je macam eh...baby gerak ke ni. sweet sangat. Masuk minggu ke 20 baby dah pandai mengeras mengeras. Biasanya waktu malam & awal pagi.Lagi satu kalau saya tahan kencing mesti baby akan mengeras. Tak selesa kot. Busuk la mummy ni. baby nak bergerak pun tak selesa hehehehehe.

Oh ya masa ni jugak saya kena sakit mata. Berjangkit dari Cik Auni. Nasib la Cik Auni sekejap je & tak merah sangat. Saya perasan dia sakit mata je terus bawa dia pergi klinik. Saya punya teruk jugak la. Dengan mata merahnya...bengkak...gatal plak tu. menahan je la rasa nak garu-garu mata ni.

MENGIDAM
Sejak mengandungkan Cik Auni saya takde la mengidam yang bukan-bukan. Cumanya masa Cik Auni dulu tak sempat nak makan steak. Tu yang meleleh je air liurnya. Seronok kan time pregnant ni. nak makan apa je Insya Allah ada je insan yang akan tunaikan. Untuk yang kedua ni setakat ni saya cuma teringin nak makan durian dengan ikan terubuk bakar je. Alhamdulillah kedua-duanya telah selamat dimakan oleh baby dalam perut mummy ni hehehehe...Mulanya En Suami memang tak benarkan makan durian. Katanya nanti baby panas huhuhu...saya pun hold la dulu sampai habis musim durian. Time tu menggelabah la en suami nak cari durian hehehehe padan muka dia. Bukannya nak makan banyak pun. Mak mertua saya bising sebab en suami tak belikan durian lagi untuk saya. Saya dapat makan pun adik ipar yang belikan.  Ikan terubuk plak kebetulan masa tu tak musim lagi. Saya tak kisah sebab saya tahu ikan ni bermusim & bukan susah pun nak dapat. Ni pun adik ipar yang belikan. Kebetulan dia pergi pasar & ada plak ikan tu. Terus bakar & makan panas-panas. Esoknya mak  mertua plak yang masakkan ikan terubuk. Syukur sangat saya dikelilingi orang-orang yang tersayang..



FASA BERIKUTNYA
Masuk 21 minggu, bawah perut saya dah terasa sakit. Tidur pun dah tak selesa. Bukan sebab perut dah  besar. Cuma bila nak beralih posisi tidur tu b****t saya rasa sakit. Ambik masa gak la nak betulkan. Nak bangun tidur pun dah rasa sakit. Baby kalau saya mengiring kekiri mesti dia tendang-tendang. Tak suka agaknya. Padahal ruang masih banyak lagi. Saya rasa berat badan tak naik sangat. Sebab saya makan macam biasa je. Tak tahu la kalau 7 8 bulan nanti. Masa Cik Auni aritu berat sebelum bersalin 86kg. Kita tengok plak kali ni berapa...

Check up untuk 21 minggu ada sikit masalah. Berat saya naik 2kg. Rasanya makan macam biasa.Cuma kuantiti nasi memang agak banyak dari kebiasaannya. Mungkin sebab tu kot. Hb plak makin turun. 10.6. Doctor kata ok cuma risau akan turun lagi. Sebab dah 3 kali check up asik turun je. Seminggu lagi kena minum air gula. Harap la ok semuanya. Pastu kena repeat bp selang sehari selama 2 minggu. Next check up kena 3 kali pergi klinik. Minum air gula, Scan baby, check up biasa, scan baby dengan cek hb.

Masa 21 minggu doctor ada scan baby. Masa nurse nak cek jantung bukan main laju lagi. Macam lari 100 meter je. Tapi ok xde la merisaukan nurse. Bila scan baby tak reti duduk diam. Lama juga doctor nak dapatkan ukuran baby. Doctor ada bagitau kemungkinan baby boy. Tapi tak sure lagi.

Masa mengandung kali kedua ni macam mudah je dapat selsema ngan batuk. Masa Cik Auni idulu rasanya tak pernah kot. Entah la mungkin ada, cuma saya tak perasan je. Tapi kali ni seakan mudah je nak kena jangkitan. Lagi-lagi kalau Cik Auni selsema. Sure lepas tu saya pun kena. Agaknya kurang vitamin C kot. Kurang makan buah. Masa mengandung Cik Auni dulu dalam peti ais sentiasa ada stok buah. Strawberi paling suka. Yang ni macam malas je nak makan buah.

PERSIAPAN BABY
Untuk second baby ni segala persiapan masih sama macam Cik Auni dulu. Persiapan kita buat sikit-sikit. Mana yang boleh kita recycle, kita guna balik. Tapi saya perasan macam En Suami yang excited plak. Pantang nampak baju baby murah-murah. Mula la sibuk tanya saya nak beli ke tak hehehe...Hari tu pergi farmasi, sebelah tu kedai Anakku. Boleh plak En Suami yang beria nak masuk. Lepas beli barang kat farmasi saya pun masuk la Anakku. Saje nak tengok-tengok je dulu. Last-last terbeli gak 4 pasang baju baby. Ermmm...tak pe la. Kita kupul sikit sikit yer...

PEMBAWAKKAN BUDAK
Selain alahan yang agak teruk, pregnant kali ni saya mengalami kegatalan kulit kepala. Selalunya memang ada masalah kelemumur tapi bila syampu ok je. Tapi kali gatal dia lain macam. Saya rasa dh berkerak kulit kepala saya. memang la saya jarang syampu rambut sebab tiap kali syampu je saya akan termuntah. Masa Cik Auni dulu takde sampai jadi masalah kkulit kepala gatal. Saya anggap ni pembawakan je la...sebab tiap kali lepas syampu pun ada masalah ni jugak.

Satu lagi pembawakkan budak ni bila En Suami yang kuat makan. Jap-jap dia kata lapar. Sehari 3 4 kali makan nasi. tengah-tengah malam kalau lambat tidur pun mesti dia mengadu lapar. Saya alhamdulillah setakat 6 bulan ni takde la terasa malam-malam nak makan or lapar yang melampau.

CERITA CHECK UP LAGI
Check up untuk 26minggu alhamdulillah saya dah pandai kawal makan. Cuma kadang-kadang terlajak jugak. Result Mggt (minum air gula) alhamdulillah clear. Takde masalah. Yang masalahnya BP saya. Malam tu memang tidur kejap-kejap sebab Cik Auni tak sihat. Pagi tu takde plak saya rasa pening or tak sihat. tapi bila cek BP naik la plak. Dah lagi sekali kena repeat BP lagi. Kali ni siap ngan test urin sekali. Hermmm ikut kan je la demi anak tersayang yang sedang aktif dalam perut mummy ni. Yang penting baby mummy ni sihat seperti biasa.

Saya dh kena check up 2 mggu sekali. Ini disebabkan BP saya yang tak stabil. Bila datang check up kat KK BP akan naik. Dh kena buat selang sehari. Lepas 2 mggu doktor nak review. HB plak alhamdulillah dah naik. Saya harap ianya akan maintain 11 keatas. Berat pun naik seperti yang disarankan. memang la kena tahan makan tapi takde la sampai kelaparan. Saya cuma tukar menu pagi & malam je. Just ambik roti whole meal. Malam makan roti dengan sayur & lauk-lauk yang MIL saya masak. Hasilnya mmg tak mengecewakan. Tidur malam pun tak de la baby merengek lapar (blh yer bby merengek dalam perut hehehehe).

Lepas Check up kat KK saya terus ke klinik private untuk ambik Iberet Folic. Ubat KK saya tak boleh plak nak makan sebab sembelit. So saya buat appoitment sekali untuk scan 4D. Tak sabar plak rasanya. Dekat KK next check up baru doc scan lagi. Baby kat dalam perut ni pun bukan main aktif lagi. Malam ok lagi. Mummy masih boleh lagi tidur lena. Kadang-kadang je terasa bby mengeras. Oh baby tak suka mengiring ke kiri. Tau je la Cik Auni kan kuat ngempeng. Kalau mummy mengiring ke kiri memang baby akan tendang byk kali. Sian baby...

Bukan saje kuat ngempeng, kadang-kadang Cik Auni boleh nak baring atas mummy. Tak kira la mummy baring terlentang ke, mengiring ke yang dia tau dia nak baring atas mummy.

Masa scan 4D tu baby tengah tidur. Dapat la jugak tengok muka baby. Cik Auni pun ada sekali. Mummy excited lebih hehehe. Hidung baby mummy rasa cam hidung ayah. Muka tak tahu la ikut siapa. Baby masam je...tak suka agaknya kena kacau time dia tidur. Saya buat scan 4d ni dekat Klinik Sri Penawar, Kuala Selangor. Kos RM130 dapat gambar & CD. dalam CD tu ada gambar & video sekali. Saya tak tahu tempat lain berapa diorang caj. Masa Cik Auni haritu cuma dapat gambar saje. Tu pun tak clear. Eh masa Cik Auni haritu 3D. Kalau tak silap saya dalam RM150. Untuk 4D ni saya bayar separuh je dalam RM50. Selebihnya saya guna medical.













 Ha...dah tau kan jantina adik Cik Auni. Jika betul Alhamdulillah dikurniakan sepasang cahaya mata. Kalau geng Cik Auni yang keluar pun Alhamdulillah. Cik Auni dapat la kawan. Boleh la tolong mummy masak nanti.

29 minggu semakin terasa gerakan-gerakan baby. Kadang-kadang kalau mummy makan terlebih sikit je dah semput dibuatnya. So makan ala kadar je. Check up 29 minggu berat naik 1.1kg. Doc kata jaga makan takut terlebih banyak plak. Scan untuk kali ni nak tengok kedudukan uri. Alhamdulillah semua ok. So lepas ni ada masalah ke tak de masalah ke dah kena check up 2 minggu sekali. Sekejap je rasa kan. Lebih kurangg 10minggu je lagi. Dup dap dup dap...

Mummy semakin semput bila berjalan lama. Hari tu ada bawa Cik Auni g karnival upin ipin kat PICC Putrajaya. Ayah la beria sangat nak bawa Cik Auni. Dah la parking jauh. Menapak la naik bukit sikit. Sebabnya ada 3 event dalam satu masa. maunya parking tak penuh. Mummy pun jalan slow-slow. Tertinggal mummy kat belakang.

BABY MAKIN BESAR
Masuk minggu ke 30 baby dah makin aktif waktu malam. Perut dah semakin sempit. memang tak lena tidur dibuatnya. Alhamdulillah mummy tau anak mummy sihat kat dalam ni. Check Up 31 minggu semuanya ok. Nurse yang check pun senyum je. BP ok...HB pun dh cantik...urin takde masalah. So check up kali ni memang ok la..

BARANG BABY LAGI
Untuk 2nd baby ni saya masih teruja untu breastfeed baby. Saya tekad untuk lengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun. Cik Auni dapat sehingga 1y3m jer. Walaupun begitu tetap la nak melekat & ngempeng dengan mummy lagi.

Mummy sangat teruja dengan gajet btreastpump sekarang ni. Makin banyak jenama breastpump yang cantik-cantik, kiut-kiut, lawa-lawa. Rasa geram jer. Setelah berbulan (sejak mula-mula dapat tau pregnant 2nd baby) mummy servey bermacam breastpump akhirnya berjaya gak mummy dapatkan breastpump baru. Mulanya ayah tak setuju. Sebab ayah kata yang lama masih elok& masih boleh guna lagi kenapa nak beli yang baru. Ye mummy tau S3 tu ayah yang belikan. Mummy sangat hargainya. Tapi kali ni mummy beli yang singgle je. Yang manual pun dah ada. So kira lengkap la set breastpump mummy. Double electric, single electric & manual. Puas hati betul mummy rasa hahahaha(opppsss...tergelak beso plak).



Mummy tak tahu la kenapa mummy tereksited beli barang baby untuk yang 2nd ni. Mungkin pengalaman yang pertama tu dah ada so kira macam nak lengkapkan la apa yang tak dapat masa 1st baby dulu. Masa Cik Auni dulu dok la berkira-kira je nak beli stroller ke tak. Alhamdulillah keputusan kami suami isteri untuk tidak membeli stroller adalah betul. Memang takde keperluan pun. So yang 2nd ni mummy beria beli. Cik Auni boleh duduk, baby pun boleh guna. Ye la anak dah 2 ni kna macam tak larat plak nak berdukung pastu nak mengejor plak Cik Auni tu. Penah la bawa Cik Auni guna stroller sepupu dia, nampaknya dia ok je duduk dalam tu. So kira lulus la ni.

PERSIAPAN MUMMY
Persiapan baby rasanya semua dah ok. Persiapan mummy plak. Setakat ni mummy baru siapkan (mak sebenarnya) bengkung tradisional. Masa Cik Auni saya guna 2 jenis bengkung. Tradisional & moden. Yang tradisional tu pinjam makcik punya. Mak mertua punya pun ada. So selang selang guna. Untuk kali ni saya dah beli kain suh mak jahitkan. Ingat nak buat lagi 1. So senang leh tukar-tukar & sendiri punya. Saya lagi selesa bila pakai yang tradisional ikat lilit-lilit. Tak de masalah pun. Adik saya pun kata dia rasa ok sebab bila berjalan tu rasa selesa sangat. Orang lain saya tak tahu yer...

Bersalin kali ni saya dah suruh mak tempahkan jamu tradisional. Yang mana jamu dia adalah serbuk. Saya tak tahu kenapa tapi saya rsa macam nak try plak yang tradisional. Mak pun bising beli yang mahal-mahal tapi tak guna kesemua bahan yang dibeli tu.

Yang lain rasanya macam nak beli kain batik ngan t-shirt. Stokin dah beli. Yang lama tah kemana hehehehe. Kain batik ngan t-shirt tu saje la nak beli baru. Terasa la ada sesuatu yang baru walaupun duduk berpantang kat rumah je pun hehehehe...

KENCING KOTOR
Check up seterusnya doctor detect kencing kotor plak. Saya tanya nurse apa punca kencing kotor ni. Nurse kata maybe sebab kurang minum air kosong. Memang ye pun. 2 3 hari sebelum check up tu saya rasa loya jer. Makan pun rasa nak muntah je. Asik nak minum manis. Air kosong memang susah la nak minum. Nak nak pagi tu  saya breakfast minum milo dengan makan roti sekeping. Selalunya lepas check up baru saya ambik sarapan. Dah kata loya so saya pun minum la milo nak hilangkan loya tu.

BP dengan HB dah cantik kena plak kencing kotor. Tak pe la yang penting babay sihat alhamdulillah. 34 minggu lagi la mummy tak boleh tidur malam. Asal baby gerak je terasa perut ni macam berombak je. Nak-nak plak bila kakak Auni bangun nak susu baby pun bangun jugak. Kadang-kadang kakak Auni tu 4 kali bangun menyusu. Mummy baru nak lelap dah bangun minta susu lagi. 2 jam sekali la dia menyusu. Elok kakak Auni lelap baby plak buat aktiviti dalam perut mummy. Mummy tak tahu camne la agaknya bila baby dah keluar nanti. Adakah jadual menyusu berganti-ganti dengan kakak Auni jugak. Kalau bangun serentak macam mana la agaknya yer.

Takpe...nanti bila anak anak mummy dah besar pasti mummy rindu saat-saat macam ni kan...Actually mummy semakin nebes ni. Macam 1st time nak bersalin plak. Harap dipermudahkan la semuanya....

24/12/2014 saya ada check up lagi. Appoitment pukul 11 tapi saya pergi pukul 2. Saya ambik 1/2day sebab esoknya cuti Krismas. Lagipun Jumaat ngan Isnin memang apply cuti. So merasa la cuti lama sikit hujung-hujung tahun ni. Dan saya rasa check up kali ni la yang paling sekejap sekali. Saya sampai klinik tepat pukul 2 ptg. Pukul 2.45 petang settle semua. Alhamdulillah tiada masalah apa-apa. Tu yang cepat & lagi pun orang pun tak ramai petang tu. mungkin sebab esoknya cuti umum kot. Just ambik berat, check BP ngan check perut.

Alhamdulillah barang-barang ke hospital pun dah ready kat dalam kereta. Baju-baju baby kat rumah pun dah basuh...semuanya dah ready. GL pun dah buat. Lepas ni check up seminggu sekali. Tak sabar nak tunggu baby keluar tapi biarlah tahun baru dia lahir. Merasa la ayah sambut birtyhday ngan anak. Kalau tak ayah menjeles je mummy sambut birthday ngan Cik Auni...

Bila check up seminggu sekali ni rasa macam makin nebes plak. makin tak sabar pun yer. Saya dah tak fikir pasal berat. Lantak la. Nurse kata perut saya besar. Doc scan pun katanya dah full. Dah takde ruang dalam perut saya. Patut la saya rasa macam mengah je. Bila baring nak bangun rasa susah sangat. Berat semacam je perut ni. Oh doc kata baby dalam 2.8kg. kalau ikut Cik Auni masa lahir 3.3kg. Masa tu 37 or 38 week. Baby masa ni 36 week. Memang tunggu masa je kalau baby nak kuar awal. Doc pun kata standby je bila-bila masa je baby boleh kuar. Tapi tak tahu la kalau baby boy ni suka duduk dalam perut mummy lama-lama.

Pergerakkan baby waktu malam memang sangat aktif. Kadang-kadang saya tak boleh nak lelap. Kalau bangun buat susu Cik Auni baby pun bangun sekali. Sesekali En Suami pegang perut suruh baby tidur. Dia tak tahu anak dia ni memang aktif waktu malam. Harapp dah keluar nanti dia ok tak aktif macam kakak dia. Cik Auni dulu dalam pantang memang menguji kesabaran betul. Timing menangis dia bermula pukul 9 or 10 mlm sampai la 2 3 pagi. Nak berenjuut je dalam buai. Tak pun nak beriba jer...Stress betul time tu. Tapi tu semua menjadikan mummy seorang yang sangat sabar dan tabah untuk menjaga anak mummy. Harap yang kedua ni mummy akan menjadi lebih tabah lagi.

Entah kenapa makin nak bersalin ni selera makan macam membuak-buak jer. Macam-macam plak rasa nak makan. Nak makan nangka la, ais krim la, ABC la, Nasi lemak doraemon la...Saya dah tak sabar sebenarnya. Rasa macam tak larat nak bawa perut ni. Walaupun berdebar sentiasa ada tapi saya sentiasa menantikan tanda-tanda bersalin. Ye la setiap anak kan berbeza. Cik Auni dulu induce sebab BP tinggi. Semoga kali ni dipermudahkan semuanya....

Masih menanti hari. Baby seronok sangat kot duk dalam perut mummy nii tak nak keluar. En Suami berharap baby keluar sama tarikh birthday dengannya. Nampaknya baby lagi selesa duduk dalam yer. Masa 37 minggu tu ada la rasa sakit-sakit. Tapi tu semua braxton hicks je. kadang-kadang nak berjalan pun malas. Rasa macam dah tak larat sangat jer. Tapi ada masa macam ok jer. Check up tiap-tiap minggu pun ok. Tiap kali check up mesti nurse kata perut dah tegang sangat. Tunggu hari jer. Memang la...kadang-kadang bila lepas makan je rasa sangat tegang perut ni. Baby kalau gerak-gerak pun memang dah tak selesa sangat. Lagi la kalau dia mengeras. Tak pe la baby suka duduk kat dalam lagi yer...Mummy sabar menunggu. Tapi kalau baby nak keluar jangan bagi mummy sakit lama-lama yer sayang. Nanti mummy bagi upah susu yer....

PENANTIAN
Mummy dah tak sabar tunggu baby keluar. Teruja sangat dah ni. Bukan sebab mummy dah tak larat nak bawa baby. Mummy tak sabar sebab baby asik gerak-gerak je kat dalam ni. Tinggal lagi beberapa hari je lagi. Kalau overdue maka mummy terpaksa menyerah diri ke hospital. Tapi biarlah secara natural. Mummy tak sabar nak gomol, peluk & cium baby. Dah tak sabar nak bau baby ni. Cepat la sayang. Keluar la cepat. Nanti boleh main-main ngan kakak....

Friday, January 23, 2015

Sambutan Maulidur Rasul 1436

Alhamdulillah pagi tadi office saya ada mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Tahun ni hanya perarakan dan juga sedikit ceramah sempena Maulidur Rasul. Jika sebelum ni ada pertandingan tapi tahun ni tiada. Walaupun tiada pertandingan tapi perarakan sangat meriah. 

Perjalanan pun tak jauh. Tapi saya tak dapat nak join perarakan ni disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan. Hanya melihat dari jauh dan menunggu mereka di dalam masjid je. Perarakan bermula lewat sikit sebab menunggu peserta dari Shah Alam. 

Gambar langsung saya tak ambik. Ada la juga officemate ambik gambar. Lupa plak nak minta kat dia tadi. Alhamdulillah semuanya seperti yang dirancang. Oh ya ada juga diadakan derma darah diperkarangan masjid. Dah lama rasanya saya tak derma darah. Sejak mengandungkan Cik Auni. Rindu pulak rasanya. Insya Allah kalau diberikan kesempatan saya akan terus menderma.

Monday, January 19, 2015

Perubahan Cuaca

Malam tadi tekak dah rasa perit-perit. Anakanda dh 2 hari batul selsema berkahak. Nak buat steam macam tak larat plak dengan keadaan sekarang ni. Tapi kesian dia bila tidur malam batuk-batuk. Ubat memang ada bagi tapi biasa la mummy memang tak puas hati selagi tak buat steam. Tapi tu la bila tah nak balik umah mak. Kat kampung mak boleh tolong pegangkan sama. Tau la Cik Auni dah besar ni kuat la merontanya. Harapnya cepat la sembuh.

Harap dengan perubahan cuaca yang panas sekarang ni mummy dapat la bertahan. Kalau mummy sakit sapa plak nak jaga Cik Auni nanti. Sapa plak nak jaga insan-insan tersayang yang lain. Tapi tu la...beringat beringat juga tapi kalau dah pagi-pagi melantak ais apa kes???Tu pun tak sedar lagi. Dah la semalam cuti duduk rumah pun melantak ais. Lagi-lagi panas-panas MIL buat air cincau. Bergelas-gelas minum tak ingat dunia. Berkali-kali plak tu. Selagi ada air dalam jug tu memang asik nak ke dapur je la. Kalau ke dapur tu minum air kosong tak pe la jugak.

Kekonon tekak tu dh rasa lain macam malam tu nak minum air kosong banyak-banyak la. konon je la. Walaupun dah sediakan air dalam bekas siap bawa masuk bilik lagi tapi punya la liat nak minum. Bukan susah pun. Bangun pastu capai bekas air kat tepi katil tu pastu minum....tapi tu la mata lagi berat nak bukak. Nak-nak plak En Suami yang buatkan susu Cik Auni memang heaven la kan dapat tidur. Tapi kesian kalau dengar Cik Auni batuk berkahak. Cepat la sihat anak mummy....

Monday, January 12, 2015

Special For You

12 Januari 2015

Buat Sayang yang tercinta...Selamat menyambut ulangtahun kelahiran.

Alhamdulillah diberikan kesihatan lagi untuk tahun yang ke 33 ni. Semoga Sayang sentiasa dirahmati Allah sentiasa. Juga dilindungi Allah dari segala keburukkan.

Harapan saya semoga sayang akan terus tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang dengan hati yang tabah. 

Walaupun tiada apa-apa untuk sambutan birthday sayang tahun ni tapi sama-samalah kita menanti sesuatu yang lagi special dariNya. Harap penantian ini memberikan seribu kebahagiaan dalam hidup kita. 

Semoga segala impian sayang akan tercapai. Dan semoga sayang terus menjadi suami dan ayah yang penyayang buat keluarga kita.